Wednesday, February 16, 2011

bab 10



10

'Jangan Nakal'

"Isya!"  
          Farisya Adlina tersentak apabila mendengar namanya dipanggil oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.  Dia menoleh ke belakang.  Tuala yang diletakkan di belakang tudungnya dilapkan pada mukanya yang berpeluh selepas penat berjogging.  Lelaki itu berjalan menghampirinya.  Serasanya,  dia tidak mengenali siapa lelaki ini.
          Setiap hujung minggu,  Farisya Adlina memang gemar datang ke sini untuk beriadah.  Dia lebih suka ke mari berseorangan.  Tambahan pula,  rakan-rakan yang lain kurang gemar menyertai aktiviti memenatkan seperti ini.
          "Hai Isya.  Dah lama kat sini?  Seorang je ke?"  sapa Asyraf Danisy ramah.  Dia yang hanya berseluar tracksuit hitam dan berbaju t-shirt biru lengan pendek turut berjogging di sini.  Sejak hatinya terpaut pada gadis ini,  baru kali ini dia melihat kelibatnya di sini.  Asyraf Danisy tersenyum manis kepada gadis itu.
          "Assalamualaikum.  Saya seorang je.  Mana awak tahu nama saya?  Saya tak kenal awak pun?"  tanya Farisya Adlina penuh kehairanan.  Dahinya berkerut-kerut.  Dia berjalan menghampiri bangku berdekatannya lalu duduk.  Letih sungguh setelah berjogging hampir 2 jam.  Sudah lah hari panas terik.
          "Saya kawan Farritz Aidil,  Danisy.  Kawan awak juga kan?"  gurau lelaki itu sengaja mahu mengusik Farisya Adlina.  Ada senyuman ramah terukir di wajahnya.  Kacak sungguh wajah lelaki ini.  Kelihatan suci sekali.
          "Oh ya ke?  Patut lah saya tak kenal awak,"  jawab Farisya Adlina ringkas.  Air botol mineral di tangannya diteguk perlahan. Haus benar nampaknya.  Asyraf Danisy hanya menjadi pemerhati.
          "Biasa datang sini?"  tanya Asyraf Danisy sambil berdiri bertentangan gadis itu.  Dia amat memahami  kehendak gadis itu yang melarang keras mana-mana lelaki menghampirinya.  Kerana itu,  dia cuba bersikap baik dengan menghormati privacy gadis itu.
          "Biasa lah.  Tiap-tiap hujung minggu saya suka datang sini jogging.  Awak?"
          "Biasa juga.  Rumah sewa saya pun tak jauh dari sini,"  jawab Asyraf Danisy.  Dia tersenyum manis.  Matanya tertumpu kepada lesung pipit gadis itu.
          'Cantiknya,'  desis hati Asyraf Danisy.
          ''Ya ke.  So,  lepas ni nak pergi mana?  Orang perempuan macam ni tak elok jalan seorang diri.  Bahaya tau,"  ujar Asyraf Danisy.  Hatinya begitu khuatir akan keselamatan gadis ini.  Bila agaknya dia berani melafazkan isi hatinya kepada gadis pujaannya ini.
          "Saya nak teruskan jog lagi setengah jam.  Lepas tu,  balik lah.  Kenapa ya?"  tanya Farisya Adlina lembut.  Ramai sungguh pengunjung yang datang beriadah di situ pada hujung minggu ini.
          "Saya ingat nak ajak awak pergi minum petang.  Saya belanja,"  pelawa Asyraf Danisy sopan.
          "Maaf lah,  Is.  Saya puasa,"  jawab Farisya Adlina dengan nada kecewa.
          "Lah..  Ya ke?  Maaf ya.  Saya tak tahu.  Tapi,  orang puasa pun jogging juga ke?"  menggelabah lelaki itu dibuatnya apabila mendengar pengakuan gadis itu.  Dia sememangnya sedang nervous apabila berhadapan dengan gadis pujaannya itu.  Kerana itu dia sendiri tidak perasan bahawa dirinya sedang ditipu.
          "Mesti lah.  Bersenam baik untuk kesihatan.  Oh ya.  Saya pergi dulu ya?  Next time jumpa lagi.  Maaf tak dapat teman awak minum.  Assalamualaikum,"  sejurus selepas perkataan terakhir tersebut dilafazkan,  Farisya Adlina lantas bangun dan berlalu pergi.  Asyraf Danisy terkaku seketika.
          'Wait.  Puasa?  Bukan tadi dia minum depan aku ke?'  gomel Asyraf Danisy seorang diri.  Sah lah dia telah tertipu oleh kenakalan gadis itu.  Dia menepuk dahinya sambil tersenyum sendiri.
          'Nakalnya dia ni,'  baru dia sedar bahawa Farisya Adlina sengaja bermain silap mata untuk melepaskan diri darinya. 
          Dia hanya mampu menggelengkan kepala melihat kelibat gadis kecil molek yang sudah berlalu pergi itu.  Dari jauh,  Farisya Adlina melambaikan tangannya kepada lelaki itu tanda kemenangannya.  Comel sekali.
          Walaupun kecewa kerana tidak berjaya meluahkan perasaannya hari ini,  dia tetap berasa gembira kerana Farisya Adlina masih mahu berborak dengannya.  Ternyata pilihannya tidak silap.  Sifat keanak-anakan yang ada dalam diri gadis itu menambahkan rasa cintanya kepada Farisya Adlina.


"ABANG,  Ritz tu bila nak beristeri?  Irah risau lah tengok dia tu.  Umur dah 22.  Tapi belum ada calon lagi,"  Datin Munirah menuang air oren yang dibancuhnya sebentar tadi ke dalam gelas suaminya.  Dato' Zahid yang sedang membaca surat khabar Harian Metro hanya diam membisu.  Mungkin sedang tekun meneliti berita semasa.  Membaca sambil menikmati kesegaran bayu pagi di luar rumah memang mendamaikan hati.
          "Abang.  Irah cakap ni,"  rajuk Datin Munirah apabila soalannya tidak berjawab.  Suasana di UK Heights pagi ini nyaman sekali.  Hari itu Datin Munirah tidak pergi ke Lily's Nursery seperti biasanya.  Mungkin lebih selesa menemani suaminya di rumah.
          "Ya Datin Munirahku sayang.  Ada apa?"  jawab Dato' Zahid lembut.  Surat khabar di tangannya diletakkan di atas meja.  Datin Munirah merenung ke mata Dato' Zahid.
          "Dato' Zahid,  Irah tanya tadi,  anak kita tu bila nak kahwin?  Dah 22 tahun tapi masih belum ada calon."
          "Lah..  Yang tanya abang kenapa?  Tanya lah Farritz sendiri.  Bukan saya yang nak kahwin,"  ujar Dato' Zahid selamba.  Matanya memandang pula ke arah Pak Man yang sedang mencuci keretanya.  Kasihan pula dia melihat lelaki tua seumurnya itu mencungap-cungap mencuci dua kereta hari ini.  Baru sahaja selesai mencuci kereta Merc Benz ML350,  kereta Merc Benz E200K pula terpaksa dicucinya.
Pernah juga pasangan suami isteri ini terfikir untuk menggantikan Pak Man dengan seorang pembantu yang lebih muda tetapi hatinya tidak tergamak melihatkan kesusahan hidup pekerjanya itu.  Pak Man memerlukan wang yang banyak untuk menampung keperluan hidupnya sekeluarga.  Pak Man sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga Datin Munirah dan Dato' Zahid.
          "Abangkan rapat dengan Ritz.  Tanya lah dia.  Mana tahu dia dah ada calon tapi takut nak beritahu kita,"  teka Datin Munirah.  Dahinya berkerut-kerut berfikir mengenai Farritz Aidil yang masih belum mempunyai teman wanita.
          "Awak ni pun satu.  Ritz tu muda lagi lah.  Baru 22 tahun.  Masih belajar lagi pun.  Tak terlalu awal sangat ke nak berumah tangga?"  tanya Dato' Zahid serius.
          "Jangan-jangan dia dah ada teman wanita tak,  bang?  Cuma dia takut nak beritahu kita,"  teka Datin Munirah.  Dia tersenyum sambil jarinya diletakkan di hujung bibirnya.
          "Maksud awak?"
          "Saya rasa dia ada hati dengan Isya lah bang?  Sebab tu dia bawa Isya datang jumpa kita hari tu.  Cuma dia tak mahu mengaku.  Malu agaknya,"  Datin Munirah tersengih seorang diri sambil diperhati Dato' Zahid.
          "Tak mungkin lah.  Tak nampak pun kemesraan antara mereka?  Kawan biasa je kot,"  nafi Dato' Zahid.  Dia masih ingat lagi ketika kali pertama Farisya Adlina menjejakkan kakinya ke banglo mewah itu.  Dato' Zahid lagsung tidak nampak kemesraan antara anaknya dengan gadis itu.  Bahasa yang digunakan mereka ketika berbual juga sedikit kasar iaitu 'aku' 'kau'.
          "Abang,  naluri seorang ibu ni kuat tau.  Setiap ibu dapat rasa apa yang anak-anak dia rasa.  Saya ada satu cadangan,"  ujar Datin Munirah.  Dia bangun lalu berjalan menuju ke buaian besi yang dikelilingi kolam ikan koi di taman bunga.
          "Cadangan apa?"  tanya Dato' Zahid pendek.
          "Kita kahwinkan anak kita dengan Isya nak tak?  Mereka tu sepadan sangat saya tengok.  Isya tu seorang gadis yang solehah.  Dia sesuai jadi isteri Ritz,"  jawab Datin Munirah.
          "Awak ni.  Itu kalau mereka setuju.  Kalau masing-masing tak setuju macam mana?  Entah-entah mereka tu kawan biasa je.  Mana kita tahu, kan?"  dalih Dato' Zahid.
          "Ala..  Awal-awal tu biasa lah.  Darah muda.  Memang lah tak berapa suka.  Mana tahu takdir tuhan,  dapat kita bercucukan anak Tan Sri,"  Datin Munirah yang tiba-tiba menyedari ketelanjuran kata-katanya lantas menekup mulutnya.  Dia benar-benar berharap suaminya itu tidak mengendahkan ayat terakhir yang keluar dari mulutnya itu.
          "Apa maksud awak ni?  Awak ni nak jodohkan mereka sebab tertarik dengan Farisya ke,  atau kedudukan dia dan keluarga dia?"  tanya Dato' Zahid.  Walaupun dia sudah hilang kemampuan berjalan dengan sempurna,  tetapi telinganya masih peka akan setiap bunyi di persekitarannya.
          "Bukan macam tu.  Saya sengaja cakap macam tu.  Tu kira pakej lah.  Dapat menantu serba sempurna.  Ada rupa,  solehah,  ada harta pula tu,"  menggelabah Datin Munirah melihat renungan tajam Dato' Zahid itu.  Nyata sekali,  dia memang sedang marah akan isterinya itu.
          "Dah lah Irah.  Segala keputusan biar lah tuhan yang tentukan.  Mereka punya diri.  Biar lah mereka yang tentukan.  Saya masuk dulu,"  Dato' Zahid mencapai tongkat di sebelahnya lalu bangun.  Dato' Zahid sama sekali terpempam melihatkan sikap isterinya yang berlainan sekali hari ini.
Datin Munirah sepertinya hanya tertarik dengan harta dan kedudukan Farisya Adlina bukan kerana hati dan budi pekertinya yang mulia.  Berlalunya Dato' Zahid dihantar pergi oleh pandangan kesal Datin Munirah.  Datin Munirah terkaku seketika.
Dato' Zahid  memang tidak suka jika isterinya menilai bakal menantu mereka melalui kekayaan yang dimiliki.  Baginya,  cukup lah dengan apa yang dia sekeluarga miliki sekarang.  Dia tidak mahu hidup dalam ketamakan.
Datin Munirah mengeluh sendiri.  Suaminya seakan-akan tidak mahu anaknya dikahwinkan dengan Farisya Adlina.  Akal jahatnya mengatakan lelaki itu mempunyai agendanya tersendiri.  Tidak!  Dia perlu bertindak segera sebelum perkara yang paling ditakutinya berlaku.

No comments:

Post a Comment