28
'Always Be There'
"You, you happy tak?" Farritz Aidil yang lengkap berbaju melayu berwarna putih susu memulakan bicara setelah beberapa minit memulakan perjalanan. Intan Natasha yang kelihatan ayu berbaju kebaya putih berselendang hanya tersenyum manja.
Hatinya benar-benar bahagia walaupun terdapat sedikit kerisauan yang mulai tumbuh di benaknya. Persoalan Farritz Aidil dibiarkan tanpa jawapan.
"Sayang, kenapa senyap je ni?" Farritz Aidil berpaling ke arah kekasihnya yang sedang termenung jauh.
"Nothing.." jawabnya pendek. Mungkin tiada mood untuk berbual.
"You ada masalah ke? Atau you tak happy dengan perkahwinan ni? You jangan main-main, sayang.. Jangan kata yang you tak bersedia lagi.."
"Tak.. Bukan macam tu. I tak ada apa-apa masalah pun. Cuma.. Cuma.." Intan Natasha masih cuba berdalih menyembunyikan kegelisahannya.
Semalam dia didatangi satu panggilan telefon oleh seorang lelaki iaitu tunangnya, Danial. Dia tidak berani memberitahu Farritz Aidil akan status dirinya sebagai tunang orang dan akan berkahwin hujung tahun nanti.
Namun dia tidak mengendahkan itu semua. Dek kerana terlalu menyintai Farritz Aidil, dia rela meninggalkan tunangnya sendiri.
"Cuma apa, sayang?" ujar Farritz Aidil mematikan lamunan Intan Natasha. Lantas dia membuang bayangan wajah bengis Danial yang semakin menghantui fikirannya.
"Tak ada apa-apa, lah.. I pening kepala sikit je. You jangan risau, okey?" sebaik sahaja Intan Natasha memalingkan wajahnya dari Farritz Aidil, kereta yang dinaiki bakal pengantin itu tiba-tiba terbabas lalu melanggar sebatang pokok di bahu jalan. Kedua-dua mereka menjerit terkejut terutama sekali Intan Natasha.
Sebuah kereta Proton Saga hitam berhenti secara mengejut betul-betul di sebelah kereta yang dinaiki mereka. Seorang lelaki berkemeja hitam keluar dari perut kereta itu dengan wajah bengis lalu berjalan menghampiri mereka berdua yang masih terkejut dengan kejadian itu.
"Ada apa ni, you? Kenapa berhenti mengejut macam ni?" Intan Natasha menjerit tidak puas hati. Dahinya berdarah akibat terkena hentakan semasa Farritz Aidil menekan brek tadi. Terasa perit sekali.
"You buta ke? Tanya lah mamat tu? Dia himpit kereta I! Memang nak mati betul lah mamat ni. Dia tak kenal siapa aku! Jaga baik lah dia!" bentak Farritz Aidil. Dia benar-benar hilang sabar. Sudah lah kakinya sedang tersepit di bawah stereng kereta. Intan Natasha pula menjerit-jerit memarahinya sesuka hati.
Sejurus selepas itu, Intan Natasha memandang ke arah lelaki yang dimaksudkan Farritz Aidil. Danial! Tiba-tiba sahaja dia menjadi gerun.
Dadanya berombak kencang. Menggeletar seluruh tubuhnya melihat Danial yang semakin mendekati pintu kereta disebelahnya. Kalau boleh, dia mahu lari dari lelaki itu sejauh mungkin.
Danial merenung tajam ke arahnya. Dilihatnya pula Farritz Aidil yang sedang berusaha menarik keluar kaki kanannya yang masih tersepit.
"Kau keluar sekarang," ujar Danial tegas.
Pintu kereta sudah terbuka luas untuk Intan Natasha keluar. Intan Natasha masih berdegil. Farritz Aidil menjadi hairan melihat lelaki itu melayani Intan Natasha seperti sudah lama berkenalan.
"Hei, kau siapa? Kau tahu tak perempuan ni siapa? Apa masalah kau ni, ha?" soal Farritz Aidil bertalu-talu. Dia bertambah berang melihat Danial menggenggam kasar tangan Intan Natasha.
"Hei, urusan kau dengan aku belum habis. Biar aku settle hal aku dengan perempuan ni dulu. Lepas tu aku akan habiskan kau!" Danial meluruskan jari telunjuknya tepat ke arah Farritz Aidil.
"Hei, Danial. Aku dah kata, kan? Aku tak nak kahwin dengan kau. Kau tak faham ke? Jangan kacau hidup aku lagi, boleh tak?" bentak Intan Natasha. Dia gerun mendengar ugutan Danial terhadap Farritz Aidil.
"Kau jangan degil lah, perempuan bodoh! Hei, apa lagi yang kurang ha? Apa lagi yang kau nak aku tak bagi? Kau nak duit, aku bagi. Rumah, harta aku, kereta besar. Apa lagi yang kau nak? Cuba kau bagitahu aku," Danial menarik Intan Natasha keluar dari kereta lalu menampar pipi tunangnya itu.
"Kau ingat aku teringin sangat ke semua tu? Hei, semua yang kau bagi kat aku, tak sesempurna apa yang Farritz dan parents aku bagi, tau? Rumah, duit, dan kereta yang kau bagi tu, semua tak wujud bagi aku. Aku tak cintakan kau. Kau jangan perasan lah," Intan Natasha tertawa sinis. Walaupun sudah ditampar kuat, namun dia masih berani meninggikan suara pada lelaki itu.
"Oh, jadi pada kau, lelaki tu lebih sempurna lah, ya? Baik. Aku akan patah-patahkan tulang kekasih hati kau tu, supaya tak ada orang lain yang akan sempurna di mata kau selain aku," Danial segera berjalan ke arah Farritz Aidil. Di saat itu Intan Natasha tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain menangis kesal.
"Kau keluar!" ujarnya sama seperti ketika menyuruh Intan Natasha keluar tadi.
"Kau buta ke? Tak nampak ke kaki aku ni tersepit, ha?" balas Farritz Aidil dengan nada suara yang tinggi. Dia masih tidak tahu siapa lelaki itu pada kekasihnya, Intan Natasha. Dia cuma berharap agar dapat melepaskan diri dari kereta itu lalu memberi pengajaran kepada lelaki ini.
"Kau tahu tak, perempuan yang kau bawa ni, tunang aku. Kami dah nak kahwin pun tak lama lagi. Tapi disebabkan kau, hubungan yang aku pelihara selama ni hancur macam tu je, kau tahu tak? Dia anggap kau sempurna semuanya. Tapi aku?
Aku dah bagi dia segala-galanya. Tapi dia masih kata kau yang paling sempurna. Aku tak boleh terima. Sekarang ni, kau akan dapat balasan sebab dah ambil tunang aku," sebaik sahaja habis berkata-kata, Danial kembali ke keretanya lalu mengeluarkan sebatang kayu. Dengan wajah bengis, dia kembali semula ke kereta Farritz Aidil. Intan Natasha sempat menghalangnya.
"Hei, Danial, kau dah gila ke? Kau nak buat apa ni?" tangannya menggenggam erat lengan Danial.
"Aku nak buat apa? Kau tak nampak ke kayu kat tangan aku ni? Aku nak kasi pengajaran pada kekasih kau ni. Supaya dia tak ganggu tunang orang lagi. Dan aku nak patah-patahkan tulang kaki dia supaya dia tak boleh berjalan lagi. Lepas tu mesti kau akan benci tengok dia. Baru lah kau akan kembali pada aku.. Betul tak?"
Danial merentap lengannya lalu meneruskan langkahnya ke arah Farritz Aidil. Intan Natasha dan Farritz Aidil tergamam tatkala Danial menghayunkan kayu tersebut di cermin hadapan Farritz Aidil. Cermin yang berderai akibat hentakan kuat itu menyebabkan luka pada kepala dan wajah Farritz Aidil. Farritz Aidil meraung kesakitan.
Sekali lagi Danial menghayunkan kayu tersebut. Kali ini, Farritz Aidil meraung lebih kuat. Danial memukul kuat kakinya yang masih tersepit. Dalam beberapa minit kemudian, Farritz Aidil tersandar tidak sedarkan diri. Intan Natasha pula sudah berlari ketakutan. Danial ketawa terbahak-bahak. Dia benar-benar puas hati dapat melepaskan kemarahannya.
Danial meneruskan tugas keduanya untuk mencari Intan Natasha. Dia yakin bahawa Intan Natasha masih berada di sekitar kawasan berdekatan. Lagipun gadis itu sedang lemah. Tidak mungkin dia mampu berlari jauh.
"Isya.. Tolong aku.." bibir Farritz Aidil bergerak-gerak seperti memanggil seseorang. Apabila terlihat api yang mulai marak di seluruh kereta, dia pengsan semula. Segala takdir yang bakal berlaku kepadanya diserahkan kepada Allah yang maha berkuasa.
aduh sedihnya..... ini intan natasha masih ada lagi. ngeh2.....
ReplyDelete