Wednesday, February 16, 2011

bab 3



3

'Babe'

"Isya,  kalau kau jadi aku,  kau terima tak si Qay tu?"  tanya Atiera sambil dagunya ditongkatkan.  Hatinya berasa tenang apabila merenung ke arah langit.  Bintang-bintang malam ini sungguh indah bergemerlapan di dada langit.
          "Kenapa?"  tanya Farisya Adlina yang sedang berbaring sambil melayari Internet melalui laptop putihnya di atas katil.  Roomate yang lainnya sudah lama terlena kerana esok mereka akan menghadapi ujian semester tiga.  Begitu juga dengan Afifa dan Lia.
          "Aku rasa dia tak serius lah dengan aku.  Dia macam ada affair je dengan budak junior tu.  Pergi lab sama-sama.  Makan sama-sama.  Kau tak rasa ke yang dia nak permainkan aku?"  tanya Atiera dengan nada suara yang sebak.  Farisya Adlina menutup laptopnya lalu menghampiri Atiera yang sedang termenung di luar tingkap biliknya.
          "Tu lah kau.  Kau tak boleh menyerah kalah semudah tu.  Kau cintakan Qay tak?"
          "Mesti lah.  Kalau tak,  takkan aku beria-ia fikir tentang dia,"  Atiera mengesat air mata yang mula gugur di pipinya.
          "Ha!  Thats the key point!  Kalau kau betul-betul cintakan dia,  kau mesti berusaha untuk dapatkan dia!  Jangan biar orang lain rampas dia.  Jangan mudah menyerah kalah,"  Farisya Adlina cuba memberi semangat kepada rakannya itu.
          Atiera masih ingat lagi peristiwa kali pertama Qayyum Farkhan cuba menawan hatinya yang keras itu.  Qayyum Farkhan seorang lelaki yang penyabar walaupun kelihatan nakal.
"Hei,  jangan kacau aku lah,"  mata Qayyum Farkhan tertumpu kepada seorang gadis yang sedang berteriak memarahi sekumpulan lelaki yang sedang mengerumuninya. 
Pada awalnya,  dia sendiri tidak dapat melihat siapa gerangan gadis tersebut.  Apabila dia menghampiri ke kawasan tersebut,  baru lah dia tahu bahawa gadis yang cuba dirompak itu adalah Atiera,  rakan baik Farisya Adlina.
          Qayyum Farkhan yang tadinya baru sahaja selesai membeli buku di kedai buku berhampiran memberhentikan kereta Mitsubishi Lancernya itu betul-betul berhampiran dengan mereka.  Cermin kereta diturunkan sedikit demi sedikit.  Atiera tergamam melihat pemandu kereta itu rupa-rupanya ialah Qayyum Farkhan.  Qayyum Farkhan menanggalkan cermin mata hitamnya sengaja berlagak macho.  Padahal hanya Atiera sahaja yang perasan perasaan cuak yang mula menyelubungi dirinya.  Atiera tergelak kecil tanpa disedari yang lainnya.
          "Assalamualaikum saudara.  Tumpang tanya boleh?  Kenapa kacau adik saya?"  tegur Qayyum Farkhan kepada kelima-lima lelaki itu.
          'Adik?  Kelakarnya mamat ni,'  Atiera tergelak kecil.  Perasaan takutnya sudah hilang dek kerana melihat wajah comel lelaki itu.
          "Adik abang ke ni?  Oh..  Jadi ini lah abang awak ya cik adik?  Boleh tahan juga ya?"  tanya seorang daripada lelaki itu kepada Qayyum Farkhan.  Matanya melilau ke seluruh bahagian kereta mewah Qayyum Farkhan itu.
          "Adik, kau panggil aku?  Bila masa mak aku kahwin dengan bapa kau?  Suka-suka je nak panggil aku adik.  Aku tak ingin lah abang perompak macam kau ni.  Dah lah sengkek!  Pemalas nak kerja!  Suka-suka je nak rampas duit orang.  Ya lah kan.  Mak bapak aku bagi duit memang untuk bagi kau orang,"  sindir Atiera dengan beraninya.  Kelima-lima lelaki itu terkedu mendengarnya.
          "Beraninya minah ni.  Kau cabar aku ya?"  marah seorang lagi lelaki yang semakin menghampiri gadis yang bertudung biru itu.
          Atiera semakin gerun apabila lelaki tersebut semakin berani menyentuh wajahnya.  Qayyum Farkhan sudah membuka pintu kereta untuk keluar menyelamatkan gadis celupar itu.
          "Apa pegang-pegang ni?  Kau ni tak pergi sekolah agama ke?  Orang lelaki dengan perempuan bukan muhrim mana boleh pegang-pegang.  Berdosa tau,"  Atiera menepis tangan kasar itu.  Belum pun sempat Qayyum Farkhan menghampiri Atiera,  Atiera lebih pantas melepaskan dirinya.  Dia berlari selaju mungkin menuju ke kereta Qayyum Farkhan.  Qayyum Farkhan terkejut melihatnya.
          "Cepat masuk!  Blah jom!  Cepat!"  Atiera menjerit memanggil Qayyum Farkhan yang sedang tercengang melihat lelaki tadi sedang menggosok-gosok lengannya yang digigit Atiera.  Dengan pantas Qayyum Farkhan masuk semula ke tempat duduk pemandu sambil diikuti Atiera yang masuk ke tempat duduk belakang.
          Kumpulan lelaki tersebut masih lagi mengejar mereka.  Qayyum Farkhan pantas menghidupkan enjin kereta lalu menekan pedal minyak semahu hatinya.  Kereta Mitsubishi Lancer itu bergerak pantas meniggalkan kawasan tersebut.  Perompak-perompak tadi hanya sempat mencapai bahagian belakang kereta.  Tercungap-cungap mereka dibuatnya.
          "Huh..  Lega.  Nasib baik awak ada kat sana.  Kalau tak,  mesti saya dah jadi sayur mereka kerjakan,"  Atiera yang masih memandang ke cermin belakang kereta memulakan bicaranya.  Dia bersandar sambil membetulkan tudungnya.  Matanya dipejamkan seketika.
          "Awak pun satu.  Mulut tu celupar sangat.  Dah tahu dia orang tu jahat.  Pergi marah-marah kenapa?  Lagi marah lah jadinya,"  tegur Qayyum Farkhan sopan.  Matanya mengerling Atiera yang sudah diam membatu di belakang.
          "Hai,  penat sangat ya?.  Kesian awak.  Tak apa.  Awak tidur je.  Dah sampai nanti saya kejut ya,"  Qayyum Farkhan tersenyum manis sendirian.  Fikirnya Atiera sudah terlena.  Tetapi sangkaannya meleset apabila Atiera membuka mata kanannya sambil memandang ke arahnya.  Qayyum Farkhan yang dari tadi hanya memandang gadis itu melalui cermin pandang belakang terkejut.
          "Jangan nak ambil kesempatan tau.  Saya ni bukan tidur betul-betul pun.  Saya rasa tau apa yang awak buat.  Kalau awak berani buat apa-apa,  saya back hand awak nanti,"  matanya dipejamkan semula.  Qayyum Farkhan tersenyum sendiri.
          "Awak tahu?  Sebab ni lah saya suka kat awak.  Awak ni nakal tau.  Macam kanak-kanak.  Dah tu,  mulut macam mak nenek.  Membebel je.  Saya suka.  Awak jadi awek saya nak?  Saya baik tau,"  luah Qayyum Farkhan selamba.  Dia langsung tidak berani menoleh ke arah gadis itu.
          "Sshhh..  Diam lah.  Orang nak tidur ni.  Kalau nak sangat,  isi borang dulu.  Tertakluk pada terma dan syarat.  Okey?"  ujar Atiera dengan mata yang masih terpejam rapat.  Ada senyuman gembira mula memekar di bibirnya.
          Disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk,  tepat jam 8 malam baru lah mereka tiba di hadapan asrama perempuan UKM.  Kereta mewah berwarna hitam metallic itu berhenti betul-betul di sebelah pondok jaga asrama kerana lelaki tidak dibenarkan masuk ke asrama perempuan.  Qayyum Farkhan menoleh ke belakang.  Dia tergelak kecil melihat Atiera yang masih lena di tempat duduk belakang. 
'Lenanya tidur,'  bisik hati Qayyum Farkhan.
          "Tiera,  bangun.  Dah sampai asrama ni,"  dia mahu menggerakkan tubuh kecil molek itu tetapi dia masih teringat akan warning gadis itu sebelum tertidur tadi. 
'Jangan nak ambil kesempatan tau.  Saya ni bukan tidur betul-betul pun.  Saya rasa tau apa yang awak buat.  Kalau awak berani buat apa-apa,  saya back hand awak nanti,'  dia tersenyum sendiri.
          'Tak tidur betul-betul konon.  Agaknya kalau bom meletup pun tak dengar.  Hai,  Tiera..  Tiera,'  Qayyum Farkhan menggeleng sendiri.


DUA rakan itu sama-sama merenung sebutir bintang yang begitu menyerlah.
          "Cuba kau tengok bintang tu.  Cantik tak?"  tanya Farisya Adlina.  Atiera tersedar daripada lamunannya.
          "Cantik.  Cantik sangat-sangat,"  jawab Atiera sambil tersenyum manis.  Suasana sepi seketika.
          "Cantik macam aku kan?"  tegur Lia yang baru terjaga dari tidur.  Mereka berdua yang terkejut tatkala mendengar suara gadis itu berpaling menghadapnya.
          "Dah lah tu.  Kalau nak puji aku sekalipun,  tak payah lah sampai sanggup berjaga malam-malam ni semata-mata nak lawan cakap aku cantik.  Aku faham perasaan kau orang.  Dah dah.  Kau orang menang.  Aku memang cantik,"  ujar Lia bersahaja sambil membetulkan rambutnya yang terurai lembut dengan gaya gedik yang dibuat-buatnya.
          "Hei,  please lah!  Jangan nak perasan okey!"  jerit Atiera.  Mereka bertiga tergelak besar.  Melihatkan rakan roomate lain yang sudah mulai terjaga dek kerana kelantangan suara mereka,  mereka cepat-cepat menekup mulut masing-masing.  Ternyata kehadiran Lia ketika itu dapat mengubati kesedihan hati Atiera.

No comments:

Post a Comment