Thursday, April 14, 2011

bab 49



49

'Menyesal'

Farritz Aidil membuka matanya perlahan-lahan.  Dia cuba mengamati suasana riuh rendah di tingkat bawah rumah ibu bapanya ini.  Suara ibu dan ayah sudah terlalu formal baginya.  Tetapi ada beberapa lagi suara yang tidak dikenalinya sedang tertawa gembira di tingkat bawah.
          Ah!  Biarkan.  Mungkin rakan-rakan ibu bapanya yang datang ke sini untuk menghadiri majlis pernikahannya sebentar lagi.
          Farritz Aidil baring menelentang.  Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus lega.  Fikirannya menerawang seketika.  Matanya mengerling ke sebelah kanannya.  Tempat di mana Farisya Adlina akan duduk dan mengejutkannya solat setiap pagi. 
          Sungguh..  Dia rindukan suasana bahagia itu.  Setiap kali Farisya Adlina datang mengejutkannya solat,  setiap kali itu juga dia akan menyakat wanita itu dengan menariknya ke dalam pelukannya.
          Adakalanya Farisya Adlina menolak.  Dan adakalanya Farisya Adlina hanya merelakan.  Mungkin kerana sudah lali disakat begitu.  Tetapi itu lah yang menyebabkan Farritz Aidil suka bangun lewat.  Dan Farisya Adlina akan datang mengejutnya.  Oleh itu dia akan memperoleh hadiah istimewa di pagi hari.  Itu lah yang menceriakan harinya..
          Tetapi..  Itu semua dahulu.  Kini dia tidak lagi menikmati semua kebahagiaan itu.  Farisya Adlina tidak lagi di sisinya.  Hanya kenangan yang mampu membahagaikannya setiap kali teringatkan arwah isterinya.
          Farritz Aidil mencapai bingkai gambar dia dan Farisya Adlina semasa majlis konvokesyen beberapa bulan lalu.  Bahagia sungguh Farisya Adlina yang berjubah di sisi Farritz Aidil.  Wajahnya kelihatan merah padam apabila gambar Farritz Aidil sedang mencium pipinya ditangkap lensa kamera jurufoto.
          Itu lah kenangan terindah bagi Farritz Aidil.  Bagi mengingati semua kenangan bersama si isteri.  Di sisi bawah gambar itu tertulis lirik lagu penyanyi Samsons bertajuk kenangan terindah.

Darimu..
Ku temukan hidupku..
Bagiku..
Kau lah cinta sejati..

-love 4 eva-
_Ritz+Isya_

          Farritz Aidil mencium gambar Farisya Adlina.  Rindu benar dia pada wanita itu.  Mendengar celoteh manjanya,  bebelan marahnya,  rajuk tangisnya,  dan melihat senyuman manisnya.
          "Siapa ni,  ibu?"  ujar Farritz Aidil masih terpinga-pinga melihat sesusuk tubuh yang masih terbaring kaku di hadapannya.
          "Ni isteri Ritz.  Ritz sabar,  ya nak?"  pujuk Datin Munirah dengan air mata palsunya.  Da benar-benar gembira kerana dapat memperdayakan semua orang mengenai kematian Farisya Adlina.
          "Ibu tipu!  Baru semalam Ritz jumpa Isya.  Isya cakap dia sihat.  Ibu sengaja,  kan?"  ujar Farritz Aidil mengandaikan mimpi yang dialaminya adalah realiti.
          Farritz Aidil menggoncang kuat tubuh ibunya.  Semua ahli keluarga yang lain hanya memandang penuh simpati.  Mereka juga turut terpempam dengan berita kematian Farisya Adlina yang tiba-tiba.
          "Mama..  Ritz tak percaya ni Isya.  Bagi Ritz tengok dia,  mama.."
          Farritz Aidil melutut di hadapan Puan Sri Zakiah yang sedang duduk di atas kerusi hospital.  Tan Sri Mahmud mengurut lembut belakang Farritz Aidil. 
          Perlahan-lahan selimut putih yang menyelimuti wajah jasad itu dibuka.  Farritz Aidil hampir pitam.  Hampir 95 peratus tubuh dan wajahnya terbakar.  Tidak boleh dicam langsung.  Farritz Aidli mula menidakkan bahawa jasad itu adalah Farisya Adlina.
          Namun tiba-tiba matanya menangkap ke jari manis jasad tersebut.  Cincin itu!  Cincin yang dipakainya adalah cincin pernikahan yang dsarung Farritz Aidil ke jari Farisya Adlina tujuh bulan lalu.  Farisya Adlina!  Memang dia adalah Farisya Adlina!
          Farritz Aidil terkedu.  Lidahnya kelu untuk berkata apa-apa.  Tiba-tiba Farritz Aidil jatuh terduduk.  Pandangannya gelap.  Mindanya kosong.  Dia sepertinya sudah jauh dari alam nyata.  Tetapi masih boleh menangkap suara tangisan seluruh keluarga yang mengangkat tubuhnya.
          Bunyi ketukan pintu bertalu-talu mematikan lamunan panjang Farritz Aidil.  Dia menoleh ke arah pintu.  Air mata yang kian mengering di pipinya lantas disapu.  Entah siapa yang datang ke biliknya pagi-pagi ini.
          Farritz Aidil mahu menutup pintu semula tatkala melihat wajah Intan Natasha sebaik sahaja membuka pintu.  Tidak solatkah gadis ini?  Datang ke rumahnya awal subuh sebegini?
          "You..  Sampai bila you nak berkurung ni?"
          "You ni kafir ke?  Tak solat ke?  Datang rumah orang subuh-subuh lagi.  Tu,  dia orang semua tu pun macam you juga ke?"
          Kata-kata Farritz Aidil ditujukan kepada semua tetamu di rumahnya.  Intan Natasha naik berang. 
          "Hei!  You kata I kafir?  You dah buta ke?  Hari dah siang!  Mana datang subuh?  Bilik you ni yang gelap gelita.  Patut lah you ingat masih subuh.  Entah-entah you yang tak solat subuh.  You tu yang kafir!  Bukan I"
          Farritz Aidil menoleh ke arah jam dinding.  Benar.  Sudah jam lapan.  Biliknya juga gelap gelita seperti yang dimaklumkan Intan Natasha. 
          Akibat rasa malu yang melampau,  Farritz Aidil menolak tubuh Intan Natasha menjauhi biliknya lantas dikunci semula pintu bilik.  Dia segera kembali semula ke atas katil lalu membaringkan tubuhnya.  Dari dalam kedengaran suara Intan Natasha berteriak memanggilnya. 
          Farritz Aidil segera menekup mukanya dengan bantal lalu dipejamkan matanya.  Semenjak kebelakangan ini,  Farritz Aidil lebih suka menyendiri di dalam bilik.  Tidak gemar bertemu orang lain.  Walaupun sahabatnya sendiri.  Dia berharap suatu hari nanti,  apabila dia bangun dari tidur,  dia dapat melihat wajah yang dirindunya itu lagi..
          Ya..  Suatu hari nanti..

No comments:

Post a Comment