59
'Tabah'
Farritz Aidil membuka matanya perlahan-lahan. Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Entah apa yang membuatkan dia terjaga.
Perlahan-lahan Farritz Aidil turun dari katil. Dia berjalan menuju ke bilik Farisya Adlina. Dia dapat merasakan sesuatu di dalam hatinya. Rindu. Rindu terhadap seseorang. Kerana itu dia datang ke bilik Farisya Adlina untuk melepaskan rindunya.
Pintu bilik Farisya Adlina diketuk. Namun tiada respon. Pasti wanita itu sudahpun terlena dibuai mimpi. Farritz Aidil hampa.
"Masuk lah.."
Fariya Adlina membuka pintu bilik lalu memberi ruang kepada lelaki itu masuk ke dalam. Farritz Aidil terkesima. Sudah lewat malam. Namun wanita itu masih belum tidur. Apakah dia juga terjaga?
"Kau nak apa?" ujar Farisya Adlina sebaik sahaja pintu bilik ditutup.
"Aku rindu kat seseorang."
Farisya Adlina gementar. Pasti lelaki itu merindukan dirinya. Dia nekad. Jika lelaki itu melamarnya malam itu, dia akan bersetuju dan akan membatalkan majlis pernikahannya dengan Asyraf Danisy esok.
"Maksud kau?"
"Aku rindu pada anak-anak aku. Mereka dah tidur?"
Hancur berkecai harapan Farisya Adlina. Sangkanya lelaki itu merindukan dirinya. Rupanya salah sama sekali.
Farritz Aidil berjalan ke katil kecil di hujung katil Farisya Adlina. Farisya Adlina hanya duduk di katil sambil memperhatikan perbuatan lelaki itu.
"Yang mana 1 baby boy?" pertanyaan Farritz Aidil langsung tidak mengejutkan Farisya Adlina.
Memang tidak hairan jika lelaki itu tidak dapat membezakan jantina kedua-dua anaknya memandangkan Asyraf Danisy dan Tan Sri Mahmud yang banyak menghabiskan masa dengan cahaya matanya itu sehinggakan dia sendiri tidak berpeluang mengenali anak-anaknya sendiri. Baginya dia tidak layak berlama-lama dengan mereka jika dibandingkan dengan bakal suami Farisya Adlina dan bapanya sendiri.
"Yang pakai baju biru tu Aiman. Yang baju pink tu Iman."
Farritz Aidil mengangguk faham. Dia mencapai Aiman yang sedang tidur lena lalu dibawa ke dalam dakapannya. Sesekali dahi lembut bayi itu dikucup lembut. Tanda kasihnya dia kepada zuriatnya.
"Ni kali kedua aku pegang dia. Kali pertama masa aku azankan dia."
Sekali lagi kucupan rindu berserta air mata hinggap di pipi Aiman. Farisya Adlina turut menahan sebak. Ruginya dia tidak dapat melihat anaknya itu diazankan Farritz Aidil. Pasti itu menjadi detik terindah dalam hidupnya.
"Entah bila lah aku dapat peluk anak-anak aku lagi, kan?" dibelainya ubun-ubun Aiman dengan penuh kasih sayang.
"Kenapa pula kau cakap macam tu?" Farisya Adlina kurang pasti.
"Ya lah. Esok kau akan bernikah dengan Is.."
"So?"
"Aku dah tak berhak nak jumpa Aiman dan Iman lagi. Nak gilir-gilir jaga pun, aku tak mampu. Hidup pun menumpang rumah orang. Macam mana aku nak sara hidup anak-anak aku nanti? Diri sendiri pun tak terurus," perlahan kata-kata Farritz Aidil. Farisya Adlina bertambah sebak.
"Aku dah tak berhak nak jumpa Aiman dan Iman lagi. Nak gilir-gilir jaga pun, aku tak mampu. Hidup pun menumpang rumah orang. Macam mana aku nak sara hidup anak-anak aku nanti? Diri sendiri pun tak terurus," perlahan kata-kata Farritz Aidil. Farisya Adlina bertambah sebak.
Farisya Adlina tertunduk sedih. Aiman dikucup sekali sebelum diletakkan semula di katilnya. Farritz Aidil mengesat air matanya yang mulai gugur lalu mengendong Iman. Kali ini dia membawa bayinya ke arah Farisya Adlina. Dia duduk di sisi Farisya Adlina dengan mata yang masih tertumpu kepada wajah si anak. Sesekali Iman menggeliat tidak selesa dikendong.
"Kau rasa muka Iman ikut muka siapa?" ujar Farritz Aidil menceriakan kembali suasana.
Farisya Adlina mengesat air matanya. Pertama kali dia melihat Farritz Aidil mengendong bayi. Lelaki itu kelihatan sedikit kekok.
"Mata dia ikut mata kau. Bulu kening tebal. Bibir pun nipis macam kau," jawab Farisya Adlina sambil mencuit bibir Iman. Farritz Aidil tersenyum manis. Harapannya agar kata-kata itu adalah satu pujian.
"Tapi yang sweetnya, lesung pipit dia. Kiri kanan ada."
"Tahu tak apa. Tentang lesung pipit, dua-dua baby kita adil. Mama punya dia ambil, papa punya pun dia ambil."
Farritz Aidil terkesima. Papa? Buat pertama kalinya Farisya Adlina membahasakan dirinya sebagai bapa kepada Aiman dan Iman. Dia tersenyum gembira. Bahagia kerana merasakan dirinya dihargai.
"Kau tersengih-sengih ni kenapa?" wajah Farisya Adlina kelihatan serius. Mungkin hairan melihat lelaki itu tersenyum seorang diri.
"Oh. Nothing. Cuma, aku happy. Akhirnya kau nak juga bahasakan diri aku sebagai papa dia."
Suasana sepi seketika.
"Kalau Iman ikut rupa aku, Aiman pula?" pertanyaan Farritz Aidil memecah kesunyian malam.
"Aiman mesti lah ikut rupa aku. Mata dia bundar macam aku. Iman punya mata sepet macam kau," usik Farisya Adlina.
"Mana ada aku sepet."
"Habis tu kenapa mata Iman sepet?"
"Habis tu kenapa mata Iman sepet?"
"Mana lah aku tahu. Pandai-pandai je kau ni," Iman berpindah ke tangan Farisya Adlina.
"Aku nak pinjam Aiman satu malam ni, boleh tak?"
Pandangan mereka bertaut. Farisya Adlina jadi hairan. Mengapa hanya Aiman? Mengapa bukan Iman mahupun kedua-duanya sekali?
"Boleh tak?"
Farisya Adlina mengangguk.
"Tapi kenapa Aiman je? Kenapa bukan Iman? Atau dua-dua sekali?"
Farritz Aidil tersenyum manis sebelum mendapatkan Aiman ke dalam pelukannya.
"Sejak tadi aku dah perasan. Muka Aiman banyak ikut muka kau. Cute. Macam kau. Sebab tu aku nak pinjam dia. Buat teman tidur aku malam ni. Dah lama aku tidur tak berteman. Mana tahu, dengan bertemankan clone kau, aku boleh tidur lena," balas Farritz Aidil sebelum keluar dari bilik meninggalkan Farisya Adlina yang masih terkedu dengan penjelasannya.
Farisya Adlina terkesima. Iman diletakkan di sisinya. Dia berjalan menuju ke ruang balkoni. Menangis sepuas-puas hatinya. Dia merasakan kebodohannya. Sudah beberapa lama dia memendam rindu terhadap lelaki itu. Namun mengapa dia tidak terfikir untuk melepaskan rindunya kepada Iman yang menyerupai Farritz Aidil? Apakah hanya Farritz Aidil sahaja yang peka terhadap keadaan sekelilingnya?
Sudah lah. Lupakan lah semua kisah silam. Dia bukan milikmu, Farisya Adlina. Esok kau akan melalui hari yang baru. Kau akan diijabkabulkan dengan lelaki yang menyintai dirimu. Terima lah dia. Padamkan cintamu terhadap dirinya. Tanamkan cinta baru terhadap Asyraf Danisy. Pasti dia jodoh yang tepat buatmu..
No comments:
Post a Comment