35
'Kekanda Adinda'
"Ritz, cepat lah turun makan. Dah pukul berapa ni. Kata nak pergi kuliah awal," teriak Farisya Adlina dari dapur. Jam sudah pukul 7.45 pagi. Tetapi kelibat Farritz Aidil masih belum kelihatan. Sarapan di atas meja sudah siap terhidang. Farisya Adlina yang sudah siap berpakaian kemas untuk ke kuliah menuang air teh panas ke dalam cawan.
"Hisy.. Mana lah mamat ni.." getus Farisya Adlina seorang diri.
"Morning, Isya. Sorry lambat," sapa Farritz Aidil yang baru muncul di ruang dapur. Farisya Adlina mengangkat wajahnya memandang ke suaminya. Lelaki itu kelihatan segak walaupun masih bertongkat. Kesihatan lelaki itu semakin membaik. Dia sudah boleh berjalan tanpa menggunakan kerusi roda lagi. Kebergantungannya terhadap tongkat juga semakin kurang.
"Kau ni, cakap tak serupa bikin lah. Kata nak pergi kuliah awal hari ni. Sekarang dah pukul berapa?" bebel Farisya Adlina sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk Farritz Aidil. Kebelakangan ini, hubungan mereka semakin baik. Layanan Farritz Aidil terhadapnya juga tidak sekasar dahulu.
"Ala.. Kau ni.. Baru lambat setengah jam. Tu pun nak marah," balas Farritz Aidil sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk.
"Tengok tu. Dah mula lah tu. Baru nasihat sikit, dah buat muncung. Aku ikat muncung tu nanti baru tahu."
"Kau ikat muncung aku, kau tahu lah apa yang aku nak buat kat kau nanti," Farritz Aidil cuba mengugut Farisya Adlina. Dia tahu Farisya Adlina pasti akan takut mendengar ugutan tersebut.
Farisya Adlina terdiam. Dia tahu apa yang difikirkan lelaki itu.
"Kau makan dulu. Kejap lagi aku turun. Aku naik sekejap ambil beg," ujar Farisya Adlina sambil mengatur langkah meninggalkan lelaki itu. Belum sempat dia melangkah lebih jauh, tangannya terasa dipegang oleh seseorang.
Entah apa lagi yang dimahukan lelaki itu agaknya.
"Kau ni, pemalu sangat lah. Aku ni suami kau kan? Yang kau nak takut sangat aku sentuh keu kenapa? Kita kan dah halal sekarang," ujar Farritz Aidil sambil tersenyum nakal. Farisya Adlina tersentuh.
Baru kali ini lelaki itu mengaku sebagai suaminya. Alangkah indahnya jika semua itu terlafaz sebelum dia bernikah dengan Intan Natasha. Pasti semuanya akan lebih indah.
"Tengok tu. Aku hairan lah tengok kau ni. Aku punya lah tengah bercakap dengan kau, kau boleh termenung pula. Aku tahu lah aku ni comel. Jangan lah tenung aku lama-lama," Farritz Aidil mengenyitkan matanya kepada wanita berbaju kurung moden putih susu itu. Farisya Adlina membalasnya dengan senyuman manis.
'Kalau lah apa yang kau cakap ni terlafaz sejak dulu lagi, mesti hati aku akan lebih gembira mendengarnya. Tapi sekarang..'
Pegangan tangan Farritz Aidil dileraikan perlahan-lahan. Mahu sahaja dia melafazkan rasa hatinya itu kepada Farritz Aidil. Namun bila difikir-fikirkan semula, biar lah semua itu menjadi rahsia hatinya. Dia tidak mahu lelaki itu tahu bahawa dia sudah tewas pada kelembutannya.
"Isya.. Lepas ni kau jangan tidur kat bilik tetamu lagi, ya?" Farritz Aidil tersenyum sumbing. Farisya Adlina terkaku seketika.
"Habis kau nak aku tidur kat mana, ngok?"
"Kau.. Err.. Kau pindah kat bilik aku lah. Nanti kalau ada tetamu datang nak tidur kat mana? Betul tak?" tergagap-gagap Farritz Aidil mengautakan kata-katanya.
"Kau gila ke? Tak nak lah. Kau tu bukannya boleh percaya sangat. Aku tak nak tanggung risiko."
"Risiko apanya? Kau isteri aku. Tempat seorang isteri di sisi suaminya. Tugas seorang suami melindungi isterinya. Jadi apa yang kau nak takut?" sekali lagi Farisya Adlina tergamam. Mahu sahaja cawan di tangannya itu terlepas ke lantai.
"Relax lah beb.. Dengan aku pun kau nak takut. Tapi tak apa lah. Kalau kau tak nak pindah ke bilik aku, aku tak paksa," lega hati Farisya Adlina mendengarnya.
"Tapi balik nanti aku akan pindahkan semua barang-barang aku ke bilik kau.. Dan kau tak boleh nak mengelak lagi," Farritz Aidil bangkit dari kerusi sebaik habis berkata-kata.
"Aku tak kisah apa pun kau nak buat. Aku akan ikut ke mana pun kau pergi lepas ni," bisikan nakal Farritz Aidil kedengaran jelas di tepi telinga Farisya Adlina. Berani sungguh lelaki itu mengugutnya.
Dengan tawa yang masih bersisa, Farritz Aidil berlalu ke ruang tamu sambil mulutnya sedang mengunyah sandwich buatan isterinya. Bahagia sungguh hatinya dapat mengugut wanita itu.
Dia yakin, Farisya Adlina tidak punya pilihan lain. Sama ada Farisya Adlina yang datang kepadanya ataupun dia sendiri yang datang kepada Farisya Adlina, rancangannya tetap akan berjalan lancar. Dia tersenyum puas.
"BETUL ni kau tak nak beli apa-apa?" ujar Farritz Aidil sambil menoleh ke arah Farisya Adlina di sisinya.
"Betul. Aku tak tahu lah nak beli apa. Lagipun aku sekarang eko no money lah," Farisya Adlina tersenyum simpul. Bukan sengaja tidak mahu turut sama membeli belah dengan suaminya. Tetapi tiada satu pun barang yang diperlukannya sekarang.
Selepas pulang dari kuliah tadi, mereka berdua terus datang ke sini untuk membeli barang dapur. Ramai sungguh pengunjung yang datang membeli belah di sini. Farisya Adlina terpaksa berjalan perlahan-lahan menanti langkah suaminya yang masih bertongkat. Tangan Farisya Adlina juga sudah sarat dengan barang-barang yang dibelinya tadi. Terserlah riak keletihan pada wajahnya.
"Aku tak suruh pun kau beli guna duit kau. Aku kan ada. Apa-apa kau nak, ambil je. Nanti aku bayar."
"Kau jangan offer aku, Ritz. Nanti kau juga yang menyesal."
"Kenapa pula?" Fariitz Aidil mengerutkan dahinya. Apa salahnya sebagai suami, dia mahu membelikan barang keperluan isterinya?
"Aku kalau beli barang, tak main lah setakat seratus dua ni.. Aku kalau beli barang kena berpuluh ribu. Baru syok," Farisya Adlina tersenyum manja. Sudah lama dia tidak bergurau senda dengan sahabat baiknya ini.
"Agak-agak lah beb. Aku ni bukan billionare. Setakat barang seribu dua ni boleh lah aku belikan kau. Kalau dah berpuluh ribu, botak lah kepala aku ni," Farritz Aidil berhenti di satu kerusi yang terletak di hadapan kedai menjual aiskrim. Mungkin sudah keletihan setelah hampir dua jam berjalan di pusat beli belah ini.
"Ha. Tahu pun. Lain kali jangan offer aku," Farisya Adlina turut duduk di sisi suaminya.
"Aku ni bukan macam kau. Family kau kaya. Aku ni apa lah yang ada. Tak mampu nak bagi kau barang sampai berpuluh ribu," Farritz Aidil merungut perlahan. Kelihatan bibirnya yang dimuncungkan tanda merajuk. Hati Farisya Adlina sedikit tercuit melihatnya.
"Eh. Emo lah pula mamat ni. Aku gurau je kot. Tapi aku nak perbetulkan kata-kata kau tadi.. Yang kaya family aku je. Parents aku. Bukan aku, okey? I'm still an ordinary person," Farritz Aidil mengelak sedikit apabila jari telunjuk Farisya Adlina mencuit hidung mancungnya.
"Aku bukan tak mampu nak belikan kau barang berpuluh ribu. Tapi aku kena simpan duit sikit."
"Untuk apa?"
"Kau kena faham.. Aku ada tanggungjawab pada wife baru aku.. Lagipun wife baru aku tu cerewet, lah.. Nak make-up lah. Skirt baru lah. Macam-macam. Padahal baru je jadi wife aku. Make-up dengan skirt dia bukan murah-murah. Semua beribu-ribu sekali tukar," selamba muka Farritz Aidil membicarakan hal isteri baru di hadapan Farisya Adlina. Langsung tiada riak rasa bersalah di wajahnya.
"Oh. Bagus lah." Pendek jawapan Farisya Adlina. Dia memalingkan wajahnya. Mengapa dia harus cemburu? Bukankah dia tidak menyintai Farritz Aidil? Jadi mengapa dia mahu terasa ketika lelaki itu membicarakan hal mengenai Intan Natasha, isteri muda Farritz Aidil?
"Eh kau nak pergi mana tu?" Farritz Aidil terkejut apabila dilihatnya wanita itu bangkit lalu berjalan menuju ke sebuah kedai menjual barangan bayi. Perlahan-lahan dia bangkit lalu mengikuti langkah Farisya Adlina.
"Kau dah teringin, ya?" ujar Farritz Aidil sambil tersenyum nakal.
Farisya Adlina terkejut mendengar suara garau itu di tepi telinganya. Baru dia perasan bahawa dia sebenarnya berada di kedai barangan bayi. Dan baju yang ada di tangannya itu adalah pakaian bayi. Bagaimana dia boleh berada di sini? Jangan-jangan Farritz Aidil sudah mengesyaki tentang keadaann dirinya.
"Ha? Teringin apa? Kau ni mengarut lah."
"Ala. Buat-buat tak tahu pula. Kau dah teringin nak baby ke?" sekali lagi lelaki itu menyakat Farisya Adlina. Merah padam pipi wanita itu akibat disakat Farritz Aidil. Tidak! Dia tidak boleh menggelabah. Jika dia terus berkelakuan begitu, pasti Farritz Aidil akan mengesyaki sesuatu mengenaiya.
"Kau gila ke? Jangan nak buat pasal lah. Aku nak beli untuk bakal anak Lia.."
"Kalau kau nak baby, malam ni pun boleh. Aku tak ada hal. Lagipun kaki aku dah nak okey," dengan tak semena-mena, Farritz Aidil melentokkan kepalanya ke atas bahu Farisya Adlina.
Terkaku wanita itu mendengar ayat yang baru keluar dari mulut lelaki itu. Merah padam wajahnya menahan malu. Entah apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu saat ini. Dia sendiri tidak pasti.
"Hello sir, madam. Can I help you?" sapaan mesra seorang wanita cina menyentakkan mereka berdua. Kelihatannya wanita lingkungan 40-an itu adalah salah seorang pembantu kedai yang bekerja di situ.
"Hello. Nothing. Kami datang nak tengok-tengok je. My wife ni. Dah tak sabar nak dapat baby," tanpa segan silu, Farritz Aidil merangkul pinggang Farisya Adlina di sisinya. Farisya Adlina terkaku seketika dengan insiden itu.
"Baru kahwin ya? Patut lah masih ada inai," ujar wanita cina itu apabila terpandangkan inai yang masih terdapat di jari Farritz Aidil. Melihatkan wanita itu mencari-cari jemarinya, pantas dia menyorokkan tangannya ke belakang. Dia tidak mahu wanita itu bertanya mengapa hanya jari Farritz Aidil yang berinai tetapi dia tidak.
"Isya.. Kenapa ni?" Farritz Aidil khuatir melihat perubahan wajah Farisya Adlina apabila wanita cina itu menegur inai yang masih di jarinya. Pasti isterinya sedikit terasa apabila teringat akan peristiwa pernikahannya dengan Intan Natasha lebih sebulan yang lalu.
"Err.. Tak apa lah. Kami just drop-by je. Thanks," pantas Farisya Adlina menarik tangan Farritz Aidil keluar daripada kedai tersebut. Tidak mahu berterusan disoal siasat.
"Isya.. I'm sorry. Tak sangka pula dia nak tegur inai aku ni.."
"Tak apa. Kira bagus juga inai kau masih ada. Tak ada can lah Jabatan Agama Islam nak tangkap kita kalau berdua-duaan nanti," dengan senyuman yang dibuat-buat, Farisya Adlina pantas berjalan meninggalkan Farritz Aidil.
Farritz Aidil tidak mampu berbuat apa-apa. Dia menggigit bibir melihat Farisya Adlina yang seperti orang kecewa. Dia tahu pasti hati kecil wanita itu sedikit tercalar dengan insiden sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment