Wednesday, February 16, 2011

bab 23



23

'Kau Guris Perasaan'

Farisya Adlina bangun perlahan-lahan dari baring.  Dia tidak pasti sudah berapa lama dia terlantar di situ.  Matanya mengerling ke arah jam yang terletak di meja kecil di sebelah katilnya.  Sudah pukul 9.45 malam. 
          Farisya Adlina meraup wajahnya.  Dia kesal kerana kejadian itu,  dia tertinggal semua waktu solatnya daripada waktu solat Subuh sehingga waktu solat Isyak.
          Dengan hanya berselimut,  Farisya Adlina mencapai pakaiannya yang bersepahan di atas lantai.  Setitis air matanya gugur apabila mengenangkan peristiwa kelmarin.  Bagaimana rakusnya Farritz Aidil menanggalkan pakaiannya lalu meragut kewanitaan Farisya Adlina tanpa rela.  Hatinya menjerit hampa.
          Setelah menyarung kain batik dan t-shirt putih ke tubuhnya,  Farisya Adlina keluar dari bilik lalu berjalan menuju ke dapur.  Dia meneguk segelas air suam sebelum mandi dan solat Isyak. 
          Walaupun sedang sakit,  dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim untuk menunaikan solat dan sujud menghadap Ilahi.
          Farisya Adlina meraup wajahnya selepas selesai berdoa.  Dia duduk termenung seketika.  Tanpa dia sedari,  dia tertidur semasa sedang berbaring di atas sejadah.  Lemah benar tubuhnya.  Farisya Adlina sudah tidak berdaya untuk bangun.
          Farisya Adlina terjaga apabila terdengar suara Farritz Aidil dan rakan-rakannya yang sedang tergelak besar di luar bilik.  Dia sudah terbiasa dengan rutin ini. 
          Dia bangun sambil membuka telekungnya lalu memakai tudung sebelum keluar dari bilik untuk mendapatkan Farritz Aidil.  Dia sudah tidak tahu dari mana hendak mendapatkan pertolongan.  Kepalanya terasa terlalu berat.  Mahu menghubungi rakan-rakan,  tidak mungkin.  Rakan-rakannya pasti sudah lena tidur di rumah.
          Farisya Adlina menghentikan langkahnya di satu sudut sebelum tiba di ruang tamu,  tempat Farritz Aidil dan rakan-rakannya duduk berbual.
          Bagai hendak gugur jantungnya melihat Intan Natasha turut ada bersama dengan Farritz Aidil,  Qayyum Farkhan dan Syed Aizriel.  Bukan itu sahaja,  malah Intan Natasha sedang seronok bergurau senda dengan mereka sambil duduk di atas pangku Farritz Aidil.  Sesekali gadis itu menepuk manja pipi Farritz Aidil.
           Farisya Adlina tidak mampu bertahan lagi.  Dia dapat merasakan betapa pedih hatinya saat ini.  Farisya Adlina menggagahkan dirinya melangkah menuju ke arah Farritz Aidil.  Niat hatinya hanya satu.  Untuk menuntut tanggungjawab Farritz Aidil kepada dirinya.  Farritz Aidil yang menyebabkan keadaan kesihatannya menjadi bertambah teruk seperti ini.  Dia harus bertanggungjawab.
          "Assalamualaikum.."  ucap Farisya Adlina lembut. 
          Tangannya masih berpegang pada sofa kosong di hadapannya.  Dia berpaut kuat pada sofa itu.  Takut juga kalau tiba-tiba dia pitam. 
          Salamnya bersambut.  Intan Natasha terdiam.  Mungkin kaget melihat renungan tajam Farisya Adlina.  Namun dia sedikitpun tidak berasa takut.  Makin kuat tangannya merangkul leher Farritz Aidil.
          "Ritz,  awak hantar saya pergi klinik sekejap.  Hantar je.  Nanti saya balik sendiri,"  Farisya Adlina menyatakan niat hatinya.  Farritz Aidil hanya memandang tanpa sebarang kata.
          "Hantar kau?  Kenapa pula aku yang kena hantar?  Kan kau ada kaki,  ada tangan.  Pergi lah sendiri.  Aku sibuk!"  balas Farritz Aidil. 
          Qayyum Farkhan dan Syed Aizriel tergamam mendengar kata-kata Farritz Aidil.  Mereka  tidak menyangka bahawa Farritz Aidil akan memperlakukan hal seperti ini kepada Farisya Adlina,  isterinya sendiri.
          "Sibuk apa?  Awak kan tengah berseronok ni.  Tolong lah hantar saya sekejap.  Saya tak larat lah nak bawa kereta."
          "Tahupun aku tengah berseronok.  Dah tu,  yang kau nak ganggu aku lagi kenapa?"  kemarahannya kian memuncak.
          "Awak kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada saya,"  tegasnya.
          "Hei perempuan.  Kau tak faham bahasa ke?  Kau tak dengar ke Ritz cakap tu?  Kami tengah seronok ni.  Kau jangan ganggu kami boleh tak?"  ujar Intan Natasha selamba.  Terbeliak mata Farisya Adlina mendengar keceluparan mulut Intan Natasha berbicara.
          "Hei Intan!  Aku rasa better kau diam.  Jangan masuk campur dalam urusan aku dan Ritz.  Ini hal rumah tangga kami.  Aku tak marah kau bermesra dengan dia,  dah cukup baik tau,"  Farisya Adlina semakin berang dengan sikap Intan Natasha.  Dia menghampiri Intan Natasha lalu meluruskan jari telunjuknya tepat ke wajah gadis itu.
          "Kau ni dah gila ke?  Jangan sampai aku lempang kau tau!  Baik kau berambus sekarang!  Jangan buat aku hilang sabar!"  Farritz Aidil seperti orang hilang akal.  Dia bangkit lalu menolak Farisya Adlina sehingga jatuh terduduk di atas meja kecil di belakangnya. 
          Farisya Adlina menjerit kesakitan.  Dia memegang belakang pinggangnya.  Intan Natasya yang tadi duduk di atas pangku Farritz Aidil sudah bangkit apabila Farritz Aidil turut bangkit menghadap Farisya Adlina. 
          Qayyum Farkhan dan Syed Aizriel pantas bangun mendapatkan Farisya Adlina yang sedang terduduk kesakitan.  Mereka hanya mampu meminta Farisya Adlina bersabar.  Kerana mereka yakin jika mereka masuk campur dalam hal ini,  masalah hanya akan bertambah rumit.
          "Hei Ritz,  kau ni dah kena rasuk setan ke?  Kalau ya pun kau dah tak nak hantar dia,  jangan lah buat dia macam ni.  Permpuan yang kau benci sangat ni,  bini kau.  Kau tahu tak?"  Qayyum Farkhan menolak bahu Farritz Aidil. 
          Pada mulanya dia mengambil keputusan untuk tidak mahu masuk campur dengan urusan rumah tangga rakannya itu tetapi apabila Farritz Aidil sudah mula bertindak kasar terhadap Farisya Adlina,  dia sudah tidak mampu berdiam diri.  Pada fikirannya nasib wanita itu mesti dibela.
          "Kau diam,  Qay.  Ini urusan aku dengan dia!  Perempuan ni kurang ajar dengan aku.  Biar aku yang ajar dia,  macam mana cara nak hormat orang."
          "Kau sendiri tak hormat orang,  kau nak suruh orang hormat kau!  Dayus lah wei,  pukul perempuan,"  sahut Syed Aizril.  Dia memegang bahu Farisya Adlina dan membantunya bangun.  Terkial-kial Farisya Adlina mahu bangun.  Belakang pinggangnya terasa amat sakit sekali.
          "Jom,  Isya.  Biar kita orang bawa awak pergi klinik.  Jangan harapkan pertolongan orang gila macam dia ni,"  herdik Qayyum Farkhan.  Farritz Aidil dan Intan Natasha hanya diam. 
          "Tak payah lah.  Saya drive sendiri,"  ujar Farisya Adlina.  Dia meleraikan pegangan Syed Aizriel.  Intan Natasha menjeling tajam ke arah mereka.  Meluat sungguh dia kepada wanita yang sudah bergelar isteri kepada kekasihnya itu. 
          "Awak tengah tak sihat ni,  tahu tak?  Mana boleh drive sorang-sorang.  Kalau jadi apa-apa macam mana?"  balas Qayyum Farkhan.
          "Boleh pun drive sendiri.  Kau orang tengok lah.  Dia ni mengada-ngada je lebih.  Biarkan dia.  Mampus pun aku lagi suka,"  jerit Farritz Aidil seperti orang hilang akal.
          "Kalau kau dah tak suka dengan Isya ni,  kau bagi je dia kat aku.  Lelaki gila je yang tak tahu hargai perempuan sebaik,  secantik,  semulia isteri kau ni!"  kata-kata pengakuan Syed Aizriel benar-benar mengejutkan semua yang ada di situ termasuk Farisya Adlina sendiri.
          "Dah lah.  Tak payah lah gaduh-gaduh.  Saya boleh pergi sendiri.  Awak semua balik lah.  Dah malam ni.  Assalamualaikum,"  ujar Farisya Adlina.  Dia berjalan menuju ke biliknya kembali.  Hatinya benar-benar kecewa di saat ini. 
          Memang dia dapat mengagak bahawa Farritz Aidil tidak akan sudi menghantarnya ke klinik.  Tetapi sungguh dia tidak menyangka lelaki itu akan bertindak kasar dengan menolaknya sehingga jatuh terduduk.  Hanya kerana gadis gedik itu.


FARISYA Adlina membuka matanya perlahan-lahan.  Dia memandang sekeliling.  Dahinya berkerut.  Di mana dia sekarang?  Mengapa dia sedang terbaring di sini?  Pelbagai persoalan membelenggu fikirannya. 
          Di satu sudut di sebelah kanannya,  dia terpandang sesusuk tubuh yang sedang duduk berteleku di sisinya.  Lelaki itu kelihatan letih sekali. 
          Farisya Adlina mengangkat tangan kirinya yang masih terlekat dengan jarum halus dan wayar putih yang bersambung dengan beg berisi cecair yang mengalir ke dalam tubuhnya. 
          Dia hairan mengapa dia boleh terlantar di katil hospital ini?  Apa yang telah terjadi kepada dirinya sehinggakan kepalanya boleh berbalut?  Apa pula yang dibuat lelaki ini di sini?  Tidak mungkin dia sudi menemaninya.  Hati lelaki ini sudah banyak disakiti olehnya.
          "Isya.."  tegurnya.  Farisya Adlina tidak pasti entah bila lelaki itu tersedar.  Farisya Adlina memandang redup pada mata lelaki itu.  Matanya kelihatan sembab.  Seperti sudah lama tidak tidur.
          "Maafkan saya,  Isya.  Saya tak ada masa awak perlukan bantuan.  Saya sibuk sikit tadi,"  jelasnya.
          "Err..  saya tak kisah.  Tapi,  apa dah jadi pada saya?  Kenapa saya boleh masuk hospital?"  ujar Farisya Adlina.  Keadaanya yang masih belum pulih sepenuhnya melambatkan percakapannya.
          "Awak accident semalam.  Qayyum nampak awak hampir pengsan masa jalan sorang-sorang.  Belum sempat dia nak panggil awak,  ada motor langgar awak.  Tapi awak jangan risau.  Kami dah report polis,"  jelasnya panjang lebar.  Simpati benar dia melihat keadaan wanita itu.
          "Tapi saya hairan.  Kan dah malam.  Kenapa jalan kaki sorang-sorang?  Kenapa tak bawa kereta?  Awak nak ke mana?"
          "Saya nak pergi klinik.  Kunci kereta saya hilang.  Tu yang jalan kaki je,"  balas Farisya Adlina.
          "Kalau apa-apa jadi kat awak tadi macam mana?  Saya yang susah tau.  Nasib baik lah Qay dan Riel ada.  Dia orang bagitahu Tiera.  Tiera bagitahu saya sebab dia balik kampung.  Tak boleh nak temankan awak kat sini."
          "Is,  awak tak perlu lah risau sangat pasal saya.  Saya tahu lah jaga diri,"  balas Farisya Adlina.
          Suasana sepi seketika sebelum pintu bilik dikuak perlahan.  Asyraf Danisy berpaling.
          "Kak Ila,  Diba,  masuk lah.  Isya dah sedar." 
          Farisya Adlina memandang ke arah pintu bilik.  Dilihatnya Adibah sedang mendukung seorang bayi masuk bersama seorang wanita di sisinya.  Dia tidak pasti siapa wanita yang bertudung itu.
          "Isya,  kenalkan,  ni kakak saya,  Kak Ila.  Adik,  tolong jagakan Kak Isya sekejap.  Abang nak keluar beli air kat bawah,"  ujar Asyraf Danisy lalu meminta diri untuk keluar.  Lelaki itu kelihatannya sungguh perihatin terhadap dirinya walaupun Farisya Adlina pernah menolak cinta lelaki itu. 
          Farisya Adlina selesa berbual dan berkenalan dengan Kak Ila.  Dalam tawanya,  hatinya sedikit kesal dengan sikap Farritz Aidil.  Lelaki itu langsung tidak datang menjenguknya di sini.  Padahal dia lah penyebab Farisya Adlina terlantar di sini.
          'Ah,  mungkin dia tidak tahu,'  dalih hatinya.  Namun dia berfikir sejenak.  Tahu atau tidak,  Farritz Aidil tetap tidak akan datang menjenguk dirinya.  Kebenciannya terhadap Farisya Adlina tidak pernah padam.

No comments:

Post a Comment