Wednesday, February 16, 2011

bab 4



4

'Seandainya Tuhan Mengizinkan'

"Kau baca buku ke apa ni,  Isya?  Sampai nak tembus buku tu kau tenung,"  kedengaran satu suara garau dari arah belakang Farisya Adlina.  Farisya Adlina memang amat mengenali tuan punya suara itu.  Keempat-empat rakan karib itu berpaling ke arah datangnya suara itu.  Suasana sepi seketika.
          Tanpa segan silu,  Farritz Aidil tersenyum manis sambil menarik kerusi sebelah kanan Farisya Adlina lalu duduk di situ.  Semua rakan yang lain tergamam melihat kemesraan antara Farritz Aidil dan Farisya Adlina.
          Atiera,  Afifa dan Lia terpegun melihat ketampanan wajah lelaki itu.  Pertama kali mereka bertemu lelaki itu dalam insiden pelanggaran kereta hampir sebulan lalu,  mereka tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas.  Kegelapan malam menghalang mata masing-masing meneliti wajah Farritz Aidil.  Warna kulitnya yang sawo matang serta bulu keningnya yang lebat ditambah pula dengan lesung pipit kanan yang dalam manambahkan kecomelan wajahnya.  Bibirnya yang kemerahan menunjukkan bahawa Farritz Aidil tidak pernah merokok.  Semua itu baru disedari mereka hari ini.
           Qayyum Farkhan dan Syed Aizrel,  kawan baik Farritz Aidil mengambil tempat mereka masing-masing. Qayyum Farkhan duduk di sebelah Atiera,  manakala Syed Aizrel pula duduk di sebelah Afifa.  Cuma Lia saja yang tidak berteman.  Mata Afifa dan Atiera masih tertumpu kepada wajah tampan Farritz Aidil menyebabkan Farritz Aidil tidak senang duduk.
          "Isya,  we need to talk,"  Atiera dengan wajah yang serius tiba-tiba menarik tangan Farisya Adlina yang masih terpinga-pinga menuju ke arah rak susunan buku.  Afifa dan Lia hanya membuntuti mereka.  Qayyum Farkhan dan Syed Aizrel tercengang-cengang.
          "Siapa mamat tu pada kau sebenarnya?  Bukan main mesra lagi aku tengok.  Kau orang ada affair eh?"  Atiera memulakan bicara setelah sampai di tempat yang sunyi dan tiada orang.  Raut wajahnya kelihatan serius.
          "Kenapa?"  Farisya Adlina tidak menjawab sebaliknya memulangkan paku buah keras kepada Atiera.  Yang lainnya hanya menjadi pemerhati.
          "Aku tanya kau,  kau tanya aku pula?  Jawab lah cepat,  aku nak tahu ni.  Punya cute mamat tu,  macam mana boleh sangkut kat kau?  Bukan kat aku?  Penat aku goda dia hari tu."
          "Kau ni kenapa?  Yang kau nak emo ni apa hal?  Bukan aku yang ngurat dia,  dia yang ngurat aku.  Lagipun kau kan dah ada Qayyum,"  jawab Farisya Adlina bersahaja.
          "What?  Dia ngurat kau?  How sweet.."  Afifa tersengih seorang diri sambil tangan kirinya memegang erat tangan yang satu lagi lalu diletakkan di dadanya.
          "Look!  Miss Atiera ku sayang,  aku dengan Ritz kawan biasa je.  Tak lebih dari tu.  Kenapa kau tiba-tiba nak marah aku ni?  Kalau kau nak kat Ritz tu,  aku boleh tolong recommendkan.  Kalau nak nombor telefon pun,  aku boleh tolong mintakkan.  Kejap ya." 
          Sebaik sahaja Farisya Adlina menghabiskan kata-kata terakhirnya,  dia segera kembali ke tempat duduk mereka iaitu di sebelah Farritz Aidil.  Atiera dan Afifa yang tergamam dek tindakan di luar batasan Farisya Adlina tidak berganjak dari situ.  Lia yang kurang bercakap dari tadi hanya membuntuti Farisya Adlina.  Farritz Aidil memandang Farisya Adlina dan Lia seolah-olah mencari jawapan bagi setiap persoalan di mindanya.
          "Wei Isya!  Isya!"  Atiera menjerit sepontan.
          "SSSHHHH,"  pengurus perpustakaan itu memberi isyarat sambil jari telunjuknya diletakkan dibibirnya.  Cermin matanya kelihatan melondeh ke hidungnya.
          "Maaf.  Isya!  Kau ni kan,"  Atiera yang berang dengan sikap selamba Farisya Adlina berjalan dengan pantas ke arah tempat duduk mereka untuk menghalang Farisya Adlina daripada memberitahu Farritz Aidil mengenai soalannya tadi.
          "Kenapa Isya?"  Farritz Aidil memulakan bicara sambil merenung tepat ke anak mata perang gadis itu.
          'Anugerah tuhan,  tiada siapa yang dapat mengubahnya,'  bisik hati Farritz Aidil.
          Dia mendapati Farisya Adlina bukan seperti Farisya Adlina yang dikenalinya dahulu.  Farisya Adlina kini lebih pemalu dan sopan.  Percakapannya juga amat lembut dan teratur.  Jerawat remaja yang dahulunya penuh di wajah gadis itu,  sudah tiada lagi.  Yang ada hanya lah pipi yang mulus dan putih gebu.  Imej bertudung yang ditampilkannya membuatkan sesiapa yang memandang pasti terpesona.
          Tetapi,  berbeza bagi Farritz Aidil yang tidak pernah jatuh cinta kepada gadis comel itu.  Dia hanya menganggap Farisya Adlina sebagai adiknya sendiri.  Tambahan pula dia anak tunggal yang sunyi tanpa teman bermain. 
          Sedang dia asyik menikmati keindahan ciptaan tuhan itu,  hatinya berasa puas kerana gelaran 'budak kenit' yang selalu ditujukan padanya suatu ketika dahulu sudah lenyap dan kembali kepada Farisya Adlina.
          Sejak kali pertama bertemu semula bulan lalu setelah beberapa tahun terpisah,  dia menyedari bahawa Farisya Adlina sudah jauh ketinggalan daripadanya.  Farritz Aidil lebih tinggi dari Farisya Adlina.  Farisya Adlina hanya setinggi hidung Farritz Aidil.  Hanya kerana memakai kasut tinggi wedges barulah dia kelihatan tinggi sedikit daripada ketinggian asalnya.
          'Baru kau tahu siapa sebenarnya 'budak kenit' ni sekarang,  Isya!  Dulu kau kutuk aku,  sekarang,  baru kena buku dengan ruas,'  dia tersenyum sendirian. 
          Tanpa disedarinya,  rupa-rupanya ada sepasang mata yang sedang memandang ke arahnya.  Farritz Aidil yang mula menyedari pandangan Atiera itu terus berpura-pura membelek buku di tangannya.  Dia kemudiannya memberi isyarat kepada Qayyum Farkhan dan Syed Aizrel supaya beredar dan memberi ruang kepada mereka berdua berborak.
          "Jom guys.  Kita pergi makan.  Aku belanja,"  Qayyum Farkhan terus bangun dari tempat duduknya lalu cuba mengumpan rakan-rakan yang lain untuk mengikutinya.  Dia memang sudah faham akan trick Farritz Aidil itu.  Bukan dia tidak tahu muslihat buaya darat itu.
          "Ya ke?  Macam best  je?  Jom,  lah,"  Farisya Adlina terus berkemas-kemas.  Siapa yang tidak mahu apabila diajak belanja makan.  Tambahan pula dia memang sedang lapar.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.
          "Eh Isya.  Kau nak pergi mana?"  Farritz Aidil terkejut melihat reaksi Farisya Adlina.  Serta-merta tangannya yang berotot itu menggenggam tangan Farisya Adlina yang sudah mula mengatur langkah.  Rakan-rakan yang lain sudah hilang dari pandangan matanya. 
          'Mungkin dah jalan dulu agaknya.  Spoil betul lah mamat ni.'
          "Aku nak pergi ikut dia orang lah.  Kau tak dengar ke?  Qay nak belanja tu,"  perlahan-lahan Farisya Adlina meleraikan pegangan kejap Farritz Aidil.  Mungkin kurang selesa dengan perlakuannya itu.
          "Lah..  Tak payah lah,  Isya.  Kau teman aku kat sini je lah.  Aku bosan lah sorang-sorang kat sini."
          "Jom lah follow sekali.  Bukan senang tau nak tunggu orang belanja.  Aku dah lah tengah lapar ni."
          "Ala.  Sayang..  Makan tu bila-bila pun boleh.  Teman lah abang sekejap dekat sini.  Abang bosan lah Isya tak ada,"  Farritz Aidil cuba merayu.  Dia seakan-akan ada agenda yang tersendiri.  Jika tidak,  masakan dia mahukan privacy untuk berdua-duaan dengan gadis berbaju kebaya labuh ungu pekat itu.
          "Tak apa.  Isya lapar ya?  Lepas ni abang belanja sayang makan okey?  Isya makan lah puas-puas."
          'Abang?  Sayang?  Oh my god!  Apa ni?  Memang dasar lelaki buaya,'  degupan jantung Farisya Adlina semakin pantas apabila dirayu begitu.  Mukanya sudah merah padam.  Mungkin malu dengan lelaki yang pernah merajai hatinya suatu ketika dahulu itu.
          "Boleh ya Isya?  Please,"  kali ini Farritz Aidil menggunakan senjata utamanya iaitu dengan menonjolkan lesung pipitnya yang ke dalam itu.
          "Kau ni ada-ada je,  lah,"  akhirnya Farisya Adlina mengalah jua dengan pujuk rayu lelaki itu.  Hati wanita memang mudah tergoda dengan rayuan insan yang bernama lelaki.
          "Macam tu lah.  Sayang Isya,"  Farritz Aidil tersenyum sumbing.  Mereka duduk semula di tempat asal mereka tadi.
          "Em.  Isya,  kau apa khabar?"  selepas beberapa minit menyepi, baru lah Farritz Aidil bersuara dengan mengajukan pertanyaan yang tak masuk akal kepada Farisya Adlina.  Farisya Adlina yang sedang tekun membaca tersentak dengan soalan itu.
          'Ah rindunya aku pada suara ini,'  jantung Farisya Adlina berdegup laju.  Walaupun sudah bertahun-tahun kisah cinta monyet itu berlalu,  tetapi terasa seperti baru semalam ianya berlaku.
          "Baik je.  Kau sebenarnya ada apa ni?  Gelabah semacam je aku tengok.  Rindu kat aku eh?  Ya lah kan.  Kita kan dah lama terpisah,"  Farisya Adlina menutup buku lalu membuka topik untuk melanjutkan perbualannya dengan Farritz Aidil.'
          Tinggi lah pulak mamat ni.  Dulu ketot dari aku.  Sekarang ni bukan main handsome lagi,'  gomel hati Farisya Adlina.  Dia semakin menyedari akan perubahan drastik pada kembarnya itu.  Maklum lah sudah meningkat dewasa.  Masa telah merubah segalanya.
          "Aku okey je,"  Farritz Aidil menjawab ringkas.
          "Dah lama kita tak jumpa kan?  Dekat 9 tahun juga lah.  Aku tengok kau sekarang pun dah semakin meninggi,"  Farisya Adlina tersenyum mengejek ke arah Farritz Aidil yang kelihatan kurang berminat dengan kata-kata Farisya Adlina.  Matanya melilau ke seluruh kawasan perpustakaan seperti sedang mencari kelibat seseorang.
          "Betul tu.  Em..  Isya.  Kau kenal tak ada seorang budak junior kita.  Nama dia Intan Natasya,"  Farritz Aidil cuba mengatur kata-kata.
          "Lah..  Patut,  lah.  Tengah tunggu buah hati rupanya.  Tak pasti lah.  Kenapa?"  Farisya Adlina berasa pelik dengan pertanyaan Farritz Aidil itu.
          "Ada lah.  Ala..  Takkan tak kenal kot?"  Farritz Aidil menjadi hilang sabar apabila penantiannya hanya sia-sia.  Farisya Adlina yang dianggapnya rapat dengan pelajar junior UKM itu rupa-rupanya sama sepertinya yang tidak mengenali mereka langsung.
          "Tak.  Sorrry.  Budak-budak baru semua berlagak lah.  Macam bagus je,"  Farisya Adlina yang berkecil hati dengan Farritz Aidil sudah mula berahsia daripadanya.
          "Tolong aku,"  Farritz Aidil sudah mula merayu.
          "Tolong apa?  Aku tak ada masa lah,"  Farisya Adlina membetulkan lipatan tudung ungunya yang mulai menggelebeh.
          "Tolong ushakan budak tu untuk aku."
          "What?  Ah tak mahu lah.  Aku mana kenal siapa budak tu,"  Farisya Adlina membantah kerana dia merasakan bahawa dia telah dipergunakan oleh Farritz Aidil.  Dia bingkas bangun dan berniat untuk pergi dari situ tetapi dihalang oleh pegangan tangan lelaki itu.  Kemeja berjenama Polo berwarna putih yang dipakainya menyerlahkan lagi ketampanannya.
          "Ala..  Isya.  Kau ni tak boleh tolong kawan betul lah,"  ada nada merajuk pada kata-kata jejaka tampan berumur 22 tahun itu.  Dahinya berkerut menahan marah kerana Farisya Adlina tidak mahu bekerjasama dengannya.  Walaupun sudah meningkat dewasa,  tetapi perangainya masih seperti kanak-kanak lima tahun yang suka merajuk.
          "Isya,  tolong lah aku,"  Farisya Adlina tetap membatukan tubuhnya walaupun digoncang oleh Farritz Aidil.
          "Aku malas lah.  Kau kan lelaki.  Kau je lah yang usha.  Tak gentleman betul suruh perempuan lain ushakan,"  Farisya Adlina mula berasa tidak selesa dengan sikap Farritz Aidil yang suka memaksa.  'Rimasnya!'
          "Aku nervous lah bila tengok dia.  Aku dah jatuh hati pada dia lah.  Tapi aku tak berani.  Tolong aku ya?  Kalau kau tolong aku,  aku janji balik nanti aku belanja kau makan aiskrim."
          Farisya Adlina berfikir sejenak.
          "Ya lah..  Mana budak tu?  Macam mana rupa dia?"  Farisya Adlina mula terpengaruh dengan umpan aiskrim yang ditawarkan.  Sejak kecil,  Farritz Aidil memang sudah arif dengan selera Farisya Adlina yang amat meminati aiskrim,  lebih-lebih lagi aiskrim berperisa coklat.
          "Aku tak tahu nak cakap macam mana.  Tapi aku ada gambar dia,"  Farritz Aidil mengeluarkan dompetnya lalu mengeluarkan sekeping gambar gadis berambut kerinting separas bahu.  Melihatkan struktur matanya yang sepet,  pasti ramai yang dapat meneka gadis sekitar 20 tahun ini merupakan kacukan cina dan melayu.
'Comel,  patut lah Ritz terpikat.  Tengok macam lemah lembut.  Boleh tahan juga taste mamat kenit ni,'  gomel hati Farisya Adlina sambil matanya masih tepat ke raut wajah gadis itu. 
          "Woi agak-agak lah.  Awek aku tu!"  Farritz Aidil merampas gambar tersebut daripada Farisya Adlina.  Dia mengusap-usap gambar yang dicuri daripada diari gadis kacukan itu.
          "Tolong sikit,  eh.  Belum declare lagi.  Entah-entah kalau dia tengok muka kau yang baby face ni,  terus dia hilang selera.  Woi,  perempuan zaman sekarang ni nakkan lelaki yang gentleman tau.  Bukan yang macam kanak-kanak tau,  KENIT!"  Farisya Adlina tertawa melihat teman karibnya itu yang bersifat keanak-anakkan.
          "Dah tak nak tolong dah lah.  Jangan nak kutuk-kutuk aku.  Tahu lah aku ni comel.  Okey lah.  Aku nak pergi merajuk kejap.  Chow!"  Farritz Aidil berpura-pura merajuk dan bangun mengatur langkah ingin berlalu pergi.  Dia berharap agar Farisya Adlina memujuknya.
          "What?  Comel?  Tolong lah.  Kalau dulu boleh lah aku kata kau comel.  Tapi sekarang please lah.  Nak termuntah aku dengar kau cakap kau comel,"  Farisya Adlina hanya mampu tersenyum melihat gelagat manja lelaki itu.
          'Memang kau comel pun Ritz.  Orang gila je yang tak mengaku kau comel.  Dan orang gila tu,  aku sendiri.  Sebab menafikan anugerah yang tuhan kurniakan buat kau.'
          Farisya Adlina tersenyum manis lalu mengikuti Farritz Aidil yang sudah semakin menghampiri pintu keluar perpustakaan.  Dari dalam sebuah kereta Honda Civic hitam,  ada dua pasang mata yang sedang merenung ke arah kemesraan mereka.

No comments:

Post a Comment