Thursday, April 14, 2011

bab 47



47

'Kau Ku Rindukan'

"Makan lah sikit,  Puan.  Puan kena jaga kesihatan Puan."
          Sekali lagi Farisya Adlina menolak suapan makanan dari lelaki berusia 27 tahun itu.
          "Saya tak ada selera,  Hafiz.  Awak tak payah lah suruh lagi.  Saya takkan makan."
          "Puan,  dah dua hari Puan tak makan.  Tak lama lagi Puan dah nak bersalin."
          "Dah berapa kali saya cakap.  Jangan panggil saya Puan.  Saya lagi muda dari awak.  Panggil saya Isya je."
          Hafiz hanya mengangguk faham.  Farisya Adlina bersandar di dinding papan itu.  Tubuhnya lemah sekali.  Sudah 4 bulan dia terkurung di sini.  Dan sepanjang tempoh itu,  Hafiz yang selalu datang menjenguknya. 
          Walaupun Hafiz merupakan salah satu punca perceraian Farisya Adlina dengan Farritz Aidil,  tetapi dia tetap terhutang budi dengan Farisya Adlina.  Berkat kemaafan dari Farisya Adlina,  anaknya,  Rahayu yang menghadapi masalah jantung telah selamat dibedah.
          "Awak tak jawab lagi pertanyaan saya semalam."
          "Tentang apa?"  ujar Hafiz sopan.  Dia duduk bersila di hadapan Farisya Adlina.  Hatinya serba salah melihat keadaan Farisya Adlina yang sedang sarat hamil 8 bulan.  Tidak lama lagi,  selepas tamat tempoh edah,  maka jatuh lah talak satu ke atasnya.  Hatinya sering dihantui rasa bersalah melihat nasib wanita di hadapannya itu.
          "Tentang Ita.  Isteri awak.."
          "Oh.  Isya betul-betul nak tahu ke?"
          Berbahasa lembut begitu menimbulkan secebis rasa buat Farisya Adlina.  Dia merenung lama ke wajah jelita Farisya Adlina yang muram kerana sudah beberapa hari tidak mendapat tidur yang cukup.
          "Untuk dijadikan topik perbualan,  why not?"
          "Baik lah saya ceritakan.  Sebenarnya kisah hidup kita tak jauh beza.  Macam yang Isya cerita hari tu,  saya pun kahwin atas pilihan keluarga.  Kami tak pernah bercinta.  Awalnya memang bahagia.  Sampai lah Rahayu lahir.  Rahayu disahkan menghidap jantung berlubang dan memerlukan rawatan secepat mungkin.  Saya bukan lah seorang lelaki yang kaya.  Maklum lah.  Kahwin muda.  Tak sempat nak kumpul harta lagi."
          "Sebab tu awak.."
          "Betul Isya.  Sebab tu saya terima tawaran Cik Puan.  Saya dipaksa buat macam tu pada Isya kalau nakkan duit 60 ribu tu.  Saya tak fikir panjang.  Saya terus setuju.  Apa yang lebih penting ialah nyawa Rahayu.  Tapi sekarang saya dah menyesal. 
          Saya minta maaf sangat dengan Isya.  Saya betul-betul perlukan duit tu untuk menyelamatkan nyawa anak pertama saya.  Dia masih kecil,  Isya.  Masih 5 bulan.  Tapi kenapa semua ni berlaku pada dia?  Bukan pada saya?"
          Air matanya gugur buat ke sekian kalinya.
          "Tapi kenapa awak tak pernah bagitahu saya,  siapa Cik Puan tu?  Saya nak tahu.  Apa salah saya sampai dia sanggup buat semua ni pada saya?"
          "Petang ni Cik Puan datang.  Awak jumpa lah dia."
          Hafiz mengesat air matanya lalu bangkit meninggalkan Farisya Adlina seorang diri.


"RITZ,  kenapa dengan kau ni?  Makin tak terurus aku tengok.  Sampai bila kau nak macam ni?  Dah berapa bulan Isya meninggal dunia.  Takkan kau nak sia-siakan hidup kau je?"
          Syed Aizriel menepuk perlahan bahu Farritz Aidil di sebelahnya.  Qayyum Farkhan hanya memerhati dengan penuh simpati.
          "Isya belum mati.  Aku percaya dia masih hidup lagi."
          "Kau dah gila ke?  Atau kau dah gila talak?  Kau tak ingat ke?  Ibu kau sendiri yang bagitahu berita kematian Isya.  Kenapa susah sangat kau nak terima hakikat?"  tegas Qayyum Farkhan.  Jika dia tidak bertegas dengan Farritz Aidil,  sahabatnya itu pasti akan terus berkhayal dan sampai bila-bila pun dia tidak akan menerima berita kehilangan Farisya Adlina.
          "Suka hati kau lah nak cakap aku gila talak ke apa.  Yang penting aku tahu Isya masih hidup."
          "Dah tu,  kenapa kau tak pergi cari dia?"  ujar Qayyum Farkhan sengaja mencari jawapan positif bagi soalan itu.
          "Tak guna.  Hati aku dah tertutup untuk dia."
          "Kalau macam tu,  buat apa kau ingat kat dia lagi?"  Kata-kata Syed Aizriel berbaur sinis.
          Farritz Aidil terdiam.  Dia meneliti seluruh ruang rumahnya.  Bersepahan.  Dari 4 bulan lalu,  sehingga ke hari ini,  keadaannya tetap sama.  Sama seperti ketika dia mengamuk dahulu.
          "Ritz,  perasaan ego,  dendam,  dan benci takkan bawa ke mana.  Aku tahu dalam hati kau masih ada cinta buat Isya.  Jangan ego.  Tapi semuanya dah terlambat.  Isya pun dah tak ada lagi.  Kau kena teruskan hidup kau.  Tiga hari lagi kau dah nak nikah dengan Intan.  Takkan kau nak terus macam ni?"
          "Aku takkan berubah untuk orang yang aku tak cinta.  Ibu boleh paksa aku terima Intan.  Tapi ibu atau sesiapa je tak boleh paksa hati aku cintakan dia macam aku cintakan Isya dulu.  Takkan sekali-kali.."
          Qayyum Farkhan dan Syed Aizriel memandang sahabatnya.  Sampai bila dia akan berterusan begini.
          "Riel,  kau tengok kawan kita ni.  Masuk kali ni dah dua kali kahwin.  Aku pun dah kahwin.  Kau bila lagi?" 
          Qayyum Farkhan menyingung lengan Syed Aizriel.  Farritz Aidil mulai melakar senyuman.  Mungkin sedikit tercuit dengan gelagat sahabatnya itu.
          "Bukan aku tak nak kahwin.  Ifa tu garang sangat lah.  Bila aku cakap nak masuk meminang dia,  dia cubitnya aku.  Dia bagi aku alasan apa tau?  Dia masih muda.  Nak kerja dulu,  kumpul harta,  baru boleh kahwin.  Masalahnya aku keliur tengok kau orang.  Masing-masing dah nak dapat baby.  Tengok Lia.  Tak lama je lagi dah nak meletup.  Aku ni ha.."
          "Kempunan lah kau.."
          Sambungan ayat Qayyum Farkhan memecahkan tawa mereka bertiga.  Farritz Aidil yang tadinya murung,  sudah mulai tertawa gembira.

No comments:

Post a Comment