Wednesday, February 16, 2011

bab 7



7

'Seksis'

"Hello girls.  Kau orang kenal tak siapa kita orang ni?  Kita orang ada hal sikit nak settle dengan kau orang,"  tegur seorang gadis berambut perang kepada Atiera dan rakan-rakannya.  Jari-jemarinya meliuk-lentok menunjukkan kegedikannya.  Lagaknya berani sekali.
          "Waalaikumsalam.  Mahap lah ya.  Kita orang ni bukan kaunter pertanyaan.  Kalau nak tanya soalan,  kau pergi kat sana tu,  terus je,  lepas tu belok kanan.  Nanti ada signboard tulis,  WELCOME TO THE HELL.  Okey?  Assalamualaikum,"  sindir Atiera panjang lebar.  Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah kawasan tandas lelaki. 
          Entah apa yang difikirkannya ketika menyindir gadis itu,  tiada siapa yang tahu.  Rakan-rakan yang lain sedang menekup mulut menahan tawa apabila melihat wajah bengang gadis gedik berambut pendek itu.
          "Mulut lu macam longkang lah minah,  wa kasik lu penumbuk sulung wa nanti baru lu tahu,"  balas Erin sambil mengepal-ngepalkan penumbuknya.  Suaranya semakin meninggi.  Afifa,  Lia,  dan Farisya Adlina yang tadinya hanya menjadi pemerhati,  sudah naik berang.  Semua student lain yang turut berada di ruang koridor kelas kuliah itu memandang mereka penuh kehairanan.
          "Dah lah tak mahu lah gaduh-gaduh macam ni.  Tak elok lah. Malu tau.  Kita kan perempuan.  Orang Islam pula tu,"  tegur Farisya Adlina untuk meleraikan pertelingkahan ini.  Siapa yang tidak panas hati kalau tiba-tiba ada sahaja yang mahu cari gaduh.
          "Kenapa?  Kau takut?  Hei perempuan,  kita orang memang menyampah tengok muka kau tau.  Bukan kau je,  kawan-kawan sejati kau pun kita orang menyampah,"  ujar Erin.
          Farisya Adlina tergamam.
          "Kalau dah menyampah,  kenapa sanggup bersusah payah datang jumpa PGGCS,  dalam kurungan Persatuan Gadis-Gadis Cantik Sedunia,  ni?  Ala..  Kalau nak tips kecantikan sekalipun,  jangan lah depan-depan orang ramai macam ni. 
          Kau tak segan ke nak suruh aku picit jerawat batu kat muka kau tu depan orang?  Kalau aku lah kan,  aku sanggup seret muka aku kat tar jalan daripada dimalukan depan orang ramai.  Nasib baik lah wajah ahli  PGGCS ni bebas jerawat.  Kalau tak..  Eee..  Tak sanggup akak!"  sindir Lia bersahaja.  Merah padam wajah Erin mendengar sindiran Lia yang sedang meneliti jemari runcingnya itu.  Mukanya bersahaja sekali.
          "Hei perempuan!  Kau dengar sini baik-baik ya.  Mulut kau jangan nak kurang ajar sangat okey?Kau tahu tak,  aku ni anak Tan Sri tau!  Tak macam kau!  Dah lah miskin.  Berlagak kaya pula tu!  Aku saman kau nanti baru tahu.  Aku tak ada masalah dengan kau,  kau jangan masuk campur!"  lurus jari Erin  menunjuk ke wajah putih mulus Lia.  Tetapi Lia masih berlagak selamba.  Egonya sedikit tercabar mendengar herdikan Erin.
          "Masalahnya budak,  lu dah kacau kawan-kawan wa.  Wa tak boleh diam je,"  Lia semakin hilang sabar.  Dia memberanikan diri menujal-nujal bahu Erin.  Erin tidak berani melawan.
          "Kau diam!  Jangan nak masuk campur.  Karang dengan kau kau sekali makan penumbuk aku ni,"  Intan Natasha cuba menghalang Lia dari menyentuh Erin tetapi dihalang Afifa.  Biar mereka tahu.  Ini akibatnya menjolok sarang tebuan sesuka hati mereka.  Farisya Adlina hanya mampu menggeleng.
          "Girls,  dah lah tu.  Aku nak tanya,  apa masalah kau orang tiba-tiba nak kacau kita orang?  Kita orang ada hutang dengan kau orang ke?"  Atiera cuba menenangkan Lia dan Afifa yang sudah hilang kesabaran itu.
          "Memang kau tak ada hutang dengan kita orang.  Tapi kau hutang dengan aku!  Aku tak suka kau rapat dengan Qay.  Dia boyfriend aku!  Kalau kau masih degil dan rapat dengan balak aku lagi,  kau dan kawan-kawan kau akan dapat balasannya,"  jerkah Erin yang sudah berjaya melepaskan diri dari Lia sambil jarinya tepat ke wajah Atiera.
          "Eh,  kau siapa?  Kau tiba-tiba datang sini nak marah orang.  Kau dah tak ada kerja lain ke nak buat?  Macam budak-budak je kau ni lah,"  ujar Afifa.  Dia benar-benar meluat melihat kegedikan gadis itu.
          "Bukan budak-budak,  Ifa.  Ni kanak-kanak terencat namanya,"  sambung Lia sambil matanya merenung tajam ke arah Erin.
          "Pergi lantak lah sama kau nak cakap apa.  Kau jangan ingat kau budak senior,  aku takut dengan kau.  Macam bagus je,"  balas Erin bersahaja.
          "So what?  Kau memang penakut pun kan?  Kalau berani sangat,  balas lah balik!"  tanya Lia dengan marahnya.  Sekali lagi Lia menujal-nujal bahu Erin.  Cabarannya tidak disahut.  Ternyata Erin memang penakut tetapi berlagak berani.
          "Dah lah.  Lantak sama kau orang lah.  Aku cuma nak ingatkan,  ingat pesan-pesan aku.  Kalau tak..  Just wait and see!  Eh,  dah lah Intan.  Jom lah blah.  Aku panas lah duduk sini lama-lama,"  Erin sepertinya sudah menyerah kalah.  Dia menarik tangan Intan Natasha meninggalkan mereka berempat.
          "Kalau panas,  pergi surau,  ambil air sembahyang,  pergi sembahyang taubat.  Dah banyak sangat dosa lah tu.  Tu baru kat dunia.  Belum dalam kubur lagi,"  bentak Lia. Suaranya kuat sekali menyindir kedua-dua pelajar junior yang berlagak sombong itu.
          "Apa yang minah tu nak?"  tanya Afifa kehairanan.
          "Kau ada pinjam coli dia ke Tiera?  Kau ni pun satu.  Aku dah kata,  kalau coli kau dah tak muat,  pinjam lah aku punya.  Ni budak-budak punya juga kau nak sebat,"  bebel Lia berseloroh.
          "Otak mu!"  Atiera menjeling sekilas pada Lia.
          Dia juga berasa hairan. Mengapa gadis itu tiba-tiba sahaja memarahinya kerana rapat dengan Qayyum Farkhan. 
          'Dia ni awek Qay juga ke? Sampai hati awak buat saya macam ni,  Qay,'  bisik hati Atiera.
          "Jangan-jangan dia tu..."  Farisya Adlina sepertinya dapat menghidu punca pertelingkahan yang berlaku sebentar tadi tetapi kata-katanya dapat dipintas Atiera.
          "Isya, no!  Jangan fikir yang bukan-bukan.  Tak mungkin Qay macam tu,"  pintas Atiera sebelum sempat Farisya Adlina memberitahu semua rakan-rakan mereka bahawa gadis gedik itu tadi adalah gadis yang sama yang meminati teman lelakinya itu, Qayyum Farkhan.
          'Hmm..  Biar lah,'  desis hati Atiera.

No comments:

Post a Comment