Thursday, April 14, 2011

bab 57



57

'Seasons In The Sun'

"Isya pasti ke dengan keputusan Isya ni?"  berkerut dahi tua itu memandang ke arah anak gadisnya.  Bagaikan tidak percaya.  Farisya Adlina benar-benar nekad mahu bernikah dengan Asyraf Danisy.
          Farritz Aidil yang duduk di sebelah Tan Sri Mahmud hanya tertunduk sayu melihatkan kesungguhan Farisya Adlina menyatakan hasrat hatinya.
          "Isya pasti,  papa.  Isya yakin keputusan Isya memang tepat.  Mungkin Is memang jodoh Isya selama ni.."
          Farisya Adlina mencuri pandang ke arah Farritz Aidil yang duduk berhadapan dengannya.  Lelaki itu kelihatan bersahaja.  Namun dia tidak tahu akan gelora di hati lelaki itu di saat ini.
          Bukannya sudah surut rasa cintanya terhadap lelaki itu.  Malah kasihnya dia terhadap Farritz Aidil semakin memuncak.  Namun apakan daya.  Terlajak perahu boleh diundur.  Terlajak kata,  badan binasa.
          Farisya Adlina tahu bahawa keputusannya untuk mengahwini Asyraf Danisy tidak boleh diundur lagi.  Dia tahu pasti lelaki itu sedang gembira dengan keputusannya untuk menjadi suri di hatinya setelah beberapa lama cintanya ditolak wanita itu.
          Tidak mungkin dia akan membatalkan rancangan mereka itu di saat-saat akhir.  Melihatkan kesungguhan Asyraf Danisy menyediakan persiapan untuk perkahwinan mereka sahaja sudah cukup membuatkan hati kecilnya tidak sanggup untuk membatalkan perkahwinan mereka.  Pasti hati lelaki itu akan terluka lagi.  Malah lebih parah.
          "Betul tu,  papa.  Biar lah Isya dengan keputusan dia.  Ritz yakin.  Pilihan Isya sendiri takkan salah.  Siapa tahu,  dengan berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri,  Isya akan bahagia?"  celah Farritz Aidil sambil berpura-pura tersenyum.
          Farisya Adlina hairan.  Tiada langsungkah rasa cemburu dalam hati lelaki itu?  Atau lelaki itu benar-benar telah menjalin hubungan dengan Intan Natasha semula dan melupakan rasa cintanya terhadap Farisya Adlina selama ini?
          "Ritz nak kritik kami ke sebab kahwinkan Ritz dengan Isya dulu?"  serius pertanyaan Tan Sri Mahmud.
          "Tak papa.  Cuma Ritz rasa,  biar lah Isya buat pilihan sendiri.  Lagipun dia masih muda.  Aiman dengan Iman perlukan seorang bapa.  Dan Ritz yakin,  Is mampu jaga Isya dengan baby kami dengan baik."
          "Kenapa Is?  Kenapa bukan Ritz je yang jadi bapa Aiman dan Iman?  Ritz tak mampu nak jaga Isya dengan cucu papa tu ke?"
          Pertanyaan Tan Sri Mahmud bagaikan petir yang menyambar mereka berdua.  Masing-masing terkedu.  Pandangan mereka bertemu.  Masing-masing berdolak dalih untuk menjawab pertanyaan berbisa Tan Sri Mahmud.
          "Kita dah tahu punca sebenar masalah rumah tangga kamu berdua,  kan?  Jadi kenapa masih ego?  Ritz.  Kenapa tak minta rujuk dengan Isya?  Dan Isya.  Cepat betul rasa cinta antara kamu berdua luntur?"  sekali lagi suara Tan Sri Mahmud memecah keheningan pagi itu.
          "Kami tak pernah bercinta,  papa.  Papa jangan salah faham,"  dalih Farisya Adlina.  Serta merta Farritz Aidil mengangkat muka merenung anak mata wanita itu.  Ke mana hilangnya ungkapan cinta yang pernah terlafaz di bibir wanita itu dahulu?  Mengapa dia menafikan kebenaran itu?  Benarkah di hatinya sudah tidak menyintai Farritz Aidil?
          "Habis anak yang kamu lahirkan tu?  Anak yang kamu kandung selama 9 bulan tu,  bukan lahir dari rasa cinta kamu berdua?"
          Kali ini giliran Farisya Adlina pula merenung anak mata lelaki itu.  Jelas di wajahnya menantikan lelaki itu menjelaskan kisah tragis malam yang menyatukan dua insan itu buat pertama kali.  Diiringi dendam kesumat,  dan penderitaan seorang wanita yang sedang bertarung dengan kesakitan.  Wanita yang dipergunakan tanpa belas kasihan.  Sehingga menyatukan dua benih yang mencambahkan zuriat untuk mereka berdua.
          "Ritz tak ada hak nak paksa Isya untuk terima Ritz,  papa.  Isya dah kata,  dia takkan menerima Ritz semula.  Ritz hormati keputusan Isya."
          Farritz Aidil mengalah.  Jawapan tersebut melemahkan seluruh otot Farisya Adlina.  Harapannya agar lelaki itu akan kembali merebut dirinya setelah tamat tempoh edah.  Namun,  sebaliknya.  Lelaki itu malah mengalah dan membiarkan dirinya dimiliki sahabat baiknya sendiri.
          'Kenapa kau bodoh,  Ritz?  Kenapa kau cepat mengalah?  Kenapa kau tak anggap kata-kata aku tu sebagai cabaran untuk kau?  Hati aku hanya untuk kau,  Ritz.  Dan bukan untuk Is.  Aku tak cintakan Is.  Aku ingatkan kau akan bantu aku untuk lepaskan diri dari Is.  Ah.  Silap aku juga.  Siapa suruh aku menjanjikan sesuatu yang mustahil bagi Is,'  jerit hati Farisya Adlina.
          Farisya Adlina tertunduk.  Sudah lah.  Dia tahu.  Walau apapun yang dia lakukan,  perkahwinan tersebut tetap akan berlangsung.  Sudah tiada gunanya dia membuatkan lelaki itu cemburu kepada dia dan Asyraf Danisy.  Farritz Aidil sudahpun merelakan perkahwinan mereka.


"SELAMAT pengantin baru,  Ifa,"  jelingan Atiera seperti membawa maksud tersirat.
          "Apahal kau ni?  Tersengih-sengih macam kerang busuk,"  balas Afifa sambil menjongketkan bibir kirinya.
          "Kau ingat tak,  masa wedding day aku hari tu,  kau bagi baju tidur yang nipis and jarang pada Qay?" 
          Atiera mengenyitkan mata kanannya nakal.  Afifa menjadi tidak keruan.  Apa maksud jelingan nakal sahabatnya itu?
          "So what?"  terketar-ketar dia menjawab.
          "Kau tahu tak,  aku.."
          "Tak,"  belum sempat Atiera meneruskan kata-katanya,  Afifa terus menjawabnya dengan wajah yang semakin gelisah.  Dia berlagak selamba.
          "Memang kau tak tahu pun.  Dan kalau kau nak tahu,  disebabkan hadiah kau yang tulus ikhlas dari hati kau tu,  Qay bertukar jadi buaya ganas,  kau tahu tak?!"  secara tiba-tiba,  wajah nakal Atiera bertukar serius.  Bukan betul-betul.  Tetapi sengaja mahu menakut-nakutkan sahabatnya yang akan diijabkabulkan sebentar lagi itu dengan wajah bengisnya.
          "Buaya?  Ganas?  Err..  Apa maksud kau?"  Afifa semakin mengundur ke arah almari pakaiannya.  Atiera pula semakin merapati dirinya dengan bercekak pinggang.
          "Kau tak faham,  ya?  Baik,  aku bagi kau faham,"  Atiera terus menyocok pinggang Afifa dengan jari telunjuknya.  Gadis itu terjerit geli.  Atiera memang tahu itu lah kelemahan yang ada pada sahabatnya itu.
          Dua hari kelmarin,  Atiera baru sahaja pulang dari menunaikan haji di Mekah selepas menikmati bulan madunya di Italy.  Bulan madunya bersama Qayyum Farkhan sangat romantik.  Sehinggakan mereka berdua tidak mahu pulang dalam tempoh masa yang terdekat.  Sebenarnya,  jika diikutkan,  Atiera kini masih berada di Taiwan.  Dia teringin benar pergi ke Taiwan.
          Namun dek kerana Afifa yang mengadakan majlis pernikahannya dengan Syed Aizriel secara mengejut,  jadi dia dan Qayyum Farkhan terpaksa pulang ke Malaysia setelah berkali-kali didesak Afifa.
          Namun begitu,  ada satu insiden yang menyebabkan dia benar-benar bengang dengan sahabatnya itu.  Masih terbayang-bayang lagi wajah Qayyum Farkhan yang tersenyum nakal di hadapannya semasa melihat dia memakai baju tidur pemberian Afifa semasa majlis perkahwinan mereka dahulu.
          Hari itu merupakan hari kedua mereka berada di sini.  Semalam mereka tiba jam 10 malam.  Disebabkan masing-masing keletihan,  Qayyum Farkhan dan Atiera memutuskan untuk berehat sahaja dan memulakan misi malam pertama mereka keesokan harinya.
          Selesai makan malam,  Qayyum Farkhan dan Atiera naik semula ke bilik.  Sementara menunggu Atiera,  Qayyum Farkhan berbaring di atas katil di bilik hotel 5 bintang itu.  Tangannya diletakkan di belakang kepala.
          Bunyi desiran air pancuran di dalam bilik air menandakan bahawa Atiera sedang mandi di dalam bilik air.  Qayyum Farkhan tersenyum nakal.  Dia mendapat 1 idea.
          Qayyum Farkhan bangkit dari katil lalu mengambil beg pakaiannya.  Beg tersebut dibuka lalu Qayyum Farkhan tersenyum nakal.  Sebuah kotak berwarna merah jambu dikeluarkan daripada beg pakaiannya.  Kotak tersebut diletakkan di atas katil bersama sekeping kad kecil di atasnya.
          Qayyum Farkhan berdiri di hadapan pintu bilik air bersama sehelai tuala di bahunya.  Dia sedikit gementar menunggu isterinya keluar dari bilik air.
          Pintu bilik air terkuak.  Atiera kaget.  Renungan nakal Qayyum Farkhan sudah cukup menggelorakan hatinya. 
          Qayyum Farkhan tertawa lucu di dalam hatinya.  Wajah wanita itu kelihatan pucat lesi.  Mana tidaknya.  Qayyum Farkhan meneliti seluruh tubuhnya yang hanya berbalutkan sehelai tuala separas paha.          
          Qayyum Farkhan membelai rambut panjang Atiera yang masih basah.  Aroma syampu rambut yang digunakannya sama sekali menggiurkan Qayyum Farkhan.  Tujuan utamanya mahu mandi juga sudah menyimpang ke arah lain.
          Atiera menggenggam tualanya agar tidak terburai.  Dia benar-benar belum bersedia.  Apakah lelaki itu mahu melaksanakan tanggungjawabnya sekarang juga?  Atiera semakin tidak keruan.  Mahu menolak,  berdosa.  Mahu merelakan,  dia masih belum bersedia.  Apa yang harus dia lakukan?
          Akhirnya Atiera pasrah.  Dia menutup matanya rapat apabila menyedari ikatan tualanya sudah berada di dalam genggaman Qayyum Farkhan.  Dia tahu,  bila-bila masa sahaja tualanya akan terbuka.  Semuanya bergantung kepada lelaki itu.
          "Qi nak,  Ta pakai baju yang ada atas katil tu.  Kalau tak,  Qi sendiri akan pakaikan Ta,"  bisik Qayyum Farkhan kedengaran samar-samar di telinga Atiera.
          Satu ciuman hinggap di pipi kanan Atiera sebelum Qayyum Farkhan berlalu meninggalkan Atiera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
          Atiera masih kaku di situ.  Cepat-cepat dia mengemaskan ikatan tualanya yang sudahpun terbuka gara-gara perbuatan Qayyum Farkhan.  Dia menghembus nafas leganya sebelum berjalan menuju ke arah katil.
          Kad kecil di atas kotak tersebut dicapai.

Ni hadiah malam pertama kita oleh Ifa.
Qi tak tahu pula Ifa ada taste yang very gorgeous.
Baju ni sesuai untuk Ta..
Dan malam pertama kita. 
Qi harap Ta pakai baju yang cantik ni untuk Qi. 
Qi yakin Ta takkan kecewakan Qi,  kan?
(Sayang Qi..)

          'Jaga kau Ifa.  Aku akan buat perhitungan nyawa dengan kau nanti,'  bentak hatinya.
          Atiera menarik nafas dalam-dalam.  Dia menutup semula kad tersebut lalu mencapai kotak yang dimaksudkan Qayyum Farkhan lalu membukanya.  Alangkah terkejutnya dia apabila terlihatkan isi kotak itu adalah sehelai baju tidur yang berwarna biru laut.  Serentak itu,  kata-kata Afifa terngiang-ngiang di telinganya.
          'Tolong sikit,  ya?  Kau cakap aku bajet ya?  Tak apa.  Tadi aku dah bagi Qay baju tidur yang aku tunjuk Lia hari tu.  Cantik.  Dah lah cantik,  nipis,  seksi,  sweet pula tu.  Aku percaya,  kalau kau pakai nanti,  mesti Qay tak tidur malam punya.'
          Atiera berpeluh secara tiba-tiba.  Menggigil tangannya mengeluarkan baju tidur itu daripada kotak.  Bagaikan mahu pitam.  Baju tidur itu memang sangat jarang.  Kain pada bahagian dadanya juga nipis dan jarang.
          Atiera semakin tidak keruan.  Bagaimana agaknya rupanya nanti apabila memakai baju tersebut.
          'Qi nak,  Ta pakai baju yang ada atas katil tu.  Kalau tak,  Qi sendiri akan pakaikan Ta,'  ugutan Qayyum Farkhan pula menerjah ke telinganya.  Dia gerun dengan ugutan lelaki itu.  Apakah lelaki itu benar-benar bermaksudkannya?
          'Apa aku nak buat ni?  Kalau aku pakai,  mati lah aku.  Kalau aku tak pakai,  lagi berlipat kali ganda mati aku dikerjakan Qay.  Aku lebih rela pakai sendiri daripada orang lain pakaikan,'  jerit hatinya gelisah.
          Atiera segera mencapai telefon bimbitnya.  Berkali-kali nombor telefon Farisya Adlina cuba didailnya namun gagal.  Begitu juga dengan Afifa dan Lia.  Talian yang tidak begitu baik menghalanganya daripada meminta pendapat sahabat-sahabatnya untuk membuat keputusan.
          "Ta betul-betul nak Qi pakaikan ke?"  teguran Qayyum Farkhan menambah kegelisahan hati Atiera.  Dia berpaling memandang suaminya yang baru keluar dari bilik air dengan tuala yang membaluti separuh daripada tubuhnya.
          "Bukan.  Err..  Ta..  Err.."
          Tergagap-gagap Atiera menjawab pertanyaan Qayyum Farkhan.  Dia bertambah gerun apabila melihat lelaki yang sama masih bertuala dengannya itu merapati tubuhnya.  Qayyum Farkhan mencapai baju tidur di tangan Atiera.
          Atiera semakin terkejut apabila Qayyum Farkhan mahu merentap tuala yang dipakainya.  Wajah lelaki itu kelihatan serius.  Mungkin kecewa kerana Atiera tidak memakai baju tidur itu seperti yang dimahukannya.  Atiera masih mempertahankan pegangan tualanya.  Dia berundur setapak demi setapak apabila lelaki itu mahu merapatinya.
          Wajah Atiera merah padam.  Malu agaknya.  Qayyum Farkhan bagaikan mahu tergelak melihat gelagat isterinya yang malu akibat perbuatannya memegang ikatan tualanya. 
          Atiera mendongakkan wajahnya apabila menyedari tubuhnya sudahpun bersandar di dinding.  Langkahnya termati di situ.  Qayyum Farkhan mula mengukir senyuman nakal.  Dia yakin pasti wanita itu akan menyerah kalah.
          "Ni lah padahnya kalau tak nak dengar cakap suami.  Kalau Ta tak nak Qi pakaikan,  tak apa lah.  Qi tak paksa.  Tapi lagi bagus.  Ta tak perlu pakai apa-apa.  Lagi senang Qi nak start project Qi,"  bisik Qayyum Farkhan nakal.  Bibirnya menyentuh cuping telinga Atiera menyebabkan wanita itu geli geleman.
          Qayyum Farkhan mendekatkan bibirnya ke belakang tengkuk Atiera.  Kulit sawo matang wanita itu disentuh lembut bibir lelaki itu.  Nafas Qayyum Farkhan semakin kuat di telinga Atiera.  Atiera menutup matanya lalu menolak tubuh Qayyum Farkhan menyebabkan lelaki itu terdiam.
          "Qi,  biar Ta pakai baju tu dulu,"  Atiera terus mencapai tualanya yang sudah terjatuh ke lantai bersama baju tidur yang dicampak Qayyum Farkhan sebentar tadi lalu masuk ke bilik air.
          Qayyum Farkhan bersorak di dalam hatinya.  Dia sudah berjaya!  Atiera sudah tewas di tangannya.
          Qayyum Farkhan memperbetulkan tualanya yang sudah longgar sebelum menghampiri katil.  Dia naik ke atas katil lalu menghidupkan lampu tidur.  Dia mahu menghidupkan suasana romantik dengan mematikan lampu bilik dan hanya menyalakan lampu tidur.
          Sedang dia duduk bersandar di kepala katil,  pandangannya tertumpu ke arah Atiera yang baru keluar dari bilik air.  Qayyum Farkhan tersenyum lega melihat Atiera memakai baju tidur biru laut itu.  Dengan wajah menunduk,  Atiera berjalan menuju ke arah katil.  Dia berdiri betul-betul berhadapan dengan Qayyum Farkhan.
          "I swear.  You look very superb.  Macam ni lah Qi sayang Ta.."
          Jemari Atiera dicapai lalu dibawa ke bibirnya.  Matanya meratah ke seluruh tubuh Atiera yang jelas kelihatan di sebalik baju tidur itu.  Pakaian itu kelihatan benar-benar seksi.  Blaus separas peha dan berkain jarang itu menaikkan keinginan lelakinya.
          "Tak perlu nak malu-malu dengan Qi.  Kita kan suami isteri.  Lagipun ni tanggungjawab kita,  kan?"
          Atiera mengangguk sekali sebelum ciuman Qayyum Farkhan hinggap di lagi di jemarinya. 
          "Ta dah sedia?"  perlahan tetapi kedengaran romantik di telinga Atiera.
          Atiera mengangguk sekali sebelum naik ke atas katil.  Qayyum Farkhan menyambut kedatangan Atiera dengan senyuman manisnya.  Tubuh wanita itu dibaringkan perlahan-lahan.  Dengan ungkapan bismillah,  Qayyum Farkhan memulakan tanggungjawabnya ke atas Atiera dengan penuh hemah.
          Lampu tidur dibiarkan terpasang.  Akhirnya dua insan itu hanyut di dalam lautan asmara yang mereka cipta bersama..

No comments:

Post a Comment