Wednesday, February 16, 2011

bab 40



40

'Keasingan Dalam Duka'

"Amin.."
          Farisya Adlina menanggalkan telekungnya setelah selesai berdoa.  Mulutnya terkumat-kamit beristighfar sambil tangan yang masih ligat melipat telekung.
          "Orang period pun solat ke?  Pelik.."
          Farisya Adlina memandang ke arah Farritz Aidil yang sedang tersenyum sinis di muka pintu.  Kata-katanya menusuk bisa ke tangkai hatinya.  Farisya Adlina serba salah.  Farritz Aidil terus berlalu meninggalkan Farisya Adlina yang masih terkaku di dalam bilik.
          Sudah lah lelaki itu kecewa kerana Farisya Adlina tiba-tiba sahaja mahu berpindah semula ke biliknya,  dia semakin kecewa apabila ajakannya ditolak Farisya Adlina.  Jika memang benar Farisya Adlina datang bulan,  tidak mengapa lah.  Ini tidak.  Dia menipu Farritz Aidil hidup-hidup.
          Dia masih ingat lagi ketika dia berpindah ke bilik Farritz Aidil.  Sewaktu itu dia tidak tahu mengenai berita kehamilannya yang lemah dan memerlukan dia menjauhkan diri daripada Farritz Aidil.  Tidak lama selepas mengetahui berita kehamilannya,  dia terus berpindah semula ke biliknya.  Semuanya demi keselamatan dia dan bayinya.  Dan,  itu lah yang mengecewakan Farritz Aidil.
          Farisya Adlina melangkah malas menuju ke tingkat atas.  Ini kali kedua dia terpaksa berpindah bilik.  Kali pertama semasa dimarahi ibu bapanya sewaktu baru-baru berkahwin dahulu.  Dan malam ini,  Farritz Aidil sendiri yang menyuruhnya berpindah ke biliknya.
          Langkahnya semakin perlahan ketika hampir tiba di bilik Farritz Aidil.  Wajahnya monyok.  Dia hanya membawa sebiji bantal peluk bersama selimut berwarna hijaunya. 
          Berkali-kali Farisya Adlina dinasihatkan Farritz Aidil agar tidak membawa bantal kepala dengan alasan boleh berkongsi bantal dengannya nanti.  Farisya Adlina terpaksa akur memandangkan lelaki itu memasang ugutan jika dia ingkar terhadap larangan yang diberi. 
          Wajah Farisya Adlina bertambah monyok melihat Farritz Aidil yang sedang berpeluk tubuh di muka pintu biliknya.  Dia tersenyum simpul.  Farisya Adlina sukar menafsirkan maksud senyuman itu.  Ada riak yang mentertawakan dirinya,  riak puas hati,  riak nakal,  dan juga riak sinis.  Entah lah.  Dia bingung melihatnya.
          "Kenapa monyok ni,  sayang?"  ujar Farritz Aidil sambil menahan tawa.
          "Apa gelak-gelak?  Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku,  kan?"  Farisya Adlina menghulurkan bantal dan selimut itu kepada Farritz Aidil lalu berpeluk tubuh dengan keadaan yang membelakangi suaminya.
          "Merajuk pula minah ni,"  Farritz Aidil meletakkan bantal dan selimut tersebut di atas lantai lalu mendekati Farisya Adlina.  Farisya Adlina kaget.
          Farritz Aidil berjalan mengelilinginya.  Farisya Adlina menjadi khuatir.
          Farisya Adlina terjerit kecil.  Dia merasakan tubuhnya diawang-awangan.  Benar.  Farisya Adlina kini berada di dalam pelukan Farritz Aidil.  Lelaki itu mengendongnya masuk ke dalam bilik.
          "Apa ni,  Ritz?"  bentak Farisya Adlina apabila tubuhnya dibaringkan di atas katil.  Dilihatnya lelaki itu menutup pintu bilik sebelum kembali ke arahnya.
          "Apa kau nak buat ni?"
          Farritz Aidil membuka bajunya.  Dia tersenyum sinis sambil matanya masih tepat memandang ke anak mata Farisya Adlina.  Seram sejuk.  Itu yang dirasakan Farisya Adlina di saat ini.  Farritz Aidil bagaikan singa kelaparan yang akan menerkam mangsanya bila-bila masa sahaja.
          Farisya Adlina sudah tersandar di kepala katil.  Dia semakin kaget apabila melihat Farritz Aidil menutup lampu bilik menyebabkan keadaan menjadi gelap gelita.  Pandangan Farisya Adlina terbatas.  Matanya tercari-cari di mana jasad lelaki itu setelah turun dari katil.
          Dadanya berombak kencang.  Dia dapat merasakan pehanya diduduki seseorang.  Dia tahu itu Farritz Aidil.  Oleh kerana keadaan gelap gelita,  dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu yang sungguh rapat dengan wajahnya.
          Farritz Aidil mencari jemari lembut Farisya Adlina.  Farisya Adlina menelan liurnya apabila tangan kanannya terpegang sesuatu yang keras pemberian Farritz Aidil.  Farisya Adlina menggenggamnya lama.
          Tiba-tiba lampu tidur di sisi katil terbuka.
          "Kau tutup mata ni,  kenapa?"  ujar Farritz Aidil sebaik sahaja melihat wajah Farisya Adlina yang dibasahi peluh ketakutan.
          Farisya Adlina memandang ke tangan kanannya.  Botol minyak jeragau merah?  Farisya Adlina bertambah hairan.
          "Apa ni?"  tergagap-gagap dia bertanya.
          "Kau ni.  Kau tahu tak,  ayah selalu cakap.  Biar muka tak cantik.  Asal jangan buta.  Kau tahu?  Ni botol minyak,  lah.  Habis tu apa?"
          "Maksud aku,  kenapa kau bagi aku?"
          Farritz Aidil sudah dapat mengagak punca ketakutan wanita itu.  Dia mendapat 1 idea untuk mengenakan wanita itu.
          Farritz Aidil kembali mendekatkan wajahnya ke belakang tengkuk Farisya Adlina.  Wanita itu tidak menolak.  Mahupun mengelak.  Farritz Aidil mengucup belakang telinga Farisya Adlina sebelum membisikkan sesuatu.
          "Bahu aku sakit.  Urut aku,"  kata-kata Farritz Aidil tenggelam timbul.  Dia kemudiannya turun dari peha Farisya Adlina lalu duduk membelakangi wanita itu menanti tubuhnya diurut.
          Farisya Adlina menepuk dahinya.  Cepat benar dia berfikiran kotor.  Sangkanya lelaki itu mahu mengapa-apakan dia.  Rupanya mahu diurut dengan minyak angin.
          Farisya Adlina mengurut dadanya sebelum mendekati Farritz Aidil.  Perlahan-lahan tangannya mengurut bahu lelaki itu.
          'Hampeh.  Ingat apahal lah.  Rupanya nak aku urut.'
          Farisya Adlina menangis lagi.  Ya tuhan.  Besar benarkah kesalahan yang dilakukannya sehingga lelaki itu memandang jijik kepadanya?  Dia hanya mahu menjaga keselamatan bayinya serta dirinya.  Apakah itu merupakan satu kesalahan?  Farisya Adlina bertambah serba salah mengenangkan kisah yang berlaku antara mereka malam kelmarin.
          Farisya Adlina membuka matanya.  Terasa ada seseorang yang mendakap erat tubuhnya dari belakang.  Farritz Aidil.  Bagaimana lelaki itu boleh berada di atas katil itu bersamanya sedangkan tadi dia telah menidurkan lelaki itu di biliknya.  Farisya Adlina hanya mendiamkan dirinya.  Dia tidak mahu menolak kerana dia tahu.  Sekali dia menolak bermakna seluruh malam itu malaikat akan memurkainya.
          Semakin lama pelukan Farritz Aidil semakin kemas.  Farisya Adlina semakin gusar.  Dia berharap sebentar lagi Farritz Aidil akan tertidur dan mengehentikan segala perbuatannya di situ sahaja.  Tetapi harapan Farisya Adlina hanya tinggal harapan.  Farritz Aidil malah membelai lembut seluruh tubuhnya.  Wajah mulus yang membelakanginya itu dibelai manja.  Kalau boleh Farisya Adlina tidak mahu lelaki itu berhenti membelainya.  Dia bahagia diperlakukan begitu.
          Melihat reaksi positif Farisya Adlina,  Farritz Aidil terus mengambil langkah seterusnya.  Tangannya mula menjalar ke segenap tubuh Farisya Adlina.  Farisya Adlina kaget.  Tidak tahu hendak berbuat apa.  Dia terus-terusan berdoa agar Farritz Aidil tidak meneruskan tindakannya lebih lanjut.  Tubuh Farisya Adlina yang mengiring ke kanan di baringkan.  Perlahan-lahan Farritz Aidil menindih tubuhnya yang kecil molek.
          "I love you sayang.."
          Bisikan lembut yang ditiup lembut ke pangkal jantungnya menyentap kewanitaannya.  Mengapa tuhan?  Mengapa momen ini tidak tercipta sebelum kemunculan bayi ini lagi?  Mengapa aku terpaksa menghalang detik bahagia ini dari membawa kami berdua ke alam bahagia?  Bantu lah aku ya Allah!
          Satu persatu pakaian Farisya Adlina ditanggalkan.  Nafas Farritz Aidil kedengaran kuat di telinganya.  Namun Farritz Aidil masih tidak lupa membelai isteri kesayangannya itu memandangkan dia tahu Fariysa Adlina memang senang diperlakukan begitu.
          "Farritz!  Jangan!"
          Jeritan kuat Farisya Adlina menghentikan pergerakan Farritz Aidil.  Farritz Aidil tergamam.  Dia terkejut mendengar wanita itu berteriak sambil menghalang Farritz Aidil dari menyentuh mahkota kewanitaannya.
          "Jangan Ritz.."
          "But why?  Aku suami kau,  kan?"
          Jelas terpapar riak tidak puas hati di wajah Farritz Aidil.  Farisya Adlina turun dari katil meraba-raba ke lantai mencari baju tidurnya yang sudah tertanggal sebentar tadi.
          "Aku..  Aku datang bulan.  Tak boleh.  Haram,"  dalih Farisya Adlina.  Entah dari mana idea bernas itu datang membantunya.
          "Hari ke berapa?"
          "Hari..  Hari pertama..  Ha..  First day,"  tergagap-gagap Farisya Adlina menipu suaminya.  Ampunkan aku ya Allah..
          "Tak apa lah kalau macam tu.  Next week boleh lagi kan?"
          Farisya Adlina tergamam.  Peluh dingin membasahi tubuhnya.  Minggu depan?  Alasan apa lagi yang akan diberikan kepada lelaki itu jika Farritz Aidil mendatanginya minggu depan.
          "Kalau diam tandanya setuju.  Dah jom tidur.  Malam ni aku nak tidur dengan kau lah.  Aku tak ada rezeki nak buat baby malam ni,  tak apa.  Tapi aku nak peluk teddybear aku ni.  Boleh kan?"
          Senyuman nakal Farritz Aidil kelihatan samar-samar.  Suasana bilik yang gelap menyukarkan dua pasang mata itu berinteraksi.
          "Dah.  Jom tidur.  Aku tahu kau penat.."
          Farritz Aidil tersenyum nakal pantas ditarik wanita itu ke dalam dakapannya.  Walaupun sedikit terkilan,  namun dia tetap bersabar. 
          Minggu depan.  Dia akan datang lagi untuk menuntut haknya.  Sedang Farritz Aidil memeluk bahagia si isteri,  si isteri pula sedang bermuram durja memikirkan alasan yang hendak diberikan minggu yang akan datang. 
          Ya Allah..  Ampunkan dosaku..


"APA maksud Isya?  Ibu tak faham lah,"  ujar Datin Munirah berpura-pura bodoh.  Padahal jauh di sudut hatinya,  dia benar-benar gembira kerana sebentar lagi semua impiannya akan tercapai.  Ditenungnya wajah menantu di hadapannya itu.
          Petang itu entah mengapa tiba-tiba sahaja Farisya Adlina terfikir untuk mengunjungi ibu mertuanya.  Dia sudah membuat keputusan.  Separuh daripada hartanya akan diwasiatkan kepada anaknya dan separuh lagi akan diwasiatkan kepada ibu mertuanya sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini semasa bersalin nanti. 
          Entah mengapa dia berani menaruh kepercayaan kepada wanita berlidah cabang ini.  Andai sahaja dia tahu akan niat busuk wanita itu terhadap dirinya.  Pasti dia tidak akan sanggup menyerahkan amanat itu kepada Datin Munirah.
          "Doktor kata peluang untuk Isya selamat cuma 50-50.  Jadi sebelum berlaku apa-apa,  Isya nak buat wasiat dulu.  Mana tahu Isya tak sempat nak jumpa anak Isya nanti."
          "Kenapa Isya begitu yakin dengan ibu?  Isya tak takut ke ibu makan semua harta yang Isya amanat untuk baby Isya tu?"
          "Ibu..  Dari kecil Isya membesar bersama-sama dengan anak ibu.  Ibu dah macam ibu Isya sendiri.  Mana mungkin Isya tergamak nak meragui ibu,"  Farisya Adlina tersenyum manis.  Kebelakangan ini Farisya Adlina lebih banyak berdiam diri daripada sebelumnya.  Dia lebih suka menyendiri dan termenung memikirkan nasib dirinya.
          Doktor yang merawatnya telah mengesahkan bahawa kandungan Farisya Adlina terlalu lemah.  Jika tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit,  Farisya Adlina perlu menggugurkan kandungannya ataupun dia akan menghadapi masalah ketika melahirkan nanti.  Peluang untuk selamat juga hanya 50-50.  Atau jika dia bernasib baik,  anaknya akan hidup.  Tetapi dengan syarat dia perlu berpantang untuk tidak bersama dengan Farritz Aidil sepanjang mengandung
          Tidak mungkin Farisya Adlina akan menggugurkan satu-satunya anugerah tuhan yang dinanti-nantikannya selama ini.  Jika Farritz Aidil mengetahuinya,  pasti lelaki itu akan bersedih.
          "Kalau apa-apa terjadi pada Isya,  Isya nak ibu jaga anak Isya.  Tolong sampaikan surat ni pada Ritz."
          Huluran surat Farisya Adlina bersambut.  Mengenangkan dirinya yang akan pergi buat selamanya,  Farisya Adlina menitiskan air matanya.  Baru sahaja dia mahu mengecap bahagia bersama Farritz Aidil,  datang lagi satu dugaan baginya.
          "Kenapa Isya tak bagitahu Ritz terus?"
          "Isya tak nak Ritz sedih,  ibu.  Ritz tak patut dengar berita ni.  Nanti mesti dia sedih."
          "Tapi kan boleh gugurkan.  Nyawa Isya lebih penting,  nak.."
          Air mata kepuraan yang gugur di pipi wanita tua itu memantapkan lagi lakonannya. 
          "Isya tak nak.  Abang Ritz dah lama nakkan anak ni.  Dan Isya pasti ibu,  ayah,  mama,  dan papa pun semua nak cucu.  Takkan Isya nak buang anugerah tuhan yang Isya dapat ni?"
          Farisya Adlina merenung sayu ke arah wanita tua di hadapannya itu.  Terbayang akan wajah Puan Sri Zakiah yang sedang memandangnya dengan penuh berharap agar tidak menggugurkan bayi itu.  Biar lah.  Dia rela berkorban demi ibu bapa yang telah banyak menjaga dan memeliharanya sehingga dewasa dan juga suami yang selalu mendampinginya suka dan duka.

bab 39



39

'Suaraku Berharap'

Farisya Adlina sedang duduk termenung di ruang anjung rumahnya.  Buaian yang membuai tubuhnya berayun perlahan.  Angin malam bertiup sayu.  Beribu taburan bintang di langit menarik perhatiannya.  Farisya Adlina memilih untuk duduk bergelap di hadapan kolam renang untuk mendapatkan ketenangan.  Sinaran cahaya bulan purnama yang terang benderang menyinari tubuhnya yang hanya disaluti baju tidur jenis satin berwarna biru laut.
          "Sayang.."
          Farritz Aidil yang baru muncul merangkul tubuh isterinya dari belakang.  Dikucup lembut belakang tengkuk isterinya.  Masih tiada respons yang diberikan wanita itu.  Farritz Aidil hairan.  Tidak pernah Farisya Adlina berkelakuan sebegitu terhadapnya.  Kebiasaannya jika Farritz Aidil memeluk dan menciumnya,  pasti dia akan mengelak.
          "Isya.  Kenapa muram je ni?"
          Farritz Aidil duduk di sisi Farisya Adlina.  Dicapai jemari runcing itu lantas dikucupnya.  Sejuk.  Puas ditatapnya wajah Farisya Adlina.  Mencari sinar keceriaan yang selalu menerangi hidupnya selama ini.
          "Isya..  Kau kenapa,  sayang?"
          Farisya Adlina berpaling sebelum menunjukkan riak kegusaran pada wajahnya.  Sungguh,  dia benar-benar perlukan bahu seseorang untuk dia menumpahkan air matanya.  Entah apa yang membuatkannya begitu sensitif sekali. 
          'Mari sayang..  Peluk lah aku.  Aku perlukan pelukanmu..  Salurkan kekuatanmu kepadaku..'
          "Tak ada apa-apa.  Kau dah makan?"  satu senyuman paling manis dihadiahkan buat si suami.  Tidak sanggup rasanya dia bermuram lebih lama.  Makin dia berbuat demikian,  makin lelaki itu tampak gusar dan susah hati.
          "Belum.  Isya..  Aku ada benda nak cakap dengan kau ni,"  bagaikan terubat hati yang terluka apabila dapat melihat senyuman si isteri,  Farritz Aidil terus terlupa segala kerisauan di hatinya.  Keceriaan pula mula bertandang di hatinya.
          "Apa?"
          "Look..  Aku dah tempah tiket untuk kita berdua.  Kita pergi honeymoon,  ya?"  terserlah keriangan pada wajah tampan itu.  Ternyata dia memang benar-benar bahagia di saat ini.  Jika sebelum ini Farritz Aidil berkeras untuk mengelak dari pergi berbulan madu,  tetapi kini dia sendiri yang ingin pergi berbulan madu bersama isteri tercinta.
          "Bila?"  lembut suara Farisya Adlina menerjah ke gegendang telinganya.  Itu lah sebabnya dia suka berdampingan dengan wanita itu.
          "Hujung bulan ni kita pergi."
          "Tak nak lah aku.  Setakat Langkawi.  Sekarang pun aku boleh pergi sendiri,"  Farisya Adlina sengaja mahu menyakat suaminya.  Dia tahu pasti lelaki itu akan berasa serba salah memperlakukannya begitu dahulu.
          "Kau ni.  Jangan lah ungkit hal lama tu.  Aku minta maaf lah.  Tapi kali ni aku janji tak tipu kau lagi.  Kali ni aku akan bawa kau keliling dunia."
          Farritz Aidil membaringkan tubuhnya ke atas pangku Farisya Adlina.  Farisya Adlina pula menjalankan tugasnya membelai rambut Farritz Aidil.  Farritz Aidil tersenyum manja.  Senang diperlakukan begitu.
          "Mula-mula kita pergi Mekah.  Kita tunaikan tanggungjawab kita dulu.  Lepas tu baru kita pergi China,  Hong Kong,  Italy,  Paris,  and dua tempat yang kau nak sangat pergi selama ni.."
          Farisya Adlina tersenyum bangga.  Alhamdulillah dia bersyukur.  Walaupun niat sebenar mereka hanya untuk pergi berbulan madu tetapi lelaki itu masih tidak lupa kepada tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
          "Banyaknya tempat nak pergi.  Berapa lama nak honeymoon?"
          "Aku nak rest setahun.  Kita enjoy puas-puas,  lepas tu baru fikir tentang kerja."
          "Kau ni gila lah,  kenit,"  Farisya Adlina mencuit manja hidung suaminya. 
          Mereka berdua tertawa bahagia.  Semoga segala impian yang tercipta akan menjadi kenyataan.  Amin..


"WAH Ritz..  Lepas ni seronok lah kau.  Dah lepas seksa dunia,"  ujar Qayyum Farkhan.  Farritz Aidil yang masih terbaring di atas katil hospital hanya tersenyum biasa.
          "Ritz.  Kau dah sihat ni,  lepas ni ada apa-apa rancangan tak?"  Farritz Aidil faham benar akan maksud di sebalik senyuman nakal Syed Aizriel itu. 
          "Mesti lah.  Aku dah plan dari sebelum sihat lagi,"  balasnya sambil tersenyum nakal.
          "Cerita lah apa yang kau plan."
          "Ah,  mana boleh tahu.  Hanya aku dan Isya je yang tahu.  Tengok lah.  Tahun depan aku dapat baby kembar,"  sengaja lelaki itu mambuat perancangan sendiri.
          "Wait.  Kau betul-betul dah nekad ke,  bro?  Hari tu cakap tak berani lah,  Isya garang lah.  Bila kaki dah buka simen,  bukan main lagi kau.  Mana punya spirit kau sapu ni ha?"
          Qayyum Farkhan menepuk kuat bahu Farritz Aidil.  Sungguh.  Dia benar-benar kagum dengan semangat yang ditunjukkan sahabatnya itu.  Sebelum ini Farritz Aidil pernah mengadu kepada rakan-rakannya itu bahawa dia langsung tidak berani menyentuh Farisya Adlina.  Tetapi entah dari mana dia mendapat kekuatan,  dia terus nekad untuk mendekati isterinya memandangkan keadaan kakinya sudah pulih.
          "Assalamualaikum.."
          Farisya Adlina masuk ke bilik tersebut lalu melemparkan senyuman kepada Farritz Aidil serta rakan-rakannya.
          "Hai sayang.."
          Farritz Aidil mencapai jemari isterinya yang baru duduk di sisinya.  Lantas jemari itu dikucup lembut.  Dia sangat berbangga beristerikan Farisya Adlina.
          "Tadi aku dah bincang dengan Doktor Heliza.  Dia kata kaki kau dah sembuh.  Cuma dalam waktu terdekat ni,  kena lah kau pakai tongkat.  Tak pun jangan banyak sangat berjalan."
          "Habis bila aku boleh balik?"
          "Hari ni lah,  ngok!  Habis kau nak tidur lama-lama kat sini ke?"
          Farisya Adlina mencuit manja hidung mancung Farritz Aidil.  Sementara pasangan suami isteri itu bergelak tawa berdua,  Syed Aizriel dan Qayyum Farkhan hanya tersenyum bahagia melihat mereka begitu.  Jauh di sudut hati mereka mendoakan pasangan suami isteri itu berkekalan bahagia selamanya.


"NAH makan ubat ni,"  Farisya Adlina menyuakan dua biji Panadol ke mulut Farritz Aidil.  Hari ini sahaja sudah lima kali lelaki itu muntah-muntah.  Timbul rasa simpati terhadapnya.  Sepatutnya dia yang muntah-muntah.  Bukan Farritz Aidil.  Tetapi seperti kata orang tua,  ibu atau bapa sama-sama akan merasai pengalaman menghadapi gejala pembawa budak ini.
          "Kau nak makan apa-apa tak?"  gelas berisi air suam diletak semula di tepi katil.  Farritz Aidil menggeleng sebelum merebahkan tubuhnya ke atas katil empuk itu.  Wajah lelaki itu pusat lesi. 
          Farisya Adlina serba salah.  Apakah dia perlu memberitahu Farritz Aidil punca dia muntah-muntah?  Kerana hati kecilnya sangat simpati melihat wajah yang selama ini menceriakan harinya bermuram durja.
          "Kalau macam tu,  kau rehat,  ya?  Aku nak mandi sekejap.  Dari balik hospital tadi aku tak mandi lagi,"  baru sahaja Farisya Adlina hendak berlalu,  tangannya dipegang erat sepertinya Farritz Aidil tidak merelakan dia pergi meninggalkannya.
          "Kenapa?"  Farisya Adlina duduk semula di sisi Farritz Aidil sambil menyentuh lembut pipi suaminya.
          "Malam ni kau teman aku,  boleh?"
          Farisya Adlina mulai khuatir.
          "Teman kau?  Err..  Aku..  Err.."
          Terkial-kial Farisya Adlina mencari alasan untuk mengelak daripada tidur sebilik dengan Farritz Aidil.
          "Please Isya.  Atau kalau kau tak nak teman aku,  biar aku teman kau.  Apa macam?"  Farritz Aidil masih tidak mengalah.  Wajah Farisya Adlina kelihatan gelisah.  Bagaimana agaknya dia mahu lelaki ini faham keadaannya.
          Bukan dia tidak mahu menuruti kemahuan suaminya.  Tetapi keadaannya menghalang di berbuat demikian. 
          Seperkara lagi,  Farritz Aidil sudah sembuh.  Jika mereka tidur sebilik,  pasti Farisya Adlina akan tewas lagi di tangannya.  Dan itu tidak boleh berlaku.  Farisya Adlina sedang hamil.  Dan ianya hanya akan membahayakan dirinya dan bayi di dalam kandungannya.  Biar lah.  Dia rela menghadapi masa-masa yang sukar ini.  Kerana dia yakin,  semua itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
          'Maafkan aku,  Ritz.  Tapi aku tak boleh..'  Farisya Adlina merayu di dalam hatinya.  Dia berharap lelaki itu mendengar bisikan hatinya.
          "Kalau tak boleh tak apa lah."
          Jelas nada rajuk pada kata-kata Farritz Aidil.  Lelaki itu benar-benar kecewa dengan tindakan Farisya Adlina.  Namun apa lagi yang boleh dilakukannya.  Hanya dengan menipu sahaja dia boleh menyelamatkan dirinya dan suaminya dari terjerumus ke neraka jahanam.
          'Ampunkan aku ya Allah..  Bukan niatku menderhakai suamiku.  Malah aku terpaksa.'

bab 38



38

'Menjauhkan Diri'

"Dah berapa lama dia pergi?"
          Farisya Adlina memegang bahu Adibah yang sedang menangis teresak-esak.
          "Dua minggu lepas akak masuk hospital,"  putus-putus suara Adibah disusuli tangisan yang masih bersisa.
          Diri gadis itu kelihatan tidak terurus selepas kepergian abang kesayangannya.  Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati kecil itu apabila satu-satunya orang yang selalu memanjakannya telah pergi meninggalkannya seorang diri.
          "Tapi kenapa tak bagitahu akak?"
          "Abang tak kasi.  Dia tak nak akak tahu,"  esakan Adibah semakin kuat.  Walaupun baru beberapa bulan tetapi dia terlalu rindukan lelaki itu.  Rindu hendak bergurau senda dan menyakat abang kesayangannya itu.
          "Tapi kenapa?  Dia dah benci kat akak ke?"
          "Bukan macam tu,  kak..  Entah lah.  Diba pun tak tahu.  Tapi abang ada tinggalkan surat untuk akak..  Baca lah,"  Adibah menghulur sekeping sampul surat berwarna merah hati kepada Farisya Adlina.  Menggigil tangannya hendak menyambut huluran surat itu.
          "Actually dia suruh bagi masa birthday akak nanti.  Tapi Diba dah tak sanggup nak pegang lama-lama.  Diba tak sanggup,  kak.."
         
        Assalamualaikum..  Happy birthday princess..  Bila awak baca surat ni,  saya dah pun pergi jauh dari awak..  Entah lah..  Saya tak pasti sama ada keputusan saya untuk pergi dari Malaysia ialah satu keputusan yang bijak atau sebaliknya..  Saya buntu,  Isya.  Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk melupakan awak..  Saya dah cuba untuk terima hakikat yang saya dah kehilangan awak..  Tapi saya tak mampu..  Saya dah patah semangat.  Bagi saya kehidupan saya ni dah tak ada maknanya lagi tanpa awak.
            Tak guna rasanya saya merayu awak menerima saya.  Sebab saya yakin.  Awak tetap akan menolak.  Lagipun,  cinta tak boleh dipaksa,  kan?  I understand..  Tapi Isya..  Sampai sekarang saya masih mencari di mana sebenarnya silap saya sehinggakan awak tak boleh terima cinta saya yang ikhlas ni?  Saya buntu Isya..  Buntu..
            Kali pertama saya terpandang awak di UKM dulu..  Waktu tu hati saya dapat mengagak awak lah perempuan yang saya cari-cari selama ni..  Saya nekad untuk memiliki awak.  Saya selalu minta Diba tolong usha kan awak untuk saya..  Tapi ternyata saya silap.  Awak umpama merpati yang jinak.  Dalam pada jinak,  awak juga tidak mahu disentuh.  Susah untuk dipikat.
            Isya..  Andai sahaja waktu tu saya tak meluahkan rasa hati saya..  Pasti awak takkan menjauhkan diri dari saya sampai sekarang..  Walau apapun..  Saya berdoa..  Agar suatu hari nanti,  awak bahagia di sisi seorang lelaki yang betul-betul menyayangi awak.
            Jaga diri awak baik-baik..  Pelihara maruah seorang wanita..  Jaga maruah suami awak..  Jadi lah ibu yang mithali.  Betapa beruntungnya lelaki yang dapat memikat hati awak,  Isya.  Sepanjang hidup saya,  belum ada lagi wanita yang sempurna seperti awak.
            Sebagai sahabat,  saya hanya mampu melihat kebahagiaan awak dari jauh.  Saya janji takkan ganggu hidup awak lagi..  Saya sendiri tak pasti berapa lama saya akan berada di sini.  Di mana saya,  usah lah awak tanya.  Cuma saya nak minta tolong awak..  Tolong tengok-tengokkan my little girlfriend,  Adibah.  She needs someone now.  Saya tahu dia tengah bersedih.  Awak tolong jaga dia macam adik awak sendiri.  Itu amanat saya untuk awak.
            Cuma awak orang yang saya percayai..
            Sekian surat dari saya.  Kalau awak kesunyian,  ingat Allah.  Jangan sesekali awak sia-siakan hidup awak.  Bila saya dah bersedia nanti,  saya akan kembali.
            And 1 more..
           
CONGRATULATIONS FOR YOUR WEDDING!



Your Friend,

Asyraf Danisy
(Please send my regards to your husband,  Farritz Aidil Dato' Zahid.)


          Farisya Adlina mengesat lagi air mata yang gugur di pipinya.  Pilu rasa hatinya tetapi tidak sedasyat apa yang dirasakan lelaki itu.  Dia melipat semula helaian surat itu.  Matanya dipejam rapat. 
          Dalam sungguh rasa cinta lelaki itu terhadap dirinya selama ini.  Andai sahaja dia masih bujang dan tidak dijodohkan dengan Farritz Aidil..  Pasti lelaki itu akan diterimanya sepenuh hati.  Tidak akan dibenarkan hati kecil itu terluka kerananya.
          Tidak!  Dia tidak boleh berfikiran begitu.  Farritz Aidil adalah suaminya yang sah.  Asyraf Danisy hanya sahabatnya.  Jangan hanya kerana dia simpati terhadap Asyraf Danisy,  dia mahu melusuhkan rasa cintanya terhadap Farritz Aidil.  Lelaki itu tidak bersalah.
          "Kak..  Abang kata apa?"  air mata yang tadinya membasahi gadis bertudung itu sudah mengering.  Surat yang tadinya menjadi tatapan Farisya Adlina sudah tiba di tangannya.  Setelah habis membaca setiap bait ayat di dalam surat tersebut,  air matanya gugur lagi.  Senyumannya mekar tatkala terbaca perkataan 'my little girlfriend ' yang ditujukan kepadanya.
          "Akak dah kahwin?"
          Gadis itu kelihatan sedikit kesal apabila mengetahui berita perkahwinan Farisya Adlina.  Pasti itu yang membuatkan hati abang kesayangannya itu terluka.
          "Akak memang nak bagitahu dia.  Tapi akak tak tahu nak start kat mana.."
          "Tu semua alasan lah,  kak!"  belum sempat Farisya Adlina bersuara lagi,  Adibah sudah menengkingnya.  Terkedu Farisya Adlina dibuatnya.  Kebanyakan pengunjung taman rekreasi itu memandang ke arah mereka.
          "Akak tahu kan,  abang Diba tu sayang kat akak.  Tapi kenapa akak kahwin dengan orang lain?  Tanpa pengetahuan dia.  Why kak?  Why?"  Adibah bangkit lalu berdiri menghadap Farisya Adlina yang kelihatan serba salah.
          "Diba.  Listen to me.  I've an explaination,"  lembut tangan Farisya Adlina menarik gadis yang sedang diselubungi api kemarahan itu supaya duduk.
          "What explaination?"  Adibah merentap kembali tangannya.  Terasa jijik sungguh disentuh wanita yang telah melukai hati abangnya itu.
          "Diba..  Diba duduk lah dulu.  Beri akak masa untuk terangkan.  Jangan jerit-jerit macam ni.  Tak elok.  Orang pandang,  kan?"
          "Biarkan sesiapa pun nak pandang.  Now you tell me.  Why did you make my brother like this?   What did my brother making wrong to you?"  suara Adibah kian meninggi.  Dia langsung tidak menghiraukan pujukan Farisya Adlina.
          "Istighfar Diba.  Jangan lah cepat sangat melenting.  Dengar lah dulu apa akak nak cakap.  Kalau Diba terus macam ni,  sampai bila semua ni nak berakhir?  Come on lah.  Jangan jadi budak-budak.  Matang lah sikit!"  Farisya Adlina meninggikan suaranya mengatasi suara Adibah.  Tergamam gadis itu dibentak begitu. 
          Selepas berfikir sejenak,  Adibah duduk semula di hadapan Farisya Adlina.  Memang itu sahaja cara untuk menenangkan orang yang sedang hilang kewarasan.
          "I'm sorry.  Diba..  Kalau Diba nak tahu..  Semua ni parents akak dan Abang Ritz yang aturkan.  Diba ingat kami nak sangat ke kahwin ni?  Kami ni bestfriend sejak kecil lagi.  Tiba-tiba kena kahwin.  Kami pun tak sangka."
          "Ah,  lebih je cerita akak ni!  Jangan nak auta lagi lah kak.  Berterus terang je."
          "Kalau Diba tak percaya,  tanya Abang Ritz sendiri,"  kata-kata Farisya Adlina membuatkan Adibah tergamam.  Adibah memang mempercayai satu-satunya sahabat abangnya itu.  Dengar sahaja nama Farritz Aidil,  dia terus percaya mengenai kata-kata Farisya Adlina.
          "Ada banyak benda lagi untuk kami settlekan selain kahwin,  Diba.  Akak nak kejar cita-cita.  Abang Ritz pula dah ada pilihan hati dia.  Persahabatan kami disangka cinta.  Sebab tu kami disatukan.  Dan tentang Abang Is..  Demi Allah.  Akak tak terniat nak lukakan hati dia.  Akak tak tahu pula yang dia betul-betul serius dengan akak."
          "Akak bahagia dengan Abang Ritz?"  suara Adibah kian mengendur.
          "Diba..  Bahagia atau tak akak dengan Abang Ritz,  tu tak termasuk dalam hal ni.  Sekarang yang paling penting kita kena pujuk Abang Is supaya dia balik.  Akak akan bantu Diba.  Diba jangan sedih-sedih lagi,  ya?"
          Dua sahabat itu berpelukan sesama sendiri.  Masing-masing mengalami kesedihan yang sama.  Farisya Adlina hanya mampu berdoa agar satu hari nanti hati kecil yang terluka itu akan terubat jua.
          'Hanya padamu aku bermohon,  ya Allah.."