Wednesday, February 16, 2011

bab 8



8

'Dan Bila Esok'

"Wei Ritz,  aku takut lah dol,"  kereta Ferarri F430 Spider berwarna merah metallic berhenti betul-betul di perkarangan sebuah banglo 2 tingkat mewah yang terletak di Taman Damansara Utama.  Suasana pada waktu malam di Kuala Lumpur ini memang mendamaikan.
          "Kau nak takut apa?  Bukannya ibu aku makan orang.  Kau pun macam lah baru first time jumpa parents aku.  Dah lah.  Jom masuk.  Karang ibu cakap apa pulak,"  Farritz Aidil ingin membuka pintu kereta tetapi tangannya disambar lembut oleh Farisya Adlina.
          "Ala..  Ritz.  Memang lah ni bukan first time aku jumpa ibu dengan ayah.  Tapi aku segan lah. Last time jumpa pun,  aku masih kanak-kanak.  Sekarang aku dah dewasa,"  Farisya Adlina tertunduk tatkala anak matanya bertemu anak mata Farritz Aidil.
          Mereka seperti sudah berjanji untuk berpakaian sama warna.  Farritz Aidil memakai t-shirt lengan pendek berkolar berwarna hijau muda sementara Farisya Adlina memakai dress hijau tua berbunga merah jambu separas lutut dipadankan dengan jeans lusuhnya.  Dia hanya mengenakan secolet bedak asas beserta lipstik merah jambu yang menaikkan lagi seri wajahnya.  Tetapi tudung di kepalanya masih tidak lekang.  Dia memakai selendang hijau tua berbelang putih sebagai melengkapi penampilannya.
          Malam ini Farritz Aidil membawa Farisya Adlina ke rumahnya untuk menemukan gadis itu dengan keluarga angkatnya itu semula semasa dinner di rumahnya setelah bertahun lamanya mereka terpisah.  Jika bukan kerana Datin Munirah dan Dato' Zahid yang meminta Farritz Aidil membawa anak angkat kesayangan mereka itu ke mari,  Farritz Aidil sendiri tiada masa untuk berbuat demikian. 
          Dia telah menceritakan kisah pertembungannya dengan Farisya Adlina kepada ibu bapanya tempoh hari.  Kerana itu lah ibu bapanya beria-ia mahu berjumpa dengan permata hati mereka yang 'hilang' bertahun lama itu.
          "Sekarang ni soalan aku senang je.  Kau NAK atau TAK jumpa dengan ibu dan ayah?  Kalau tak nak,  aku hantar kau balik.  Kalau nak,  jom masuk,"  Farritz Aidil yang mulai bengang dengan sikap gundah gadis itu sudah berputus asa untuk memujuknya.
          "Ala..  Kau ni.  Kau kena faham.  Orang perempuan ni pemalu.  Nak nak dengan orang yang dia tak pernah atau dah lama tak jumpa.  Kau tolong lah faham situasi aku.  Bagi aku cool dulu.  Relax,  tenangkan hati aku yang tengah nervous ni,"  Farisya Adlina bersungguh-sungguh meminta Farritz Aidil agar memahami situasinya.
          "Baik lah tuan puteriku yang tersayang.  Sekarang kau tarik nafas dalam-dalam.  Ikut aku buat,"  Farritz Aidil mengangkat kedua-dua tangannya melakukan gaya menarik nafas seperti yang dipelajarinya dalam matapelajaran pendidikan jasmani semasa di bangku sekolah dahulu.  Farisya Adlina mengikuti perbuatan Farritz Aidil yang kelihatan bersungguh-sungguh.
          "Hahhhh!  Ha,  macam mana?  Lega tak?"  Farritz Aidil melepaskan nafasnya dengan kuat diikuti dengan satu bunyi gas berbahaya yang baru sahaja dilepaskan membuatkan gadis berkulit putih mulus itu terkejut bercampur lucu.
          "Lega sikit.  Tapi kan,  lain kali kalau nak hembus nafas tu,  tak perlu lah sampai angin bawah pun nak keluar.  Pengotor lah kau ni.  Busuk tahu tak,"  Farisya Adlina menurunkan cermin kereta automatik sambil menutup hidungnya untuk menahan bau busuk yang keluar sebagai kentut  jejaka tampan di sebelahnya. 
          'Harap muka je hensem.  Tapi kentut busuk nak mati!'
          "Kalau kau nak tahu,  ni lah wangian air-freshner yang aku baru beli kat Jusco semalam.  Wangi kan?"  wajah Farritz Aidil hanya bersahaja walaupun dia sebenarnya telah bersikap tidak sopan di hadapan gadis itu.  Farisya Adlina yang tadinya berkerut-kerut dahi memarahi lelaki itu sudah terkekek-kekek ketawa sambil jari-jemari runcingnya menekup bibir mungilnya sebagai menjaga kesopanannya.  Lucu benar apabila mendengar Farritz Aidil bergurau dengan wajah selamba begitu.
          "Kau ni kelakar lah Ritz,"  tawa gadis itu bagaikan tidak mahu berhenti.  Geli hati melihat wajah serius lelaki comel itu.  Dia kelihatan lebih kacak apabila tersenyum sambil menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.
          "Aku dah lama tahu dah.  Dah dah jom masuk.  Nanti ibu marah pulak,"  Farritz Aidil sudah membuka pintunya tetapi tangan kirinya terasa seperti dipegang kuat oleh satu tangan lembut yang hangat.
          "Ritz,  aku takut,"  Farisya Adlina mengerutkan dahinya tanda bahawa dia benar-benar mengharapkan lelaki itu memahaminya.
          "Kau relax je.  Apa-apa hal,  aku back-up kau.  Ala wei.  Bukannya kau nak pergi jumpa bakal mak mentua kau pun.  Ibu bapa angkat kau juga kan?"  terkedu Farisya Adlina mendengar perkataan 'mak mentua' yang baru sahaja terpacul daripada bibir merah Farritz Aidil.  Mana mungkin dia akan menjadi menantu kepada keluarga angkatnya itu seperti yang pernah dia impikan suatu ketika dahulu.
          "Dah,  jom kita masuk.  Apa-apa hal,  aku ada.  Aku tolong kau,"  Farritz Aidil menggenggam tangan Farisya Adlina yang sejuk membeku membuatkan Farisya Adlina menjadi kurang senang dengan perlakuannya itu.  Dia segera membuka pintu kereta sebaik sahaja tangan hangat itu meleraikan pegangan yang erat itu.
          Sebelum melangkah menuju ke pintu utama rumah banglo mewah itu,  dia sempat memperbetulkan tudungnya agar tidak mencacatkan penampilannya malam ini.
          "Jom,"  mereka berjalan beriringan menuju ke pintu utama. Apabila memakai kasut tinggi 3  inci,  baru lah dia nampak sama tinggi dengan lelaki segak di sebelahnya itu.
          Farritz Aidil menekan loceng pintu.  Dia tidak mempunyai kunci pendua rumah,  kerana itu dia terpaksa menekan loceng untuk masuk.
          Seketika kemudian  pintu rumah dibuka.
          "Ha Ritz.  Lambatnya sampai.  Lama tau ibu tunggu.  Lauk pun dah sejuk,"  Datin Munirah menghadiahkan kedua-dua tetamunya itu sebuah senyuman yang menawan.  Matanya tertumpu kepada kecantikan raut wajah gadis ayu di hadapanya itu.
          "Isya ni ibu.  Lama sangat nak tunggu dia bersiap.  Biasa lah orang perempuan.  Make-upnya saja dekat 2 jam,"  Farritz Aidil sengaja ingin mengenakan gadis kecil molek di sisinya itu.  Merah padam muka Farisya Adlina apabila disakat begitu.  Walau bagaimanapun Farisya Adlina tetap tidak menampakkan kemarahannya sebaliknya dia menghadiahkan pasangan anak beranak itu sebuah senyuman yang manis sekali.
          "Ibu apa khabar?"  Farisya Adlina membongkokkan badannya sedikit untuk mencium tangan tua wanita sekitar 40-an itu.  Farisya Adlina lega apabila salamnya bersambut malah kepalanya juga diusap lembut oleh wanita itu.
          "Baik nak.  Cantiknya anak ibu ni.  Dah besar dah.  Rindunya ibu pada Isya,"  Datin Munirah membelai jemari gadis yang sudah tersipu-sipu malu itu.
          "Dah lah tu ibu.  Tahu lah dah jumpa balik anak kesayangan dia. Kita ni,  dibuang macam tu je.  Jumpa permata,  kaca dicampaknya,"  Farritz Aidil sudah mula bermadah dengan nada suara merajuk.  Datin Munirah amat mengerti akan sifat keanak-anakan lelaki itu walaupun umurnya sudah mencecah 22 tahun  itu. 
          Wajahnya yang kacak apabila mengangkat kolar baju itu dipalingkan ke arah taman pancuran air yang tersergam indah di taman bunga kepunyaan Datin Munirah.  Ibunya itu memang amat menggemari bunga-bungaan.  Oleh sebab itu,  Dato' Zahid selalu mengikutinya ke Lily's Nursery kerana bunga-bungaan yang dijual di situ semuanya segar-bugar serta kualitinya terjamin.
          "Ala anak ibu ni.  Bagi lah ibu bermanja-manja dengan anak angkat ibu ni.  Bagi ibu lepaskan rindu ni dulu.  Ritz kan dah selalu duduk bawah ketiak ibu,"  melihatkan permata hati kesayangannya yang sedang termenung jauh itu,  Datin Munirah yang sedang tersenyum geli hati bersuara untuk memujuknya kembali.
          "Apa lagi yang duduk tercegat je kat muka pintu tu.  Irah,  ajak lah mereka masuk.  Kenapa tetamu dibiarkan lama-lama?"  Dato' Zahid berteriak dengan suara yang agak lantang.
          "Ayah dah bising tu.  Jom lah kita masuk,"  Datin Munirah dan Farisya Adlina sudah mula melangkah tetapi suara garau Farritz Aidil menghalang mereka berbuat demikian.
          "Ibu,  Ritz keluar sekejap,  ya?  Qay dengan Riel ajak pergi minum dekat Bangsar."
          "Lah Ritz ni kan.  Time-time ni lah dia ada hal lah,  jumpa kawan lah,  apa lah.  Tak elok,  lah.  Hormat lah tetamu ni,"  bidas Datin Munirah.
          "Kejap je,  ibu.  Sekarang pukul 8.30.  Dalam pukul 10 Ritz balik,  ya?"
          "Lambatnya.  Habis aku nak balik naik apa?"  Farisya Adlina terkejut mendengar pernyataan Farritz Aidil yang akan pulang lewat.  Kalau lah dia tahu begini sikap Farritz Aidil,  dia lebih rela memandu sendiri.  Perjalanan pergi dan balik pun lebih mudah.
          "Aku hantar.  Kau jangan risau,  ya?  Okey lah,  ibu.  Ritz pergi dulu,"  Farritz Aidil mengucup manja pipi ibu kesayangannya sebelum bergerak menuju ke keretanya.  Beberapa minit kemudian,  kereta tersebut bergerak menyusuri jalan raya membelah kegelapan malam.
          "Jemput masuk Isya.  Kita borak panjang kat dalam nanti,  ya?  Kalau Ritz tak dapat hantar,  biar ibu hantar,  ya,"  Datin Munirah dan Farisya Adlina melangkah beriringan masuk ke banglo mewah itu.
          Masuk sahaja di bahagian ruang tamu rumah itu,  Farisya Adlina tertarik melihat dekorasi hiasan dalamannya yang menarik.  Lampu mewah yang dihiasi dengan butiran kaca bertatahkan berlian.  'Pasti harganya berpuluh juta.  Orang berada juga Farritz ni,'  desis hati Farisya Adlina.
          "Ibu upah pereka dalaman ke?"  soal Farisya Adlina apabila dijemput duduk di sofa kulit buatan Korea.  Warna coklat keperangannya masih tidak luntur walaupun usia sofa kulit itu dalam lingkungan 10 tahun.
          "Tak lah.  Semua ni ayah dan ibu sendiri yang decorate.  Kreatif,  kan?"  jelas Datin Munirah beserta senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya.
          "Mesti lah.  Ibu Isya kan kreatif orangnya,"  gurau Farisya Adlina. Dua wanita itu saling tertawa.  Gayanya seakan-akan ibu dan anak yang begitu mesra.
          "Amboi.  Mesranya dua beranak ni.  Rindu sangat lah tu,"  Farisya Adlina bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri seorang lelaki tua berkerusi roda lalu menolaknya ke sofa berkenaan.
          "Ayah apa khabar?"  ringkas soalan Farisya Adlina apabila melihat keadaan lelaki tesebut yang sudah terlalu uzur sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda dan tongkat untuk ke mana-mana.
          "Macam ni lah,  Isya.  Cantik betul anak ayah ni.  Berapa umur Isya?"  tanya Dato' Zahid kepada gadis yang kelihatan sebak melihat keadaannya itu.
          "Terima kasih,  ayah.  Umur Isya 21."
          "Isya belajar di UKM,  kan?  Sama course dengan Ritz ke?" sampuk Datin Munirah.  Suaminya yang duduk di sebelah hanya tersenyum mesra.
          "Ya,  ibu.  Isya belajar kat UKM.  Tapi tak sama course.  Isya ambil Bachelor of Accounting.  Ritz ambil kos Bussines Administrations."
          "Bapak,  ibu,  makannya sudah siap dihidang.  Bisa dijamu sekarang,"  Tuti,  pembantu rumah Datin Munirah dan Dato' Zahid berteriak menjemput mereka makan.
          "Baik bik.  Terima kasih.  Isya,  jom makan.  Hari ni ibu masak semuanya.  Khas untuk Isya."
          "Ya ke?  Mesti sedap,  kan?  Isya dah lama tak rasa masakan ibu."
          "Tahu pun.  Hari ni Isya balik lewat sikit,  ya?  Makan puas-puas."
          "Okey,"  Farisya Adlina tersenyum manja kepada wanita tua itu.
          Malam itu,  Farisya Adlina dan keluarga angkatnya rancak berbual mengenai diri dan keluarganya.  Pertemuan yang diatur Farritz Aidil itu telah menyatukan kembali dua jiwa yang sekian lama terpisah.


"LAMBATNYA balik.  Anak dara tak elok tau balik rumah lewat-lewat malam macam ni.  Nanti tak ada orang datang meminang,"  bebel Puan Sri Zakiah tatkala pintu utama rumah terbuka.  Farisya Adlina mengerling ke arah jam tangan berjenama Gucci nya.  'Patut lah. Dah pukul 11 malam.'
          "Maaf mama.  Ritz tu.  Dah lah tak kasi Isya bawa kereta sendiri pergi sana.  Dia pula keluar,  balik pukul 10. Tu yang lambat balik,"  jawab Farisya Adlina dengan sopan.
          "Mama bukan apa,  sayang.  Mama risaukan Isya.  Mama takut apa-apa berlaku pada anak mama ni."
          "Betul tu,  Isya.  Mama Isya ni risaunya tak bertempat.  Sampai sanggup biarkan anak kesayangan dia berdiri lama dekat luar tu sebelum selesai jawab soalan dia,"  sindir Tan Sri Mahmud apabila melihat Farisya Adlina yang masih tercegat di luar rumah kerana menjawab soalan mamanya.
          "Alamak.  Betul,  lah.  Maaf Isya.  Mama tak perasan.  Mama risau sangat tentang Isya sampai terlupa yang jantung hati mama ni  tengah penat.  Mari sayang.  Kita masuk.  Bik,  buatkan susu suam untuk Isya,"  Puan Sri Zakiah menggelabah tatkala ditegur begitu.  Farisya Adlina memang manja dengan papanya tetapi mamanya sering memanjakan gadis itu.
          "Mama ni gelabah,  lah.  Isya dah minum banyak tadi.  Ibu paksa.  Tak payah lah minum susu lagi,  ya?"  Farisya Adlina menghampiri mamanya lalu membelai lembut bahu wanita separuh abad itu.
          "Yang awak nak risau sangat buat apa,  Kiah?  Kan dia keluar dengan bakal suami dia.  Kita tak perlu risau kalau Farritz ada dengan dia,"  sindir Tan Sri Mahmud bergurau.
          "Papa!"  Farisya Adlina menjeling tajam ke arah papanya yang tersenyum mengejek pula kepadanya.  Seisi keluarga itu tertawa melihatkan telatah Farisya Adlina yang manja dan bersifat keanak-anakan.  Dia lah penyeri rumah ini.  Tanpanya pasti dua keluarga itu tidak semesra kini.

No comments:

Post a Comment