2
'Suratan Atau Kebetulan'
Farisya Adlina memperlahankan kereta yang dipandunya itu lalu berhenti di bahu jalan.
"Apa dah berlaku ni, Isya?" tanya Lia yang masih terkulat-kulat di sebelahnya itu. Sebuah kereta Mitsubishi Lancer berwarna hitam metallic yang menghentam bahagian belakang keretanya tadi turut berhenti. Mungkin mahu meminta maaf atas perkara tersebut.
'Alhamdulillah. Baik juga orang ni. Tahu nak minta maaf,' bisik hati Farisya Adlina apabila melihat seorang lelaki sekitar umur 20-an berjalan menghampiri keretanya. Dengan penuh timbang rasa, Farisya Adlina keluar dari perut kereta diikuti rakan-rakan yang lain.
"Hei saudari, awak ni menyusahkan betul lah. Tengok, dah calar dah kereta saya. Tak ada lesen ke? Bawa kereta macam siput babi!" bentak Qayyum Farkhan sebelum sempat Farisya Adlina berkata-kata. Farisya Adlina tercengang mendengarnya.
"Assalamualaikum. Nama saya Farisya Adlina. Panggil Isya je. Firstly, dengan rasa rendah dirinya, saya nak minta maaf sebab terlanggar kereta awak tadi. Mungkin masa memandu tadi, saya tak sengaja terundur kereta saya sampai melekat kat front bumper awak. I'm sorry if it's my fault. This is my card. Esok hantar kereta awak ke mana-mana bengkel yang awak suka. Berapa pun kosnya, saya bayar. Okey? Kalau tak ada apa-apa lagi, I want to take a leave now. I'm sorry again, okey?"
Tercengang Qayyum Farkhan apabila disindir begitu. Farisya Adlina mempercepatkan langkahnya diikuti Atiera, Lia, dan Afifa yang masih terpempam dengan peristiwa pelanggaran itu tadi.
"Please forgive my friend. There is a misunderstanding here. It was my fault. Saya yang cuai memandu," tegur seorang lagi lelaki yang baru keluar dari tempat duduk pemandu sebelum sempat Farisya Adlina masuk semula ke kereta. Farisya Adlina masih tidak berpaling. Mungkin sakit hati bila diherdik begitu.
"Tak apa lah. Kadang-kadang bukan semua perkara kita mesti pertahankan. Ada masanya kita juga perlu mengalah demi kepentingan bersama. So, in this misunderstanding problem, saya mengalah. Tak ada gunanya hal ni diperbesarkan. Betul tak?" hujah Farisya Adlina sekadar memulangkan paku buah keras kepadanya dan Qayyum Farkhan.
"That's not your fault. Maafkan kawan saya. Dia ni memang emo sikit. So, no need to pay the cost. It's all my fault. I'm Ritz. Farritz Aidil Dato' Zahid. So, can you forgive us?" Farritz Aidil cuba mengumpan gadis itu agar berpaling kepadanya. Ternyata pernyataannya itu sangat mengejutkan Farisya Adlina. Dia berpaling menghadap dua rakan baik itu.
"What? Boleh ulang balik tak nama awak tadi?" Farisya Adlina seakan-akan sudah hampir menyelesaikan satu teka-teki yang lama terpendam.
"Farritz Aidil Dato' Zahid. Why do you look so suspicious? Am I wrong?" Farritz Aidil mengerutkan dahinya pelik. Syed Aizriel yang tadinya hanya duduk di tempat duduk belakang kereta sudah keluar untuk menyaksikan pertemuan semula antara dua 'kembar' ini setelah sekian lama terpisah.
"Budak kenit?" tanya Farisya Adlina. Dia tersenyum nakal.
"Isya? Kau Isya, ke?" jerit Farritz Aidil. Rakan-rakan yang lain saling berpandangan sesama sendiri.
"Ritz! Lama tak jumpa. Kau rupanya yang nak cari pasal dengan aku ya?"
Kaki Farisya Adlina mulai melangkah menghampiri Farritz Aidil, 'abang kembar'nya yang ditinggalkan di kampung bertahun lalu. Atiera dan Afifa turut sama mengikuti langkahnya. Mereka turut berasa hairan kerana pergaduhan yang tadinya kian meletus bagaikan sudah dilupakan begitu sahaja.
"Maaf lah. Kawan aku celupar sangat lah. So, kau maafkan kita orang tak?" Farritz Aidil tersenyum. Lama benar dia kehilangan penghibur hatinya itu.
Dia mendapati, Farisya Adlina kini sangat cantik. Lebih cantik berbanding Farisya Adlina yang dikenalinya dahulu yang gemar bertocang. Lesung pipit kirinya juga kelihatan semakin dalam. Ternyata perpisahan mereka selama ini telah merubah banyak perkara.
Kini Farisya Adlina lebih rendah daripadanya. Penampilannya juga semakin menjaga kesopanan diri serta budi bahasa yang terpuji. Semua itu tidak pernah ditemuinya pada diri gadis itu suatu waktu dahulu.
"Dah lah tu. Kalau nak terkejut lagi, esok-esok je lah. Jom lah balik Isya. Aku dah mengantuk ni," cadang Atiera menghentikan tawa antara dua sahabat lama itu. Dia tidak perasan bahawa ada sepasang mata yang sedang memandang tepat ke arahnya yang sedang menggosok-gosok mata.
'Cunnya minah ni,' bisik hati Qayyum Farkhan sambil tersenyum simpul seorang diri.
"Lu apa hal, mamat? Pakai sengih-sengih macam kerang busuk pula. Aku kasi penangan sekali baru kau tahu," jerkah Atiera apabila mendapati Qayyum Farkhan yang cuba menggodanya. Terkejut Qayyum Farkhan mendengarnya. Begitu juga rakan-rakan yang lain.
"Okey, okey.. Ritz, kita orang balik dulu ya? Dah malam ni," ujar Farisya Adlina. Atiera, Afifa, dan Lia sudah bergerak menuju ke kereta lalu masuk ke dalamnya.
"Isya, bagi phone number kau. Nanti macam mana nak contact?" Farritz Aidil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket.
"Aku sekali," gurau Syed Aizriel.
"0153355779. Okey guys. Aku letih lah. Nak balik ni. Nanti kalau ada apa-apa hal, just call me, okey? Nights! Take care. Assalamualaikum."
Farisya Adlina melambai ke arah kembarnya itu sambil tersenyum manja.
"Waalaikumsalam."
Mereka menjawab serentak. Kereta Farisya Adlina yang remuk sedikit di bahagian belakang itu bergerak menyusuri jalan raya merentasi langit malam. Mata tiga jejaka tampan itu masih terpaku pada kereta yang sudah lesap dari pandangan mereka itu.
"Cunnya minah tu Ritz. Cute habis wa cakap lu," puji Syed Aizriel.
"Betul tu, Riel. Menyesal aku marah-marah dia tadi. Tapi member dia lagi cun. Siapa tu, Ritz? Kenapa aku tengok kau macam kenal gila dengan minah tu?" tanya Qayyum Farkhan pula.
"Memang pun. She's different. The world is just a small one," bisik Farritz Aidil perlahan. Dia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta tanpa mempedulikan pertanyaan rakan-rakannya itu.
"Wei, kau tak jawab lagi soalan kita orang!" Qayyum Farkhan dan Syed Aizriel bergegas masuk semula ke dalam kereta apabila Farritz Aidil mula menekan pedal minyak.
FARISYA Adlina merenung telefon bimbitnya yang terlekap di atas katilnya. Malam ini dia tidur di rumahnya yang terletak di UK Heights. Dia berpaling kembali. Pandangannya tertumpu kepada pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang kelihatan jelas daripada ruang balkoni biliknya. Fikirannya melayang seketika tatkala angin bayu menghembus lembut ke wajahnya.
'That's not your fault. Maafkan kawan saya. Dia ni memang emo sikit. So, no need to pay the cost. It's all my fault. I'm Ritz. Farritz Aidil Dato' Zahid. So, can you forgive us?'
Masih terngiang-ngiang di telinganya suara garau lelaki itu memperkenalkan dirinya sebentar tadi. Sungguh tidak disangkanya bahawa insiden pelanggaran antara mereka hari ini ada hikmahnya. Budak kenit yang dahulunya hilang dari matanya kini menjelma semula. Dia masih seperti dulu. Lesung pipit kanannya juga semakin menawan. Farisya Adlina tersenyum sendirian.
Mata Farisya Adlina tertumpu kepada telefon bimbitnya yang tiba-tiba berdering. Hatinya melonjak keriangan tatkala melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin telefon bimbitnya.
"Assalamualaikum. Isya, dah tidur?"
Sopan bahasa Farritz Aidil memulakan bicaranya. Entah mengapa hatinya tergerak untuk menghubungi gadis itu. Dia sendiri tidak pasti sebabnya. Mungkin dia rindu untuk mendengar celoteh manja gadis itu yang lama tidak dijamu halwa telinganya bertahun dahulu.
"Waalaikumsalam. Belum, Ritz. Kalau dah, takkan aku boleh jawab call kau," sahut Farisya Adlina sambil tersenyum sendirian. Rindu benar dia pada suara itu.
"Wah, loya buruk kau ya?" Kedengaran Farritz Aidil tergelak besar mendengar gurauan gadis itu.
"Hmm.. Kau apa cerita sekarang? Belajar lagi atau dah kahwin?" Farritz Aidil bersuara semula selepas menyepi seketika tadi.
"Aku belajar lagi. Kau ni tak agak-agak lah. Umur aku baru 21 tau. Nak kahwin apa? Bukan ada siapa-siapa nak kat aku."
"Tahu pun. Kalau ada yang nak pun, aku rasa mata dia buta, lah," tawanya tercetus kembali. Entah apa yang kelakar, Farisya Adlina sendiri tidak pasti. Cerianya lelaki itu saat ini.
"Aku belajar kat UKM. Kau?" soal Farisya Adlina pendek.
"Lah.. Ya ke? Aku pun belajar kat UKM. Tak pernah nampak kau pun?"
"Memang lah. Kita kan tak kenal. Dah kenal ni, mesti selalu jumpa punya," gurau Farritz Aidil.
"Hmm.. Okey lah. Aku mengantuk lah." Farisya Adlina menekup mulutnya sesekali. Masuk kali ini, sudah 3 kali dia menguap. Pintu kaca biliknya juga sudah ditutup rapat.
"Okey! Nanti ada masa, kita berborak panjang lagi, ya. Again, I'm sorry about the accident tadi. Assalamualaikum." Butang merah di telefon bimbitnya ditekan sejurus selepas salamnya disambut Farisya Adlina.
Telefon bimbitnya didakap erat. Entah mengapa selepas menerima panggilan Farritz Aidil sebentar tadi, hatinya berbunga riang. Pernah suatu ketika dahulu, hatinya terpaut kepada lelaki itu. Mungkin kerana itu, dia dapat merasai kembali kehangatan cintanya pada Farritz Aidil. Entah apa lah perasaan lelaki itu kini.
No comments:
Post a Comment