62
"Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh kita mulakan majlis sekarang? Jam pun dah nak pukul 3. Janjinya lepas zohor," rungut Tok Kadi yang masih setia duduk di sebelah pengantin lelaki.
Asyraf Danisy yang lengkap berbaju melayu putih susu memandang sekilas ke arah Farisya Adlina. Wajahnya kelihatan suram. Riak kerisauan jelas terpancar di wajahnya. Pandangannya dilemparkan ke arah hadirin lelaki.
Farritz Aidil. Sudah hampir dua jam. Namun lelaki itu masih belum tiba. Ke mana dia? Semalam Farritz Aidil ada mengatakan bahawa dia mahu menghadiri majlis itu. Namun hari ini. Bukan sahaja dia, malah bayangnya juga masih belum kelihatan.
"Baik. Kita mulakan sekarang," sapa Tan Sri Mahmud sebaik duduk di hadapan pengantin lelaki. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Asyraf Danisy terpinga-pinga. Apa yang berlaku? Bagaimana dengan penantian mereka terhadap Puan Sri Zakiah sebentar tadi? Dikerlingnya wajah Farisya Adlina yang semakin sayu.
Asyraf Danisy berpaling. Tangannya digenggam erat lelaki tua di hadapannya.
"Asyraf Danisy Bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Farisya Adlina Binti Tan Sri Mahmud dengan mas kahwinnya RM80 beserta wang hantaran RM888 888 tunai," bergema suara Tan Sri Mahmud mengijabkan Ayraf Danisy dengan puterinya.
"Aku terima nikahnya Farisya Adlina Binti Tan Sri Mahmud dengan mas kahwinnya RM80 beserta wang hantaran RM888 888 tunai," sahut Asyraf Danisy mengabulkan ijab antara mereka.
"Sah?"
"Sah," pertanyaan Tan Sri Mahmud disahut semua hadirin termasuk Tok Kadi.
Setitis demi setitis air mata Farisya Adlina gugur di pipinya. Tangannya ditadah membaca doa mamanjatkan kesyukuran kepada yang maha esa. Pilu hatinya bernikah tanpa bonda tercinta. Hatinya bertambah kecewa kerana lelaki yang pernah menjadi sahabat baiknya dahulu tidak turut hadir di majlis pernikahannya.
FARRITZ Aidil mengesat air mata yang membasahi pipinya. Cermin mata hitam di tangannya dipakai bagi menutup kesan bengkak akibat terlalu banyak menangis. Sekali lagi surat di tangannya dibaca.
Telah kau siapkan 1 daerah paling sunyi..
Dalam hatimu untuk ku isi sebagai isteri..
Untukku penuhi dengan kemuliaan seorang wanita..
Untukku merintih dengan kelembutan..
Untukku hargai dengan kasih sayang..
Kau inginku jadi wanita mulia..
Yang tahu harga budi dan hati..
Seorang lelaki bernama suami..
Kerana ku isterimu..
Kau inginku mengerti bahawa hidup ini..
Tak semudah yang kita janjikan..
Yang kita janjikan..
Keranaku isterimu..
Sebaik sahaja kau membaca surat ni, aku telahpun sah menjadi isteri kepada orang lain. Dan dengan ini juga, maka hubungan kita telahpun berakhir buat selamanya. Mulai esok, aku akan pergi meninggalkan Malaysia buat satu jangka masa yang panjang. Mungkin juga selamanya.
Sebagai isteri, aku wajib menurut semua kehendak suamiku. Aku wajib mendampingi suamiku ke mana sahaja dia pergi. Begitu juga dengan Aiman dan Iman. Mereka akan kubawa pergi bersama. Bukan niatku mahu memisahkan mereka denganmu. Namun sekadar menurut syarat penjagaan yang ditetapkan mahkamah supaya menjaga mereka dengan baik.
Sungguh tidak dapat dinafikan, hati ini selalu merindukan dirimu. Dari hari kau pergi, sehingga kini, aku masih menyayangimu. Namun, apalah dayaku kini. Aku telah menjadi isteri orang. Dan haram untukku menyintai lelaki lain selain suamiku.
Sungguh.. Walaupun mungkin sekarang aku sudah diijabkabulkan dengannya, namun hatiku masih menanti kepulanganmu. Untuk pengetahuanmu, perkahwinan ini bukan di atas kehendakku. Malah kerana keegoanku. Disebabkan ketelanjuran kata-kataku, maka aku terpaksa. Aku terpaksa menunaikan janjiku terhadap Asyraf Danisy.
Dulu.. Aku selalu berkecil hati dengan sikapmu. Kau sering menyakitiku. Kau menyisihkanku dari dirimu. Tetapi, tidak dapat aku nafikan, kau suami yang baik. Kau juga bapa yang penyayang. Kau nakhoda yang cekap. Tetapi sayang, semua itu terlindung di sebalik keegoanmu.
Sudah lah sayang.. Pergi lah. Mari lah kita membawa haluan masing-masing. Usah lah kita kenang lagi kisah lalu. Kuburkan saja cinta kita itu di pusara air mataku. Usah kau tangisi pemergianku. Aku yakin, satu hari nanti, kau akan dipertemukan dengan seorang gadis yang tepat buatmu. Gadis itu akan menjadi ibu yang baik buat anak-anakmu. Dan juga isteri yang solehah buat suami soleh sepertimu.
Allah telah menetapkan bahawa.. Lelaki yang baik hanya lah untuk perempuan yang baik. Begitu juga dengan perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Ingat lah pesanku. Wassalam..
( Cintaku padamu, takkan pernah padam walaupun sedetik.. )
(_FARISYA ADLINA_)
Farritz Aidil memejamkan matanya seketika sebelum memulakan perjalanannya. Dia yakin, dia sudah bersedia. Kereta Hyundai 145 nya dipandu laju menuju ke destinasi tujuan.
jalan cerita ok..but sepatutnya ada ending yg baik.. not this..ending die terlampau sedih
ReplyDelete