56
'Melawan Kesepian'
Farisya Adlina meraup wajahnya. Entah bagaimana dia boleh terjaga dari tidurnya. Jam sudah menunjukkan pukul 3.25 pagi.
Perlahan-lahan dia melangkah turun dari katil. Kakinya melangkah menuju ke arah katil bayi yang terletak berdekatan katil.
Dia menggeleng perlahan. Patut sahaja malam itu tidurnya tidak lena. Rupanya kedua-dua permata hatinya tiada bersamanya. Pasti dibawa tidur bersama datuknya, Tan Sri Mahmud.
Farisya Adlina menuruni tangga menuju ke dapur. Langkahnya terhenti di ruang tamu. Televisyen masih terbuka. Dia tahu siapa yang sedang duduk menonton rancangan malam itu.
Malas mahu menegur, Farisya Adlina meneruskan langkahnya menuju ke dapur.
Sebelum sempat kakinya melangkah memasuki ruang dapur, Farisya Adlina terjerit kecil. Telapak kakinya terasa pedih sekali.
Farisya Adlina meraba-raba ke telapak kakinya. Terasa ada cecair hangat yang mengalir keluar dari kakinya. Ada sesuatu yang tertanam di lukanya.
Tiba-tiba lampu dapur menyala. Farisya Adlina memalingkan tubuhnya mahu memandang siapa gerangan manusia yang membuka lampu buatnya. Berkerut dahinya memandang manusia di hadapannya itu.
"Kenapa ni, Isya? Ya Allah. Banyaknya darah.."
Pantas Farritz Aidil mencapai tangan Farisya Adlina. Farisya Adlina memandang hairan.
"Bukan tangan, lah. Kaki."
Farritz Aidil mengangkat wajahnya memandang wajah Farisya Adlina. Malu pula rasanya.
"Mana datang kaca ni?" tanya Farritz Aidil sambil menyangkung di hadapan Farisya Adlina.
"Kalau aku tahu ada kaca kat sini, tak ada lah aku nak menari atas kaca ni sampai berdarah kaki ni," kata-kata Farisya Adlina berbaur sindiran.
Farritz Aidil diam. Mungkin gara-gara Cheko, kucing siam Farisya Adlina yang mencari makanan di dapur sehingga menjatuhkan gelas tanpa ada yang menyedari.
Farisya Adlina mengaduh kecil. Terasa kakinya berdenyut-denyut. Farritz Aidil serba salah. Mahu menyentuh kakinya, mereka bukan lagi muhrim.
Melihatkan darah Farisya Adlina yang semakin membuak-buak, Farritz Aidil tidak punya pilihan lain selain mengendong Farisya Adlina ke bilik untuk dirawat.
Farisya Adlina terdiam. Dek kerana kepedihan luka di kakinya, dia hanya merelakan tubuh kecil moleknya dibawa ke bilik di tingkat atas.
Perlahan-lahan Farritz Aidil membaringkan tubuh Farisya Adlina di atas katil sebelum berlalu keluar untuk mendapatkan peti kecemasan di dapur.
Dua minit kemudian, Farritz Aidil kembali ke bilik Farisya Adlina bersama peti kecemasan di tangannya. Farisya Adlina hanya diam memandang kesungguhan lelaki itu merawatnya.
"Kau tahan sikit, ya?"
Perlahan-lahan Farritz Aidil menarik serpihan kaca yang terbenam di telapak kaki Farisya Adlina. Farisya Adlina terjerit kecil. Mungkin terlalu pedih.
Farritz Aidil mengesat darah yang mengalir keluar dari kaki Farisya Adlina. Pertama, luka tersebut dicuci dengan air suam. Kemudian dicuci pula dengan cecair Dettol. Kemudian, kaki Farisya Adlina dibalut kemas untuk menghentikan pengeluaran darah.
"Dah. Dah tak sakit sangat, kan?"
Farritz Aidil membersihkan tangannya dengan air bekas cucian luka Farisya Adlina. Dia tersenyum manis memandang wajah wanita itu yang sedang berbaring di atas katil.
"Thanks.." ucap Farisya Adlina ikhlas sebaik melihat Farritz Aidil mahu berlalu meninggalkan bilik.
"Tak ada apa-apa lah. Oh ya, kau ke datang dapur tadi, mesti sebab nak air, kan? Nanti, aku ambilkan," balas Farritz Aidil lalu meneruskan langkahnya menuju ke dapur.
Farritz Aidil beristighfar panjang. Dia tidak mahu berlama-lama di bilik Farisya Adlina. Baru beberapa minit berdua-duaan dengannya sahaja sudah cukup menimbulkan gelodak perasaannya.
Farritz Aidil menarik nafas dalam-dalam. Setelah yakin dirinya sudah bersedia, Farritz Aidil masuk semula ke bilik Farisya Adlina bersama segelas air putih. Jantungnya berdegup kencang.
Farisya Adlina masih duduk bersandar di kepala katil. Dia tersenyum manis sebaik sahaja Farritz Aidil menghulurkan gelas tersebut kepadanya. Perlahan-lahan air tersebut diteguk.
"Kenapa tak tidur lagi? Kan dah pukul 3 ni?" tanya Farisya Adlina sebaik sahaja gelas tadi diletak di atas meja kecil di sebelah katil.
"Aku tak mengantuk lagi. Kau?" balasnya perlahan.
"Aku terjaga. My sweet couple dah tidur dengan grandpa dia," jawab Farisya Adlina sambil tersenyum manis.
Masing-masing diam seketika. Tiada topik mahu dibicarakan.
"Kau dengan Is, macam mana?"
Farisya Adlina memandang Farritz Aidil. Sukar untuk ditafsirkan maksud di sebalik pandangan itu.
"Biasa je. Kau? Intan macam mana?"
"Intan? Entah lah. Okey kot.."
Masing-masing tertunduk diam.
"Bila kau dengan Is nak kahwin?" pertanyaan Farritz Aidil menyentakkan Farisya Adlina.
"InsyaAllah. Dalam bulan ni, kalau ada rezeki, kami akan kahwin."
Farritz Aidil tertunduk sayu.
"Kenapa?"
Farisya Adlina sedikit lega. Pasti lelaki itu berasa cemburu. Dan dia yakin Farritz Aidil akan cuba mendapatkannya kembali daripada dimiliki Asyraf Danisy. Mana mungkin lelaki itu tegar melepaskannya dengan lelaki lain. Dia tahu Farritz Aidil sangat menyintainya dan sanggup berkorban apa sahaja untuknya.
"Tak. Tak ada apa-apa. Kau tidur lah. Aku nak tengok tv. Assalamualaikum."
Belum sempat wanita itu berkata apa-apa, Farritz Aidil terus berlalu pergi meninggalkan Farisya Adlina. Biar lah. Dia yakin, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan, walau apapun keputusan Farisya Adlina, dia menghormatinya. Kerana dia tahu, pilihan Farisya Adlina selalunya tepat dan memberi kebahagiaan kepada mereka.
Farritz Aidil rela melepaskan Farisya Adlina. Dia tidak akan menghancurkan kebahagiaan wanita yang amat dikasihinya itu hanya untuk kepentingan dirinya sendiri. Dia juga tidak akan merebut wanita itu daripada Asyraf Danisy. Kerana itu dia sangat mengharapkan Asyraf Danisy menjaga Farisya Adlina dengan baik.
Farisya Adlina membaringkan tubuhnya. Dia kecewa. Kecewa kerana lakonannya selama ini tidak menjadi. Dia sangkakan Farritz Aidil sama dengan lelaki-lelaki yang ada dalam novel kegemarannya. Lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kekasihnya kembali.
Namun sangkaannya meleset. Farritz Aidil langsung tidak mencuba untuk merebutnya kembali daripada berkahwin dengan Asyraf Danisy. Lelaki itu hanya tersenyum dengan wajah tenangnya apabila bercerita mengenai perkahwinannya dengan Asyraf Danisy nanti.
Namun, apa lah dayanya mahu mengubah takdir. Dia tidak mungkin akan bersatu semula dengan Farritz Aidil seperti dahulu. Farisya Adlina kini tersepit di tengah-tengah. Antara rasa serba salah, dengan rasa kasih yang tawar terhadap bakal suaminya, Asyraf Danisy.
"Jangan kau cari aku lagi lepas ni! Aku akan kahwin dengan Asyraf Danisy hujung tahun ni. Itu keinginan kami selama ni. Assalamualaikum," dek keceluparannya membuat keputusan, Farisya Adlina kini menjadi mangsa keadaan. Dia benar-benar menyesal.
Tanpa disedari, setitis air mata gugur di pipi Farisya Adlina. Malam itu dia tidur bertemankan air mata. Berharap di dalam tidurnya nanti, dia bakal disatukan semula dengan Farritz Aidil. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment