46
'Bila Cinta'
Farisya Adlina mengusap lembut pipi Farritz Aidil. Tenang. Itu yang dirasakan Farritz Aidil di saat ini. Dia menutup matanya lalu meraih jemari runcing Farisya Adlina ke dadanya.
"Isya, kau sayang aku tak?"
Belaian Farisya Adlina berpindah pula ke rambut Farritz Aidil. Dia mahu lelaki itu bahagia dimanjakan begitu. Belum seumur hidupnya memanjakan mana-mana lelaki dengan tangannya sendiri.
"Hei, kau berangan, ya?"
Farisya Adlina tersentak apabila tapak tangan kasar Farritz Aidil menyentuh wajahnya. Dia tersenyum manis melihat Farritz Aidil yang sedang berbaring di atas pangkunya.
"Mana ada aku berangan.. Kau ni merepek je lah."
Andai sahaja dia mampu memberhentikan putaran masa, waktu ini lah yang mahu dia hentikan. Dia tidak mahu malam yang indah ini berakhir. Duduk bersantai berdua di bawah sinaran bula purnama.
"Isya, kenapa aku asyik muntah-muntah dan pening kepala sejak kebelakangan ni?"
Pertanyaan Farritz Aidil menyeru senyuman Farisya Adlina. Di sebalik rasa simpati, terselit juga kelucuan melihat lelaki itu yag sudah beberapa bulan ini sering muntah-muntah. Sabar Ritz.. Lagi 7 bulan je. Lepas tu kau akan bebas dari semua mabuk ni.
Farisya Adlina tersenyum lagi.
"Kenapa kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni? Aku serius lah."
"Ritz. Kalau ditakdirkan aku mati dulu, kau akan cari perempuan lain tak?"
Farisya Adlina menukar topik perbualan mereka. Menyedari perubahan sikap Farisya Adlina, datang akal Farritz Aidil untuk mengelakkan wanita itu bersedih.
"Mesti lah. Siapa suruh kau tinggalkan aku?"
Farisya Adlina terkaku. Tidak menyangka itu jawapan bagi soalan sensitifnya.
"Kalau kau kahwin baru, kau ajak dia tidur atas katil kita ke?"
"Eh, mesti lah tak. Takkan lah aku nak ajak dia tidur atas katil kita. Tak boleh.."
Farisya Adlina menghela nafas lega.
"Sebab aku akan belikan satu katil paling special untuk dia. Yang kecil je pun dah kira okey. Sebab kalau katil kecil, dia tak boleh gerak mana-mana. Pusing kiri, muka aku. Pusing kanan pun, muka aku yang dia nampak. Baru sweet. Tak macam kau. Puas aku pusing kiri kanan depan belakang, langsung tak nampak muka kau."
Farritz Aidil mengaduh kuat akibat cubitan pantas Farisya Adlina. Wajahnya terasa panas. Sampai hati lelaki itu berkata begitu di hadapannya.
"Habis baju kecil aku, kau kasi dia pakai tak?"
Muncungnya sudah panjang sedepa. Tercuit hati Farritz Aidil melihatnya.
"Eh, yang tu lagi aku takkan bagi dia pakai. Barang sensitif tu.."
"Macam itu lah sayang aku."
Farisya Adlina mulai tersenyum lega. Pasti jawapan bagi soalan kali ini akan menyenangkan hatinya.
"Sebab kau pakai saiz 40. Dia baru saiz 36. Comel gitu. Nanti kalau dia pakai kau punya, menggelebeh je. Penat aku nak tolong naikkan talinya nanti."
Terbeliak biji mata Farisya Adlina mendengar perkataan 'dia' yang baru diucapkan Farritz Aidil. Farritz Aidil bangkit lalu melarikan diri dari Farisya Adlina. Dia masih sempat ketawa mengekek-ngekek padahal betapa pedihnya hati Farisya Adlina tiada siapa yang tahu.
"Chop, Isya. Aku gurau je. Jangan lah kejar aku lagi. Penat, dok!"
Termengah-mengah Farritz Aidil setelah dikejar Farisya Adlina keliling balkoni. Farisya Adlina masih bercekak pinggang dengan wajahnya yang merah padam.
"Oh, saiz 36 ya? Mari sini aku kasi kau betul-betul punya saiz 36."
Sekali lagi Farisya Adlina mengejar lelaki itu. Bukan dia ambil serius tentang gurauan Farritz Aidil. Kerana dia tahu lelaki itu memang gemar mengusiknya. Jauh di dasar hati Farisya Adlina, dia bahagia di saat ini. Bahagia di sisi lelaki yang menyayanginya. Dahulu, kini, dan selamanya..
"Hei Ritz! Berangan ke apa ni?" teguran Intan Natasha mematikan lamunan panjang Farritz Aidil. Intan Natasha duduk di sisi Farritz Aidil sambil tersenyum manja.
"Ritz, next week kita dah nak kahwin. You dah sedia ke?"
Intan Natasha merangkul lengan Farritz Aidil. Farritz Aidil hanya diam. Wajahnya tidak terurus. Dengan rambut kusut masai, jambang yang mulai tumbuh, dan rupa yang sering murung. Farritz Aidil langsung tidak bersuara. Senyum pun tidak.
"I happy sangat. Sebab impian kita selama ni nak kahwin tercapai jua akhirnya."
"Impian you je. Bukan I."
Intan Natasha merungut geram. Dia tahu lelaki itu masih belum melupakan Farisya Adlina.
"Ni semua sebab minah kampung tak sedar diri tu. Kalau dia tak curang dengan you, mesti you tak macam ni."
"Jangan kutuk isteri I boleh tak? Remind your word, okay? Kalau dia minah kampung, I pun mamat kampung. Kami membesar di tempat yang sama. Sebelum you berani nak kutuk dia, berhadapan dengan I dulu."
Farritz Aidil bangkit dari buaian tersebut mahu meninggalkan ruang balkoni tempat dia selalu duduk berdua dengan Farisya Adlina dulu. Mungkin rimas dengan herdikan Intan Natasha terhadap satu-satunya insan yang dia cintai.
"Wait. She's not your wife anymore! You dah ceraikan dia. You jangan jadi orang gila talak, okey?" suara Intan Natasha kian meninggil.
"I boleh rujuk dengan dia anytime je. Lagipun, she's still my wife. Dia pregnant anak I, okey?"
Farritz Aidil tetap meneruskan perdebatannya dengan Intan Natasha walaupun sudah hampir tiba di muka pintu bilik. Mengapa dia begitu nekad mengaku kesahihan anak itu? Padahal dia pernah beranggapan mengenai status anak itu yang sebenarnya adalah anak kepada Hafiz.
"Mana you tahu tu anak you? Jangan-jangan tu anak boyfriend dia. You je yang terhegeh-hegeh nak mengaku tu anak you. Hei, perempuan tu penyebab kita tak dapat bersama dulu tau. You dah lupa ke? Dia dah rampas hak I!"
Mendengarkan kata-kata lancang mulut Intan Natasha, Farritz Aidil berpatah balik ke arahnya. Intan Natasha kaget.
"Tapi perempuan tu juga penyebab semua keinginan gila you tercapai. You ingat, Intan. Bumi ni bulat. Kalau you masih tak insaf lagi dengan dosa kita pada Isya dulu, satu hari nanti, you akan hadapi benda yang sama Isya pernah rasa dulu, masa kita masih couple. Dia tak pernah rampas hak you. I yang silap menilai dia dulu. So, think before you judge her!"
"Tak payah nak jadi ustaz nak ajar I lah. Jaga tepi kain you tu dulu! Diri you pun tak betul, nak cakap fasal insaf dengan I pula. You tak layak lah, Ritz!"
Farritz Aidil tidak mengendahkan jeritan Intan Natasha. Dia terus berlalu keluar dari bilik. Terkulat-kulat Intan Natasha di situ seorang diri. Sebaik sahaja Farritz Aidil berlalu, Intan Natasha menghempas telefon bimbitnya ke lantai. Habis berderai.
Hatinya begitu sebal mendengar Farritz Aidil membahas kata-katanya. Dia tidak akan mengalah. Dia tetap memasang tekad untuk memiliki Farritz Aidil walau dengan apa cara sekalipun!
No comments:
Post a Comment