Wednesday, February 16, 2011

bab 15



15

'Puaskah'

"Kenapa isteri abang ni termenung je?  Berat hati ya nak balik Malaysia?"  Zaki Zaqhwan duduk di sebelah Lia yang sedang duduk termenung di sofa ruang tamu.  Lia sedikit terperanjat apabila Zaki Zaqhwan tiba-tiba merangkul pinggangnya.
          "Tak lah.  Cuma Lia tengah fikirkan tentang Isya,"  jawab Lia beserta senyuman yang manis.
          "Kenapa dengan Isya,  sayang?  Dia tak jadi kahwin dengan Ritz ke?"  Zaki Zaqhwan merenung wajah keruh isterinya itu.  Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.
          "Jadi.  Cuma Lia kesiankan dia.  Tak patut tau parents dia paksa-paksa dia kahwin dengan orang yang dia tak suka,"  Lia mengemukakan pendapatnya.
          "Tak patut tu memang lah tak patut.  Tapi kita kena terima hakikat.  Sekejap lagi Isya dah nak jadi isteri Ritz.  Ni semua keputusan ibu bapa mereka.  Lagipun,  sebagai anak,  kita kena ikut perintah ibu bapa.  Berdosa kalau membantah."
          "Walaupun tak bahagia?"  Lia memusingkan tubuhnya menghadap Zaki Zaqhwan.  Serius benar wajahnya.
          "Sayang..  Soal bahagia atau tak,  kita sendiri tak tahu.  Itu semua urusan Allah.  Kita hanya manusia biasa.  Yang penting,  untuk bahagia,  kita kena lah selalu berdoa,  berusaha,  dan bertawakal kepada Allah,"  lembut sekali suara Zaki Zaqhwan menerjah ke cuping telinga Lia.
          "Habis tu,  abang yakin ke yang kita ni akan bahagia?"  tanya Lia.  Satu ciuman singgah di pipinya.  Kasih benar lelaki itu kepada dirinya.
          "Abang tak yakin kita akan bahagia,  sayang.  Kecuali..."  Zaki Zaqhwan menghentikan kata-katanya di situ.  Ada riak keresahan yang mula terukir di wajahnya.  Lia semakin gundah menunggu sambungan kata-kata suaminya itu.
          "Kecuali apa?"  tanya Lia penuh mengharap.
          "Kecuali Lia buatkan abang air teh panas.  Abang haus lah sayang.."  Zaki Zaqhwan tersenyum nakal.  Serentak itu,  Lia mencubit peha Zaki Zaqhwan yang sedikit terdedah di sebalik seluar pendek yang dipakainya.  Terjerit Zaki Zaqhwan dengan perlakuan Lia.  Tangannya ligat menggosok bekas cubitan isterinya itu.
          "Lia cakap betul-betul,  abang main-main pula,"  Lia memuncungkan bibirnya tanda memprotes.
          "Betul lah abang cakap ni.  Lepas sayang buatkan abang air,  baru lah hati abang happy.  Lepas tu nanti,  sayang pun bahagia,"  Zaki Zaqhwan tetap mahu menyakat isterinya itu.  Dia senang melihat isterinya memuncungkan bibirnya begitu.  Tetapi dia tidak akan sesekali membiarkan Lia terluka lama-lama.  Dia akan memujuknya sebaik mungkin.


"APA kau cakap ni?  Bila masa aku buat semua tu?"  tengking Farisya Adlina kepada lelaki yang semakin lantang berkata-kata itu.
          "Ah!  Tu semua lakonan kau je.  Kau ingat aku bodoh?  Kau nak bolot harta family aku ya?  Jangan mimpi lah,  perempuan!"  semua pengunjung Taman Tasik Titiwangsa memandang hairan ke arah pasangan bakal pengantin yang sedang bertikam lidah itu.
          "Konon,  kau suruh mama kau yang tak tahu malu tu cakap dengan ibu yang dia yang nak satukan kita.  Tapi rupanya,  kau yang tergila-gilakan aku dan nak bolot semua harta aku dan family aku tanpa pengetahuan sesiapa,  kan?  Memang silap aku temukan kau dengan parents aku sebelum ni,"  Farritz Aidil dengan angkuhnya memalingkan tubuhnya daripada Farisya Adlina yang sedang duduk bersandar di kerusi batu yang terletak berhadapan dengan tasik.
          "Hei Farritz!  Kau boleh herdik aku.  Kau boleh hina dan maki aku.  Tapi kalau kau kutuk parents aku,  bukan aku kalau senang-senang aku nak maafkan kau!  Hal ni tak ada kaitan dengan mama dan papa.  Ibu kau yang datang rumah aku untuk merisik aku.  Mama aku tak tahu apa-apa apatah lagi aku,"  Farisya Adlina semakin berang dengan herdikan Farritz Aidil. 
          Dia bangkit lalu berdiri berhadapan dengan lelaki itu.  Farritz Aidil terkejut dengan tindakan gadis itu.  Selama ini dia menyangka Farisya Adlina seorang yang lemah lembut.  Tetapi hari ini,  baru dia kena buku dengan ruas.
          "Kelakarnya kau ni,  Isya.  Pandainya kau putar belitkan cerita.  Jangan-jangan kau dan parents kau pun sama tak?  Semuanya jenis yang tahu malu,"  Farritz Aidil tertawa sinis sambil matanya membuang pandang ke arah lain.  Egonya sedikit tercabar dengan kata-kata Farisya Adlina yang menyindir ibunya.
          "Dah lah,  Ritz.  Aku dah malas nak layan orang gila macam kau ni.  Kau ego,  Ritz!  Kau tak mahu terima hakikat.  Bukan aku yang nak semua ni.  Kalau ditakdirkan aku mampu ulang masa sekalipun,  aku tak mahu jumpa dengan ibu dan ayah.  Aku tak mahu terlibat dengan ikatan tak rela ni.  Aku mahukan hidup aku sendiri."
          "Kalau kau boleh fikir kau nak hidup kau,  kenapa kau buat aku macam ni?  Kau malukan keluarga kau.  Kau tak faham hati aku,  Isya.  Aku tak cintakan kau!  Aku cintakan Intan Natasha Dato' Imran.  Dia kekasih aku.  Hanya dia yang boleh jadi ibu pada anak-anak aku dan ratu di hati aku.  Bukan kau,"  tahap kesabaran Farritz Aidil sudah tiada hadnya lagi.  Dia mula berlalu ke gigi air tasik sambil diperhati Farisya Adlina.
          "Aku anggap kau sebagai adik aku,  Isya.  Hanya sebagai adik.  Tak lebih dari tu.  Tolong lah,  Isya!  Kita ada jalan hidup kita masing-masing.  Kalau kau nak batalkan perkahwinan kita,  aku tak ada halangan.  Aku akan tolong simpan rahsia tentang rancangan kau tu,"  suara Farritz Aidil mulai mengendur.  Dia meraup wajah tampannya yang kelihatan keruh itu.
          "Hei,  kalau aku ada kuasa,  benda pertama yang aku akan ubah ialah semua yang berlaku antara kita.  Aku tak nak ditakdirkan bertemu dengan kau semula kalau macam ni lah pengakhiran hubungan kita.  Kau faham tak!"  Farisya Adlina menyindir lelaki itu.
          'Kalau lah kau faham betapa hancurnya hati aku dengan pernikahan ni,  Farritz..'  setitis air mata jernih gugur bagaikan mutiara di pipi mulus Farisya Adlina yang kemerahan itu.
          Pertemuan mereka hari itu berakhir dengan air mata gadis yang berbaju kurung pahang  berwarna merah hati itu.  Dengan hati yang luka parah,  Farisya Adlina memandu kereta Aston Martinnya menuju ke suatu tempat yang dia sendiri tidak pasti di mana.  Yang pasti,  dia ingin mencari ketenangan sebelum 'hari bahagia' itu tiba.
          "Isya,  Isya!  Bangun.  Kita dah sampai ni,"  Atiera menggerakkan tubuh Farisya Adlina yang tertidur di tempat duduk belakang.  Afifa yang dari tadi memandu hanya memerhati rakan baiknya itu yang akan diijabkabulkan sebentar lagi.
          Oleh kerana terlalu banyak menangis dan termenung,  Farisya Adlina banyak kehilangan tenaga sampaikan dia tertidur sepanjang perjalanan dari UK Heights menuju ke Masjid Negara.
          Farisya Adlina yang masih terkulat-kulat memperbetulkan lipatan tudungnya.  Atiera yang duduk di sebelah Afifa hanya memandang redup akan wajah Farisya Adlina.  Gadis ayu itu sedang termenung sendiri walaupun kereta yang dinaiki mereka  itu sudahpun memasuki perkarangan Masjid Negara.  Ibu bapa kedua-dua pengantin sudah menanti di hadapan pintu masjid.
          "Aku mimpi dia,  Ifa,  Tiera,"  sayu suaranya menceritakan mimpi yang dialaminya semasa tidur tadi.  Pandangannya dilemparkan ke arah luar kereta.
          "Mimpi apa?"  Atiera seakan-akan berminat mengetahuinya.
          "Aku takut.  Aku takut bila terkenangkan peristiwa dia marah aku di Taman Tasik Titiwangsa bulan lepas."
          "Look.  Be cool okey?  Just forget it and trust my word.  You must be strong okey?"  Afifa  memujuk Farisya Adlina yang mula menangis.
          "That's right,  Isya!  I dah told you.  'Bertendang' only.  You will safe now,"  Atiera bersuara untuk menceriakan suasana dengan bahasa Inggerisnya yang berterabur.
          "Blah lah lu,  Tiera.  Nak speaking tapi berterabur,"  hati Farisya Adlina sedikit tercuit melihat gelagat rakan-rakannya yang melucukan.
          Beberapa ketika kemudian,  mereka bertiga melangkah beriringan menuju ke pintu masuk masjid.  Upacara pernikahan berlangsung secara besar-besaran beserta persandingan yang diadakan di rumah kedua-dua belah pihak. 
          Saudara mara bergembira meraikan pengantin baru sedangkan mereka sendiri  tidak merasakan kemeriahannya.  Sepanjang hari persandingan berlangsung,  Farritz Aidil langsung tidak memandang Farisya Adlina,  apatah lagi mahu menegurnya.

No comments:

Post a Comment