58
'Pelangi Petang'
"Ala.. Mama balik lah malam ni. Lepas Isya nikah, mama balik lah. Takkan mama tak nak tengok anak mama nikah?" Farisya Adlina mencemikkan bibirnya.
Dia sebal kerana ibunya tidak dapat pulang ke Malaysia semasa majlis pernikahannya nanti. Rancangnya mahu melangsungkan majlis tersebut selepas solat zohor. Namun ibunya hanya akan pulang selepas asar, mungkin hampir malam.
"Tak boleh. Mama ada seminar pukul 9 malam nanti. Esok pula, kena jumpa klien pukul 1 petang. Mama tak sempat," pujuk Puan Sri Zakiah. Farisya Adlina hanya diam sambil memegang telefon bimbit yang masih di telinganya.
"Oh ya. Siapa agaknya lelaki bertuah tu?"
"Nama dia Asyraf. Isya baru kenal dengan dia," jawabnya.
Puan Sri Zakiah menarik nafas lega. Ternyata sangkaannya selama ini salah sama sekali. Asyraf. Dia tidak pernah mendengar nama itu. Pasti dia tidak pernah juga melihat orangnya. Memang lah. Seperti kata Farisya Adlina, mereka baru sahaja berkenalan.
"Oh.. Sedap namanya. Mesti orangnya kacak, kan? Tapi Isya pasti ke nak kahwin sekarang? Maksud mama, Isya kan baru je kenal dengan dia. Takut tak boleh nak sesuaikan diri je."
"It's okay, mama.. But.."
"Isya tak perlu risau. Isya nikah je dulu. Kalau mama sempat, mama datang, ya?" baru sahaja Farisya Adlina mahu meluahkan keinginannya untuk membatalkan pernikahannya minggu hadapan, wanita itu terlebih dahulu memotong kata-katanya. Farisya Adlina hanya diam. Merenung cermin solek di hadapannya sambil mendengar nasihat wanita tua itu.
Rindu. Sudah beberapa lama mereka tidak bertemu. Walaupun hanya berbual melalui telefon bimbit, itu sudah cukup untuk mereka melepaskan rindu masing-masing.
FARISYA Adlina mengambil tempat di sisi Farritz Aidil. Mereka berdua duduk di atas bangku berhadapan tasik sambil menikmati aiskrim Cornetto kegemaran mereka. Setelah penat membeli peralatan untuk majlis pernikahan Farisya Adlina nanti, Farritz Aidil membawa Farisya Adlina bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur sebelum diijabkabulkan dengan Asyraf Danisy minggu hadapan.
"Sedap?" tanya Farritz Aidil sambil tersenyum manis ke arah Farisya Adlina.
Farisya Adlina mengangguk sambil menikmati aiskrimnya.
"Memang lah sedap. Orang belanja. Cuba kalau beli sendiri. Nak sentuh pun tak berani," balas Farritz Aidil selamba.
Farisya Adlina berpaling. Sengaja mahu membalas usikan Farritz Aidil, dia mencolet sedikit aiskrimnya ke hidung mancung lelaki itu. Farritz Aidil tidak sempat mengelak.
"Oh, nak ungkit pasal belanja, ya?"
Farisya Adlina bangkit dari bangku meninggalkan Farritz Aidil yang masih terkial-kial membersihkan hidungnya yang melekit.
"Woi! Jangan lari! Kau memang nak kena, Isya," jerit Farritz Aidil sambil mengejar langkah Farisya Adlina.
Tiba-tiba ketawa Farisya Adlina terhenti. Langkahnya termati di situ. Farritz Aidil menjadi hairan.
"Isya, Ritz.."
Huluran tangan Syed Aizriel hanya disambut mesra Farritz Aidil. Wajah Farisya Adlina berubah keruh tiba-tiba. Dia berpeluk tubuh sambil berpaling muka.
"Kakak, kenapa kakak tak pandang Pak Long Yul? Kakak ni tak sopan, lah," bentak Nurul Syuhadah yang memegang tangan Syed Aizriel.
Farisya Adlina tersentak mendengar celoteh kanak-kanak itu. Farritz Aidil dan Syed Aizriel masing-masing memandang ke arah Farisya Adlina dan Nurul Syuhadah.
"Yul, Yul tak boleh cakap macam tu. Yul pun tak sopan sebab marahkan kakak ni. Berdosa tau?" ujar Syed Aizriel. Dia tahu. Anak saudaranya itu memang banyak mulut. Dia akan mengkritik apa sahaja yang kelihatan tidak elok di matanya.
Farisya Adlina terpandang ke anak mata Syed Aizriel. Ah, dia berpaling kembali. Benci rasanya memandang ke arah lelaki yang pernah mempermainkannya itu.
"Aku pun teringin nak betting macam Awal dengan member-member dia untuk dapatkan Cikgu Syuhadah. So, aku buat benda yang sama dengan member aku untuk dapatkan kau. Kau tahu kenapa aku beriya-iya sangat nak betting untuk kau? Sebab duit yang ditawarkan tu, not bad. RM2.3 juta. Tak semahal harga diri kau! "
Farisya Adlina segera berlalu meninggalkan Syed Aizriel. Tidak sanggup rasanya diam mahu memandang wajah lelaki itu lebih lama lagi.
"Kenapa dengan Isya tu?"
Mereka memerhatikan langkah Farisya Adlina yang semakin pantas.
"Mungkin sebab betting yang aku cerita kat kau tu kot.."
Farritz Aidil tertunduk kesal. Gara-gara cerita yang direkanya, Farisya Adlina berdendam pula dengan sahabatnya.
"Kau sabar, ya? Aku faham perasaan kau."
Mereka bersalaman sebelum Farritz Aidil mendapatkan Farisya Adlina yang sedang duduk termenung seorang diri.
"Isya. Kau nak main 1 game tak?"
Farisya Adlina menoleh lalu mengangguk erlahan. Dia tahu. Itu lah salah satu cara lelaki itu memujuknya. Farritz Aidil menarik nafas lega.
"Setiap kata-kata aku, aku nak kau ikut perkataan yang terakhir, okey?"
Farisya Adlina mengangguk faham.
"Satu hari, aku pergi berburu di hutan."
"Hutan."
"Aku pergi seorang diri."
"Aku pergi seorang diri."
"Diri."
"Tiba-tiba, aku sakit perut."
"Perut."
"Aku terasa macam nak berak."
"Aku terasa macam nak berak."
Farisya Adlina terdiam seketika. Dia memandang Farritz Aidil dengan dahi berkerut.
"Berak," teragak-agak dia mahu menyebut perkataan terakhir itu. Farritz Aidil hanya tersenyum manis.
"Aku lega."
"Lega."
"Satu hari, aku pergi berburu lagi."
"Lagi."
"Lagi."
"Aku pergi ke tempat di mana aku berak dulu."
Sekali lagi Farisya Adlina memandang Farritz Aidil dengan dahi berkerut.
"Dulu," perlahan-lahan dia menyambut perkataan terakhir itu.
"Aku pelik."
"Pelik."
"Tahi aku hilang!"
"Hilang."
"Siapa makan tahi aku?"
"Aku," jawab Farisya Adlina yakin.
Serta merta Farritz Aidil ketawa terbahak-bahak menyebabkan semua pengunjung memandang ke arah mereka. Farisya Adlina masih terpinga-pinga.
Selepas menyedari punca dia ditertawakan, Farisya Adlina terus memukul bahu Farritz Aidil sekuat-kuat hatinya. Lintang pukang Farritz Aidil melarikan dirinya.
Mereka berdua tertawa riang. Bagaikan tiada siapa yang akan memisahkan mereka selepas ini. Namun apa yang akan berlaku selepas ini pasti akan merubah segalanya. Tidak akan ada lagi gurau senda antara mereka selepas ini. Farisya Adlina akan dimiliki orang lain..
Tiada siapa yang akan mengusiknya sebagaimana yang dilakukan Farritz Aidil setiap hari. Dia yang menceriakan suasana, dia yang menyakitkan hati, dan dia juga pengubat hati yang duka. Pasti Farisya Adlina akan merindukan semua saat bahagia itu nanti. Selagi ada masa, biar lah dia menikmati detik-detik indah ini dahulu. Kerana mungkin terjadi, mereka tidak akan bersama lagi.
No comments:
Post a Comment