33
'Mencari Silap Siapa'
"Leganya.. Tamat juga akhirnya seksa dunia.." ujar Lia sambil meraup wajahnya. Sudah setengah jam dia dan rakan-rakannya duduk berbual-bual dia beranda rumahnya.
Malam ini Zaki Zaqhwan tidak pulang ke rumah. Dan mungkin akan berlanjutan beberapa hari. Semuanya akibat pergaduhan yang berlaku antara mereka suami isteri.
"Ya.. Betul tu. Tak lama lagi seksa akhirat pula," kata-kata Afifa berbaur sinis. Lia terdiam. Begitu juga Farisya Adlina dan Atiera. Kata-kata Atiera seakan-akan mengutuk masalah rumah tangga antara dia dan suaminya, Zaki Zaqhwan.
Angin malam yang bertiup lembut mencengkam hingga ke tulang. Sejuk dan mendamaikan jika dapat duduk berbual-bual kosong di luar rumah.
"Bukan sindir, Lia. Tapi sekadar nak mengingatkan," balas Atiera selamba. Wajah Lia berubah keruh tiba-tiba.
"Kalau kau cakap tentang dia, aku rasa keputusan aku muktamad. Aku takkan berpatah balik. Aku memang dah tak tahan dengan dia," Lia bertegas mempertahankan keputusannya untuk meminta fasakh daripada suaminya.
Semuanya gara-gara dia terlihat Zaki Zaqhwan bergurau senda dengan seorang pelajar junior tempoh hari. Hubungan mereka kelihatan mesra. Isteri mana yang tidak cemburu melihat suami sendiri bermesra dengan perempuan lain.
"Kau dah tanya dia, siapa sebenarnya perempuan tu pada dia? Mana tahu dia orang cuma kawan biasa," balas Farisya Adlina membangkang kata-kata Lia.
"Wei, dah lah. Aku dah bosan cerita fasal dia. Kita tukar topik, okey?"
"Lia, kita orang balik dulu lah, ya? Kau orang bincang lah elok-elok, ya? Kau tu tengah berbadan dua. Fikirkan anak kau tu juga. Asslamualaikum," Atiera menarik tangan Farisya Adlina dan Afifa agar mengikuti langkahnya.
Mereka bertiga terus beredar dari situ. Lia terkebil-kebil melihat rakan-rakannya yang tiba-tiba berlalu meninggalkannya seorang diri.
Kereta Nissan Sylphy berwarna putih kepunyaan Zaki Zaqhwan berhenti di hadapan rumahnya seketika kemudian. Patut lah mereka tiba-tiba sahaja berlalu pergi .
Kelam kabut Lia bangkit untuk masuk ke dalam rumah secepat mungkin. Dia tidak menyangka lelaki itu sanggup datang ke sini untuk memujuknya. Padahal tempoh hari, lelaki itu sendiri mengaku tidak akan memujuknya selepas ini.
"Lia.. Boleh kita berbincang sekejap?" suara garau Zaki Zaqhwan menegur Lia daripada belakang. Lia berpaling. Timbul rasa meluat dalam hati Lia apabila melihat Zaki Zaqhwan sedang berdiri tegak di hadapannya.
Dengan serta merta Lia meneruskan semula langkahnya menaiki tangga menuju ke biliknya. Lia mahu cepat-cepat lari dari lelaki yang telah mengecewakannya itu. Memandang wajah Zaki Zaqhwan sahaja sudah cukup mendatangkan kebenciannya.
"Lia.. Jangan buat abang macam ni. Dengar dulu penjelasan abang," Zaki Zaqhwan memegang lengan Lia sebelum sempat dia menutup pintu bilik.
Lia hanya mampu berdiam diri. Mungkin mahu memberi ruang lelaki itu pula bersuara menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
"Saya bagi awak 5 minit untuk cakap apa-apa yang awak nak." Lia menarik semula lengannya. Zaki Zaqhwan terus duduk di sisi Lia di atas katil. Ditatapnya wajah kesayangan itu lama. Timbul pula rasa kesal atas kejadian yang berlaku antara dia dan Anis, pelajar barunya tempoh hari.
"Mana cukup tu. Bagi lah sejam. Banyak sangat perkara yang abang nak jelaskan."
"4 minit."
"Lia. Please.. Jangan lah macam ni."
"3 minit."
"Okey. Okey. 5 minit. Please.."
"2 minit," Lia masih meneruskan kiraannya setiap kali Zaki Zaqhwan merayu kepadanya.
"Okey. 5 minit.." Zaki Zaqhwan diam seketika sambil tertunduk sayu. Keras benar hati wanita ini mahu mendengar penjelasannya. Dia bangun mengikuti langkah Lia. Lia merenung tajam ke arah cermin solek. Zaki Zaqhwan melepaskan keluhan berat.
"Lia.. Abang tak tahu besar sangat ke kesalahan yang abang dah buat. Abang cuba nak berterus terang dengan Lia. Tapi Lia langsung tak nak bagi peluang untuk abang jelaskan semuanya," terang Zaki Zaqhwan bersungguh-sungguh.
"Ah, tu semua tak perlu! Jawapannya tetap sama. Awak tu kaki penipu. Curang. Tak setia pada saya. Saya tak kira. Keputusan saya muktamad! Kita jumpa di mahkamah!" Lia semakin hilang sabar.
Dia bangkit dari kerusi itu lalu berjalan menuju ke tepi katil semula lantas memeluk tubuhnya. Rimas dipujuk rayu begitu. Hatinya benar-benar terluka dengan lelaki ini.
"Lia.. Ini semua salah faham. Anis tu anak saudara abang," Lia terkejut mendengar penjelasan suaminya.
Anak saudara? Tetapi tak mungkin lah. Kerana hubungan mereka kelihatan akrab sekali. Lia semakin keliru. Jika benar Anis ialah anak saudara suaminya, mengapa dia langsung tidak pernah melihatnya apatah lagi mengenalinya?
Ah, mungkin itu semua hanya tipu helah Zaki Zaqhwan untuk memujuknya. Dia tidak boleh cepat mengalah.
"Lia.. Abang tahu Lia takkan percaya cakap abang. Sebab Lia tak pernah jumpa dia pun sejak kita kahwin, kan?"
Lia masih kaku berdiri membelakangi suaminya. Rasa cinta yang masih terpahat di hatinya memberinya kekuatan untuk bertahan lebih lama di situ mendengar penjelasannya.
"Dia baru balik dari Sydney, sayang.. Selama ni dia tinggal dengan parents dia di sana. Dan sebenarnya parents dia pun Lia tak kenal dan takkan kenal," suara Zaki Zaqhwan berbaur sedih. Lia segera berpaling untuk medapatkan kepastian.
"Kenapa?" tanya Lia dengan wajah yang sangat berharap. Dia melangkah lagi menghampiri suaminya.
"Opps.. Maaf. Masa dah tamat. Abang dah tak boleh cakap apa-apa lagi. Untuk menyambung semula, sila tekan butang 9. Harap maklum."
Zaki Zaqhwan tersengih-sengih menyakat isterinya. Memang menjadi hobinya menyakat isterinya. Zaki Zaqhwan amat suka melihat wanita kesayangannya itu tersenyum. Demi cinta kepadanya, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuat Lia bahagia di sisinya. Itu lah erti cinta sejati yng sebenar.
"Ala. Cerita lah. Lia nak tahu." Lia mencubit manja lengan Zaki Zaqhwan yang membuatkan lelaki itu terjerit perlahan.
Melihatkan senyuman yang mulai mekar di bibir si isteri, si suami terus merangkul pinggang si isteri. Gembira, akhirnya dia berjaya menyelesaikan masalah antara mereka berdua.
Pada saat Lia mengandung sekarang ini, dia terpaksa lebih banyak bersabar untuk melayani kerenahnya. Tambahan pula Zaki Zaqhwan memang seorang yang penyabar. Jadi tidak hairan lah untuk dia lebih banyak bersabar dengan wanita yang sudah mengandungkan zuriatnya ini.
"Mana boleh.. Kiss abang dulu. Baru abang cerita. Kalau tak, abang nak merajuk lama-lama."
"Eh.. Dia pun nak merajuk juga? Wah.. Kacau betul lah macam ni. Okey. Tapi abang kena janji, lepas je Lia kiss abang, abang kena cerita kat Lia. Okey?"
Lia membalas rangkulan itu dengan memaut manja leher Zaki Zaqhwan. Dia tersenyum manis.
Perlahan-lahan dia mengucup lembut ke pipi kanan suaminya. Zaki Zaqhwan masih berpura-pura merajuk.
"Mana cukup ni. Kalau macam ni, abang boleh bagitahu introduction cerita je. Isi penting, tak boleh."
"Habis abang nak berapa banyak?"
"Sampai bila-bila." Zaki Zaqhwan berbisik lembut di telinga isterinya lalu mengucup pipi isterinya lembut sambil diikuti pelukan kemas ke tubuh wanita itu.
Dia benar-benar lega. Dia sudah berjaya mempertahankan rumah tangganya daripada dilanda badai.
No comments:
Post a Comment