5
'Hati Yang Kau Sakiti'
Farisya Adlina masih sabar menanti Farritz Aidil di bawah pokok di hadapan kelasnya. Sudah sejam berlalu namun Farritz Aidil masih belum kelihatan. Farisya Adlina memandang ke jam tangannya. Sudah jam 3 petang. Hatinya semakin berang.
"Isya!" Farisya Adlina berpaling. Farritz Aidil sedang tercungap-cungap berlari ke arahnya dengan tangan yang masih memegang buku.
"Isya.. Sorry lambat. Lama tunggu?" ujar Farritz Aidil sambil tersengih seorang diri.
"Tak lah. Baru je sampai ni.. Banyak kau punya lama tunggu? Kau pergi mana? Bertahun aku tunggu tau!" sindir Farisya Adlina. Sudah lah datang lewat, Farritz Aidil langsung tiada rasa bersalah malah boleh pula tersenyum simpul seperti kerang busuk. Tetapi jauh di dasar hati Farisya Adlina, timbul rasa kasihan apabila melihat Farritz Aidil termengah-mengah begitu.
"Sorry.. Aku pergi hantar Qay balik tadi. Kereta dia rosak.."
"Senang je kau cakap sorry. Lutut aku dah nak tertanggal ni tahu tak?" Farisya Adlina mencebikkan bibirnya geram. Dia melangkah menuju ke sebuah bangku batu berhampiran mereka. Dia duduk sambil diikuti Farritz Aidil.
"Dah tahu nak tertanggal, kenapa kau tak duduk je kat bangku ni sementara tunggu aku? Yang kau berdiri je kat situ tadi memang lah lutut kau nak tertanggal. Kalau dah tertanggal karang macam mana? Aku juga yang nak kena cari formen nak pasang balik lutut kau.." Farritz Aidil masih cuba memujuk Farisya Adlina dengan lawaknya namun wajah Farisya Adlina masih masam mencuka.
'Betul juga cakap mamat ni.. Macam mana aku boleh tak perasan bangku ni ada kat sini. Peh malunya.. Ni mesti sebab nervous sangat nak jumpa dia,' desis hati Farisya Adlina lucu.
"Ala.. Jangan lah marah. Aku lambat sikit je," ujar Farritz Aidil dalam nada manja apabila melihat Farisya Adlina masih tiada respon.
"Sikit kau cakap? Dekat sejam aku tunggu, tahu tak?" Farisya Adlina mengelap peluh yang mula menitis di dahinya dengan sehelai tisu. Wajahnya yang putih mulus bertukar kemerahan apabila terkena cahaya matahari yang panas terik.
"Ya lah.. Aku salah.." Farritz Aidil menarik mukanya manja. Dia sendiri sudah mati akal untuk memujuk temannya itu. Jalan terbaik, dia pura-pura merajuk dan Farisya Adlina pasti mengalah.
"Memang kau salah! Dah tu nak merajuk pula. Ingat aku nak pujuk? Pergi lah lantak sama kau!" Farisya Adlina yang menyedari kepuraan lelaki itu lantas bangun untuk mengenakannya semula. Biar dia tahu bahawa Farisya Adlina memang betul-betul marah akan dirinya.
"Eh, Isya. Ala kau ni emo sangat kenapa? Kau datang bulan ke? Kata nak tolong aku?" Farritz Aidil memegang tangan Farisya Adlina apabila gadis itu hendak melangkah pergi.
"Kau ni celupar lah. Aku kasi penumbuk aku ni baru tahu. Dah tahu nak minta tolong aku, kau sendiri datang lambat," Farisya Adlina berpaling semula kepada Farritz Aidil yang masih duduk di bangku itu.
"Ya lah.. Aku minta maaf. Aku janji tak buat lagi, okey?"
"Hmm.. Mana dia? Aku tak nampak pun dia dari tadi.." Farisya Adlina tidak menghiraukan kata-kata Farritz Aidil malah terus memulakan tugasnya seperti yang diminta Farritz Aidil.
"Tu.. Dari tadi dia ada kat situ. Jom pergi kat dia.." ujar Farritz Aidil sambil menunjuk ke arah seorang gadis berbaju pink yang sedang duduk di pondok bacaan berdekatan mereka. Farisya Adlina dan Farritz Aidil berjalan mendekati gadis itu.
"Assalamualaikum.." ujar Farisya Adlina sopan sambil menghulurkan tangannya.
"Waalaikumsalam.. Ya.. Ada apa?" balas gadis itu sambil menyambut huluran tangan mereka berdua. Matanya meneliti ke arah dua sahabat itu. Hairan. Buat pertama kalinya ada pelajar senior yang menegur pelajar junior sepertinya dahulu.
"Saya Farisya. Ni Farritz.. Nama awak?" Farisya Adlina duduk di sebelah gadis itu sambil diikuti Farritz Aidil.
"Saya Intan Natasha. Farritz.. Farisya.. Oh, biar saya teka.. Awak berdua ni adik beradik kembar lah, ya? Muka tak sama pun.. Tapi nampak sweet sangat lah," Intan Natasha cuba meneka. Memandangkan nama mereka berdua hampir sama, Intan Natasha mengagak bahawa mereka berdua adalah adik beradik kembar. Farisya Adlina dan Farritz Aidil tertawa besar. Intan Natasha mengerutkan dahinya pelik. Rambut yang hampir menutupi matanya diselak sedikit.
"Kenapa? Saya salah ke?" ujar Intan Natasha. Wajahnya bertukar kemerahan gara-gara malu.
"Tak.. Awak tak salah. Memang kami ni adik beradik kembar. Saya abang, dia adik.." sekali lagi tawa mereka tercetus.
"Awak berdua ni kenapa? Asyik ketawa je bila cakap fasal adik beradik.."
"Tak lah, Intan. Kami ni kawan baik. Kita orang kawan sejak kecil lagi. Mesti awak pelik kan kenapa nama kita orang dekat-dekat sama walaupun bukan adik beradik? Parents kita orang yang letak nama kita orang dekat-dekat sama," terang Farisya Adlina bersungguh-sungguh.
"Tapi kenapa? Macam pelik je.." Intan Natasha mengerutkan dahinya pelik. Farritz Aidil yang mengetahui tujuan persamaan nama mereka terus menekup mulut Farisya Adlina yang kelihatan mahu menjawab soalan Intan Natasha. Dia tidak mahu Intan Natasha tahu bahawa ibu bapa mereka mahu menjodohkan mereka sejak kecil lagi. Takut juga dia kalau-kalau Intan Natasha akan menolak cintanya apabila mengetahui hal tersebut.
"Hish! Kau ni kenapa, ngok? Suka-suka hati je nak tekup mulut orang. Comot lah lipstik aku nanti.. Betul apa aku cakap tadi. Kalau bukan parents kita yang letak nama kita dekat-dekat sama, habis tu siapa lagi?" Farisya Adlina menolak keras tangan Farritz Aidil yang melekap di bibirnya. Farritz Aidil tersipu-sipu sambil menyigung lengan Farisya Adlina memberi isyarat supaya diam.
"Sebenarnya parents kami kawan baik. Bersalin pun sama-sama. Tu yang nama kami pun dekat-dekat sama. Ah, lupakan lah semua tu! Jom. Saya belanja awak makan. Lepas tu boleh lah kita borak panjang," ujar Farritz Aidil setelah melihat senyuman di wajah Intan Natasha mulai memekar.
"Boleh juga tu. Sambil tu nanti boleh lah kita berkenalan dengan lebih lanjut lagi," Intan Natasha merangkul lengan Farritz Aidil. Serta merta Farritz Aidil bangkit lalu menatap pautan mata Intan Natasha.
Farisya Adlina terkaku. Segalanya berlaku di luar jangkaan. Pada mulanya dia sangkakan Intan Natasha seorang gadis yang lemah lembut dan pemalu. Rupa-rupanya Intan Natasha seorang gadis yang gedik dan bersifat keanak-anakan.
"Wei, Isya. Apa hal kau tenung awek aku lama-lama, ha? Ni.. Aku nak bagitahu kau. Aku nak keluar makan dengan Intan. Kau balik lah dulu. Apa-apa pun, thanks okey sebab dah tolong aku. Nanti aku belanja kau makan ais krim, okey?" bisik Farritz Aidil perlahan ke telinga Farisya Adlina.
Intan Natasha yang mulai perasan akan perubahan riak wajah Farisya Adlina tersenyum sinis ke arahnya. Farisya Adlina terkedu melihat Farritz Aidil mencubit manja pipi gebunya. Bahagia benar lelaki itu di kala ini.
Melihatkan pasangan kekasih itu sudah berlalu dengan menaiki kereta Farritz Aidil, Farisya Adlina mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya. Hatinya benar-benar terkilan dengan sikap Farritz Aidil yang meninggalkan dirinya setelah dapat berkenalan dengan Intan Natasha seperti yang dinanti-nantikannya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment