21
'Kekasih Yang Tak Dianggap'
"Isya, awak tak sihat ke? Dari tadi saya tengok awak asyik bersin je. Awak demam ke?" Asyraf Danisy kelihatan khuatir akan keadaan Farisya Adlina yang asyik bersin dan batuk sejak tadi.
Sebenarnya hatinya berbelah bahagi saat ini. Mahu keluar rumah, kepalanya terasa berat. Tambahan lagi, dia sedang demam. Mahu tidur sahaja di rumah, dia tidak selesa memandangkan Farritz Aidil ada di rumah. Oleh itu, dia lebih rela keluar bersiar-siar pada waktu petang begini bersama 'Si Putih', kereta Aston Martin kesayangannya.
Sedang dia duduk termenung di kawasan tempat dia selalu berjogging, Asyraf Danisy yang sedang berbasikal dengan Adibah menyapanya lalu mereka berdua duduk berbual, Adibah pula seperti biasa, mencari alasan untuk memberi privacy kepada mereka.
Semenjak pindah ke rumah baru mereka di Subang Jaya kelmarin, Qayyum Farkhan dan Syed Aizriel sering bertandang ke rumah mereka untuk melepak bersama Farritz Aidil. Sudah hampir seminggu Farisya Adlina demam semenjak kejadian Farritz Aidil meninggalkannya sendirian di perhentian bas bersendirian. Tetapi Farritz Aidil langsung tidak ada rasa bersalah.
"Saya bawa awak pergi klinik nak? Awak nampak tak sihat sangat ni," ujar Asyraf Danisy lembut. Farisya Adlina menongkat kepalanya di atas meja.
"Tak payah lah, Is. Sakit sikit je ni. Nanti okey lah ni," dalih Farisya Adlina.
"Dah berapa lama awak demam ni, Isya?"
"Baru seminggu," ujar Farisya Adlina perlahan. Dia memicit-micit dahinya yang bertampal dengan koyok. Mata putihnya kemerah-merahan.
"Baru seminggu awak cakap? Awak dah pergi klinik belum ni?" Asyraf Danisy semakin khuatir akan Farisya Adlina yang semakin lemah.
"Belum, Is. Tak perlu lah. Ubat saya banyak lagi. Nanti saya makan ya?"
"Tak boleh macam ni, Isya. Jom, saya bawa awak. Kita pergi klinik. Keadaan awak dah teruk sangat ni," Asyraf Danisy bangun lalu memberanikan diri mengampiri tubuh lemah Farisya Adlina.
"Tak perlu lah, Is. Saya balik dulu ye? Assalamualaikum.." sebelum sempat Farisya Adlina bangkit, Asyraf Danisy sudah menghalangnya terlebih dahulu.
"Isya, kalau saya tak diizinkan memiliki awak, izinkan saya ambil berat tentang diri awak. Sungguh, Isya. Saya betul-betul risaukan awak sekarang ni. Saya tak akan benarkan awak balik dalam keadaan macam ni. Please, Isya," Asyraf Danisy memegang kedua-dua bahu Farisya Adlina.
Hatinya benar-benar berharap agar Farisya Adlina bersetuju dibawa ke klinik. Jika dia masih tidak mahu dibawa ke klinik, apa lah haknya untuk memaksa Farisya Adlina. Farisya Adlina masih terkaku. Dia langsung tidak berdaya untuk berkata apa-apa.
"Saya bawa awak ya, Isya?"
"Kereta saya?" ujar Farisya Adlina. Asyraf Danisy lega. Farisya Adlina nampaknya bersetuju dibawa ke klinik.
"Tak apa. Nanti saya suruh Adibah hantarkan kereta kat rumah awak. Tentang tu awak tak perlu lah risau. Saya tahu macam mana nak uruskan hal tu," Asyraf Danisy tersenyum manis.
Perlahan-lahan Asyraf Danisy memapah Farisya Adlina menuju ke keretanya. Asyraf Danisy memandu kereta sepantas mungkin. Tubuh Farisya Adlina semakin membahang.
"AWAK dengar kan apa yang doktor cakap tadi? Nasib baik saya cepat. Kalau tidak tadi, mesti awak dah kena tahan wad," ujar Asyraf Danisy. Matanya mengerling ke arah Farisya Adlina yang sedang bersandar di sebelahnya.
Keadaannya semakin pulih setelah dirawat sebentar tadi. Asyraf Danisy telah membawa Farisya Adlina mendapatkan rawatan di Subang Jaya Medical Centre. Hampir 3 jam dia dirawat di situ. Tetapi sekarang, keadaannya semakin pulih dan boleh bergerak sendiri.
"Terima kasih lah kat awak dan Diba. Kalau awak berdua tak ada, entah apa lah yang akan berlaku kepada saya tadi," ujar Farisya Adlina sambil tersenyum manis.
"Tak perlu lah awak nak terima kasih kat saya. Kan memang tanggungjawab saya sebagai kawan awak? Oh ya.. Siapa ada kat rumah? Awak tinggal dengan parents ke?" Asyraf Danisy menukar topik perbualan mereka.
Kereta yang dipandu Asyraf Danisy membelok ke kawasan perumahan baru Farisya Adlina. Dia hanya memandu mengikut maklumat yang diberi oleh Farisya Adlina semasa di klinik lagi.
"Saya tinggal dengan kawan," Farisya Adlina gugup mendengar soalan Asyraf Danisy. Bagaimana jika Asyraf Danisy terserempak dengan Farritz Aidil sebentar lagi? Dia tidak mahu hati lelaki budiman itu terluka dengan perkhabaran ini.
"Rumah awak yang mana satu?" Asyraf Danisy memperlahankan keretanya sambil memerhatikan satu persatu rumah mewah di kawasan perumahan itu.
"Rumah ketiga tu," Farisya Adlina memanjangkan lehernya memerhati kawasan rumahnya yang sudah gelap. Pasti Farritz Aidil sudah lena dibuai mimpi. Tambahan lagi jam menunjukkan pukul 10.25 malam.
Cepat benar masa berlalu. Lama benar Farisya Adlina tertidur semasa dirawat tadi dek kerana suntikan yang diberikan doktor yang merawatnya.
Kereta Honda Civic berwarna hitam itu berhenti betul-betul di hadapan rumah banglo yang ditunjukkan Farisya Adlina sebentar tadi. Asyraf Danisy tergamam melihat rumah mewah ini yang dikatakan disewa bersama rakan-rakan Farisya Adlina. Mustahil rumah sebesar ini.
"Is, thanks ya for everything. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi untuk ucap terima kasih pada awak," ujar Farisya Adlina sambil tersenyum manis.
"It's okay, Isya. Saya ikhlas. Oh ya. Tentang kereta awak, maaf lah. Diba tak dapat hantar. Kunci pun.." kata-katanya terhenti di situ.
"Tak apa, Is. Tentang kereta saya tu, jangan bimbang. Esok saya pergi ambil sendiri, okey?"
"Tak apa-apa ke?" ujar Asyraf Danisy serba salah.
"Nothing lah. Awak tak perlu lah susah-susahkan diri lagi. Cukup lah dengan apa yang awak dah buat hari ni. Saya dah terhutang budi sangat dengan awak," Farisya Adlina tersenyum manis.
Sesekali matanya memandang ke arah rumahnya. Takut juga kalau-kalau Farritz Aidil menyedari kepulangannya dihantar Asyraf Danisy. Farisya Adlina keluar dari perut kereta lalu berdiri di samping kereta.
"Kalau macam tu, okey lah. Saya minta diri dulu. Tak elok orang tengok anak dara malam-malam kat luar ni. Nanti tak ada orang nak masuk meminang. Assalamualaikum.. Jangan lupa makan ubat tau. Cepat sembuh. Good night!" Asyraf Danisy tertawa kecil sebelum bergerak meninggalkan Farisya Adlina di situ.
Farisya Adlina berhati-hati berjalan masuk ke rumah. Perlahan-lahan Farisya Adlina masuk ke bilik tetamu yang kini menjadi tempat dia beradu. Sebelum masuk ke bilik tadi, dia sempat memandang ke tingkat atas. Gelap. Tentu lelaki itu sudah tidur dan tidak menyedari kepulangannya.
Farisya Adlina membaringkan tubuhnya di atas katil bilik tetamu itu, lalu hanya dalam masa tidak sampai 10 minit, dia sudah terlena. Tetapi dia terlupa bahawa pintu biliknya tidak bertutup.
Baru setengah jam Farisya Adlina terlena, dia terasa seperti ada seseorang yang menyentuh kasar pipinya. Dengan tenaga yang baru hendak pulih, dia meronta-ronta melepaskan diri apabila menyedari tangan kasar itu semakin ligat menyentuh tubuhnya yang masih lemah.
Oleh kerana kekurangan tenaga, Farisya Adlina tidak mampu berbuat apa-apa dek pegangan kuat orang itu selain redha dengan ketentuan Allah. Hanya doa sahaja yang dipanjatkan kepada Ilahi agar dirinya selamat malam ini.
Mahu menjerit, suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong. Andai sahaja dia memasang lampu tidur sebelum tidur tadi, pasti dia dapat mengecam wajah orang yang semakin ligat bergelut dengannya ini.
No comments:
Post a Comment