Wednesday, February 16, 2011

bab 17



17

'Rintihan Jiwa'

"Amin.."   Farisya Adlina meraup wajahnya selepas habis berdoa.  Selesai sahaja mandi sebentar tadi,  dia terus bersolat.  Hajat hatinya mahu berimamkan suaminya.  Oleh kerana Farritz Aidil masih belum muncul-muncul lagi,  Farisya Adlina terpaksa mengerjakan solat bersendirian. 
          Seketika kemudian selepas melipat telekung dan sejadah,  Farisya Adlina duduk di sisi katil sambil mengelap rambutnya yang terurai panjang sehingga ke pinggang.  Oleh kerana mahu mengejar masa untuk bersolat,  Farisya Adlina tidak berkesempatan untuk mengelap rambutnya yang basah.  Cepat benar rambut lembutnya itu panjang.
          Matanya mengerling ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan jam 9.20 malam.  Pandangannya berkalih pula kepada ruang balkoni.  Dari situ,  dia dapat melihat suasana di tingkat bawah sudah gelap dan tiada siapa yang masih berada di luar rumah.  Tetapi Farisya Adlina berasa hairan.  Mengapa Farritz Aidil belum naik ke bilik? 
          'Mungkin dia tidur di ruang tamu.  Ah biar lah.  Bagus juga.  Tak lah aku gelisah duduk berdua-duaan dengan dia nanti,'  bisik hati Farisya Adlina.
          Dia merebahkan tubuh kecil moleknya ke atas tilam empuk itu.  Selesa sekali.  Matanya dipejamkan.  Tidak sampai beberapa minit selepas itu pintu bilik dikuak perlahan.  Terkejut sungguh Farisya Adlina melihat Farritz Aidil yang masih terpaku melihatnya di muka pintu bilik.
          Farritz Aidil sedikit tergugat melihat kejelitaan isterinya.  Sebelum ini dia hanya dapat melihat wajah serta telapak tangannya sahaja.  Tetapi malam ini dia dapat melihat kejelitaan sebenar wanita itu.  Farritz Aidil hampir sahaja hilang pedoman.  Mahu sahaja dia mendapatkan isterinya itu dan menyatakan perasaannya.  Namun oleh kerana keegoan dan cinta terhadap Intan Natasha,  cepat-cepat dia menghalau semua perasaan itu pergi.  Farisya Adlina masih terkaku di atas katil.
          "Seronok lah kau ya dah dapat jadi menantu orang kaya?"  Farritz Aidil melangkah ke almari pakaian.  Tanpa isyarat,  Farritz Aidil menanggalkan pakaiannya di hadapan Farisya Adlina.  Farisya Adlina yang terkaku melihat gerak geri suaminya itu lantas menutup matanya.  Mungkin malu untuk memandang sesuatu yang asing baginya.
          "Tak usah lah kau berpura-pura tutup mata kau tu.  Aku dah muak dengan semua lakonan kau,"  kasar benar bahasa lelaki itu ketika berbicara dengannya.  Farisya Adlina membuka matanya lalu menundukkan wajahnya.
          "Awak nak cakap apa,  awak cakap lah.  Yang penting saya tak macam tu!"  Farisya Adlina memalingkan tubuhnya.
          "Aku ingatkan kau ya.  Kau jangan nak menjawab kata-kata aku.  Aku paling pantang kalau ada perempuan melawan cakap aku,"  lurus jari telunjuk Farritz Aidil menunjuk ke arah muka Farisya Adlina.  Farisya Adlina sudah tidak mampu bersabar lagi.  Dia bangkit dari duduknya lalu berdiri berhadapan dengan suaminya itu.  Mata mereka bertaut seketika.
          "Siapa yang melawan cakap awak?  Saya cuma mempertahankan diri,"  Farisya Adlina memberanikan diri membidas kata-kata Farritz Aidil.  Tetapi suaranya masih mendatar.  Dia tidak mahu menderhaka kepada suaminya.
          "Sudah lah.  Kau ingat aku tak tahu agenda kau dengan mama kau tu.  Semuanya aku dah tahu.  Bukti pun dah ada,"  Farritz Aidil menolak bahu Farisya Adlina sehingga terjatuh ke atas katil semula.  Sekali lagi Farisya Adlina menundukkan wajahnya tatkala terpandangkan susuk tubuh Farritz Aidil yang hanya dibaluti tuala yang digunanya tadi. 
          'Kalau lah dia tahu aku guna tuala dia tadi,  memang haram lah kalau dia sudi guna,'  bisik hati Farisya Adlina.
          "Aku rasa kau terlupa sesuatu lah.  Kau tahu tak?  Kalau kau nakkan sesuatu,  kau kena korbankan sesuatu.  Kau nak harta aku,  kan?  Boleh.  Aku boleh kasi berapa banyak pun yang kau nak.  Dengan syarat,  kau kena jadi orang gaji aku buat seumur hidup kau.  Bila kau dah mati nanti,  aku akan tabur semua harta yang kau nak tu atas kubur kau,"  Farritz Aidil tertawa seperti orang hilang akal. 
          Farisya Adlina yang tadinya hanya duduk sambil menundukkan wajahnya kini sudah bangun untuk membalas semua kata-kata Farritz Aidil.  Farritz Aidil benar-benar sudah keterlaluan.  Sesuka hatinya sahaja mahu mencerca Farisya Adlina.  Sebagai seorang wanita yang bermaruah,  dia cuba mempertahankan dirinya dan keluarganya.
          "Awak ni kenapa?  Kan saya dah kata,  saya tak ingin lah semua harta awak tu.  Satu sen pun saya tak harapkan.  Parents saya masih mampu nak sara hidup kami sekeluarga.  Kalaupun ditakdirkan keluarga saya bankrap,  saya sendiri mampu nak tanggung family saya,"  Farritz Aidil terkaku seketika.
          "Saya pun tak tahu kenapa awak dendam sangat dengan saya dan parents saya.  Apa yang kami dah lakukan pada awak?"  tanya Farisya Adlina tegasnya.
          "Kau nak tahu kenapa aku benci pada kau dan parents kau?  Sebab kau dan parents kau penyebab aku tak dapat hidup dengan satu-satunya orang yang aku sayang,  Intan Natasha.  Kau tahu tak aku sayang pada dia?  Kau tahu tak impian aku nak memperisterikan dia dah musnah? 
          Ibu paksa aku kahwin dengan kau!  Kau ingat aku nak ke dengan perempuan macam kau ni?  Kau yang paksa ibu aku melamar kau tanpa pengetahuan aku,  kan?  Jawab lah!  Kenapa kau diam?!  Aku tak akan pernah anggap kau ni sebagai isteri aku!  Kau tak layak pegang status sebagai isteri aku. 
          Jangan sesekali kau mengaku pada sesiapapun yang kau ni isteri aku.  Kau faham tak?"  suara Farritz Aidil semakin meninggi.  Menggigil tubuh Farisya Adlina apabila ditengking sebegitu.
          "Dah lah!  Saya malas nak layan awak ni.  Saya nak tidur bawah.  Tepi!"  Farisya Adlina hanya memekakkan telinga dengan kata-kata kesat lelaki itu.  Namun hati kecilnya sedang menangis.  Inikah nikmat malam pertama yang dikatakan Lia sebelum ini?
          Baru sahaja Farisya Adlina hendak melangkah melewati Farritz Aidil yang masih berdiri tegak di hadapannya,  bahunya terasa ditolak kuat oleh seseorang yang membuatkannya terjatuh semula di atas katil.  Farisya Adlina tergamam apabila melihat senyuman sinis Farritz Aidil yang sedang merenung tepat ke arahnya.
          "Apa ni,  Ritz?  Jangan lah buat saya macam ni,"  Farisya Adlina menepis tangan kasar Farritz Aidil yang semakin menyentuh pipi mulusnya itu.  Terkapai-kapai Farisya Adlina cuba menepisnya.  Nafasnya turun naik laju sekali.  Farritz Aidil semakin menghampirinya.
          "Kan aku ada cakap tadi.  Kalau kau nakkan sesuatu,  kau kena korbankan sesuatu.  Kau pun nakkan harta-harta aku kan?  Jadi kenapa kau nak takut?  Come on,  Isya.  Aku tahu kau dah biasa macam ni dengan lelaki-lelaki lain,  kan?"  jari-jemari Farritz Aidil semakin ligat menjalar ke seluruh wajah Farisya Adlina. 
          Tanpa disedari,  tangan lembut Farisya Adlina sudahpun hinggap di pipi Farritz Aidil.  Kuat sungguh penangan yang melekat di wajahnya.  Terasa begitu pedih sekali kesannya.  Tetapi masih tidak sepedih hati Farisya Adlina di saat ini.
          "Awak jangan lebih-lebih tau!  Setiap manusia ada tahap kesabarannya tersendiri.  Jangan cabar kesabaran saya!"  Farisya Adlina sudah hilang sabar dengan lelaki itu.  Dalam hatinya sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah di atas sikapnya yang dikategorikan sebagai menderhaka.
          "Oh..  Kesabaran kau je yang kau fikir,  ya?  Kesabaran aku ni macam mana?"  Farritz Aidil mengetap bibirnya tanda geram. 
          Dia merenung mata Farisya Adlina.  Sepantas kilat Farritz Aidil menekan tangan Farisya Adlina sekuat-kuat hatinya.  Farisya Adlina sudah memikirkan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku kepadanya malam ini.  Farritz Aidil mencium isterinya itu dengan rakus.  Setitis demi setitis air mata Farisya Adlina jatuh ke pipinya. 
          'Ya Allah!  Selamatkan lah hambamu ini dari segala bahaya.  Amin..'  Farisya Adlina menangis di dalam hati.


"TERCAPAI juga hajat kita nak satukan mereka,  kan bang?"  Puan Sri Zakiah menyikat rambutnya perlahan-lahan di sisi suaminya yang sedang membaca majalah.
          "Alhamdulillah Kiah.  Akhirnya mereka bersatu juga.  Moga-moga panjang lah jodoh mereka berdua,"  Tan Sri Mahmud tersenyum manis kepada isterinya.  Disebabkan majlis persandingan anaknya itu berakhir di rumah besannya,  Dato' Zahid dan Datin Munirah,  pasangan suami isteri itu bermalam di sini atas permintaan besannya sendiri.
          Setelah selesai berkemas-kemas tadi,  mereka masuk ke bilik untuk berehat.  Tidak semua tugas mengemas diserahkan kepada Tuti.  Sebagai majikan yang bertimbang rasa,  Datin Munirah dan Dato' Zahid dibantu Tan Sri Mahmud dan Puan Sri Zakiah bekerjasama dengan pembantu rumahnya itu mengemas rumah selepas majlis persandingan yang berlangsung siang tadi.
          "Tapi saya pelik lah abang.  Dari tadi saya perhatikan.  Farritz macam tak suka je kahwin dengan Isya."
          "Awak ni biar betul.  Takkan lah Ritz tak suka kahwin dengan teman wanita dia.  Bukankah dia yang nak kahwin dengan Isya?  Awak lupa ke apa yang Irah cakap?  Ritz yang beria-ia nak Irah dan Zahid meminang Isya untuk dia,"  Tan Sri Mahmud menutup majalah itu semula.
          "Tapi kata-kata Irah tu berbeza dengan apa yang saya nampak,  bang.  Jangan-jangan.."  kata-kata Puan Sri Zakiah terhenti apabila terdengar bunyi ketukan bertalu-talu pada pintu bilik.  Suami isteri itu berpaling ke arah pintu bilik.
          "Mama!  Papa!"  suara Farisya Adlina kedengaran seperti sedang ketakutan.
          Puan Sri Zakiah bangun lalu membuka pintu bilik.  Belum sempat pintu dibuka luas,  Farisya Adlina yang seperti orang dikejar hantu itu memeluk Puan Sri Zakiah dengan erat.  Tan Sri Mahmud bertambah hairan melihatnya.  Farisya Adlina menangis semahunya.  Rambut panjangnya kusut-masai.  Baju tidur separas lutut yang dipakainya kelihatan tidak kemas. 
          Seketika kemudian,  Puan Sri Zakiah meleraikan pelukan lalu menatap wajah anaknya itu.  Dia mendapati ada 2 kesan tompokan merah pada leher anak gadisnya itu. 
          Dia sudah dapat mengagak punca ketakutan anaknya itu.  Puan Sri Zakiah tersenyum nakal ke arah suaminya.  Tan Sri Mahmud juga amat memahami isyarat itu.
          "Mama,  malam ni Isya tidur dengan mama dan papa,  ya?  Isya belum bersedia lagi,"  Farisya Adlina menuju ke katil lalu mengambil sebiji bantal.  Pasangan suami isteri itu memandang penuh hairan. 
          Farisya Adlina membaringkan tubuhnya di atas sofa di sebelah ruang balkoni lalu memejamkan matanya sebelum sempat ibu bapanya berkata apa-apa.  Tan Sri Mahmud dan Puan Sri Zakiah memandang sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment