Wednesday, February 16, 2011

bab 39



39

'Suaraku Berharap'

Farisya Adlina sedang duduk termenung di ruang anjung rumahnya.  Buaian yang membuai tubuhnya berayun perlahan.  Angin malam bertiup sayu.  Beribu taburan bintang di langit menarik perhatiannya.  Farisya Adlina memilih untuk duduk bergelap di hadapan kolam renang untuk mendapatkan ketenangan.  Sinaran cahaya bulan purnama yang terang benderang menyinari tubuhnya yang hanya disaluti baju tidur jenis satin berwarna biru laut.
          "Sayang.."
          Farritz Aidil yang baru muncul merangkul tubuh isterinya dari belakang.  Dikucup lembut belakang tengkuk isterinya.  Masih tiada respons yang diberikan wanita itu.  Farritz Aidil hairan.  Tidak pernah Farisya Adlina berkelakuan sebegitu terhadapnya.  Kebiasaannya jika Farritz Aidil memeluk dan menciumnya,  pasti dia akan mengelak.
          "Isya.  Kenapa muram je ni?"
          Farritz Aidil duduk di sisi Farisya Adlina.  Dicapai jemari runcing itu lantas dikucupnya.  Sejuk.  Puas ditatapnya wajah Farisya Adlina.  Mencari sinar keceriaan yang selalu menerangi hidupnya selama ini.
          "Isya..  Kau kenapa,  sayang?"
          Farisya Adlina berpaling sebelum menunjukkan riak kegusaran pada wajahnya.  Sungguh,  dia benar-benar perlukan bahu seseorang untuk dia menumpahkan air matanya.  Entah apa yang membuatkannya begitu sensitif sekali. 
          'Mari sayang..  Peluk lah aku.  Aku perlukan pelukanmu..  Salurkan kekuatanmu kepadaku..'
          "Tak ada apa-apa.  Kau dah makan?"  satu senyuman paling manis dihadiahkan buat si suami.  Tidak sanggup rasanya dia bermuram lebih lama.  Makin dia berbuat demikian,  makin lelaki itu tampak gusar dan susah hati.
          "Belum.  Isya..  Aku ada benda nak cakap dengan kau ni,"  bagaikan terubat hati yang terluka apabila dapat melihat senyuman si isteri,  Farritz Aidil terus terlupa segala kerisauan di hatinya.  Keceriaan pula mula bertandang di hatinya.
          "Apa?"
          "Look..  Aku dah tempah tiket untuk kita berdua.  Kita pergi honeymoon,  ya?"  terserlah keriangan pada wajah tampan itu.  Ternyata dia memang benar-benar bahagia di saat ini.  Jika sebelum ini Farritz Aidil berkeras untuk mengelak dari pergi berbulan madu,  tetapi kini dia sendiri yang ingin pergi berbulan madu bersama isteri tercinta.
          "Bila?"  lembut suara Farisya Adlina menerjah ke gegendang telinganya.  Itu lah sebabnya dia suka berdampingan dengan wanita itu.
          "Hujung bulan ni kita pergi."
          "Tak nak lah aku.  Setakat Langkawi.  Sekarang pun aku boleh pergi sendiri,"  Farisya Adlina sengaja mahu menyakat suaminya.  Dia tahu pasti lelaki itu akan berasa serba salah memperlakukannya begitu dahulu.
          "Kau ni.  Jangan lah ungkit hal lama tu.  Aku minta maaf lah.  Tapi kali ni aku janji tak tipu kau lagi.  Kali ni aku akan bawa kau keliling dunia."
          Farritz Aidil membaringkan tubuhnya ke atas pangku Farisya Adlina.  Farisya Adlina pula menjalankan tugasnya membelai rambut Farritz Aidil.  Farritz Aidil tersenyum manja.  Senang diperlakukan begitu.
          "Mula-mula kita pergi Mekah.  Kita tunaikan tanggungjawab kita dulu.  Lepas tu baru kita pergi China,  Hong Kong,  Italy,  Paris,  and dua tempat yang kau nak sangat pergi selama ni.."
          Farisya Adlina tersenyum bangga.  Alhamdulillah dia bersyukur.  Walaupun niat sebenar mereka hanya untuk pergi berbulan madu tetapi lelaki itu masih tidak lupa kepada tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
          "Banyaknya tempat nak pergi.  Berapa lama nak honeymoon?"
          "Aku nak rest setahun.  Kita enjoy puas-puas,  lepas tu baru fikir tentang kerja."
          "Kau ni gila lah,  kenit,"  Farisya Adlina mencuit manja hidung suaminya. 
          Mereka berdua tertawa bahagia.  Semoga segala impian yang tercipta akan menjadi kenyataan.  Amin..


"WAH Ritz..  Lepas ni seronok lah kau.  Dah lepas seksa dunia,"  ujar Qayyum Farkhan.  Farritz Aidil yang masih terbaring di atas katil hospital hanya tersenyum biasa.
          "Ritz.  Kau dah sihat ni,  lepas ni ada apa-apa rancangan tak?"  Farritz Aidil faham benar akan maksud di sebalik senyuman nakal Syed Aizriel itu. 
          "Mesti lah.  Aku dah plan dari sebelum sihat lagi,"  balasnya sambil tersenyum nakal.
          "Cerita lah apa yang kau plan."
          "Ah,  mana boleh tahu.  Hanya aku dan Isya je yang tahu.  Tengok lah.  Tahun depan aku dapat baby kembar,"  sengaja lelaki itu mambuat perancangan sendiri.
          "Wait.  Kau betul-betul dah nekad ke,  bro?  Hari tu cakap tak berani lah,  Isya garang lah.  Bila kaki dah buka simen,  bukan main lagi kau.  Mana punya spirit kau sapu ni ha?"
          Qayyum Farkhan menepuk kuat bahu Farritz Aidil.  Sungguh.  Dia benar-benar kagum dengan semangat yang ditunjukkan sahabatnya itu.  Sebelum ini Farritz Aidil pernah mengadu kepada rakan-rakannya itu bahawa dia langsung tidak berani menyentuh Farisya Adlina.  Tetapi entah dari mana dia mendapat kekuatan,  dia terus nekad untuk mendekati isterinya memandangkan keadaan kakinya sudah pulih.
          "Assalamualaikum.."
          Farisya Adlina masuk ke bilik tersebut lalu melemparkan senyuman kepada Farritz Aidil serta rakan-rakannya.
          "Hai sayang.."
          Farritz Aidil mencapai jemari isterinya yang baru duduk di sisinya.  Lantas jemari itu dikucup lembut.  Dia sangat berbangga beristerikan Farisya Adlina.
          "Tadi aku dah bincang dengan Doktor Heliza.  Dia kata kaki kau dah sembuh.  Cuma dalam waktu terdekat ni,  kena lah kau pakai tongkat.  Tak pun jangan banyak sangat berjalan."
          "Habis bila aku boleh balik?"
          "Hari ni lah,  ngok!  Habis kau nak tidur lama-lama kat sini ke?"
          Farisya Adlina mencuit manja hidung mancung Farritz Aidil.  Sementara pasangan suami isteri itu bergelak tawa berdua,  Syed Aizriel dan Qayyum Farkhan hanya tersenyum bahagia melihat mereka begitu.  Jauh di sudut hati mereka mendoakan pasangan suami isteri itu berkekalan bahagia selamanya.


"NAH makan ubat ni,"  Farisya Adlina menyuakan dua biji Panadol ke mulut Farritz Aidil.  Hari ini sahaja sudah lima kali lelaki itu muntah-muntah.  Timbul rasa simpati terhadapnya.  Sepatutnya dia yang muntah-muntah.  Bukan Farritz Aidil.  Tetapi seperti kata orang tua,  ibu atau bapa sama-sama akan merasai pengalaman menghadapi gejala pembawa budak ini.
          "Kau nak makan apa-apa tak?"  gelas berisi air suam diletak semula di tepi katil.  Farritz Aidil menggeleng sebelum merebahkan tubuhnya ke atas katil empuk itu.  Wajah lelaki itu pusat lesi. 
          Farisya Adlina serba salah.  Apakah dia perlu memberitahu Farritz Aidil punca dia muntah-muntah?  Kerana hati kecilnya sangat simpati melihat wajah yang selama ini menceriakan harinya bermuram durja.
          "Kalau macam tu,  kau rehat,  ya?  Aku nak mandi sekejap.  Dari balik hospital tadi aku tak mandi lagi,"  baru sahaja Farisya Adlina hendak berlalu,  tangannya dipegang erat sepertinya Farritz Aidil tidak merelakan dia pergi meninggalkannya.
          "Kenapa?"  Farisya Adlina duduk semula di sisi Farritz Aidil sambil menyentuh lembut pipi suaminya.
          "Malam ni kau teman aku,  boleh?"
          Farisya Adlina mulai khuatir.
          "Teman kau?  Err..  Aku..  Err.."
          Terkial-kial Farisya Adlina mencari alasan untuk mengelak daripada tidur sebilik dengan Farritz Aidil.
          "Please Isya.  Atau kalau kau tak nak teman aku,  biar aku teman kau.  Apa macam?"  Farritz Aidil masih tidak mengalah.  Wajah Farisya Adlina kelihatan gelisah.  Bagaimana agaknya dia mahu lelaki ini faham keadaannya.
          Bukan dia tidak mahu menuruti kemahuan suaminya.  Tetapi keadaannya menghalang di berbuat demikian. 
          Seperkara lagi,  Farritz Aidil sudah sembuh.  Jika mereka tidur sebilik,  pasti Farisya Adlina akan tewas lagi di tangannya.  Dan itu tidak boleh berlaku.  Farisya Adlina sedang hamil.  Dan ianya hanya akan membahayakan dirinya dan bayi di dalam kandungannya.  Biar lah.  Dia rela menghadapi masa-masa yang sukar ini.  Kerana dia yakin,  semua itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
          'Maafkan aku,  Ritz.  Tapi aku tak boleh..'  Farisya Adlina merayu di dalam hatinya.  Dia berharap lelaki itu mendengar bisikan hatinya.
          "Kalau tak boleh tak apa lah."
          Jelas nada rajuk pada kata-kata Farritz Aidil.  Lelaki itu benar-benar kecewa dengan tindakan Farisya Adlina.  Namun apa lagi yang boleh dilakukannya.  Hanya dengan menipu sahaja dia boleh menyelamatkan dirinya dan suaminya dari terjerumus ke neraka jahanam.
          'Ampunkan aku ya Allah..  Bukan niatku menderhakai suamiku.  Malah aku terpaksa.'

No comments:

Post a Comment