40
'Keasingan Dalam Duka'
"Amin.."
Farisya Adlina menanggalkan telekungnya setelah selesai berdoa. Mulutnya terkumat-kamit beristighfar sambil tangan yang masih ligat melipat telekung.
"Orang period pun solat ke? Pelik.."
Farisya Adlina memandang ke arah Farritz Aidil yang sedang tersenyum sinis di muka pintu. Kata-katanya menusuk bisa ke tangkai hatinya. Farisya Adlina serba salah. Farritz Aidil terus berlalu meninggalkan Farisya Adlina yang masih terkaku di dalam bilik.
Sudah lah lelaki itu kecewa kerana Farisya Adlina tiba-tiba sahaja mahu berpindah semula ke biliknya, dia semakin kecewa apabila ajakannya ditolak Farisya Adlina. Jika memang benar Farisya Adlina datang bulan, tidak mengapa lah. Ini tidak. Dia menipu Farritz Aidil hidup-hidup.
Dia masih ingat lagi ketika dia berpindah ke bilik Farritz Aidil. Sewaktu itu dia tidak tahu mengenai berita kehamilannya yang lemah dan memerlukan dia menjauhkan diri daripada Farritz Aidil. Tidak lama selepas mengetahui berita kehamilannya, dia terus berpindah semula ke biliknya. Semuanya demi keselamatan dia dan bayinya. Dan, itu lah yang mengecewakan Farritz Aidil.
Farisya Adlina melangkah malas menuju ke tingkat atas. Ini kali kedua dia terpaksa berpindah bilik. Kali pertama semasa dimarahi ibu bapanya sewaktu baru-baru berkahwin dahulu. Dan malam ini, Farritz Aidil sendiri yang menyuruhnya berpindah ke biliknya.
Langkahnya semakin perlahan ketika hampir tiba di bilik Farritz Aidil. Wajahnya monyok. Dia hanya membawa sebiji bantal peluk bersama selimut berwarna hijaunya.
Berkali-kali Farisya Adlina dinasihatkan Farritz Aidil agar tidak membawa bantal kepala dengan alasan boleh berkongsi bantal dengannya nanti. Farisya Adlina terpaksa akur memandangkan lelaki itu memasang ugutan jika dia ingkar terhadap larangan yang diberi.
Wajah Farisya Adlina bertambah monyok melihat Farritz Aidil yang sedang berpeluk tubuh di muka pintu biliknya. Dia tersenyum simpul. Farisya Adlina sukar menafsirkan maksud senyuman itu. Ada riak yang mentertawakan dirinya, riak puas hati, riak nakal, dan juga riak sinis. Entah lah. Dia bingung melihatnya.
"Kenapa monyok ni, sayang?" ujar Farritz Aidil sambil menahan tawa.
"Apa gelak-gelak? Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku, kan?" Farisya Adlina menghulurkan bantal dan selimut itu kepada Farritz Aidil lalu berpeluk tubuh dengan keadaan yang membelakangi suaminya.
"Merajuk pula minah ni," Farritz Aidil meletakkan bantal dan selimut tersebut di atas lantai lalu mendekati Farisya Adlina. Farisya Adlina kaget.
Farritz Aidil berjalan mengelilinginya. Farisya Adlina menjadi khuatir.
Farisya Adlina terjerit kecil. Dia merasakan tubuhnya diawang-awangan. Benar. Farisya Adlina kini berada di dalam pelukan Farritz Aidil. Lelaki itu mengendongnya masuk ke dalam bilik.
"Apa ni, Ritz?" bentak Farisya Adlina apabila tubuhnya dibaringkan di atas katil. Dilihatnya lelaki itu menutup pintu bilik sebelum kembali ke arahnya.
"Apa kau nak buat ni?"
Farritz Aidil membuka bajunya. Dia tersenyum sinis sambil matanya masih tepat memandang ke anak mata Farisya Adlina. Seram sejuk. Itu yang dirasakan Farisya Adlina di saat ini. Farritz Aidil bagaikan singa kelaparan yang akan menerkam mangsanya bila-bila masa sahaja.
Farisya Adlina sudah tersandar di kepala katil. Dia semakin kaget apabila melihat Farritz Aidil menutup lampu bilik menyebabkan keadaan menjadi gelap gelita. Pandangan Farisya Adlina terbatas. Matanya tercari-cari di mana jasad lelaki itu setelah turun dari katil.
Dadanya berombak kencang. Dia dapat merasakan pehanya diduduki seseorang. Dia tahu itu Farritz Aidil. Oleh kerana keadaan gelap gelita, dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu yang sungguh rapat dengan wajahnya.
Farritz Aidil mencari jemari lembut Farisya Adlina. Farisya Adlina menelan liurnya apabila tangan kanannya terpegang sesuatu yang keras pemberian Farritz Aidil. Farisya Adlina menggenggamnya lama.
Tiba-tiba lampu tidur di sisi katil terbuka.
"Kau tutup mata ni, kenapa?" ujar Farritz Aidil sebaik sahaja melihat wajah Farisya Adlina yang dibasahi peluh ketakutan.
Farisya Adlina memandang ke tangan kanannya. Botol minyak jeragau merah? Farisya Adlina bertambah hairan.
"Apa ni?" tergagap-gagap dia bertanya.
"Kau ni. Kau tahu tak, ayah selalu cakap. Biar muka tak cantik. Asal jangan buta. Kau tahu? Ni botol minyak, lah. Habis tu apa?"
"Maksud aku, kenapa kau bagi aku?"
Farritz Aidil sudah dapat mengagak punca ketakutan wanita itu. Dia mendapat 1 idea untuk mengenakan wanita itu.
Farritz Aidil kembali mendekatkan wajahnya ke belakang tengkuk Farisya Adlina. Wanita itu tidak menolak. Mahupun mengelak. Farritz Aidil mengucup belakang telinga Farisya Adlina sebelum membisikkan sesuatu.
"Bahu aku sakit. Urut aku," kata-kata Farritz Aidil tenggelam timbul. Dia kemudiannya turun dari peha Farisya Adlina lalu duduk membelakangi wanita itu menanti tubuhnya diurut.
Farisya Adlina menepuk dahinya. Cepat benar dia berfikiran kotor. Sangkanya lelaki itu mahu mengapa-apakan dia. Rupanya mahu diurut dengan minyak angin.
Farisya Adlina mengurut dadanya sebelum mendekati Farritz Aidil. Perlahan-lahan tangannya mengurut bahu lelaki itu.
'Hampeh. Ingat apahal lah. Rupanya nak aku urut.'
Farisya Adlina menangis lagi. Ya tuhan. Besar benarkah kesalahan yang dilakukannya sehingga lelaki itu memandang jijik kepadanya? Dia hanya mahu menjaga keselamatan bayinya serta dirinya. Apakah itu merupakan satu kesalahan? Farisya Adlina bertambah serba salah mengenangkan kisah yang berlaku antara mereka malam kelmarin.
Farisya Adlina membuka matanya. Terasa ada seseorang yang mendakap erat tubuhnya dari belakang. Farritz Aidil. Bagaimana lelaki itu boleh berada di atas katil itu bersamanya sedangkan tadi dia telah menidurkan lelaki itu di biliknya. Farisya Adlina hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak mahu menolak kerana dia tahu. Sekali dia menolak bermakna seluruh malam itu malaikat akan memurkainya.
Semakin lama pelukan Farritz Aidil semakin kemas. Farisya Adlina semakin gusar. Dia berharap sebentar lagi Farritz Aidil akan tertidur dan mengehentikan segala perbuatannya di situ sahaja. Tetapi harapan Farisya Adlina hanya tinggal harapan. Farritz Aidil malah membelai lembut seluruh tubuhnya. Wajah mulus yang membelakanginya itu dibelai manja. Kalau boleh Farisya Adlina tidak mahu lelaki itu berhenti membelainya. Dia bahagia diperlakukan begitu.
Melihat reaksi positif Farisya Adlina, Farritz Aidil terus mengambil langkah seterusnya. Tangannya mula menjalar ke segenap tubuh Farisya Adlina. Farisya Adlina kaget. Tidak tahu hendak berbuat apa. Dia terus-terusan berdoa agar Farritz Aidil tidak meneruskan tindakannya lebih lanjut. Tubuh Farisya Adlina yang mengiring ke kanan di baringkan. Perlahan-lahan Farritz Aidil menindih tubuhnya yang kecil molek.
"I love you sayang.."
Bisikan lembut yang ditiup lembut ke pangkal jantungnya menyentap kewanitaannya. Mengapa tuhan? Mengapa momen ini tidak tercipta sebelum kemunculan bayi ini lagi? Mengapa aku terpaksa menghalang detik bahagia ini dari membawa kami berdua ke alam bahagia? Bantu lah aku ya Allah!
Satu persatu pakaian Farisya Adlina ditanggalkan. Nafas Farritz Aidil kedengaran kuat di telinganya. Namun Farritz Aidil masih tidak lupa membelai isteri kesayangannya itu memandangkan dia tahu Fariysa Adlina memang senang diperlakukan begitu.
"Farritz! Jangan!"
Jeritan kuat Farisya Adlina menghentikan pergerakan Farritz Aidil. Farritz Aidil tergamam. Dia terkejut mendengar wanita itu berteriak sambil menghalang Farritz Aidil dari menyentuh mahkota kewanitaannya.
"Jangan Ritz.."
"But why? Aku suami kau, kan?"
Jelas terpapar riak tidak puas hati di wajah Farritz Aidil. Farisya Adlina turun dari katil meraba-raba ke lantai mencari baju tidurnya yang sudah tertanggal sebentar tadi.
"Aku.. Aku datang bulan. Tak boleh. Haram," dalih Farisya Adlina. Entah dari mana idea bernas itu datang membantunya.
"Hari ke berapa?"
"Hari.. Hari pertama.. Ha.. First day," tergagap-gagap Farisya Adlina menipu suaminya. Ampunkan aku ya Allah..
"Tak apa lah kalau macam tu. Next week boleh lagi kan?"
Farisya Adlina tergamam. Peluh dingin membasahi tubuhnya. Minggu depan? Alasan apa lagi yang akan diberikan kepada lelaki itu jika Farritz Aidil mendatanginya minggu depan.
"Kalau diam tandanya setuju. Dah jom tidur. Malam ni aku nak tidur dengan kau lah. Aku tak ada rezeki nak buat baby malam ni, tak apa. Tapi aku nak peluk teddybear aku ni. Boleh kan?"
Senyuman nakal Farritz Aidil kelihatan samar-samar. Suasana bilik yang gelap menyukarkan dua pasang mata itu berinteraksi.
"Dah. Jom tidur. Aku tahu kau penat.."
Farritz Aidil tersenyum nakal pantas ditarik wanita itu ke dalam dakapannya. Walaupun sedikit terkilan, namun dia tetap bersabar.
Minggu depan. Dia akan datang lagi untuk menuntut haknya. Sedang Farritz Aidil memeluk bahagia si isteri, si isteri pula sedang bermuram durja memikirkan alasan yang hendak diberikan minggu yang akan datang.
Ya Allah.. Ampunkan dosaku..
"APA maksud Isya? Ibu tak faham lah," ujar Datin Munirah berpura-pura bodoh. Padahal jauh di sudut hatinya, dia benar-benar gembira kerana sebentar lagi semua impiannya akan tercapai. Ditenungnya wajah menantu di hadapannya itu.
Petang itu entah mengapa tiba-tiba sahaja Farisya Adlina terfikir untuk mengunjungi ibu mertuanya. Dia sudah membuat keputusan. Separuh daripada hartanya akan diwasiatkan kepada anaknya dan separuh lagi akan diwasiatkan kepada ibu mertuanya sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini semasa bersalin nanti.
Entah mengapa dia berani menaruh kepercayaan kepada wanita berlidah cabang ini. Andai sahaja dia tahu akan niat busuk wanita itu terhadap dirinya. Pasti dia tidak akan sanggup menyerahkan amanat itu kepada Datin Munirah.
"Doktor kata peluang untuk Isya selamat cuma 50-50. Jadi sebelum berlaku apa-apa, Isya nak buat wasiat dulu. Mana tahu Isya tak sempat nak jumpa anak Isya nanti."
"Kenapa Isya begitu yakin dengan ibu? Isya tak takut ke ibu makan semua harta yang Isya amanat untuk baby Isya tu?"
"Ibu.. Dari kecil Isya membesar bersama-sama dengan anak ibu. Ibu dah macam ibu Isya sendiri. Mana mungkin Isya tergamak nak meragui ibu," Farisya Adlina tersenyum manis. Kebelakangan ini Farisya Adlina lebih banyak berdiam diri daripada sebelumnya. Dia lebih suka menyendiri dan termenung memikirkan nasib dirinya.
Doktor yang merawatnya telah mengesahkan bahawa kandungan Farisya Adlina terlalu lemah. Jika tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit, Farisya Adlina perlu menggugurkan kandungannya ataupun dia akan menghadapi masalah ketika melahirkan nanti. Peluang untuk selamat juga hanya 50-50. Atau jika dia bernasib baik, anaknya akan hidup. Tetapi dengan syarat dia perlu berpantang untuk tidak bersama dengan Farritz Aidil sepanjang mengandung
Tidak mungkin Farisya Adlina akan menggugurkan satu-satunya anugerah tuhan yang dinanti-nantikannya selama ini. Jika Farritz Aidil mengetahuinya, pasti lelaki itu akan bersedih.
"Kalau apa-apa terjadi pada Isya, Isya nak ibu jaga anak Isya. Tolong sampaikan surat ni pada Ritz."
Huluran surat Farisya Adlina bersambut. Mengenangkan dirinya yang akan pergi buat selamanya, Farisya Adlina menitiskan air matanya. Baru sahaja dia mahu mengecap bahagia bersama Farritz Aidil, datang lagi satu dugaan baginya.
"Kenapa Isya tak bagitahu Ritz terus?"
"Isya tak nak Ritz sedih, ibu. Ritz tak patut dengar berita ni. Nanti mesti dia sedih."
"Tapi kan boleh gugurkan. Nyawa Isya lebih penting, nak.."
Air mata kepuraan yang gugur di pipi wanita tua itu memantapkan lagi lakonannya.
"Isya tak nak. Abang Ritz dah lama nakkan anak ni. Dan Isya pasti ibu, ayah, mama, dan papa pun semua nak cucu. Takkan Isya nak buang anugerah tuhan yang Isya dapat ni?"
Farisya Adlina merenung sayu ke arah wanita tua di hadapannya itu. Terbayang akan wajah Puan Sri Zakiah yang sedang memandangnya dengan penuh berharap agar tidak menggugurkan bayi itu. Biar lah. Dia rela berkorban demi ibu bapa yang telah banyak menjaga dan memeliharanya sehingga dewasa dan juga suami yang selalu mendampinginya suka dan duka.
No comments:
Post a Comment