41
'Is Allah Satisfied With You?'
"Dah lah, Isya. Aku tak nak dengar apa-apa pun dari. Baik kau blah! Leave me alone!"
Farritz Aidil menghempas pintu bilik. Farisya Adlina yang dari tadi mengejar langkah Farritz Aidil hanya mampu menggeleng kepala melihat kelakuan Farritz Aidil.
"Bagi lah aku terangkan semuanya dulu, Ritz. Jangan lah mengamuk tak tentu fasal macam ni. Kau tak malu ke kalau jiran-jiran dengar kita suami isteri bergaduh macam ni? Macam budak-budak lah," lembut suara Farisya Adlina memujuk hati suaminya yang sekeras batu.
"Dah. Kau tak payah nak terangkan apa-apa pada aku. Aku dah bosan dengan penipuan kau. Kau berambus sebelum aku buat kata putus tanpa kewarasan aku! Berambus Isya!"
Farritz Aidil berteriak bagaikan orang hilang akal. Farisya Adlina hanya mampu beristighfar apabila terdengar bunyi hempasan kaca berderai disusuli jeritan Farritz Aidil. Baru kini dia tahu betapa lelaki itu bukan sahaja panas baran tidak bertempat, malah seorang yang cepat melenting. Farisya Adlina menundukkan wajahnya. Dia sudah tidak mampu berbuat apa lagi.
Tetapi dia hairan. Sebelum ini Farritz Aidil tidak pernah mengamuk sebegitu sekali. Paling kurang pun dia hanya akan memaki hamun Farisya Adlina. Tetapi hari ini entah mengapa lelaki itu menunjukkan sikap bengisnya.
Hanya kerana mendapat tahu mengenai Asyraf Danisy yang masih menyintainya . Lebih menambahkan kemarahannya, Farritz Aidil telah terbaca surat kiriman Asyraf Danisy yang diberi Adibah kepada Farisya Adlina tempoh hari.
Farisya Adlina meraup wajahnya sebelum berlalu meninggalkan Farritz Aidil. Biar lah hati yang sedang dilanda cemburu buta itu reda dahulu. Apabila keadaan sudah tenang, baru lah Farisya Adlina akan menjelaskan hal yang sebenar antara dia dan Asyraf Danisy.
Sepanjang berjalan menuju ke dapur, Farisya Adlina terfikir. Adakah ini yang dinamakan punca pembawa budak? Tetapi mengapa Farritz Aidil? Mengapa bukan Farisya Adlina sendiri? Sedangkan Farisya Adlina yang mengandung. Bukan Farritz Aidil.
Farisya Adlina mencapai telefon bimbitnya lantas didail nombor telefon Atiera. Panggilan menunggu. Talian dimatikan lalu nombor telefon Afifa pula didail. Talian tidak dapat disambung. Entah mengapa agaknya talian hari ini begitu sibuk.
Farisya Adlina mengeluh berat. Ke mana harus dia meluahkan rasa hatinya. Hendak ke rumah Lia, mana mungkin. Sebelum keluar, dia perlu mendapatkan keizinan suaminya dahulu. Dan mana mungkin singa jantan yang kelaparan itu akan melepaskannya pergi begitu sahaja. Tambahan pula dalam keadaan emosinya yang tidak stabil sekarang ini.
"KALAU untie nak selamat, baik untie ikut je cakap saya ni. Saya tak nak satu sen pun dari untie. Saya cuma nak Ritz jadi milik saya."
Datin Munirah memeluk tubuhnya. Dia bagaikan cacing kepanasan. Entah dari mana gadis ini muncul dan tiba-tiba mahu menggagalkan rancangannya.
"Apa yang kau nak kejar sangat si Ritz tu? Kan dia dah ada Isya. Kau nak apa lagi dari dia? Cari lah jantan lain. Dah desperate sangat ke? Aku tak nak tolong kau. Mana mungkin aku nak hancurkan kebahagiaan anak aku sendiri."
Sengaja Datin Munirah menidakkan keinginan Intan Natasha. Gadis itu masih kelihatan bersahaja. Langsung tiada riak marah di wajahnya.
"Oh. Jadi yang untie cuba nak aniaya menantu untie tu, tak menghancurkan kebahagiaan Ritz lah, ya?" pertanyaan Intan Natasha berbaur sinis.
"Itu semua hal peribadi kami. Kau jangan nak masuk campur!"
"Okey. Fine kalau itu keputusan untie. Tapi jangan menyesal kalau Farritz Aidil Dato' Zahid benci pada ibu mithali dia ni bila semua sikap buruk ibu dia terbongkar. Okey? Just wait and see.."
Intan Natasha menunjukkan sebuah recorder kecil yang telah merakam perbualan antara Datin Munirah dengan seorang lelaki sebentar tadi. Dia tersenyum lebar. Intan Natasha pasti wanita tua itu akan terpengaruh dengan umpannya dan akan mengalah kepadanya.
"Okey. Still no respon. I've to go now. Bye!"
Baru sahaja Intan Natasha mahu meninggalkan restoran itu, Datin Munirah lebih pantas menarik tangan Intan Natasha dan mengarahkannya duduk semula. Intan Natasha dapat merasakan kemenangannya.
Baru sahaja Intan Natasha mahu meninggalkan restoran itu, Datin Munirah lebih pantas menarik tangan Intan Natasha dan mengarahkannya duduk semula. Intan Natasha dapat merasakan kemenangannya.
Wajah Datin Munirah merah padam. Bagus lah. Baru kena buku dengan ruas. Si cemburu buta bertemu si perampas. Masing-masing sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri.
Datin Munirah berasa khuatir. Apakah rancangannya mahu menyingkirkan Farisya Adlina akan berhasil? Dia bertambah khuatir apabila mengetahui bahawa Intan Natasha sudah mengetahui mengenai rancangannya.
Ya. Dia perlu menyingkirkan Farisya Adlina dari muka bumi ini secepat mungkin. Dengan penyingkiran itu, secara automatiknya, dia akan menjadi pewaris utama semua harta anak tunggal keluarga Tan Sri Mahmud itu. Dia tahu harta wanita itu pasti sudah melebihi jutaan ringgit. Dan jika dia berjaya, sudah tentu dia akan menjadi kaya raya dan boleh hidup tanpa perlu bergantung kepada Dato’ Zahid, lelaki yang tidak setia kepadanya.
Benar kata pepatah. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Selain Puan Sri Zakiah, Farisya Adlina turut menjadi mangsa dendam Datin Munirah. Baginya, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dia sudah berjaya membantutkan rancangan Dato’ Zahid memadukannya dengan Puan Sri Zakiah, lebih baik dia meneruskan sahaja rancangannya itu merebut pula harta keluarga Puan Sri Zakiah melalui Farisya Adlina. Untung-untung, dapat lah dia hidup mewah nanti dengan kejayaannya menyingkirkan Farisya Adlina.
"So how?" Senyuman sinis Intan Natasha semakin melebar. Datin Munirah tersentak.
"Aku akan call kau nanti. Biar aku fikir dulu apa rancangannya," akhirnya Datin Munirah akur.
"Okey.. I love you, untie. Opps! Mommy! Bye!"
Meluat Datin Munirah melihat gaya gedik gadis itu melambai ke arahnya. Entah bagaimana gadis itu boleh terserempak dengannya ketika sedang bertemu seorang lelaki di restoran itu.
"Tak ingin aku nak jadi mak kau! Aku lebih rela mati dari beranakkan anak macam kau ni."
Ketidaksabaran membengkak di dalam hati Datin Munirah. Teriakan sekuat hatinya itu menarik perhatian semua pengunjung restoran itu. Intan Natasha berpaling sebelum berpatah balik ke arahnya.
"Kau tahu, aku pun tak beringin nak jadi menantu pada orang setua kau. Dah lah tua. Miskin. Kaya pun sebab makan harta orang. Sedar lah diri tu sikit. Tapi selagi aku tak dapat apa yang aku nak, I won't give up!" Intan Natasha berbisik sinis ke telinga wanita tua itu sebelum meraba helaian rambut Datin Munirah yang sengaja dijuntaikan keluar.
Langkah Intan Natasha dihantar pergi bersama renungan tajam Datin Munirah.
Datin Munirah mengetap giginya geram. Dia menghentak meja makan di hadapannya sekuat-kuat hati. Gara-gara Intan Natasha, dia terpaksa memanjangkan jalan kerjanya.
Ah, mengapa dia perlu risau? Sepatutnya gadis itu boleh dijadikan batu loncatan baginya. Dengan adanya si perampas itu, segala kerja akan menjadi lebih mudah.
No comments:
Post a Comment