38
'Menjauhkan Diri'
"Dah berapa lama dia pergi?"
Farisya Adlina memegang bahu Adibah yang sedang menangis teresak-esak.
"Dua minggu lepas akak masuk hospital," putus-putus suara Adibah disusuli tangisan yang masih bersisa.
Diri gadis itu kelihatan tidak terurus selepas kepergian abang kesayangannya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati kecil itu apabila satu-satunya orang yang selalu memanjakannya telah pergi meninggalkannya seorang diri.
"Tapi kenapa tak bagitahu akak?"
"Abang tak kasi. Dia tak nak akak tahu," esakan Adibah semakin kuat. Walaupun baru beberapa bulan tetapi dia terlalu rindukan lelaki itu. Rindu hendak bergurau senda dan menyakat abang kesayangannya itu.
"Tapi kenapa? Dia dah benci kat akak ke?"
"Bukan macam tu, kak.. Entah lah. Diba pun tak tahu. Tapi abang ada tinggalkan surat untuk akak.. Baca lah," Adibah menghulur sekeping sampul surat berwarna merah hati kepada Farisya Adlina. Menggigil tangannya hendak menyambut huluran surat itu.
"Actually dia suruh bagi masa birthday akak nanti. Tapi Diba dah tak sanggup nak pegang lama-lama. Diba tak sanggup, kak.."
Assalamualaikum.. Happy birthday princess.. Bila awak baca surat ni, saya dah pun pergi jauh dari awak.. Entah lah.. Saya tak pasti sama ada keputusan saya untuk pergi dari Malaysia ialah satu keputusan yang bijak atau sebaliknya.. Saya buntu, Isya. Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk melupakan awak.. Saya dah cuba untuk terima hakikat yang saya dah kehilangan awak.. Tapi saya tak mampu.. Saya dah patah semangat. Bagi saya kehidupan saya ni dah tak ada maknanya lagi tanpa awak.
Tak guna rasanya saya merayu awak menerima saya. Sebab saya yakin. Awak tetap akan menolak. Lagipun, cinta tak boleh dipaksa, kan? I understand.. Tapi Isya.. Sampai sekarang saya masih mencari di mana sebenarnya silap saya sehinggakan awak tak boleh terima cinta saya yang ikhlas ni? Saya buntu Isya.. Buntu..
Kali pertama saya terpandang awak di UKM dulu.. Waktu tu hati saya dapat mengagak awak lah perempuan yang saya cari-cari selama ni.. Saya nekad untuk memiliki awak. Saya selalu minta Diba tolong usha kan awak untuk saya.. Tapi ternyata saya silap. Awak umpama merpati yang jinak. Dalam pada jinak, awak juga tidak mahu disentuh. Susah untuk dipikat.
Isya.. Andai sahaja waktu tu saya tak meluahkan rasa hati saya.. Pasti awak takkan menjauhkan diri dari saya sampai sekarang.. Walau apapun.. Saya berdoa.. Agar suatu hari nanti, awak bahagia di sisi seorang lelaki yang betul-betul menyayangi awak.
Jaga diri awak baik-baik.. Pelihara maruah seorang wanita.. Jaga maruah suami awak.. Jadi lah ibu yang mithali. Betapa beruntungnya lelaki yang dapat memikat hati awak, Isya. Sepanjang hidup saya, belum ada lagi wanita yang sempurna seperti awak.
Sebagai sahabat, saya hanya mampu melihat kebahagiaan awak dari jauh. Saya janji takkan ganggu hidup awak lagi.. Saya sendiri tak pasti berapa lama saya akan berada di sini. Di mana saya, usah lah awak tanya. Cuma saya nak minta tolong awak.. Tolong tengok-tengokkan my little girlfriend, Adibah. She needs someone now. Saya tahu dia tengah bersedih. Awak tolong jaga dia macam adik awak sendiri. Itu amanat saya untuk awak.
Cuma awak orang yang saya percayai..
Sekian surat dari saya. Kalau awak kesunyian, ingat Allah. Jangan sesekali awak sia-siakan hidup awak. Bila saya dah bersedia nanti, saya akan kembali.
And 1 more..
CONGRATULATIONS FOR YOUR WEDDING!
Your Friend,
Asyraf Danisy
(Please send my regards to your husband, Farritz Aidil Dato' Zahid.)
Farisya Adlina mengesat lagi air mata yang gugur di pipinya. Pilu rasa hatinya tetapi tidak sedasyat apa yang dirasakan lelaki itu. Dia melipat semula helaian surat itu. Matanya dipejam rapat.
Dalam sungguh rasa cinta lelaki itu terhadap dirinya selama ini. Andai sahaja dia masih bujang dan tidak dijodohkan dengan Farritz Aidil.. Pasti lelaki itu akan diterimanya sepenuh hati. Tidak akan dibenarkan hati kecil itu terluka kerananya.
Tidak! Dia tidak boleh berfikiran begitu. Farritz Aidil adalah suaminya yang sah. Asyraf Danisy hanya sahabatnya. Jangan hanya kerana dia simpati terhadap Asyraf Danisy, dia mahu melusuhkan rasa cintanya terhadap Farritz Aidil. Lelaki itu tidak bersalah.
"Kak.. Abang kata apa?" air mata yang tadinya membasahi gadis bertudung itu sudah mengering. Surat yang tadinya menjadi tatapan Farisya Adlina sudah tiba di tangannya. Setelah habis membaca setiap bait ayat di dalam surat tersebut, air matanya gugur lagi. Senyumannya mekar tatkala terbaca perkataan 'my little girlfriend ' yang ditujukan kepadanya.
"Akak dah kahwin?"
Gadis itu kelihatan sedikit kesal apabila mengetahui berita perkahwinan Farisya Adlina. Pasti itu yang membuatkan hati abang kesayangannya itu terluka.
"Akak memang nak bagitahu dia. Tapi akak tak tahu nak start kat mana.."
"Tu semua alasan lah, kak!" belum sempat Farisya Adlina bersuara lagi, Adibah sudah menengkingnya. Terkedu Farisya Adlina dibuatnya. Kebanyakan pengunjung taman rekreasi itu memandang ke arah mereka.
"Akak tahu kan, abang Diba tu sayang kat akak. Tapi kenapa akak kahwin dengan orang lain? Tanpa pengetahuan dia. Why kak? Why?" Adibah bangkit lalu berdiri menghadap Farisya Adlina yang kelihatan serba salah.
"Diba. Listen to me. I've an explaination," lembut tangan Farisya Adlina menarik gadis yang sedang diselubungi api kemarahan itu supaya duduk.
"What explaination?" Adibah merentap kembali tangannya. Terasa jijik sungguh disentuh wanita yang telah melukai hati abangnya itu.
"Diba.. Diba duduk lah dulu. Beri akak masa untuk terangkan. Jangan jerit-jerit macam ni. Tak elok. Orang pandang, kan?"
"Biarkan sesiapa pun nak pandang. Now you tell me. Why did you make my brother like this? What did my brother making wrong to you?" suara Adibah kian meninggi. Dia langsung tidak menghiraukan pujukan Farisya Adlina.
"Istighfar Diba. Jangan lah cepat sangat melenting. Dengar lah dulu apa akak nak cakap. Kalau Diba terus macam ni, sampai bila semua ni nak berakhir? Come on lah. Jangan jadi budak-budak. Matang lah sikit!" Farisya Adlina meninggikan suaranya mengatasi suara Adibah. Tergamam gadis itu dibentak begitu.
Selepas berfikir sejenak, Adibah duduk semula di hadapan Farisya Adlina. Memang itu sahaja cara untuk menenangkan orang yang sedang hilang kewarasan.
"I'm sorry. Diba.. Kalau Diba nak tahu.. Semua ni parents akak dan Abang Ritz yang aturkan. Diba ingat kami nak sangat ke kahwin ni? Kami ni bestfriend sejak kecil lagi. Tiba-tiba kena kahwin. Kami pun tak sangka."
"Ah, lebih je cerita akak ni! Jangan nak auta lagi lah kak. Berterus terang je."
"Kalau Diba tak percaya, tanya Abang Ritz sendiri," kata-kata Farisya Adlina membuatkan Adibah tergamam. Adibah memang mempercayai satu-satunya sahabat abangnya itu. Dengar sahaja nama Farritz Aidil, dia terus percaya mengenai kata-kata Farisya Adlina.
"Ada banyak benda lagi untuk kami settlekan selain kahwin, Diba. Akak nak kejar cita-cita. Abang Ritz pula dah ada pilihan hati dia. Persahabatan kami disangka cinta. Sebab tu kami disatukan. Dan tentang Abang Is.. Demi Allah. Akak tak terniat nak lukakan hati dia. Akak tak tahu pula yang dia betul-betul serius dengan akak."
"Akak bahagia dengan Abang Ritz?" suara Adibah kian mengendur.
"Diba.. Bahagia atau tak akak dengan Abang Ritz, tu tak termasuk dalam hal ni. Sekarang yang paling penting kita kena pujuk Abang Is supaya dia balik. Akak akan bantu Diba. Diba jangan sedih-sedih lagi, ya?"
Dua sahabat itu berpelukan sesama sendiri. Masing-masing mengalami kesedihan yang sama. Farisya Adlina hanya mampu berdoa agar satu hari nanti hati kecil yang terluka itu akan terubat jua.
'Hanya padamu aku bermohon, ya Allah.."
No comments:
Post a Comment