27
'Tunduk Mengalah'
"Apa yang dah berlaku sebenarnya? Cuba Isya cerita kat mama. Kenapa sampai boleh jadi macam ni?" ujar Puan Sri Zakiah.
Dia benar-benar terkejut mendengar pengakuan Farisya Adlina tentang masalah rumah tangganya yang baru sahaja pulang ke rumah mewah keluarganya itu. Dia dan Tan Sri Mahmud tidak menyangka bahawa Farritz Aidil sanggup menipu mereka mengenai bulan madu mereka.
Sangkanya mereka berdua sedang bahagia menyulam cinta di Paris. Rupa-rupanya sedang berperang dingin di Pulau Langkawi. Apa motifnya mereka melakukan semua ini? Dia sendiri tidak pasti.
"Isya, cuba cerita kat mama dan papa.. Kami tak faham. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Tiera, Ifa, Lia, takkan kamu semua tak tahu apa-apa?" sambung Tan Sri Zahid. Matanya meneliti setiap raut wajah rakan-rakan anak perempuannya itu yang turut ada bersama setelah menghantar Farisya Adlina pulang tadi.
"Maafkan kami, uncle. Kami bersalah sebab sorokkan hal ni daripada uncle dan untie. Kami tak mahu keruhkan keadaan. Jadi kami serahkan semua ni pada Isya sendiri. Biar dia yang uruskan sendiri hal rumah tangga dia," jawab Afifa. Dia memandang Farisya Adlina yang sedang duduk berpeluk lutut di hadapan kolam ikan koi di luar rumah.
Sejak pulang ke rumah ini tadi, dia hanya diam membisu. Setelah dipaksa, baru lah dia menjelaskan hal sebenar. Itupun hanya sebahagian cerita. Kemudian dia duduk di tepi kolam sambil mengocak-ngocakkan air kolam dengan jemari runcingnya.
Hatinya menjadi tenang dengan berkelakuan sebegitu. Namun hati ibu bapa mana yang tidak khuatir melihat perubahan sikap anaknya seperti itu.
"Untie risaukan dia. Kamu semua tengok lah tu. Diam je. Untie tak pernah tengok Isya macam ni sekali. Isya tak pernah berkelakuan biadap pada untie dan uncle selama ni. Tapi sejak kahwin ni, macam ada sesuatu yang tak kena pada dia."
"Tak apa, untie, uncle. Kami akan cuba nasihatkan dia. Tapi saya harap, untie dan uncle jangan lah paksa dia lagi. Beri dia ruang. Dia perlukan masa untuk semua ni," Lia cuba menenangkan suasana.
"AKU tak nak masuk campur dalam urusan hidup kau. Lepas ni kau bukan siapa-siapa lagi dalam hidup aku. Sebaik sahaja aku bernikah dengan Intan, maka jatuh lah talak satu ke atas kau. Aku tak akan simpan lagi perempuan macam kau ni.
Entah lah Isya. Aku tak tahu sama ada perbuatan aku ni kejam pada kau atau kau yang lebih kejam pada aku. Aku tak sangka kawan baik aku sendiri sanggup buat hidup aku terseksa macam ni. Kau ingat aku suka ke buat kau macam ni. Kau kawan aku. Kalau boleh aku nak bersahabat dengan kau sampai bila-bila. Tapi kenapa kau belot pada aku?
Aku cuma sayang kau sebagai seorang kawan, seorang adik. Tapi bukan sebagai seorang isteri. Kalau kau nak tahu, semenjak kita nikah sampai lah ke malam ni, tak pernah sekalipun terdetik di hati aku ni nak anggap kau sebagai isteri aku.
Sejak aku dapat tahu tentang perkahwinan bodoh ni, sejak itu lah aku dah anggap kau sebagai musuh ketat aku. Dan sejak itu juga, aku benci bila tengok muka kau, dengar nama kau, untuk ingat kau pun aku terlalu benci. Kau faham tak?!" herdikan Farritz Aidil tempoh hari masih terngiang-ngiang di fikirannya.
Sudah dua minggu pulang ke rumah ini namun masih tiada khabar berita daripada Farritz Aidil. Mungkin dia sudahpun diijabkabulkan dengan gadis idamannya itu. Dia cuba meneka. Dia cuba menyelami perasaannya di kala ini.
Ke mana hilangnya rasa cinta yang mulai berputik suatu ketika dahulu? Mengapa walaupun Farritz Aidil menyatakan hasratnya untuk bernikah lagi, dia langsung tidak cemburu? Kata orang, cemburu tandanya sayang. Tapi adakah dia tidak menyayangi Farritz Aidil, suaminya sendiri? Tapi apa pula perasaan yang timbul pada Farritz Aidil sebelum ini?
Ah! Dia buntu. Apakah yang perlu dilakukannya sekarang?
Lamunannya termati di situ. Farisya Adlina melangkah masuk semula ke biliknya setelah lama termenung di balkoni. Telefon bimbit di atas katil masih berdering minta diangkat. Entah siapa yang menelefonnya pagi-pagi ini.
Farisya Adlina memandang ke skrin telefon sambil meneliti nombor yang tertera di situ. Siapa ya? Dia seperti mengenali nombor itu. Tanpa menunggu lama, Farisya Adlina menekan butang hijau pada telefon bimbitnya itu.
"Assalamualaikum.." sapanya mesra.
"Waalaikumsalam. Isya, aku ni. Kau masih kenal suara aku kan? Kau apa khabar sekarang?" balas si pemanggil. Dia tergelak sinis. Farisya Adlina kaget. Entah bagaimana gadis ini mendapatkan nombor telefonnya. Namun setelah berfikir sejenak, pasti lelaki itu yang memberinya.
"Kenal. Khabar baik. Pelik. Kau nak apa telefon aku pagi-pagi buta ni? Siap tanya khabar lagi," balasnya bersahaja. Dia tidak mahu Intan Natasha menyedari kegelisahannya di kala ini. Dia sendiri hairan mengapa dia boleh gubra secara tiba-tiba apabila terdengar gemersik suara gadis itu.
"Lah. Takkan tak boleh kot. Kita kan saudara sesama Islam. Kena lah saling ambil berat," jawabnya disusuli dengan deraian tawa yang kuat.
"Oh.. Lupa pula aku nak bagitahu kau. Today is my happiest day. You know why?"
"No. And aku tak nak tahu. Okey, bye!" Farisya Adlina sudah malas mahu melayan kerenah Intan Natasha. Dia tahu bahawa hari ini adalah hari pernikahan Intan Natasha dan suaminya, Farritz Aidil.
"Jangan letak dulu, Isya. Dengar dulu apa aku nak cakap ni. Kau mesti happy dengar berita ni."
"Dah lah. Aku malas nak layan kerenah kau ni. Aku ada banyak kerja lain nak buat. Assalamualaikum.."
"Isya, kalau kau letak, kau akan menyesal seumur hidup kau!" kata-katanya menyentak perasaan Farisya Adlina. Suasana sepi seketika. Apa maksud kata-katanya ini?
"Sekarang kau dengar dulu apa aku nak cakap," sambungnya setelah beberapa ketika membisu.
"Two minutes, or..."
"Okey. Hari ni adalah hari bersejarah dalam hidup aku, sebab hari ni adalah hari pernikahan aku dengan Farritz Aidil Dato' Zahid. Untuk pengetahuan kau, kami akan bernikah di Langkawi dan akan berbulan madu di tempat-tempat yang kau tak pernah pergi. Seronok kan?" Intan Natasha tertawa besar. Hatinya benar-benar lega dapat mengenakan Farisya Adlina.
"One minute.." Farisya Adlina langsung tidak memberi sebarang respon malah menunjukkan rasa malasnya untuk mendengar celoteh gadis yang bakal menjadi madunya mulai esok.
"Kau pernah pergi Korea tak? Jepun? Indonesia? Italy? Ha, lagi satu tempat yang aku yakin kau tak pernah pergi. China. Betul tak? Actually aku dah biasa pergi sana. Tapi Ritz tu. Beria-ia nak bawa aku pergi sana. Kononnya dia tak pernah pergi Chengdu dan Shanghai. Best juga kalau dapat berbulan madu kat sana. Mesti romantik kan?"
"Times up. Assalamualaikum.." Farisya Adlina terus menekan butang merah. Tidak sanggup rasanya mendengar celoteh gadis itu lagi.
Farisya Adlina meraup wajahnya sambil beristighfar berkali-kali. Hari ini menjadi penentu hubungannya dengan Farritz Aidil. Sebaik sahaja Farritz Aidil melafazkan nikah pada Intan Natasha, maka jatuh lah talak satu ke atas dirinya.
Farisya Adlina memegang kepalanya yang tidak bertudung. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Tekaknya mula terasa mual. Farisya Adlina berlari menuju ke bilik air lalu memuntahkan isi perutnya.
Dia duduk bersandar di tepi dinding sambil meraup rambut lurusnya yang dilepaskan terurai. Dia benar-benar berharap agar segala tekaannya tidak benar. Bukan tidak mensyukuri nikmat tuhan, tetapi kalau boleh dia tidak mahu anak yang dikandungnya adalah benih dari seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Dia benar-benar berharap agar perkara itu tidak akan terjadi.
No comments:
Post a Comment