44
'Setiaku Korbankan'
"Ibu nak apa ajak kau keluar?" ujar Farisya Adlina perlahan. Wajahnya kelihatan muram. Farritz Aidil jadi serba salah.
"Dia ajak aku teman pergi hospital sekejap. Beli ubat ayah. Ala. Aku pergi tak lama pun. Tak sampai dua jam."
Farritz Aidil menyarung pakaiannya. Dia sudahpun bersiap untuk pergi bertemu ibunya.
"Aku dah masak banyak. Ingat nak makan dengan kau."
Farisya Adlina menundukkan wajahnya. Hatinya sedikit terkilan. Dia langsung tidak menyangka bahawa Farritz Aidil ada rancangan malam ini. Dia telah merancang satu makan malam romantik dengan Farritz Aidil sempena ulangtahun perkahwinannya yang masuk bulan ke enam. Malam ini juga dia hendak memberitahu Farritz Aidil mengenai kandungannya yang kini berusia empat bulan.
"Ya ke? Tak apa. Aku janji, aku balik awal. Sekarang pukul 7.30. Sebelum pukul 9 aku balik. Aku janji."
Farritz Aidil mengangkat tangan kanannya berjanji bahawa dia akan pulang awal. Farisya Adlina yang sejak tadi duduk di atas katil Farritz Aidil mengangkat wajahnya. Dia mengukir senyuman melihat keikhlasan lelaki itu yang terpapar di wajahnya.
"Kau jangan tipu tau. Aku tunggu kau pukul 8.30 nanti.''
"Macam ni lah wife aku. Memahami aku. Nanti aku balik, kau pakai cantik-cantik tau. Pakai perfume banyak-banyak."
Farritz Aidil tersenyum nakal.
"Banyak lah kau. Dah, pergi cepat. Nanti ibu tunggu pula."
Farritz Aidil mengangguk sebelum mengucup lembut dahi Farisya Adlina. Setelah bersalaman, Farritz Aidil berlalu meninggalkan rumah dengan kereta barunya. Farisya Adlina yang memandang dari dalam rumah hanya tersenyum malas.
Memang. Memang dia tidak rela ditinggalkan begitu. Semakin lama, hatinya semakin tidak keruan. Dia semakin tidak sedap hati sejak Farritz Aidil keluar tadi.
Ah, lupakan semua kerisauan! Farisya Adlina beristighfar di dalam hatinya. Dia terus melangkah menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malamnya malam nanti. Dia tersenyum riang membayangkan reaksi Farritz Aidil apabila melihat semua makanan kegemarannya terhidang di depan matanya nanti.
Sedang Farisya Adlina asyik memasak, dia terasa seperti ada seseorang yang memeluknya dari belakang. Farisya Adlina kaget. Siapa pula yang berada di belakangnya di saat ini? Tak mungkin Farritz Aidil. Lelaki itu baru sahaja keluar. Pelukannya juga berbeza dari pelukan Farritz Aidil.
Farisya Adlina berpaling. Belum sempat dia menjerit melihat wajah asing itu, mulutnya ditekup kuat dengan sehelai tuala kecil. Rontaannya semakin lemah. Beberapa minit kemudian, kepalanya terasa berat. Matanya mulai terkatup. Dalam kesamaran itu, dia dapat menangkap wajah lelaki itu yang berkumis dan berkulit hitam manis.
Farisya Adlina jatuh terjelepuk ke lantai. Dia dapat merasakan tubuhnya dikendong oleh lelaki itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Di dalam hatinya benar-benar berharap agar Allah menghantar Farritz Aidil ke sini untuk membantunya. Dia berdoa di dalam hantinya agar dirinya tidak diapa-apakan.
Pandangannya semakin gelap. Gelap. Dan semakin gelap.
"TADI ibu cakap nak pergi hospital je?"
Farritz Aidil berpaling menghadap Datin Munirah di sebelahnya. Dahinya berkerut. Tiba-tiba sahaja wanita itu mahu mrnyinggah di kedai makan setelah berjanji hanya ingin ke hospital sahaja. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Dia tahu bahawa tidak mungkin dia akan sempat balik sebelum pukul 9 seperti yang dijanjikannya tadi.
"Ibu lapar lah, Ritz. Teman lah ibu makan sekejap," ujar Datin Munirah. Dia merangkul lengan Farritz Aidil.
Jangan lah lelaki itu menolak keinginannya. Jika tidak pasti rancangannya akan gagal.
"Tapi Ritz ada janji dengan Isya. Takut lambat nanti."
"Tak apa. Tentang Isya, nanti ibu tahu lah nak settlekan."
"Tapi bu.."
"Dah. Tak ada tapi-tapi. Jom pergi teman ibu makan."
Datin Munirah bersorak gembira di dalam hatinya. Dia turun dari kereta lalu berjalan meninggalkan Farritz Aidil yang masih serba salah di dalam kereta.
Farritz Aidil tidak terus keluar mengikut ibunya malah dia mengambil telefon bimbitnya di dalam drawer. Dia segera mendail nombor telefon isterinya. Tiada jawapan. Sudah hampir 10 mesej dihantar namun langsung tiada balasan.
Farritz Aidil tidak sedap hati. Mahu sahaja dia pulang menemui Farisya Adlina. Akan tetapi dia masih tersepit di tengah-tengah. Antara Farisya Adlina dengan Datin Munirah.
Argh!! Dia buntu. Pasti wanita itu sedang menunggunya.
"LAMANYA ibu ni.." rungut Farritz Aidil seorang diri. Matanya asyik mencari kelibat ibunya di hadapan tandas perempuan. Sudah hampir dua puluh minit wanita itu meninggalkannya bersama Intan Natasha.
"You gelisah sangat ni, kenapa? Relax lah. Entah-entah mommy you sakit perut."
Meliuk lentok jemari Intan Natasha meraba wajah Farritz Aidil. Farritz Aidil menjadi serba tak kena. Dia kurang selesa dengan perlakuan Intan Natasha. Entah bagaimana agaknya gadis ini boleh turut serta dalam makan malam antara dia dan ibunya tadi.
"Ritz, you still dengan Isya?"
"Yes. We are happy now," pendek jawapan Farritz Aidil.
Setelah kejadian kemalangan kelmarin, pintu hatinya sudah tertutup buat gadis itu. Mendengar suaranya sahaja sudah mengundang kebencian, inikan pula mahu memandangnya. Hatinya bagai dicarik-carik setiap kali teringatkan peristiwa kelmarin.
Gara-gara kecurangan Intan Natasha, Farritz Aidil menderita sakit. Bukan itu sahaja, kereta kesayangannya juga sudah hancur. Sudah lah menjadi penyebab Farritz Aidil dipukul teruk, Intan Natasha langsung tidak datang menjenguknya di hospital, apatah lagi mahu menjaganya.
Selama dia sakit, hanya Farisya Adlina yang bertungkus lumus menjaganya sehingga dia sembuh. Dan kerana itu lah, akhirnya dia sedar yang mana intan yang mana kaca.
Tak mungkin dia akan berpaling lagi daripada kesucian cinta Farisya Adlina itu. Terutama sekali kepada Intan Natasha. Dia tidak akan kembali kepada Intan Natasha. Tidak mungkin sekali-kali!
Farritz Aidil bangkit dari meja makannya. Mahu sahaja dia pergi ke tandas perempuan itu dan menjerit memanggil ibunya. Dia sudah rimas duduk di situ bersama Intan Natasha lebih lama.
Jam pula sudah menunjukkan pukul 9.15. Hatinya semakin gelisah. Dari tadi dia cuba menghubungi Farisya Adlina. Langsung tidak berjawab. Kesemua 37 mesej dihantarnya juga tidak berbalas. Dia yakin, pasti Farisya Adlina sedang merajuk di rumah.
"Ritz. Ibu singgah rumah Ritz sekejap boleh tak? Baju ibu basah lah. Waitress tu tertumpahkan kuah kat baju ibu. Tengok ni, dah kotor."
Datin Munirah mengesat-ngesat pakaiannya yang kelihatan kotor. Farritz Aidil yang tadinya berasa lega mengeluh berat. Dia serba salah untuk mengatakan tidak. Kasihan pula dia melihat wajah wanita tua itu yang terkial-kial mengelap pakaiannya yang basah kuyup. Mungkin itu yang menyebabkan dia lama berada di dalam tandas tadi.
Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Intan Natasha tersenyum sinis. Sebentar lagi, sebuah drama agung dunia akan bermula. Intan Natasha dapat merasakan kemenangannya. Datin Munirah memang pandai berlakon.
"Kalau macam tu, jom lah balik. Isya pun dah lama tunggu Ritz tu."
Farritz Aidil menarik tangan ibunya mahu berlalu.
"Eh, nanti dulu. Ibu nak jemput Intan pergi rumah ibu. Dia ikut kita, ya?"
"Kalau macam tu, ibu balik dengan Intan terus je lah."
Farritz Aidil semakin meluat melihat Intan Natasha merangkul lengan ibunya.
"Tak nak lah, ibu. Ritz kan ada. Kenapa perlu ibu naik kereta orang lain? Ritz tak sudi tumpangkan ibu balik ke?"
Farritz Aidil serba salah. Dia menghela nafas berat.
"Suka hati ibu lah."
Farritz Aidil masuk ke kereta pantas diikuti Datin Munirah dan Intan Natasha.
"You tak bawa kereta ke?" soal Farritz Aidil kurang selesa melihat gadis itu masuk ke dalam keretanya.
"Kan ibu cakap tadi.." Datin Munirah cuba membela.
Farritz Aidil diam seketika. Dia menjeling ke arah Intan Natasha di sebelahnya. Beberapa ketika kemudian, dia memulakan perjalanannya.
'Maafkan aku, Isya..' bisik hati Farritz Aidil.
"Kereta you vogue lah Ritz.. Bila you beli?"
Intan Natasha bagaikan kera dapat bunga. Dia meneliti ke setiap sudut kereta mewah Farritz Aidil itu. Ada sahaja alasan gadis itu mahu mengajaknya berbual. Dia hanya mengangguk malas.
No comments:
Post a Comment