34
'Thank You Allah'
Farisya Adlina menyelak helaian surat khabar di tangannya. Kesibukan menyelesaikan kerja-kerja rumah menyebabkan dia tidak sempat membaca akhbar Harian Metro kegemarannya. Pagi-pagi lagi dia sudah pergi ke kuliah untuk menguruskan hal Farritz Aidil. Dia juga telah meminta izin untuk mengambil cuti beberapa minggu demi menjaga suaminya. Alasannya kerana ada masalah keluarga.
Jam di dinding baru 9 malam. Mungkin Farritz Aidil sudah tertidur di tingkat atas. Akhbar di tangan dilipat kembali. Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen. Tiada rancangan yang mampu menarik perhatiannya. Matanya masih belum terasa mengantuk. Farisya Adlina menyandarkan tubuhnya seraya menarik nafas dalam-dalam.
Farisya Adlina mematikan suis televisyen lalu mengunci pintu hadapan rumah. Dia sudah bosan duduk termenung sahaja di situ. Farisya Adlina berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkat atas. Sempat juga dia menjengah ke bilik Farritz Aidil. Kosong. Entah ke mana lah lelaki itu agaknya. Mungkin di bilik air.
Farisya Adlina masuk semula ke biliknya. Tidak mahu menganggu Farritz Aidil. Setelah selesai menukar baju tidur pemberian Afifa, dia naik ke atas katil lalu mencapai novel untuk mengisi kebosanannya. Baju itu memang sangat jarang. Entah mengapa hatinya tiba-tiba tergerak untuk memakai baju tidur itu malam ini. Mungkin kerana telah berkali-kali didesak oleh Afifa.
Farisya Adlina duduk bersandar di kepala katil sambil meneliti setiap baris ayat novel itu. Sesekali dia tersengih sendirian. Dan sesekali dia mengerutkan dahinya. Begitu lah gaya orang yang benar-benar menghayati pembacaannya.
"Assalamualaikum. Hai!" pintu bilik dikuak perlahan. Farritz Aidil tersenyum simpul sambil berjalan masuk ke dalam dengan tongkatnya. Farisya Adlina bungkam. Terkial-kial dia menarik selimut yang menutupi kakinya agar menyembunyikan tubuhnya yang kelihatan jelas di sebalik baju tidurnya. Hairan. Entah apa yang dimahukan lelaki ini malam-malam begini datang ke biliknya.
"Waalaikumsalam," sahutnya putus-putus. Novel di tangannya sudah tercampak entah ke mana.
"Kau gelabah sangat ni kenapa? Relax lah. Aku bukan nak makan kau pun," Farritz Aidil tersenyum sinis sambil berdiri di hadapan Farisya Adlina.
"Awak nak apa ni?" ujarnya lambat-lambat. Farisya Adina menggenggam kemas selimut yang membaluti tubuhnya agar tidak terburai.
"Aku cakap apa? Jangan panggil saya awak lagi, kan?"
"Ops. Maaf. Kau nak apa datang bilik aku ni?" balasnya lambat-lambat. Janggal sungguh dia mahu berbahasa kasar begitu dengan suaminya.
"Kalau ya pun, jemput lah aku duduk dulu. Tak kesiankan aku ke? Penat tau diri lama-lama."
"Oh. Maaf. Duduk lah," Farisya Adlina mengesotkan tubuhnya ke tepi katil untuk memberi ruang suaminya duduk di sebelahnya. Farisya Adlina tertunduk malu. Pucat lesi mukanya apabila
Farritz Aidil meneliti ke segenap tubuhnya. Betisnya yang putih gebu sedikit terdedah dan langsung tidak disedari Farisya Adlina. Farritz Aidil beristighfar di dalam hatinya menahan gelodak perasaannya. Dia tidak mahu melakukan apa-apa yang tidak diizinkan wanita itu. Takut kalau-kalau mencalarkan hubungan yang semakin pulih ini.
"Aku bosan lah. Kita borak jom," Farritz Aidil memulakan bicaranya. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap bilik yang terdedah.
"Boleh. Tapi kita borak kat luar lah.."
"Kenapa? Kau takut aku akan apa-apakan kau ke?" Farritz Aidil tersenyum sinis.
Farisya Adlina diam seribu bahasa. Tak sangka, lelaki ini dapat meneka fikirannya.
"Kau jangan risau lah. Aku tak akan apa-apakan kau. Kau tengok, dalam keadaan aku macam ni, boleh ke aku bergerak banyak?"
Farisya Adlina terus menerus beristighfar di dalam hatinya. Cepat lah masa berlalu.. Tidak sanggup rasanya berlama-lama lagi di sini bersama lelaki itu dalam keadaannya sebegini.
"Isya, kau dah masak?"
"Kenapa? Kau lapar ke?" Farisya Adlina sedikit serba salah. Selepas pulang dari kuliah jam 6 petang tadi, dia memang sudah membelikan Farritz Aidil makanan. Dia malas mahu memasak di rumah kerana kepenatan.
"Mesti lah. Tu kan tanggungjawab kau. Kau ni.. Selfish betul lah," balasnya manja.
"Ya ke? Kalau macam tu, kau duduk sini dulu. Aku masakkan kau something ya? Kau dah makan ubat ke belum ni?"
"Belum."
"Lah. Ya ke? Kejap aku pergi prepare dinner untuk kau ya? Kau nak makan kat sini ke kat bawah? Makan kat bawah lah, ya?"
"Ala nanti dulu lah. Kita borak-borak dulu," ujar Farritz Aidil sambil menarik tangan Farisya Adlina yang mahu bangkit.
Dengan tak semena-mena, selimut yang membaluti tubuhnya terlepas dari genggamannya. Terjegil mata Farritz Aidil melihat susuk tubuh isterinya terpampang jelas di hadapan matanya. Farisya Adlina bagaikan mahu pitam. Dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Kedua-duanya terdiam kaku. Sentapan kuat pada tangan Farisya Adlina menyebabkan tubuh kecil molek itu jatuh terduduk di atas pangkuannya. Farisya Adlina hanya diam. Tidak membalas mahupun menolak. Pandangan mata mereka bertaut. Aroma syampu yang dipakai Farisya Adlina pada rambut lembutnya menusuk ke hidung Farritz Aidil.
Cepat-cepat Farisya Adlina menolak tubuh sasa Farritz Aidil dari mendekatinya. Pelukan Farritz Aidil semakin erat. Nafasnya turun naik laju.
Farisya Adlina kaget. Bibir merah lelaki itu dilihatnya semakin mendekati wajahnya. Kalau boleh, mahu sahaja dia melarikan diri dari lelaki itu sejauh mungkin. Namun semakin kuat dia meronta, semakin kuat pelukan lelaki itu terhadapnya.
Farritz Aidil sudah tidak mampu menahan gelodak keinginannya. Dia mencium ke seluruh wajah comel Farisya Adlina. Bermula dari bawah lehernya sehingga ke seluruh raut wajahnya. Farisya Adlina semakin rimas. Geli geleman dibuatnya apabila merasakan nafas lelaki itu kuat menghembus ke belakang telinganya.
Semakin lama, tolakan Farisya Adlina semakin lemah. Dia sudah tidak berdaya melawan kudrat lelaki itu yang beberapa kali ganda lebih kuat darinya. Akhirnya Farisya Adlina mengalah. Dia akur sebenarnya dia sudah tewas kepada sentuhan kasih sayang lelaki itu terhadapnya.
Melihatkan Farisya Adlina semakin lemah, Farritz Aidil mula mengambil langkah seterusnya. Perlahan-lahan dia mengusap belakang badan isterinya. Dia dapat melihat wajah Farisya Adlina yang merah padam. Mungkin gara-gara malu. Farisya Adlina memejamkan matanya. Terasa bibirnya disentuh lembut oleh bibir Farritz Aidil. Bahagia. Itu yang dapat digambarkan perasaannya di saat ini.
Baru sahaja Farritz Aidil mahu membaringkan tubuh itu di atas katil, tubuhnya ditolak keras Farisya Adlina. Pergerakan Farritz Aidil terhenti tiba-tiba. Sepantas kilat wanita itu bangkit lalu berjalan menuju ke pintu bilik. Terkial-kial dia membetulkan pakaiannya yang sudah separuh terbuka.
Farritz Aidil bagaikan baru tersedar dari mimpi. Dia hanya mampu beristighfar di dalam hatinya. Entah berapa lama dia dan Farritz Aidil terleka dibuai perasaan. Kakinya yang masih berbalut simen terasa kejang.
"Aku turun dulu. Kejap lagi aku naik balik.."
"Isya! Nanti dulu.."
Farritz Aidil segera mencapai tongkatnya lalu berjalan lambat-lambat ke arah Farisya Adlina. Tubuhnya merapati tubuh Farisya Adlina sehinggakan selangkah pun tidak mampu menggambarkan ruang pemisah antara mereka. Farritz Aidil mendongakkan wajah Farisya Adlina yang merah padam. Hatinya menjadi tidak keruan.
"Kau ingat lagi tak masa aku paksa kau turuti kemahuan aku dulu? Aku minta maaf, Isya. Aku janji takkan sakiti kau lagi. Kau kawan aku kan?" suara garau Farritz Aidil kedengaran lembut di telinganya. Bergetar perlahan sehingga menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
"Tak apa. Aku dah lupakan semua tu.." Farisya Adlina tunduk semula. Sekali lagi tangan kasar itu menggenggam kemas jemari runcingnya.
"Tapi.. Sakit tak?" bibir Farritz Aidil menyentuh telinga Farisya Adlina. Terbeliak mata Farisya Adlina mendengar soalan yang tak masuk akal seperti itu. Pantas dia menolak tubuh lelaki itu lalu membuka pintu untuk keluar secepat mungkin. Nasib baik Farritz Aidil sempat berpaut pada tongkatnya. Jika tidak, sudah tentu dia akan terjatuh dek tolakan yang begitu kuat.
No comments:
Post a Comment