Wednesday, February 16, 2011

bab 24



24

'Nurani'

"Isya,  sorry sangat aku tak dapat datang tengok kau hari tu.  Aku tak tahu pun kau accident,"  jelas Afifa bersungguh-sungguh. 
          Dia berhati-hati memapah Farisya Adlina yang baru sahaja keluar dari hospital menuju ke arah Lia yang sedang menunggu di kereta.  Hari ini Farisya Adlina dibenarkan doktor untuk pulang ke rumah.  Keadaannya juga semakin pulih.
          Atiera sedang sibuk menguruskan bayaran rawatan Farisya Adlina.  sewaktu ini lah mereka bertiga menunjukkan semangat setiakawan mereka.  Mereka benar-benar simpati akan nasib Farisya Adlina selepas berkahwin dengan Farritz Aidil.
          "Isya,  I'm so sorry.  Aku pun tak tahu kau accident.  Tiera tak bagitahu aku.  Ni pun Riel yang bagitahu Ifa,  Ifa pula terus bagitahu aku,"  ujar Lia dalam nada memujuk.  Dia yakin pasti Farisya Adlina sedikit kecil hati akan sikapnya yang tiada semasa dia sedang sakit.  Afifa dan Farisya Adlina semakin menghampirinya di tempat letak kereta.
          Dia segera membuka pintu kereta agar Farisya Adlina masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.  Wajah rakannya itu begitu pucat dan cengkung.  Tetapi dia tetap tersenyum manis.
          "Tak apa.  Buka kritikal sangat pun.  Aku dah keluar wad pun.  Don't worry, okey?"  pujuk Farisya Adlina lembut.  Ternyata,  Farisya Adlina langsung tidak makan hati dengan rakan-rakannya.  Dia faham akan kesibukan mereka.
          Mereka berempat bergerak pulang ke rumah Farisya Adlina untuk menghantarnya setelah Atiera kembali ke kereta selepas selesai membuat bayaran.


"ISYA mana,  Ritz?  Mama tak nampak pun dia dari tadi,"  ujar Puan Sri Zakiah.  Dia hairan kerana semenjak tiba di rumah menantunya ini,  dia masih belum melihat Farisya Adlina.  Farritz Aidil yang sedang duduk di sofa menonton televisyen sedang ligat mencari alasan.  Wajahnya masih bersahaja.
          "Isya keluar.  Semalam dia tidur rumah Afifa,"  jawabnya tergagap-gagap.
          "Afifa?  Tak mungkin,  lah.  Semalam Afifa telefon mama.  Dia sendiri tanya mama mana Isya,"  jerkah ibu mertuanya.  Tan Sri Mahmud yang duduk di hadapan Farritz Aidil hanya diam.  Farritz Aidil semakin menggelabah disergah begitu.
          "Ya ke?  Tak tahu lah,  mama.  Semalam Ifa yang datang ambil dia kat rumah.  Tak kan lah Ritz nak tipu mama,"  Farritz Aidil mati kutu.  Entah apa lagi yang akan ditanya wanita tua itu.  Dia berpura-pura selamba. 
          Puan Sri Munirah merenung anak mata lelaki itu.  Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.  Entah apa yang telah berlaku kepada anaknya.  Hatinya benar-benar khuatir akan Farisya Adlina.
          "Ritz,  mama dan papa dah bincang dengan ibu dan ayah Ritz.  Kami dah belikan Ritz dengan Isya tiket pergi Paris.  Ritz pun belum pernah bawa Isya pergi honeymoon kan?"  ujar Tan Sri Mahmud melerai pandangan 2 beranak itu.
          "Honeymoon?  Oh no!  Please mama,  papa.  I am totally disagree.  Mungkin sebelum ni mama dan papa boleh atur perkahwinan kami.  Tapi kali ni,  you can't.  Jangan cuba-cuba nak aturkan hidup Ritz lagi.  Cukup lah Ritz hidup terseksa dengan anak kesayangan mama dan papa tu.  I'm tired enough!  Kerja nak menyusahkan orang je.  Dia fikir orang lain tak ada kerja lain ke asyik nak fikir pasal dia je,"  bentak Farritz Aidil. 
          Dia benar-benar tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapa mertuanya itu yang seakan-akan cuba mengatur hidupnya.  Dia bukan kanak-kanak kecil yang perlu diatur hidupnya.  Dia sudah dewasa.  Segala keputusan sepatutnya berada di tangannya,  bukan ibu bapanya,  bukan juga mertuanya yang baginya tiada pertalian darah langsung dengannya.
          "Maafkan kami sebab atur hidup Ritz.  Tapi percaya lah,  semua yang kami buat adalah demi kebahagiaan kamu berdua.  Mama naik dulu.  Ritz fikirkan lah apa yang kami cakap tadi,"  ujar Puan Sri Zakiah hampa. 
          Dia benar-benar tersinggung mendengar herdikan Farritz Aidil tentang keluarganya.  Sungguh dia tidak menyangka lelaki ini yang dahulunya sangat manja dengannya dan memanggilnya dengan gelaran mama,  kini sangat membenci dirinya.
          "Dan lagi satu.  Isya bukan macam yang Ritz fikir.  Selama mama dan papa besarkan Isya,  Isya tak pernah susahkan kami.  Isya tu isteri terbaik untuk Ritz.  Hargai lah dia sebelum semuanya terlambat.  Assalamualaikum.."  Puan Sri Zakiah berpaling kembali melanjutkan bicaranya sebelum meneruskan langkahnya ke bilik tetamu.


FARISYA Adlina melangkah lambat-lambat.  Tangannya sarat dengan pakaian dan barang-barang keperluannya.  Barang-barang itu mahu dipindahkan ke bilik Farritz Aidil.  Setelah dimarahi ibu bapanya semasa pulang dari hospital tadi,  dia terpaksa berpindah keluar dari bilik tetamu dan tinggal di bilik suaminya.
          Puan Sri Zakiah dan Tan Sri Mahmud benar-benar berang apabila mengetahui tentang keberadaan mereka berdua.  Mana mungkin suami isteri yang tinggal sebumbung tidak tidur sebilik. 
          Akibat insiden itu,  Puan Sri Zakiah dan Tan Sri Mahmud mangambil keputusan untuk tinggal lebih lama di situ.  Mereka sudah berpakat dengan Datin Munirah dan Dato' Zahid untuk tinggal di rumah anak-anak mereka itu agar kejadian tidur berasingan bilik tidak berulang lagi.
          Farritz Aidil merupakan orang yang paling teruk dileteri ibu bapanya kerana dia langsung tidak memaklumkan kepada keluarga mereka tentang keadaan Farisya Adlina malah langsung tidak tahu tentang kejadian yang menimpa isterinya itu.
          "Hei,  apasal barang kau ada atas katil aku?  Angkat!  Jangan usik barang-barang aku,"  ujar Farritz Aidil yang baru selesai mandi.  Farisya Adlina yang masih berbalut di kepala hanya menurut bagai lembu dicucuk hidung.  Dilihatnya Farritz Aidil sedang memakai pakaian di hadapannya.
          "Mak bapa kau tu tak ada kerja lain ke,  ha?  Sibuk je nak duduk rumah orang,"  sindir Farritz Aidil sambil menyisir rambut hitamnya di hadapan cermin.
          Farisya Adlina hanya diam.  Selesai mengemas pakaian,  Farisya Adlina mengeluarkan tuala dan baju tidurnya lalu masuk ke bilik air.  Dia malas mahu melayan Farritz Aidil yang hanya akan mengundang pergaduhan antara mereka.  Farritz Aidil tidak terkata apa melihat isterinya.

No comments:

Post a Comment