Wednesday, February 16, 2011

bab 11



11

'You're My Everything'

"Cepat lah Irah.  Nanti lambat pula nak sampai sana!"  jerit Dato' Zahid yang sudah bersedia di anjung rumah menanti isterinya yang sedang bersiap-siap di dalam rumah mewahnya itu.
          "Ya..  Ya..  Saya datang lah ni.  Lambat sikit je.  Abang ni,  tak sabar-sabar lah,"   sahut Datin Munirah yang sudah muncul di muka pintu.  Ibu kepada seorang jejaka tampan itu berpakaian sopan.  Baju kurung yang dipakainya nampak sepadan sekali dengan tubuh badannya yang sedikit berisi.  Sebagai seorang muslimah,  dia memakai tudung yang sama warna dengan bajunya itu.  Sungguh menawan biarpun umurnya sudah mencecah 41 tahun.
          "Dekat setengah jam saya tunggu awak tau.  Bersiap mengalahkan mak Datin,"  Dato' Zahid bangun perlahan-lahan dengan menggunakan tongkatnya.  Datin Munirah menekan butang hijau di kunci kereta automatik di tangannya.  Serta-merta sebuah kereta Merc Benz ML350 berwarna hitam yang diletakkan di garaj kereta berbunyi tanda pintu keretanya sudah dibuka.  Kereta tersebut merupakan hadiah Dato' Zahid kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 20 beberapa tahun dahulu.
          "Dah memang saya ni Datin Munirah,  sayang oi..  Dah jom kita pergi sekarang,"  Datin Munirah menyambut lembut tangan suaminya itu lalu dipimpin masuk ke tempat duduk sebelah tempat duduk pemandu.  Selepas menutupkan pintu,  Datin Munirah masuk pula ke tempat duduk pemandu untuk memandu kereta tersebut ke sebuah lokasi yang memang dia nanti-nantikan.
          Butang loceng ditekan perlahan.  Datin Munirah menjengahkan kepalanya ke banglo mewah itu. 
          "Macam mana?  Ada orang tak?"  tanya Dato' Zahid yang masih duduk di dalam kereta.  Kereta Mercedes Benz ML350 itu diletakkan betul-betul di hadapan pintu pagar rumah itu yang terletak di Taman Keramat Ampang.
          Seketika kemudian seorang wanita tidak bertudung berusia lingkungan 20-an keluar dari rumah banglo 2 tingkat itu.  Gayanya seperti seorang pembantu rumah yang bekerja di situ.  Dengan tuala kecil yang tergantung di bahunya,  menampakkan lagi bahawa dia seorang pembantu di situ.
          "Assalamualaikum kak.  Akak cari siapa?"  tanya gadis itu ramah.  Dia tidak berani membuka pintu pagar.  Mungkin takut kalau-kalau pasangan suami isteri itu adalah perompak.
          "Siapa tu, Nina?"  kedengaran suara Puan Sri Zakiah dari dalam rumah.  Datin Munirah dan pembantu itu masing-masing berpaling ke arah datangnya suara itu.  Dato' Zahid keluar dari kereta lalu berdiri di sebelah isterinya dengan sokongan sebatang tongkat.
          "Kak Kiah!"  jerit Datin Munirah apabila terlihatkan Puan Sri Zakiah yang sedang berdiri di pintu utama rumah mewah itu.


"AIR,  Tan Sri,  Puan Sri.  Jemput minum,"  Nina,  pembantu rumah Puan Sri Zakiah menghulurkan cawan yang berisi air teh panas kepada kedua pasangan suami isteri itu termasuk majikannya yang baik hati itu.  Dia kemudiannya meminta diri untuk ke dapur bagi memberi sedikit privacy kepada dua keluarga itu.
          "Apa hajat kamu berdua datang ni?  Macam ada hajat besar je,"  tanya Tan Sri Mahmud kepada Datin Munirah.  Dia tersenyum manis di sisi Puan Sri Zakiah.  Ini kali kedua mereka berdua dating ke rumah mewah itu.
          "Tak ada lah besar sangat.  Cuma nak bincang tentang anak-anak kita tu,"  jawab Datin Munirah disusuli dengan senyum simpul.
          "Kenapa?  Dah berkenan?"  Puan Sri Zakiah pula bersuara.  Dia benar-benar bersyukur.  Kerana hajat Umi Salbiah untuk bermenantukan anak gadisnya akhirnya bakal tercapai.  Pasti wanita itu sedang bahagia mendengar berita gembira ini di atas sana.
          "Lebih kurang macam tu,  lah.  Cuma datang ni nak tanya pada empunya diri.  Setuju atau tak,  terpulang pada dia.  Betul tak,  abang?"
          Datin Munirah menyigung lembut lengan Dato' Zahid. 
          Semua mata tertumpu ke arah Puan Sri Zakiah.  Menantikan jawapan si ibu.
          Puan Sri Zakiah tersenyum manis.  Dia mengangguk setuju.  Datin Munirah bersorak di dalam hatinya.  Halangan pertama sudah berjaya dilepasi.
          "Kalau macam tu,  senang lah.  Cuma nak atur perkahwinan dia je,"  balas Datin Munirah disertai sorakan kemenangan di dalam hatinya.  Perjalanan membalas dendamnya sudah bermula.
          "Mana Isya,  Kiah?"  tanya Tan Sri Mahmud perlahan.
          "Isya tak balik.  Nak prepare untuk exam nanti.."
          "Patut lah senyap je rumah ni,"  balas Datin Munirah.
          Matanya memandang ke segenap ruang rumah mewah ini.  Suatu hari nanti,  kehidupan sederhananya akan bertukar mewah.  Semuanya bergantung kepada kejayaannya nanti.


PINTU bilik dikuak perlahan.  Melihatkan adiknya yang tidak menyedari kehadirannya itu,  Asyraf Danisy berjalan menghampiri adiknya lalu menarik keluar earphone yang terpasang di telinganya.  Adibah terkedu dengan perlakuan abangnya itu.
          "Kenapa abang ni?  Dah lah masuk tak bagi salam.  Tiba-tiba datang kacau adik.  Lagu tengah sedap tu.  Abang ni kacau je lah,"  rungut Adibah.  Asyraf Danisy hanya tersenyum manja.  Dia hanya merelakan adiknya itu memarahinya kerana dia yang bersalah sesuka hati masuk tanpa kebenaran.
          "Maaf lah.  Abang ketuk pintu tadi tapi adik tak dengar.  Abang masuk je lah,"  jawab Asyraf Danisy selamba.
          "Amboi,  senang je dia jawab macam tu.  Adik report kat daddy baru abang tahu,"  Adibah bangun dari katil lalu berjalan ke meja soleknya.  Asyraf Danisy masih lagi bersandar di sofa yang terletak di hujung katil.
          "Abang ada apa tiba-tiba datang jumpa adik ni?  Biasa tak pernah pun abang datang bilik adik macam ni.  Mesti ada something ni,"  seloroh Adibah sambil menyikat rambutnya yang panjang berjurai.  Asyraf Danisy hanya memandang adiknya itu.  Sempat pula dia meneliti wajah ayu itu.  Matanya bundar,  kulitnya putih mulus,  dan bibirnya mungil.  Tetapi dia hairan.  Mengapa gadis itu belum berpunya lagi.
          "Adik,  adik boleh tolong abang tak?"  rayu Asyraf Danisy yang hanya berseluar pendek dan berbaju t-shirt tanpa lengan  berwarna putih,  dengan nada manja.
          "Ha?  Apa?  Adik tak dengar lah.  Oh ya,  abang,  esok adik ada exam.  Adik kena tidur awal.  Abang pergi lah balik bilik abang ya?"  Adibah terus bangkit.  Dia menarik tangan abang kesayangannya itu supaya bangun.  Dengan selambanya dia menolak Asyraf Danisy menuju ke pintu bilik.  Dia memang sudah faham dengan perangai abangnya itu yang memang suka memanfaatkannya dalam semua perkara.  Asyraf Danisy tidak mengeraskan badannya sebaliknya hanya menurut.
          "Ala adik ni..  Abang nak minta tolong sikit pun tak boleh.  Tak mahu lah kawan dengan adik macam ni,"  Asyraf Danisy menahan pintu yang hampir ditutup.
          "Ni tak lain,  mesti nak suruh adik carikan rambut gatal lagi kan?  Adik malas lah abang.  Abang tu dah tua tahu tak.  Tak lama lagi dah nak tumbuh uban.  Cepat-cepat lah kahwin.  Nanti tak ada lah asyik adik je jadi mangsa abang kena cari rambut gatal hari-hari,"  rungut Adibah sambil berpeluk tubuh.
          "Sebab tu lah abang datang nak minta tolong adik ni.  Cuma adik je yang boleh tolong abang,"  Asyraf Danisy melutut di hadapan adiknya itu.
          "Eh jangan lah macam ni.  Dah macam pasangan couple lah pula kita ni.  Dah,  bangun!  Abang nak adik tolong apa ni?"  Adibah menarik abangnya bangun.
          "Tolong abang tacklekan seorang student senior kat UKM tu.  Please.."  Asyraf Danisy merayu manja.
          "Oh,  abang dah ada calon rupanya ya.."  Adibah mencuit manja hidung abangnya itu.  Dia tersenyum manis.
          Adibah memang rapat dengan abangnya itu.  Tambahan pula,  kakak sulungnya,  Ila sudah berkahwin dan tinggal di Melaka bersama keluarganya.  Hanya dengan Asyraf Danisy sahaja dia dapat bermanja.  Ibu bapanya pula sentiasa sibuk bekerja.
          "Adik ingat tak sebelum ni abang pernah hantar adik pergi kuliah.  Yang masa Imah tak dapat jemput adik tu?  tanya Asyraf Danisy serius.
          "Kejap..  Kejap..  Yang masa abang terlajak sampai ke library tu eh?  Ingat..  Ingat..  Kenapa?"  Adibah mendongakkan wajahnya sedikit seperti orang sedang berfikir.  Adibah cuba mengingat kembali peristiwa yang berlaku hari itu.
          Hari itu merupakan kali pertama Asyraf Danisy memasuki kawasan UKM sepanjang 2 bulan adiknya belajar di situ.  Seingatnya rakan-rakan baiknya juga belajar di situ.  Cuma dia sahaja yang dipaksa belajar di United Kingdom 3 tahun lalu oleh keluarganya.  Sejak itu mereka berempat terpisah hubungan.  Tetapi persahabatan mereka masih kukuh sehingga kini.
          "Abang!  Abang nak pergi mana ni?  Ni jalan pergi library,"  Adibah mulai tersedar bahawa abangnya telah tersilap jalan apabila kereta Honda Civic hitam yang dinaiki mereka membelok ke kiri yang menghala ke perpustakaan.  Sepatutnya selepas memasuki simpang perkarangan UKM tadi,  dia harus membelok ke kanan tetapi sebaliknya.  Kereta mewah itu berhenti di tempat meletak kereta di hadapan perpustakaan.
          "Lah..  Adik tak cakap nak kena belok mana.  Abang nampak ramai orang kat sini,  abang belok je lah.  Abang tak tahu pula ni jalan pergi library,"  enjin kereta dimatikan.  Asyraf Danisy memusingkan badannya menghadap Adibah di sebelahnya. Gadis berbaju kebaya itu kelihatan merajuk kerana kesilapan yang dilakukan abangnya itu.
          "Abang tak tanya,  macam mana adik nak cakap?"  jawab Adibah berseloroh.  Sedang mereka asyik bertikam lidah,  Asyraf Danisy terpana melihat dua manusia sedang bergelak ketawa sambil berjalan menuruni tangga perpustakaan menuju ke kereta Ferarri F430 Spider berwarna merah metallic di tempat letak kereta berhampiran mereka.
          "Tu Ritz kan?"  tanya Asyraf Danisy.  Adibah memandang ke arah yang ditunjukkan.  Hilang sudah marahnya sebentar tadi.
          "Ritz?  Siapa tu?"  Adibah menyoal abangnya kembali.  Gadis di sebelahnya kelihatan mesra sekali dengan lelaki yang dimaksudkan Asyraf Danisy.  Entah mengapa hati Asyraf Danisy berasa tenang apabila memandang wajah ayu gadis itu.  Sungguh menawan.
          "Adik kenal tak abang tu?  Yang pakai baju Polo warna putih tu,"  bibir Asyraf Danisy dijuihkan sedikit.
          "Oh..  Tu abang Farritz kan?  Yang selalu datang rumah dulu.  Dia belajar kat sini juga ke?"  tanya Adibah pelik.  Dia masih ingat lagi akan rakan baik abangnya itu.  Farritz Aidil merupakan teman Asyraf Danisy sejak bertahun lalu.
          "Adik ni nak kena sekel agaknya.  Adik yang belajar kat sini,  tanya abang pula.  Patutnya adik lebih tahu.  Apa lah adik ni,"  Asyraf Danisy berpaling semula ke arah adiknya.  Beberapa minit kemudian,  dia berpaling lagi ke arah tempat Farritz Aidil dan gadis misteri itu berada sebentar tadi.  Tetapi hatinya sedikit kecewa apabila kedua-duanya sudah berlalu pergi dengan kereta tersebut.
          "Apa macam?  Dah lama tilik muka abang lama-lama,  mesti adik perasan kan,  yang muka abang ni makin handsome?"  Asyraf Danisy bersuara mematikan lamunan panjang adiknya.
          "Tolong lah.  Sikit pun tak handsome.  Makin buruk ada lah,"  Adibah mencebikkan bibirnya.
          "Macam mana?  Dah ingat ke belum?"  tanya Asyraf Danisy.
          "Dah.  Ni mesti nak suruh adik tacklekan akak yang dengan Abang Ritz tu kan?  Abang ni dah gila ke?  Tu kan awek abang Ritz.  Jahat lah abang ni,"  marah Adibah tiba-tiba.
          "Bukan lah,  dik.  Dia bukan awek Ritz.  Ritz sendiri ckap,  perempuan tu kawan dia je.  Tu yang abang nak minta adik tolong tacklekan dia untuk abang.  Bolehkan?  Kalau adik tolong abang,  adik lah dapat kelebihannya.  Lepas ni adik tak payah carikan rambut gatal abang lagi,"  gurau Asyraf Danisy.  Dia tersenyum manja.
          "Ya lah.  Adik cuba.  Tapi kan,  kasihan pula akak tu,"  ujar Adibah.  Mukanya berubah sedih tiba-tiba.
          "Kenapa pula?"  tanya Asyraf Danisy kehairanan.
          "Sebab nanti hari-hari dia kena layan boyfriend dia yang dah tua ni cari rambut gatal,"  Adibah menolak kuat tubuh abangnya menjauhi bilik lalu dia menolak pintu bilik dan menguncinya.  Asyraf Danisy terkejut.  Tiba-tiba kedengaran suara Adibah ketawa terkekek-kekek dari dalam bilik.  Dia sudah tahu puncanya. 
          'Nakalnya adik aku ni,'  desis hatinya.
          "Tolong tau dik..  Ingat.  Kalau adik tak tolong,  abang denda adik cari rambut gatal abang sampai abang tua kerepot.  Ingat tu!"  Asyraf Danisy sudah tidak terkata apa melihat telatah adiknya itu.  Dia mengetuk pintu sekali untuk mengingatkan pesannya itu.  Setelah itu dia melangkah pulang ke biliknya dan tidur dengan bermimpikan gadis idamannya itu.  Bahagianya..

No comments:

Post a Comment