9
'Trauma'
"Lia, mak aku kata, kalau orang suka termenung, maknanya dia tengah tenung anu hantu," selamba tetapi kata-kata Atiera itu sangat pedas bagi Lia yang sedang asyik termenung.
"Amboi Tiera, agak-agak lah sikit bahasa kau tu," Farisya Adlina yang berasa kurang senang dengan ayat yang digunakan Atiera itu cuba membidas kata-katanya.
"Aku bukan termenung lah. Aku tengah fikir something ni," jawab Lia tanpa dipinta.
"Kau fikir apa? Anak-anak kau kat rumah tak menyusu lagi ke?" Afifa pula yang berloya buruk kali ini.
"Kau ni, teringin sangat ke nak makan back hand aku?" Lia menjeling sekilas kepada Afifa dengan wajah yang serius.
"Kau fikir apa, Lia? Beritahu lah kita orang. Mana tahu kita orang boleh tolong," tanya Farisya Adlina ikhlas.
"Tak ada apa-apa lah," dalih Lia.
"Ala.. Dengan kawan-kawan sendiri pun nak berahsia. Hei, kita semua ni dah macam adik-beradik tau. Aku dah faham sangat perangai kau orang semua. Warna spender kau orang pun aku dah boleh hafal tau tak. Bukan kata hafal, spender warna apa kau orang pakai hari ni pun aku boleh detect tau. Moral of the story, tak payah lah nak berahsia sangat dengan aku," kata-kata pengakuan Atiera itu membuatkan 3 rakannya terkejut besar. Afifa secara spontan mencubit peha Atiera.
"Auuhh.. Apa ni Ifa? Sakit, lah," Atiera menggerutu. Tangan kanannya ligat menggosok bekas cubitan Afifa itu.
"Kalau jadi, mungkin tahun depan aku akan nikah dengan Zaki," Lia memulakan bicara dengan wajah yang menunduk.
"Maksud kau, Zaki? Zaki Zaqhwan yang ngurat kau dulu tu?" Afifa tercengang mendengar pengakuan gadis berbaju kurung hijau muda itu.
"Kau serius ke? Kau dah fikir masak-masak?" tanya Farisya Adlina dengan nada serius.
"Aku rasa dia buta lah wei. Kenapa dia pilih kau ya? Kenapa bukan aku? Aku hairan dan pelik lah. Imposible! Padahal aku lebih cun dari kau," kata Atiera berseloroh.
"Kau betul-betul cintakan dia?" tanya Atiera lagi selepas melihat semua mata kian mencerlung ke arah keceluparannya berkata-kata.
"Ya.. Memang aku cintakan dia. Dia memang ikhlas dengan aku. Tapi aku tak yakin, lah," Lia menjawab soalan Atiera.
"But why? He is a kind man. Berpelajaran, ada harta, ada rupa," tanya Afifa kehairanan.
"Dia ada perempuan lain ya? Tapi tak apa lah. Kalau kau tak nak dia, bagi kat aku je lah. Tahu lah macam mana aku nak adjust nanti," teka Atiera sambil tersenyum sumbing.
"Celuparnya mulut hang, Tiera," getus Afifa sambil mengepal-ngepalkan penumbuknya.
"Okey aku surrender!" Atiera serta-merta mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah.
"Tapi kenapa Lia? Tell me," tanya Farisya Adlin penuh kelembutan.
"Aku takut perkahwinan kami nanti gagal. Dah banyak sangat pasangan suami isteri yang baru kahwin dah cerai. Aku takut akan lalui benda yang sama bila kahwin nanti," akhirnya Lia bersuara juga dengan nada suara yang sebak menahan tangis.
"That's not a big problem, Lia. Kau tak boleh fikir negatif. Dalam rumah tangga ni, persefahaman paling penting kalau nak bahagia sampai bila-bila," ulas Farisya Adlina. Lagaknya seperti orang yang sudah berumah tangga.
"Betul tu. Bila free nanti, apa kata kau ajak dia jumpa. Bincang elok-elok. Mampu tak dia faham kau lepas kahwin nanti? Soal kahwin ni bukan boleh dibuat main-main," Afifa kedengaran ikhlas memberi pendapatnya.
"Ya. Tapi aku tetap tak yakin lah, girls," hati Lia semakin gundah.
"Wei, dah lah. Kau ni Lia, tengok macam brutal. Tapi hati punya lah lembik. Kau tak payah lah fikir-fikirkan tu semua. Berdoa lah selalu supaya jodoh kau dengan dia kekal," gurau Atiera tetapi masih berniat memujuk rakannya itu.
"Kau orang nak makan tak? Aku lapar, lah. Jom pergi cafe," Atiera cuba menceriakan suasana apabila perasan akan perubahan Lia yang sedang menyapu air mata yang mulai gugur di pipinya.
"Ah kau tu. Makan je yang kau ingat. Cuba lah sesekali faham sikit situasi orang. Aku debik nanti baru kau tahu," gertak Afifa.
"Dah lah tu. Aku dah okey sikit. Bagus juga cadangan Tiera tu. Jom lah. Hari ni aku belanja kau orang semua makan. Mana lah tahu, lepas kahwin nanti aku tak dapat jumpa kau orang lagi," Lia menundukkan kepalanya lalu setitis lagi air mata gugur di pipinya.
"Lah, emo lah pulak kawan aku ni. Wei, buruk lah rupa kau bila menangis macam ni. Cuba senyum sikit," Farisya Adlina tersenyum manis untuk memujuk rakannya yang sedang melayan kerunsingan itu.
"Dah.. Dah.. Jom kita pergi makan. Lia, aku nak makan burger, ayam goreng, nasi ayam, ayam percik, ayam..."
"A'ah banyak kau punya ayam? Kau ingat Lia ni apa? Bank kau ke? Pakai order je. Makan macam bela setan. Padah lah gemuk!" Afifa memintas kata-kata Atiera sebelum dia sempat menghabiskan ordernya.
"Kau orang berdua ni asyik nak bertekak. Aku kahwinkan kau orang nanti baru tahu," Farisya Adlina dan Lia sudah mula bangun untuk bergerak menuju ke cafeteria. Sementara Atiera dan Afifa masih lagi bertikam lidah. Pening rasanya melayan sifat loya buruk mereka berdua.
MALAM itu Farritz Aidil termenung sendirian di meja makan restoran Tanjung Harapan di Port Klang. Dia memilih meja yang paling hampir dengan persisiran pantai. Damai sungguh hatinya apabila mendengar bunyi ombak yang menghempas pantai.
Sesekali hatinya tersentuh melihat keindahan ciptaan tuhan ini. Bunyi ombak, bintang-bintang bertaburan di langit, pohon-pohon ditiup angin bayu yang sepoi-sepoi bahasa. Alangkah indahnya jika keindahan ini kekal selamanya.
"Assalamualaikum Ritz," Farritz Aidil berpaling ke arah sesusuk tubuh yang menepuk bahunya sebentar tadi. Terbang segala lamunannya tadi.
"Oh kau rupanya. Duduk lah," Farritz Aidil mempelawa Asyraf Danisy duduk di hadapannya. Lelaki itu merupakan salah seorang sahabat Farritz Aidil. Asyraf Danisy sedikit berumur berbanding Farritz Aidil yang baru berumur 22 tahun.
"Thanks. Jauh kau termenung? Ingat kat buah hati, ya?" teka Asyraf Danisy. Dia menarik kerusi di hadapan Farritz Aidil lalu duduk.
"Tak lah. Tengah menikmati anugerah kebesaran Allah. Terasa damai pula hati ni," terang Farritz Aidil. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Pandangan matanya dilemparkan ke arah langit malam yang ditaburi bintang-bintang.
"Kau pula, buat apa kat sini?" tanya Farritz Aidil.
"Aku beli makanan kat sini tadi. Nampak kau tengah termenung, tu yang aku datang sini," jelas Asyraf Danisy sambil mengangkat sedikit bungkusan kuetiaw hailam yang dipesannya tadi kepada Farritz Aidil sekadar menunjukkannya kepada Farritz Aidil.
"Oh," ringkas jawapan Farritz Aidil. Matanya memandang semula ke langit yang semakin gelap.
"Memandangkan kau dah ada kat sini, aku ada benda nak discuss dengan kau."
"Tentang apa?" tanya Farritz Aidil ingin tahu. Matanya tertumpu kepada lelaki bertubuh sasa itu.
"Aku cakap straight to the point, okey? Aku nak tanya tentang seorang perempuan," ujar Asyraf Danisy berterus-terang.
"Perempuan? Perempuan yang mana satu ni? Dalam dunia ni ramai perempuan lah beb. Aku kenal dia ke?" tanya Farritz Aidil pula. Sempat dia tertawa kecil mendengar soalan pendek Asyraf Danisy itu.
"Aku tak tahu nama dia. Tapi aku pernah nampak kau dengan dia beberapa hari lalu kat library. Masa tu aku tengah hantar Adibah pergi kuliah. Tapi aku terlajak masuk kawasan library. Tu yang aku nampak kau dengan dia," jawab Asyraf Danisy serius.
"Adik belajar kat UKM juga ke? Tak pernah nampak pun selama ni?" tanya Farritz Aidil tanpa menjawab apa-apa soalan rakannya itu. Dia lebih selesa memanggil adik rakannya itu dengan panggilan 'adik'. Farritz Aidil sudah mengenali keluarga Asyraf Danisy malah sudah mesra dengan mereka lebih-lebih lagi dengan Adibah dan Ila, kakak Asyraf Danisy.
"Ya. Baru 2 bulan masuk. Mommy and daddy suruh belajar di UK macam aku dulu. Tapi dia tak nak. Anak manja daddy lah katakan," Asyraf Danisy menjuihkan bibirnya.
"Oh.." jawab Farritz Aidil ringkas.
"Aku tengok kau mesra dengan dia. Awek kau ke?" tanya Asyraf Danisy kembali ke topik utama.
"Yes memang aku kenal dia. Tapi dia bukan awek aku. Kawan biasa je. She's not my taste. Kenapa?" kasar sungguh bahasanya tetapi pengakuannya itu menggembirakan hati Asyraf Danisy.
"Aku nak minta tolong kau sikit. Boleh?" tanya Asyraf Danisy tanpa menjawab soalan Farritz Aidil.
"Tolong apa?"
"Aku dah jatuh hati pada dia. Sejak aku nampak dia hari tu, hati aku tak pernah lupa pada dia. Aku rasa dia tu lain sikit lah dari perempuan-perempuan lain. She looks amazing," tanpa diminta, Asyraf Danisy meluahkan isi hatinya kepada rakan baiknya itu.
"So?" tanya Farritz Aidil berpura-pura tidak mengerti.
"Tolong aturkan satu date untuk aku dengan dia. Aku nak lamar dia. Aku tak mahu ada orang lain dapat dia dulu sebelum aku."
"What? Nekadnya kau. Kau yakin ke dia nak kat kau? Maksud aku, terima lamaran kau. Tak awal sangat ke bagi gadis macam dia?" Farritz Aidil membuntangkan matanya tatkala mendengar pengakuan nekad lelaki itu.
"Apa lagi aku boleh buat? Aku tak nak menyesal di kemudian hari nanti kalau lambat lamar dia."
"Kau tak kenal dia, Is. Farisya tu jinak-jinak merpati. Bagi makan dia datang. Bila nak pegang, dia terbang. Kau kena atur stratergi. Be a gentleman bro!" ujar Farritz Aidil bersahaja.
'Ala, kerek lah kau, Ritz. Cakap orang je lebih. Kau pun sama. Gentleman konon. Pii rah,' suara mengejek Farisya Adlina terngiang-ngiang di telinganya.
'Kalau lah Isya dengar apa yang aku cakap kat Is ni, mesti berguling-guling perempuan tu gelakkan aku.'
"Oh.. Jadi nama dia Farisya lah ya? Okey.. So, macam mana? Boleh tolong aku tak? Just aturkan date untuk kita orang. Nanti aku tahu lah step seterusnya," teguran Asyraf Danisy mematikan lamunan sekejap Farritz Aidil.
"Ya lah.. Aku cuba. Tapi mesti ada komisen," Farritz Aidil tersenyum nakal.
"Ada je yang kau nak sesah aku kan? Ya lah nanti aku bagi. Tapi pastikan semuanya berjalan lancar," lega hati Asyraf Danisy mendengarnya. Beberapa ketika kemudian, mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Hari itu merupakan hari bahagia buat Asyraf Danisy.
'Untung kau, Isya. Sayang betul mamat tu kat kau. Kalau lah Intan pun sayang aku macam Is sayang kau, apa pun aku sanggup korbankan demi dia,' bisik hati Farritz Aidil.
No comments:
Post a Comment