42
'Semua Tentang Kita'
"Malam ni kau ada nak pergi mana-mana tak?" soal Farisya Adlina takut-takut. Dia masih gerun memandang wajah Farritz Aidil mengenangkan peristiwa kelmarin belum luput dalam ingatannya.
Farritz Aidil diam membisu. Farisya Adlina mati kutu. Dia sudah tidak tahu bagaimana caranya hendak memujuk suaminya yang panas baran itu. Farisya Adlina melangkah masuk ke bilik Farritz Aidil. Dia terus berjalan menuju ke balkoni dan berdiri di sisi Farritz Aidil.
Dia tahu, Farritz Aidil memang makan hati dengannya. Gara-gara surat Asyraf Danisy, sudah hampir tiga minggu mereka tidak bertegur sapa. Farisya Adlina tahu, ini memang tanggungjawabnya untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.
"Dulu, kalau kau merajuk, kau suka datang rumah aku, kan? Kau minta mama masak kek coklat kegemaran kau. Lepas tu kau makan seorang. Bila kau dah kenyang, kau akan tertidur, dan nanti ayah datang ambil kau."
Farritz Aidil masih diam. Ya. Diam sambil menenangkan fikiran merupakan salah satu terapi terbaik untuk melupakan masalah.
"Tapi kadang-kadang tu, kau sampai tak nak balik rumah. Kau suka lepak-lepak dengan aku kat bilik aku. Kita borak-borak, tengok kartun, dan dengar mama bercerita sampai lah kita tertidur. Masa tu kita tidur sama-sama pun, parents kita tak kisah."
Farritz Aidil memeluk tubuhnya. Farisya Adlina masih terus berbicara dengan suara lembutnya. Dia semakin berani melihat respon positif Farritz Aidil.
"Kalau ibu atau ayah marah kau, mesti kau mengadu kat aku. Kau kuat nangis. Sampai basah baju aku kau kerjakan. Kau ingat lagi tak pesan aku dulu setiap kali ibu marah kau?"
Farritz Aidil mengangguk perlahan. Farisya Adlina tersenyum lega.
"Aku cakap, walaupun ibu tu cuma ibu tiri kau, tapi ibu tak sama macam ibu tiri yang dalam cerita ratapan anak tiri yang kita selalu tengok tu. Ibu kau baik. Walaupun dia selalu marah-marah kau, ungkit tentang status kau pada dia, tapi dia tetap ibu kau. Kan?"
Setitis air jernih gugur di pipi Farritz Aidil. Pantas diseka Farritz Aidil. Tidak mahu dilihat wanita itu walaupun pada hakikatnya, Farisya Adlina lebih dahulu ternampak kesan air matanya sebelum dia menyedarinya.
"Aku tahu kau rindukan umi. Sebab tu kau rapat dengan mama. Dan sebab tu juga aku tak kisah kau nak bermanja dengan mama. Sebab aku kasihankan kau. Sejak kau masih kecil lagi umi dah tinggalkan kau."
Air mata Farritz Aidil sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia terus menangis. Mungkin pilu apabila terkenangkan kemalangan yang meragut nyawa ibunya 20 tahun dahulu.
"Dan kau ingat lagi tak? Dulu kalau Haikal, Kudin, Jebon, dan Akmal kacau aku, mesti kau akan datang selamatkan aku. Kau langsung tak bagi dia orang peluang untuk kacau aku. Kalau tak kena maki, dia orang mesti kena kejar dengan kau. Boleh dikatakan kau ni superhero aku lah juga."
Farisya Adlina tertawa lucu. Masih sepi. Tiada tindak balas dari lelaki itu. Dia lebih suka menikmati pemandangan malam daripada berbual dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
"Kalau dulu, apa pun aku cakap, semua kau percaya. Kau tak pernah halau aku. Kau tak pernah tengking aku. Kau tahu kan, aku takut kalau ada orang tengking aku."
"Buat apa kau nak aku ingat semua ni?"
Farritz Aidil tiba-tiba bersuara. Melihatkan wajah serius Farritz Aidil, Farisya Adlina terus berubah serius. Tiada lagi senyuman dan gurauannya.
"Untuk mengingatkan kau. Aku pun ada perasaan."
"Aku tahu."
Selamba jawapannya.
"Ritz, kalau kau terus macam ni, sampai bila kita nak bergaduh?"
"Siapa punca hal ni, Isya? Cuba bagitahu aku."
"Ya. Memang aku salah. Aku salah sebab terlupa nak humban surat tu jauh-jauh," ujar Farisya Adlina tegas.
"Oh, jadi kau memang nak sorok lah, ya?"
Suara Farritz Aidil kian meninggi.
"Ya! Kalau aku sorok surat tu betul-betul, mesti kau takkan macam ni. Dan hubungan kita takkan berpecah belah macam ni!"
"Jadi kau salahkan aku?"
Farritz Aidil berpaling menghadap Farisya Adlina bersama wajah bengisnya.
"Bukan.."
Farisya Adlina mengeluh berat. Dia buntu. Bagaimana lagi hendak dia jelaskan kepada lelaki ini bahawa cinta Asyraf Danisy hanya cinta yang bertepuk sebelah tangan? Dia tidak pernah membalas cinta lelaki itu. Tetapi mengapa Farritz Aidil tidak mahu mempercayainya?
"Ritz. Aku tak sedap hati lah. Macam ada something yang akan berlaku pada kita. Aku tak nak paksa kau percayakan aku. Tapi kau fikir lah sendiri, Ritz. Mana betul, dan mana yang salah. Yang penting aku nak kau tahu, dalam hati aku ni tak ada lelaki lain selain kau, suami aku, sahabat aku, nyawa aku. Dan hanya kau, Farritz Aidil Dato' Zahid."
"Ritz. Aku tak sedap hati lah. Macam ada something yang akan berlaku pada kita. Aku tak nak paksa kau percayakan aku. Tapi kau fikir lah sendiri, Ritz. Mana betul, dan mana yang salah. Yang penting aku nak kau tahu, dalam hati aku ni tak ada lelaki lain selain kau, suami aku, sahabat aku, nyawa aku. Dan hanya kau, Farritz Aidil Dato' Zahid."
Farisya Adlina menundukkan wajahnya lantas berlalu meninggalkan ruang balkoni itu. Farritz Aidil terkesima mendengar pengakuan Farisya Adlina. Cepat-cepat dia mencapai tangan Farisya Adlina lalu menariknya ke dalam pelukannya.
"Apa kau kata tadi? Ulang balik. Aku tak dengar lah."
Farisya Adlina memanjatkan syukur di dalam hatinya. Akhirnya lelaki itu mahu mendengar penjelasannya. Dan kini hatinya sudah terubat.
Tetapi Farisya Adlina pula mendapat bahananya. Lelaki itu sudah mula tersenyum nakal. Entah apa yang bermain di fikirannya di saat ini. Farritz Aidil sengaja mahu Farisya Adlina mengulangi pengakuannya tadi. Hatinya sedang berbunga riang.
"Maaf lah. Tak boleh nak ulang lagi. Limited addition."
Farisya Adlina mencuit manja hidung Farritz Aidil. Dia terpaksa berpura-pura tersenyum untuk menggembirakan suaminya. Walaupun pada hakikatnya dia menangis pilu. 5 bulan lagi dia akan bersalin. Dan dia tidak pasti sama ada dia dapat melihat lagi senyuman Farritz Aidil selepas itu ataupun tidak.
"Isya. Jangan kecewakan aku, ya? Aku tak nak kehilangan kau. Kalau dulu Haikal, Kudin, Jebon, dan Akmal kacau kau, aku akan backhand dia orang. Macam tu juga sekarang. Kalau aku tahu ada lelaki cuba nak try kau, aku akan buat dia menyesal sebab lahir ke muka bumi ni."
Buat kali pertamanya Farisya Adlina berasa selamat berada dalam pelukan Farritz Aidil. Terasa dahinya disentuh hangat bibir Farritz Aidil.
"Maafkan aku, Isya. Sebab meragui kau. Now, aku percaya kau.."
No comments:
Post a Comment