Wednesday, February 16, 2011

bab 32



32

'Kita Terpaksa Bermusuhan'

Farisya Adlina mempercepatkan langkahnya.  Bajunya sudah basah kuyup gara-gara hujan lebat yang menimpa dirinya.  Bungkusan makanan di tangannya dipeluk erat.
          Farisya Adlina membuka pintu kereta sepantas mungkin sebelum masuk ke dalam perut kereta.  Dia memandang sekilas ke kirinya.  Farritz Aidil sudah lena diselubungi kedinginan malam.  Hatinya menjadi sayu.  Setengah jam yang lalu lelaki itu ada mengadu kelaparan.  Dek kerana kelewatannya,  Farritz Aidil sudahpun terlena sebelum sempat menjamah apa-apa.
          Diberanikan dirinya menggerakkan tubuh sasa di sisinya itu.  Teragak-agak dia mahu menyentuh bahu Farritz Aidil.
          "Awak..  Bangun.  Saya dah bawa makanan ni.  Awak kata lapar tadi,"  ujar Farisya Adlina perlahan.  Masih tiada tindak balas.  Lena sungguh lelaki ini tidur.  Keletihan barangkali.
          "Farritz Aidil Dato' Zahid.  Bangun lah makan sekejap.  Tadi doktor dah pesan suruh makan ubat,  kan?"  Farisya Adlina terus mengejutnya. 
          Sebelum pulang dari hospital tadi,  Doktor Heliza ada mengingatkan Farisya Adlina supaya memberi pesakitnya itu ubat pada setiap selang enam jam.  Sebagai isteri,  dia bertanggungjawab menjaga Farritz Aidil walaupun lelaki itu langsung tidak menghargainya.
          "Awak..  Bangun lah.  Hish!  Tidur mati rupanya mamat ni,"  dengus Farisya Adlina.  Suhu air-cond diperlahankan. 
          Sedang dia leka memusing-musing tombol air-cond,  terasa tubuhnya dipeluk erat Farritz Aidil.  Farisya Adlina terkedu.  Wajah lelaki itu terasa amat rapat dengan wajahnya.  Nafas kencang lelaki itu meremangkan bulu roma Farisya Adlina.  Peluh sudah membasahi tubuhnya.
          Perlahan-lahan Farisya Adlina meleraikan rangkulan erat itu.  Pelukannya semakin lemah.  Farisya Adlina sudah mampu menarik nafas lega.  Baru dia tahu bahawa lelaki itu rupanya mengigau.  Buktinya,  ketika memeluk Farisya Adlina,  masanya masih terpejam rapat.
Tanpa berfikir panjang,  Farisya Adlina cepat-cepat menekan pedal minyak lalu memulakan perjalanan.  Sungguh gerun dia mahu menoleh ke kirinya.  Takut mahu menunjukkan wajah merah padamnya kepada Farritz Aidil.  Pasti akan ditertawakannya nanti.
          "Huarghh!!" 
          Farisya Adlina tersentak.  Suara garau Farritz Aidil kedengaran kuat di telinganya.  Farisya Adlina mengerutkan dahinya.  Sejak kecil lagi dia memang tidak suka akan sikap tidak sopan Farritz Aidil ketika menguap.  Langsung tidak tahu beradab mahupun di hadapan rakan-rakannya.
          "Kenapa kau tak kejut aku?  Dah lah pergi order  makanan pun bertahun.  Kau order  makanan ke tolong orang tu buat makanan?  Dah lah aku mengantuk ni,"  bentak Farritz Aidil sambil menggosok-gosok matanya.  Farisya Adlina hanya diam.  Sesekali dia meneguk kopi panas yang dibelinya sebentar tadi.  Mungkin mahu menghilangkan rasa mengantuk.
          "Aku tanya kau ni.  Jangan nak buat bodoh pula!"  Farritz Aidil semakin berang melihat wajah selamba Farisya Adlina.  Farritz Aidil membetulkan kedudukannya.  Mungkin tidak selesa dengan keadaan kaki yang masih bersimen. 
          Kata Doktor Helmi,  tulang kakinya mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh.  Selama itu juga,  dia terpaksa menggunakan kerusi roda dan tongkat untuk ke mana-mana.
          "Awak,  dah banyak kali saya kejut awak.  Saya tengok awak lena sangat tidur tadi.  Saya kejut dua tiga kali awak tak bangun,  saya biar je lah.  Awak nampak letih sangat tadi.  Tak sampai hati pula nak kacau,"  Farisya Adlina tersenyum manis. 
          Farritz Aidil terkedu.  Langsung terpana dia melihat senyuman manis isterinya yang disertai dengan lesung pipit di pipi kirinya.  Cantik.
          "Ya lah.  Aku faham.  Mana nasi aku?  Kau beli tak?"  suara Farritz Aidil yang tadinya meninggi kini kian mengendur sambil diiringi nada manja.  Hairan.  Wanita itu langsung tidak tersinggung dengan kekasaran bahasanya malah masih boleh tersenyum melayani kerenahnya.
          "Mesti lah.  Ada kat belakang tu.  Saya ingat awak nak tidur sampai balik.  Tu yang letak kat belakang.  Sekejap saya capaikan,"  Farisya Adlina menghulurkan tangan kirinya mencari bungkusan makanan yang diletaknya tadi. 
          Matanya masih tertumpu ke arah jalan raya yang disinari lampu jalan.  Hujan yang tadinya menggila kini kian reda.  Farritz Aidil kaget melihat Farisya Adlina yang memandu dengan sebelah tangan dengan kelajuan 100 km sejam. 
          "Wei ngok.  Kau berhenti lah sekejap.  Kalau accident karang macam mana?"  Farritz Aidil berteriak sambil memegang pintu kereta.  Farisya Adlina hanya tersenyum geli hati.
          Seketika kemudian,  dia menghulurkan bungkusan makanan yang dibelinya tadi kepada Farritz Aidil.  Huluran bersambut.  Senyuman di bibirnya masih tidak lekang.
          Farisya Adlina menoleh ke kiri.  Pandangan mereka saling bertautan.  Patut lah sejak tadi dia dapat merasakan ada sepasang mata yang sedang merenungnya.  Farritz Aidil merenung ke segenap wajahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.  Bungkusan makanan yang diberi tadi masih belum dibuka.
          "Kenapa tenung saya macam tu?  Nasi tu pun.  Kenapa tak makan lagi?  Tadi kata lapar,"  Farisya Adlina berlagak selamba.  Padahal tiada siapa yang tahu akan betapa gementarnya dia apabila ditatap lama sebegitu.
          Sunyi.  Entah apa yang bermain di fikiran lelaki itu,  dia sendiri tidak pasti.  Walaupun sudah ditegur,  Farritz Aidil masih tidak mengalihkan pandangannya.  Dia masih merenung ke wajah putih gebu wanita itu.
          Sedang anak mata Farritz Aidil leka meratah kejelitaan wajah Farisya Adlina,  tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka tersenggut-senggut dan akhirnya enjin kereta termati.  Farisya Adlina terdiam seketika.  Farritz Aidil mengerang kesakitan.  Mungkin kakinya turut merasakan tekanan yang kuat ketika Farisya Adlina terpaksa menekan brek kecemasan.
          "Aduh..  Kenapa ni,  Isya?  Kau ni reti bawa kereta ke tak?"  bentak Farritz Aidil tiba-tiba.  Farisya memberhentikan keretanya di bahu jalan.
          "Entah lah.  Saya pun tak tahu.  Tiba-tiba je..  Sorry ya?  Kejap saya pergi tengok,"  balasnya.  Farisya Adlina keluar dari kereta lalu membuka bonet hadapan kereta untuk melihat kalau-kalau ada yang mampu dia lakukan.
          "Awak.  Saya dah call formen.  Tapi lambat.  Mungkin dalam sejam dua lagi.  Tapi saya dah bagitahu Tiera.  Sekejap lagi dia datang ambil kita.  Awak tak kisah,  kan?"  jerit Farisya Adlina dari hadapan kereta.
          "Whatever lah.."
          Suasana sepi seketika.  Farritz Aidil yang masih duduk bersandar di dalam kereta sudah merasakan bahang.  Dia mencari kelibat Farisya Adlina.  Wanita itu sedang bersandar di penghadang jalan sambil berpeluk tubuh. 
          Hatinya terdetik untuk duduk berbual-bual dengan Farisya Adlina sementara menunggu kedatangan Atiera.  Mungkin rasa bosan yang dialaminya akan hilang jika dapat berbual-bual dengan Farisya Adlina.
          "Isya..  Oh Isya.  Sini kejap,"  Farisya Adlina segera menoleh lalu melangkah ke arah Farritz Aidil.
          "Aku nak keluar.  Tolong aku,"  ujarnya tanpa disoal.  Farritz Aidil kelihatan seperti kanak-kanak dua dua tahun yang merengek minta didokong. 
          Tanpa banyak bertanya,  Farisya Adlina segera mengeluarkan tongkat Farritz Aidil dari tempat duduk belakang lalu menghulurnya kepada Farritz Aidil.  Dengan bantuan Farisya Adlina,  Farritz Aidil keluar dari kereta lalu duduk di atas bonet hadapan kereta.  Farisya Adlina pula berdiri di sisinya.
          "Awak dah makan ke belum nasi yang saya beli tadi?"  Farisya  Adlina bersuara memulakan perbualannya.  Terasa janggal pula berdua-duaan dengan lelaki itu selepas bergelar suami isteri.  Ini lah kali pertama lelaki ini berkelakuan baik terhadapnya.
          "Belum lagi.  Tadi ingat nak makan.  Aku tak tahan panas sangat.  Tu yang aku join kau kat sini,"  buat kali pertamanya lelaki itu tersenyum manis kepadanya.  Terserlah keikhlasan pada senyuman yang dilemparkan sebentar tadi.  Senyuman itu juga membuat Farisya Adlina terpaku. 
          Lama juga dia termenung menatap wajah kacak suaminya itu.  Sedar-sedar sahaja,  dia melihat tangan Farritz Aidil sedang melambai-lambai di hadapan matanya. 
          Entah berapa lama dia berkhayal,  dia sendiri kurang pasti.  Melihat lelaki itu tertawa geli hati pun,  sudah cukup menggembirakan hatinya.  Mungkin lelaki ini sudah boleh menerimanya.  Walau bagaimanapun,  keegoan mengatasi segalanya.
          "Saya ambil kan nasi awak sekejap ya?"  Farisya Adlina berjalan masuk ke kereta lalu mencapai bungkusan makanan tersebut lalu kembali semula ke Farritz Aidil.  Farritz Aidil membuka bungkusan itu lalu tersenyum lebar.
          "Kau ni bagus lah,  Isya.  Kau ingat lagi apa favourite aku kan?  Thanks tau,"  ujarnya sebelum menyuap makanan ke mulutnya.  Farisya Adlina hanya memandang.  Dia memang tidak pernah lupa makanan kesukaan sahabat merangkap suaminya itu.  Sejak kecil lagi,  Farritz Aidil memang gemar meminta Puan Sri Zakiah menghidangkan nasi goreng cili padi buatnya jika dia berkunjung ke rumah keluarga angkatnya itu.
          "Kau dah makan?"  tanya Farritz Aidil prihatin.  Prihatin?  Ah,  tak mungkin.  Barangkali sekadar bertanya.
          "Belum.  Awak makan lah dulu.  Nanti sampai rumah saya makan lah,"  balas Farisya Adlina sopan.
          Farritz Aidil mengangguk perlahan lalu berpaling semula.  Kemudian dia menyuakan sesuap nasi ke mulut Farisya Adlina.  Farisya Adlina terkedu.  Apakah semua ini khayalan atau mimpi semata-mata?
          "Eh lu minah..  Cepat lah buka mulut.  Termenung pula dia,"  ujar Farritz Aidil sekadar bergurau.  Tangannya masih menyuakan nasi tersebut ke mulut Farisya Adlina.  Perlahan-lahan Farisya Adlina membuka mulutnya.  Tanpa disuruh Farritz Aidil menyuapkan nasi tersebut ke mulut Farisya Adlina.  Wanita itu hanya terdiam kaku sambil meneruskan kunyahannya.
          "Kau tak perlu lah nak malu-malu dengan aku,  Isya.  Kau masih kawan baik aku,"  ujar Farritz Aidil sambil tersenyum sinis.
          Farisya Adlina menundukkan wajahnya.  Dia tidak mampu berkata apa.  Hanya telinganya mampu menghayati setiap bait kata Farritz Aidil.
          "Kau nak dengar satu cerita tak,  Isya?"  Farritz Aidil memulakan perbualannya selepas selesai mengunyah.  Farisya Adlina hanya diam sambil mendongakkan wajahnya merenung taburan bintang di langit.
          "Kalau kau kata tak nak pun,  aku tetap nak bagitahu kau,"  sambungnya menjawab sendiri soalannya.  Farisya Adlina semakin berdebar.  Jantungnya berdegup kencang.  Entah apa yang bakal diluahkan lelaki ini sebentar lagi.
          "Sebelum kita jumpa balik dulu,  aku ada kenal dengan seorang perempuan ni.  Nurul Iman nama dia.  Dia cantik,  lemah lembut,  baik hati,  dan comel sangat.  Tak ada perempuan lain yang boleh tandingi dia.  Pada aku,  dia perempuan yang..  Orang kata apa?  Cukup pakej?  Ha.  Macam tu lah.  Cukup semua pakej untuk buat isteri,"  ujar Farritz Aidil perlahan.  Senyuman manis mulai terukir di bibirnya.  Farisya Adlina berminat untuk mendengar lebih lanjut.  Dia memusingkan tubuhnya menghadap Farritz Aidil.
          "Masa mula-mula kenal dulu,  memang susah gila lah nak tackle dia.  Dia pemalu.  Tapi,  walau macam manapun,  aku tetap tak mengalah.  Aku tetap tackle dia.  Teruk juga lah aku kena dengan parents dia.  Pernah sekali tu bapa dia panggil polis nak halau aku dari rumah dia,"  terangnya bersungguh-sungguh.
          "Berkat kesabaran aku,  akhirnya dia dan parents dia terima aku..  Kami couple..  Aku bahagia sangat-sangat dengan dia.  Dia ajar aku ilmu agama.  Dia bimbing aku ke arah kebaikan.  Dan kau nak tahu tak?  Perkara yang aku paling suka sangat-sangat tentang dia,  mata dia.  Senyuman dia..  Manis sangat-sangat.  Senyuman dia yang buat aku jatuh hati dengan dia."
          Farritz Aidil meneruskan suapannya ke mulut Farisya Adlina.  Tiada siapa tahu betapa bahagianya hatinya di kala ini.  Dilayan bagaikan seorang puteri raja.
          "Tapi..  Semua kebahagiaan yang aku rasa tu sekejap je,  Isya.  Kalau dulu aku selalu terhibur dengan dia.  Dia merajuk aku pujuk.  Aku merajuk pun aku yang kena pujuk diri aku sendiri.  Tapi sekarang..  Aku seorang diri je,  Isya,"  suara Farritz Aidil kian mengendur.  Senyuman manis di bibirnya juga kian menawar.
          "Apa yang berlaku?  Cerita lah,"  ujar Farisya Adlina ingin tahu.  Farritz Aidil menunduk menahan air mata.  Farisya Adlina perasan akan perubahan air muka suaminya itu.
          "Lepas setahun kita orang couple,  dia meninggal dunia.  Accident.."
          "Innalillah..  Dah berapa lama perkara ni berlaku?"  Farisya Adlina terkejut mendengar pengakuan Farritz Aidil.  Setitis air jernih jatuh ke pipi lelaki itu.
          "Hampir tiga tahun lalu.  Tapi aku masih tak boleh lupakan dia,  Isya.  Aku rindu sangat-sangat kat dia.  Dia cinta pertama aku.  Dan kalau kau nak tahu.  Actually,  aku jatuh cinta pada Intan pun sebab masa first time aku tengok dia,  muka dia sebijik sangat,  serupa dengan arwah.  Cuma dia tak sesempurna arwah.  Macam aku cakap tadi.  Tak ada satu perempuan pun yang boleh tandingi dia,"  terang Farritz Aidil tanpa diminta.
          "Oh..  Patut lah awak sayang sangat kat dia,"  balasnya pendek.
          "Isya,  acctually kita masih boleh berkawan.  Aku minta maaf.  Aku tetap tak boleh anggap kau sebagai isteri aku.  Hati aku masih untuk arwah.  Beri aku masa.  Dan kalau boleh aku nak kau panggil aku dengan panggilan aku kau.  Aku lebih biasa macam tu.  Kalau kau berlembut dengan aku,  aku takut nanti aku sakit hati dengan kau.  Nanti aku seksa kau lagi.  Aku tak nak macam tu.  Kau faham kan?  Aku benci dengan perkahwinan ni,  Isya,"  ujarnya bersungguh-sungguh. 
          Benar.  Tidak pernah sekalipun terlintas di hatinya untuk menyeksa sahabatnya sendiri.  Tetap setiap kali dia teringat akan peristiwa pahit yang berlaku antara dia dan Farisya Adlina,  dia menjadi berang dan semakin membenci sahabatnya itu.
          "Saya tak nak menderhaka pada suami saya.  Awak takkan faham erti sebenar perkahwinan."
          "Tolong lah,  Isya.  Jangan degil cakap aku.  Aku tertekan sangat sekarang ni."
          "Awak nak tertekan apa?  Saya yang patut tertekan,"  Farisya Adlina tersenyum tawar.  Intan Natasha.  Kalau diikutkan,  Farisya Adlina bukan lagi isteri kepada Farritz Aidil.  Intan Natasha lebih berhak.  Fikirannya buntu.  Dia ragu untuk bertanya Farritz Aidil mengenai perempuan itu.
          "Intan sihat?"  tanya Farisya Adlina lambat-lambat.
          "Sihat lah agaknya,"  balas Farritz Aidil acuh tak acuh.  Farisya Adlina mahu bersuara.  Tetapi setelah berfikir sejenak,  dia mengambil keputusan untuk berdiam diri.  Dia belum bersedia untuk mengingatkan Farritz Aidil mengenai lafaz cerai ke atasnya sebelum ini.  Biar lah masa yang menentukannya.
          "Isya,  janji dengan aku satu benda.  Boleh?"  ucap Farritz Aidil sambil menggenggam erat jemari Farisya Adlina.
          "Janji apa?"
          "Lepas ni jangan panggil aku saya awak lagi..  Please..  Kau akan ingatkan aku pada perkara yang paling aku benci.  Tolong lah,"  rayunya bersungguh-sungguh.
          "Tak boleh,  Ritz,"  Farisya Adlina melepaskan genggaman tangan kasar itu.  Ditatapnya wajah yang penuh berharap di hadapannya itu.
          "Kau tahu kan apa hukum ingkar kata suami?  Kau nak jadi isteri derhaka?"  Farritz Aidil tersenyum sinis.  Pasti wanita ini tidak akan membantah lagi selepas ini.
          "Tapi..."
          "Macam tu lah sahabat aku,"  dengan pantas Farritz Aidil mencium pipi mulus Farisya Adlina sambil tersenyum lebar.  Tangan kanannya melingkar ke bahu Farisya Adlina. 
          Tiada kata yang mampu diungkapkan Farisya Adlina dengan perlakuan pantas lelaki itu.  Mereka berdua berbual-bual sambil bergelak tawa sehingga lah Atiera tiba 15 minit kemudian.  Kalau lah pergerakan masa dapat dihentikan..

No comments:

Post a Comment