60
'Taubat Maksiat'
"Maafkan aku bertanya. Betul ke kematian Intan ada kaitan dengan kes rogol?" tanya Afifa dengan wajah penuh simpati.
"Betul. Tapi bukan sebab kena rogol. Danial bunuh dia," ujar Erin tertunduk sebak.
Lia mengusap belakang Erin yang masih terpukul dengan berita pemergian sahabat karibnya itu.
"Awak sabar ya, Erin. Mungkin dah ajal dia," Qayyum Farkhan cuba menenangkan Erin. Satu cubitan amaran hinggap di pehanya. Atiera memandang dengan wajah bengis.
Mereka semua hadir pada majlis pengebumian Intan Natasha. Walaupun Intan Natasha selalu menyakiti hati Farisya Adlina, namun wanita itu tetap rasional dan menghormati gadis itu. Mereka berjalan beriringan meninggalkan kawasan perkuburan.
"Kami bersimpati atas apa yang berlaku. Terima kasih sebab inform kat I tentang Intan," huluran tangan Farritz Aidil disambut Erin. Dia turut kesal kerana tidak sempat melihat wajah arwah buat kali terakhir. Biarpun wanita itu pernah melukainya, namun hatinya masih menganggap Intan Natasha sebagai sahabatnya.
Di hadapan Hospital Kuala Lumpur, suasana sebak menyelubungi keluarga Intan Natasha. Ibunya, Datin Ainon dan bapanya Dato' Khairi sudah mampu menenangkan hati setelah hampir seharian menangis.
Semalam, keluarga Intan Natasha dikejutkan dengan berita penemuan mayatnya di dalam sebuah hutan dalam keadaan yang mengaibkan. Sebelum dibunuh dengan kejam, Intan Natasha dipercayai telah dirogol berkali-kali.
Semasa saksi menemui mayatnya, dimaklumkan bahawa Intan Natasha dalam keadaan berbogel dan terikat di sebatang pokok yang tumbang. Dipercayai mayatnya sudah beberapa hari diikat di situ.
Pihak polis telah berjaya menangkap suspek kejadian. Danial yang baru dilepaskan dari penjara dengan jaminan keluarganya kini sedang menjalani hukuman gantung sampai mati akibat perbuatannya.
Danial bersama 5 rakannya bersubahat melakukan jenayah tersebut. Namun kelima-lima rakannya berjaya melarikan diri ke luar negara. Danial puas kerana berjaya membalas dendam terhadap perempuan yang telah menghancurkan hidupnya.
Gara-gara mahu membelikan sebuah kereta kegemaran Intan Natasha 2 tahun lalu, Puan Halimah, ibu Danial telah menjadi mangsa. Danial terpaksa bertindak kejam kepada ibunya untuk mendapatkan harta warisan keluarganya yang bernilai jutaan ringgit.
Kerana mahu membahagiakan Intan Natasha juga, adik perempuan Danial, Qhaireena telah menjadi bahan jualan untuk agensi pelacuran. Dan hasil jualannya, Danial akan mendapat keuntungan yang lumayan. Memandangkan umur Qhaireena yang baru 18 tahun, gadis malang itu sering mendapat pelanggan. Dan wang haram itu akan diberikan kepada Danial.
Kini Danial menyesal. Dia menyerah diri selepas membunuh Intan Natasha. Dia menyerah bersama semua kekejaman yang dilakukannya. Sepanjang tempoh menunggu hukuman, Danial bertaubat. Dia benar-benar kesal di atas semua dosanya. Kini dia sedar. Intan Natasha langsung tidak menguntungkannya malah membawanya ke alam keji.
Setiap hari berlalu, dia tidak henti-henti bersujud kepada Allah dan memohon keampunannya. Dia redha. Walau apapun hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya, dia redha. Asalkan semua dosanya gugur bersama hukuman tersebut.
"Erin, sudah lah. Kau bertaubat lah. Kau tak takut ke tengok kawan kau mati macam tu?" ujar Syed Aizriel cuba menasihatkan Erin mengenai sikap buruknya dan Intan Natasha selama ini.
"I dah menyesal. Sejak I dapat tahu Intan mati sebab cemburu seorang lelaki, I rasa nak bertaubat. I dah tak nak hidup bergelumang dengan dosa. Tapi I tak tahu macam mana nak buat semua tu," air mata keinsafan gugur di pipi Erin. Gadis itu benar-benar sudah insaf. Dari segi penampilannya yang kini bertudung, mereka tahu bahawa gadis itu memang serius mahu bertaubat.
"Macam ni lah. Kami sedia bantu kau. Tapi kau kena janji dengan kami, kau betul-betul nak berubah. Jangan hanya cakap di mulut sahaja," Farisya Adlina memeluk bahu Erin. Hatinya tersentuh melihat gadis itu.
"Baik. I janji. I memang bersungguh-sungguh nak berubah. Dan kalau boleh, I nak bersahabat dengan you all. I harap you all sudi bersahabat dengan I," ujar Erin bersungguh-sungguh.
Atiera tersenyum nakal. Dia mendapat 1 idea. Dia melepaskan pegangan tangan Qayyum Farkhan lalu berjalan mendekati Erin.
"Kau betul-betul nak berubah?"
Erin mengangguk perlahan. Dia tahu, dia banyak bersalah terhadap Atiera. Dan dia rela jika Atiera mahu menghukumnya.
"Kau tahu, kan? Kau banyak salah dengan aku. Dulu kau cuba nak rampas Qay dari aku. Kau ugut aku. Kau marah-marah aku."
Erin mengangguk lagi. Qayyum Farkhan menggeleng sambil tersenyum sendiri. Dia sudah faham sangat sikap isterinya itu. Pasti wanita itu mahu mengerjakan Erin akibat perbuatannya dahulu. Dia hanya membiarkannya begitu.
"Tiera, jangan lah usik dia," Lia mengerutkan dahinya. Dia kasihan melihat Erin dipermainkan begitu.
"Biar kan dia. Aku nak ajar dia," bisik Atiera ke telinga Lia. Lia menggeleng mengalah.
"Tiera, tak elok kita balas dendam pada orang lain. Berdosa," celah Farisya Adlina pula.
"Isya, aku nak tanya kau. Kalau kita buat salah pada orang, walaupun kita dah bertaubat, kita kena minta maaf kat orang tu juga, kan?" Atiera tersenyum sinis.
"Kau ni, Tiera. Tak habis-habis," Farisya Adlina juga sudah tidak tahu untuk berbuat apa.
"I tahu. Tiera, I mean, Kak Tiera, I minta maaf.."
"Apa I you I you? Kau ni orang Islam ke orang putih?"
Tersentak Erin mendengar teguran Atiera. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu memulakan semula bicaranya.
"Kak Tiera, Erin minta maaf."
"Apa kak-kak? Aku muda lagi, lah!"
Sekali lagi Erin tersentak. Afifa mendekati Erin sebelum menenangkan gadis itu. Dia menggeleng sesekali.
"Habis nak panggil apa?" Erin mengerutkan dahinya.
"Panggil Miss. Miss Atiera," jawab Atiera sambil tersengih-sengih.
"Hei cik adik. Sedak sikit na. Hang tu dah jadik bini oghang. Jangan nak peghasan muda na," tegur Qayyum Farkhan dengan pelat Penangnya sambil menarik hidung isterinya. Atiera terjerit kecil.
"Apa ni, Qi. Ta nak ajar dia je. Qi jangan nak backing dia."
Qayyum Farkhan memeluk pinggang isterinya sebelum tersenyum nakal. Berkali-kali dia cuba memujuk Atiera namun setiap kali itu juga dia mendapat habuannya iaitu cubitan pada pipinya.
"Dah. Erin tak perlu fikir sangat tentang Tiera tu. Dia bergurau je," Farisya Adlina tersenyum melihat gelagat Atiera dan Qayyum Farkhan yang mulai menjauhi mereka.
"Aku serius, okey!" jeritnya. Entah bagaimana telinganya dapat menangkap suara lembut Farisya Adlina itu.
"Erin jangan ambil hati dengan Tiera, ya? Kami dah maafkan Erin. Cuma kami nak Erin janji, jangan buat lagi perkara-perkara yang tak elok, ya?" pujuk Afifa.
"Erin janji, kak," Erin tersenyum sebelum memeluk Afifa, Lia, dan Farisya Adlina.
No comments:
Post a Comment