epilog
"Turunkan aku lah, Ritz!" Farisya Adlina berteriak kuat. Puas dia meronta-ronta meminta dirinya diturunkan dari dukungan Farritz Aidil.
Farritz Aidil tersenyum nakal. Dia hanya buat tak faham walaupun Farisya Adlina berkeras mahu turun. Langkahnya semakin pantas membawa si pengantin perempuan ke bilik pengantin. Hatinya girang benar di kala ini.
"Aduh! Apa ni, Ritz! Sakit, lah!" bentak Farisya Adlina sebaik dirinya dihempas kuat di atas tilam empuk di dalam bilik. Farritz Aidil kembali ke pintu bilik sebelum menguncinya. Farisya Adlina kaget.
"Tadi kau suruh aku lepas. Sekarang nak marah pula," Farritz Aidil menghampiri Farisya Adlina dengan wajah bengisnya. Farisya Adlina bangkit dari baring. Baju kurung yang dipakainya tadi sedikit terdedah dek keganasan Farritz Aidil mengendongnya sebentar tadi.
Selesai majlis pernikahan tadi, mereka terus naik ke bilik. Tidak sanggup mahu menanggung rindu yang lama terpendam. Farritz Aidil sangat bahagia dapat 'merampas' semula kekasih hatinya walaupun terpaksa mengucar-kacirkan majlis pernikahan antara Farisya Adlina dengan Asyraf Danisy sebentar tadi.
Farisya Adlina memejamkan matanya. Bibir Farritz Aidil dirasakan semakin mendekati belakang tengkuknya. Entah bila tudungnya ditanggalkan, dia sendiri kurang pasti. Farritz Aidil duduk di atas paha wanita itu. Farisya Adlina hanya diam seribu bahasa.
"I miss you, sayang. Why you leave me?" bergetar suara Farritz Aidil di telinganya.
Farisya Adlina semakin kaget. Dia amat takut melihat wajah bengis lelaki itu. Dengusan nafas lelaki itu kedengaran kuat di telinganya. Farisya Adlina kurang pasti. Apakah tindakannya ini benar, iaitu merelakan Farritz Aidil mendekatinya?
Farisya Adlina memeluk tubuh lelaki itu semahunya. Sungguh. Dia juga amat merindui lelaki itu. Lama sungguh rasanya dia tidak dimanjakan begitu. Farritz Aidil membelai rambutnya. Mengucup dahinya. Dan melafazkan kata-kata pujangga yang mencairkan naluri kewanitaannya.
"NANTI dulu! Pernikahan ni tak boleh berlangsung!" jerit satu suara dari arah pintu masuk. Semua hadirin termasuk pasangan pengantin terkejut besar lalu berpaling memandang empunya suara.
Puan Sri Zakiah! Wajah wanita itu kelihatan seperti orang yang sedang dilanda kerisauan.
"Tapi kenapa?" tanya Tan Sri Mahmud sebaik habis mengaminkan doa Tok Kadi.
Puan Sri Zakiah mendekati Farisya Adlina yang sudah berdiri menghadapnya. Majlis bertukar tegang seketika. Semua hadirin bercakap sesama sendiri.
"Sebab.. Sebab.." tergagap-gagap wanita itu memberi alasan.
"Sebab apa, mama?" sapa satu lagi suara. Farritz Aidil. Dia juga baru muncul dari sebalik pintu masuk.
Suasana sepi seketika. Semua mata memandang ke arah wanita tua itu. Mengharapkan penjelasan.
"Apa? Kau mengandung, Kiah?" bentak Fatimah dengan wajah bengis.
Puan Sri Zakiah mengesat air matanya yang kian membasahi pipinya. Tangannya mengenggam kemas perutnya yang kian membesar. Terhenjut-henjut tubuhnya menangis.
"Kiah. Jawab soalan aku, Kiah. Kau tipu aku, kan? Kau tak mengandungkan, Kiah?"
Fatimah meraup wajahnya kesal. Matanya mencerlung ke arah sahabatnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Keluarga kau dah tahu ke?" suara Fatimah kian mengendur.
Puan Sri Zakiah menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangkat kepalanya. Membalas pandangan sahabatnya bersama jawapan yang berupa isyarat mata. Fatimah mengerti isyarat tersebut.
"Habis bila kau nak bagitahu mereka?"
"Timah, aku takut. Perlu ke aku bagitahu mereka?" suara Puan Sri Zakiah terketar-ketar memberi penjelasan.
Fatimah hanya memandang simpati tanpa sebarang jawapan. Dia jua buntu di saat ini.
"Siapa punya kerja ni, Kiah?" tanya Fatimah kesal.
"Zahid. Zahid yang buat aku, Timah," balas Puan Sri Zakiah lambat-lambat.
"Habis kau tak minta dia tanggungjawab ke?" tegas Fatimah.
Puan Sri Zakiah menggeleng perlahan. Fatimah mengeluh berat. Sebagai sahabat baik, dia turut merasakan bebanan yang ditanggung sahabatnya itu. Dia pasti, jika ibu bapa Puan Sri Zakiah dapat menghidu perkara ini, sudah tentu Puan Sri Zakiah akan dikerjakan teruk-teruk.
Fatimah hanya diam. Dia memang tahu bahawa sahabatnya itu memang sudah lama memadu kasih dengan Dato' Zahid, anak kepada orang ternama di kampung mereka. Tetapi dia tidak pula menyangka bahawa lelaki itu akan melakukan sesuatu yang mengaibkan sahabatnya itu dan mengelak daripada bertanggungjawab.
"MEMANG betul, abang. Is anak kita. Is anak kandung saya," Puan Sri Zakiah mengesat pipinya yang kemerahan akibat penangan Tan Sri Mahmud. Selepas kemunculan Puan Sri Zakiah secara tiba-tiba tadi, semua ahli keluarga terdekat pengantin naik ke bilik Farisya Adlina di tingkat dua sementara semua hadirin sedang asyik menjamu selera di luar rumah. Semua itu diatur rapi oleh Farritz Aidil demi mengelakkan sesiapapun menyedari kekecohan yang berlaku.
Farisya Adlina mengusap belakang ibunya yang sedang menangis teresak-esak. Tan Sri Mahmud masih berang dengan pengakuan isterinya itu. Dia tidak menoleh sedikitpun ke wajah wanita itu sebaliknya memalingkan wajahnya ke luar tingkap bilik yang terbuka luas.
"Mama. Apa maksud mama ni? Bukan ke Isya ni anak tunggal mama? Kenapa tiba-tiba mama mengaku yang suami Isya ni abang kandung Isya sendiri?"
Farisya Adlina tersentak. Tiba-tiba sahaja bahunya disentap kuat wanita tua itu. Matanya terbeliak memandang ibunya yang sedang merenung tajam ke arah matanya.
"Dia bukan suami Isya! Isya faham tak? Dia abang Isya. Abang kandung Isya!" jerkah wanita itu tanpa menghiraukan air mata yang mulai bertakung di anak mata Farisya Adlina. Wanita itu kelihatan terkejut dengan sentapan ibunya itu.
"Tapi kami dah bernikah, mama. Kami sekarang suami isteri. Memang lah mama ibu Is. Ibu mertua Is," tegas Asyraf Danisy pula. Dia juga tidak dapat menerima hakikat bahawa dia dan Farisya Adlina adalah saudara kandung dan pernikahan mereka sebentar tadi tidak sah.
"Apa buktinya mama?" pertanyaan Farritz Aidil yang baru muncul di muka pintu bilik menyentap suasana tegang itu. Dato' Zahid yang berdiri di belakangnya hanya diam. Suasana sepi seketika. Semua mata tertumpu ke arah Puan Sri Zakiah. Mencari solusinya.
Puan Sri Zakiah mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna coklat bersaiz A4. Menggigil tangannya menyerahkan dokumen itu kepada Farritz Aidil yang masih berdiri tegak di hadapannya. Bungkusan dibuka. Farritz Aidil meneliti dokumen lama itu sebelum menyerahkan dokumen itu kepada Farisya Adlina.
"Dulu. Mama pernah berkenalan dengan seorang lelaki. Waktu tu mama masih mentah. Mama tak tahu bezakan antara baik dengan buruk. Mama sangkakan lelaki yang mama kenali tu boleh dipercayai. Tapi mama salah. Mama tak sepatutnya menaruh harapan dan kepercayaan terhadap lelaki tu," ujar Puan Sri Zakiah mula meleraikan persoalan. Dokumen lama itu masih bertukar tangan. Dan berhenti lama pada Asyraf Danisy.
"Kami bercinta sekian lama. Semuanya mama serahkan pada dia. Apa sahaja yang dimintanya mama tunaikan. Termasuk mahkota seorang wanita," suasana sepi seketika. Asyraf Danisy semakin tidak keruan. Dia benar-benar ingin mengetahui kisah selanjutnya.
"Tapi sayang.. Kepercayaan yang mama tabur dibalas dengan penyesalan," kata-katanya berhenti di situ.
"Maksud mama?" hanya Farritz Aidil yang mampu bertegas dengan Puan Sri Zakiah berbanding orang lain termasuk Tan Sri Mahmud sendiri.
"Lepas beberapa lama kami bersama, mama didapati hamil. Mama tak tahu mama mengandung sehingga lah kawan mama, arwah Fatimah yang menyedari perubahan diri mama. Berkali-kali mama minta lelaki tu bertanggungjawab terhadap diri mama. Alasannya sebab ibunya tak izinkan kami berkawan walaupun dia tahu mama mengandungkan cucu dia," suaranya tersekat di situ. Puan Sri Zakiah menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata-katanya.
"Akhirnya, demi mengelak daripada diketahui keluarga, mama nekad. Mama berhijrah ke tempat lain. Tempat yang lebih jauh daripada keluarga mama. Mama pergi ke KL. Beberapa bulan kemudian, mama bersalin. Mama buntu. Mama tak tahu nak buat apa masa tu. Dengan keadaan mama yang masih lemah. Dan bayi yang asyik menangis tak henti-henti.
Mama berjalan seorang diri. Entah macam mana, kaki mama terhenti di hadapan sebuah banglo mewah. Lepas mama fikir masak-masak, mama nekad. Mama tinggalkan bayi mama di depan rumah tu dengan sekeping kertas bertulis nama, Asyraf Danisy. Mama harap, orang yang ambil bayi mama tu akan namakan dia dengan nama yang mama pilih tu.
Kemudian mama pulang ke kampung. Sebaik saja mama pulang, ibu mama bagitahu yang dia baru saja terima pinangan papa. Sebagai anak, siapa lah mama untuk membantah.
Selepas kami berkahwin, mama dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Farisya Adlina. Tak beberapa lama kemudian, mama bertemu semula dengan lelaki tu. Tapi lelaki tu dah berumah tangga dan dia pun dah ada anak.
Mama taat kepada papa. Sebab tu mama tak pernah terniat untuk kembali kepada dia. Hati mama hanya untuk papa. Tapi pernah sekali, lelaki tu lamar mama. Dia tahu mama dah berkeluarga. Tapi dia masih menaruh hati pada mama,” ujar Puan Sri Zakiah sambil matanya mencerlung kea rah Dato’ Zahid. Lelaki itu tertunduk diam.
“Sejak mama tinggal di KL dengan papa dan Isya, mama selalu datang ke rumah anak lelaki mama tu. Mama ambil berat tentang dia. Mujur ada Mak Tom. Dia yang banyak ceritakan tentang Is walaupun dia tak tahu siapa mama pada Is. Mama ambil tahu tentang perkembangan anak mama. Sampai lah dia dewasa.”
“Siapa lelaki tu, mama? Siapa papa Is?” Tanya Asyraf Danisy menuntut bela.
Puan Sri Zakiah merenung tajam kea rah Dato’ Zahid yang masih terkejut dengan berita tersebut. Pasti lelaki itu terkejut mengetahui bahawa Asyraf Danisy adalah anaknya dengan Puan Sri Zakiah. Anak yang terhasil di luar ikatan pernikahan.
“Jawab lah abang. Kenapa abang diam? Jawab pertanyaan Is tu!” bentak Puan Sri Zakiah. Tan Sri Mahmud terpempam. Dato’ Zahid? Benarkah Dato’ Zahid adalah lelaki yang dimaksudkan?
“Ya. Asyraf anak ayah,” terketar-ketar dia menyahut soalan wanita itu. Asyraf Danisy bagaiakan mahu pitam. Bermakna dia dan Farisya Adlina memang adik beradik kandung. Dan perkahwinannya sebentar tadi tidak sah.
“Tapi kenapa, ayah? Kenapa ayah dengan mama tak pernah jelaskan tentang hal ni? Kenapa ayah dengan mama buat Is macam ni? Mama dengan ayah nak seksa perasaan Is ke? Bertahun, ayah. Bertahun Is simpan perasaan terhadap adik kandung Is sendiri. Patut lah takdir selalu je memisahkan cinta kami. Rupanya cinta kami dilaknat Allah. Is kecewa, ayah, mama. Is kecewa sebab keluarga Is buat Is macam ni. Is tak marahkan mama sebab buang Is. Is faham keadaan mama. Tapi kenapa mama dan ayah nak rampas Isya daripada Is? Pelbagai rintangan dah Is tempuh. Dan di saat Is dah berjaya memiliki Isya, mama rampas Isya daripada Is dengan mengatakan Isya ni adik kandung Is? Kenapa? Salah ke Is bahagia? Is cintakan Isya!”
Setitis demi setitis air mata gugur di pipi Farisya Adlina mendengar pengakuan ikhlas abang kandungnya. Benar. Patut lah mereka tidak pernah dapat bersama. Rupanya Allah lebih mengetahui tentang segalanya.
“Mengucap Is. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Papa pun kecewa dengan apa yang berlaku,” ujar Tan Sri Mahmud. Dia kelihatannya hanya mampu berserah dengan takdir yang telah ditetapkan.
“Abang, Kiah minta ampun. Kiah tahu Kiah tak sepatutnya merahsiakan hal ni daripada abang. Tapi Kiah tak tahu macam mana nak bagitahu pada abang. Kiah buntu. Lagipun Kiah tahu. Kalau Kiah berterus terang, mesti abang akan tinggalkan Kiah atas perilaku tak senonoh Kiah dulu,” rayu Puan Sri Zakiah tertunduk kesal.
“Sudah lah, mama. Perkara yang dah berlaku, kita biarkan berlalu. Sekarang, ada 1 lagi tugas yang belum selesai. Mama dah satukan Is dengan adik kandung Is. Sekarang, mama kena satukan pula adik Is dengan orang yang dia sayang. Orang yang terlalu banyak berkorban untuk dia,” kata-kata Asyraf Danisy sekaligus mengangkat wajah Farisya Adlina dan Farritz Aidil.
“Apa maksud Is?” Dato’ Zahid kurang mengerti.
Asyraf Danisy menghampiri Farisya Adlina. Jemari lembut itu dicapainya lalu digenggam kemas. Perlahan dia menarik Farisya Adlina mendekati Farritz Aidil. Farritz Aidil turut kaku tatkala tangannya jua digenggam di sebelah lagi.
“Is maksudkan mereka berdua, ayah. Sekarang ni, kita kena satukan Isya dengan Ritz. Is tahu dalam hati mereka masih saying menyayangi. Betul tak, Ritz?”
Farritz Aidil menepuk lembut bahu Asyraf Danisy sambil melemparkan senyuman terima kasih terhadap lelaki itu.
FARISYA Adlina membuka matanya perlahan-lahan. Dia meraba-raba rambutnya yang sudah terurai. Farisya Adlina cuba bangkit dari katil namun gagal. Dia dapat merasakan ada tangan yang melingkari tubuhnya dari arah belakang. Farisya Adlina segera berpaling. Farritz Aidil!
Farisya Adlina menyelak selimut yang membaluti tubuhnya. Dia terkesima. Matanya memandang ke arah lantai. Pakaiannya sudah terlepek di atas lantai. Dia cuba mengimbas kembali kejadian yang berlaku antara mereka berdua.
Farisya Adlina menepuk dahinya sambil tersenyum sendiri. Dia menoleh ke arah Farritz Aidil yang masih nyeyak tidur. Dibelainya rambut lebat lelaki itu. Perlahan bibirnya menyentuh dahi suaminya itu.
“Sayang.. Bangun. Dah subuh ni. Nanti lambat pula nak solat subuh,” Farisya Adlina menggerakkan sedikit tubuh Farritz Aidil.
Farisya Adlina terjerit kecil apabila Farritz Aidil menarik tubuhnya baring di atas tubuhnya. Merah padam wajah mulus itu disakat begitu. Dia tahu Farritz Aidil memang suka menyakatnya. Tetapi sungguh tidak dia menyangka lelaki itu berani menyakatnya hingga ke tahap ini sekali.
“Sayang, thanks..”
Bergetar suara Farritz Aidil menerjah ke telinga Farisya Adlina.
“You.. Bangun lah. Kita solat jemaah, ya? I nak mandikan baby sekejap,” pujukan Farisya Adlina langsung tidak diendahkan malah Farritz Aidil segera menarik selimut besar itu melitupi tubuh mereka berdua.
Sekali lagi Farisya Adlina terjerit kecil apabila Farritz Aidil menyakatnya.
Syukur lah. Semuanya telah selesai. Akhirnya dua jiwa itu dapat bersatu jua. Beberapa lama kemudian, Asyraf Danisy pula melangsungkan perkahwinannya dengan Nabila Huda, salah seorang sahabat baiknya di sekolah dahulu. Nabila kini sedang mengandung 2 bulan. Semuanya berkat keikhlasan hati Asyraf Danisy dan redha seorang ibu.
Sudah lah tuhan. Berikan lah mereka peluang untuk hidup bahagia. Jangan kau sekat kebahagiaan itu. Dan jangan sesekali pun kau biarkan mereka menangis duka. Amin..