52
'Gadisku Dalam Koma'
Tiga bulan berlalu.. Namun Farisya Adlina masih terbaring kaku di katil hospital. Umur bayi mereka juga sudah mencecah tiga bulan. Mohd Aiman Soleh dan Nurul Iman Solehah. Masing-masing masih ditempatkan dalam jagaan pihak hospital. Kerana keadaan kesihatan yang masih belum stabil.
Farritz Aidil termenung sendirian. Sesekali air matanya gugur teringatkan kenangan manis antara dia dan Farisya Adlina. Dahulu dia tidak pernah menyedari akan perasaan ini. Namun sejak kebelakangan ini, Farritz Aidil dapat merasakan satu perasaan yang sukar digambarkan.
Mungkinkah ini dinamakan cinta? Dia tidak pernah merasakan hal yang sama terhadap Intan Natasha mahupun mana-mana wanita sebelum ini. Perasaan sayang, rindu, cemburu.. Semuanya tercipta sejak dia menyedari kesucian cinta wanita itu.
"Sayang.. Aku rindu sangat-sangat kat kau. Kau bangun lah.. Tengok baby kita. Comel-comel. Tak ada seorang pun ikut muka kau. Dua-dua ikut muka cute papa dia ni. Kau tak teringin ke nak tengok?" Farritz Aidil mengelus lembut jemari Farisya Adlina di hadapannya. Sesekali jemari itu dibasahi air mata kerinduannya.
"Eca.. Kau ingat tak nama tu? Dulu aku suka panggil kau dengan nama tu. Kau nampak cute sangat dengan nama tu. Tapi sekarang.. Kalau aku panggil kau dengan nama tu, memang mati aku kau kerjakan.."
Masih tiada respon dari wanita itu. Hati Farritz Aidil disayat pilu. Farisya Adlina terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan. Wajahnya pucat lesi.
"Eca.. Kau ni pemalas lah. Bangun lah.. Dah tiga bulan kau tidur. Dan dalam masa tu, aku cuma tidur sesekali je. Tu pun kena datang sini baru boleh tidur. Aku takut lah nak tidur sorang-sorang kat rumah.."
"Kau tahu, sejak kau bertukar jadi pemalas ni, hidup aku kelam kabut, dok.. Aku makan maggie je hari-hari. Ramai yang kata aku diet. Kau tengok lah badan aku sekarang. Lagi ramping dari kerengga."
Farritz Aidil tertawa kecil. Sebenarnya tawa itu sekadar mahu menyedapkan hatinya.
"Kalau dulu.. Aku lapar, kau masakkan. Aku bosan, kau temankan. Aku letih, kau picitkan. Aku nakal, kau cubit aku.. Tapi sekarang.."
Seketika selepas Farritz Aidil mengangkat wajahnya, dia melihat Farisya Adlina bernafas laju. Dia kaget. Wajahnya kelihatan pucat. Tanpa berlengah, Farritz Aidil terus menekan butang kecemasan di tepi katil.
"Isya.. Kau bertahan kejap, Isya. Please.." Farritz Aidil menggelabah melihat keadaan Farisya Adlina yang semakin teruk. Kelihatannya seperti mengalami sesak nafas.
Beberapa minit kemudian, Doktor Kamarul bersama tiga jururawat masuk ke bilik lalu terus mendapatkan Farisya Adlina yang masih bertarung dengan kematian. Farritz Aidil enggan melepaskan pegangan tangan Farisya Adlina walaupun berkali-kali dipaksa meninggalkan bilik untuk rawatan Farisya Adlina.
"Tolong bagi kerjasama, encik. Kalau tak, kami tak dapat nak rawat isteri encik," kata seorang jururawat. Berat sungguh rasa hati. Namun melihatkan ketegasan doktor dan jururawat, terpaksa jua dia melepaskan genggaman tangan wanita kesayangannya itu.
Selangkah demi selangkah dia berlalu keluar dari bilik. Sebelum menutup pintu tadi, sempat jua dia berpaling memandang Farisya Adlina. Wanita itu semakin tenat. Apa yang mampu dilakukan Farritz Aidil hanya berdoa dan menunggu keputusan doktor.
Hampir sejam berlalu. Namun, masih belum ada sebarang berita daripada Doktor Kamarul. Farritz Aidil meraup wajahnya.
'Ya Allah! Berat sungguh dugaanmu ini.. Berapa lama lagi perlu aku bertahan, ya Allah?' jerit hati Farritz Aidil. Dia benar-benar tertekan sekarang ini.
Sedang dia asyik melayan perasaan dukanya, tiba-tiba dia merasakan ada seseorang duduk di sisinya. Tetapi Farritz Aidil tidak menghiraukannya. Air mata yang disembunyikan di sebalik telapak tangannya disapu perlahan.
"Sudah lah, Ritz.."
"Is! Mana kau pergi?" Farritz Aidil terkejut apabila melihat manusia yang sedang duduk di sisinya kini adalah sahabat baiknya, Asyraf Danisy. Sudah berapa lama dia tidak bertemu lelaki itu.
"Maafkan aku. Aku pun baru tahu.." sayu suara Asyraf Danisy memberi harapan kepada Farritz Aidil. Bahu sahabatnya itu ditepuk perlahan. Dia tahu kesakitan yang dirasakan Farritz Aidil tidak seberat apa yang dirasakannya sekarang.
Farritz Aidil tidak terkata apa. Dia menekup mukanya kembali. Asyraf Danisy begitu bersimpati terhadap nasib sahabatnya itu.
"Sudah lah tu, Ritz. Kau nampak letih sangat ni. Kau dah makan?" tanya Asyraf Danisy prihatin.
Farritz Aidil tidak berdaya untuk bersuara. Dia menggeleng perlahan.
"Jom. Aku belanja kau makan," Asyraf Danisy berharap Farritz Aidil akan bersetuju mengikutnya.
"Tak apa lah, Is. Kau rasa dalam waktu-waktu macam ni, aku ada selera nak makan ke?"
"Makan sikit, lah. Aku tak sampai hati lah tengok kau macam ni. Teruk sangat. Dah berapa lama kau tak shave ni ha?" pertanyaannya disusuli sebaris senyuman yang dibuat-buat. Dia berharap senyuman itu sekurang-kurangnya mampu melegakan hatinya.
Namun dia salah. Senyuman itu tidak mampu melegakan hatinya mahupun Farritz Aidil. Mereka berdua sama-sama mengharapkan senyuman Farisya Adlina. Cukup lah sekadar satu senyuman. Hati mereka bakal terubat melihatnya.
Melihatkan wajah Farritz Aidil yang mula ditumbuhi jambang dan penampilan yang tidak terurus sudah cukup menggambarkan perasaan lelaki itu. Asyraf Danisy jadi simpati melihatnya.
"Kalau kau tak nak makan, tak apa lah. Teman aku makan sekejap, can you?" ujar Asyraf Danisy apabila melihatkan tiada respon dari Farritz Aidil.
"Aku nak teman Isya," perlahan, tetapi suara Farritz Aidil kedengaran tegas.
"Kau rasa, apa perasaan wife kau kalau dia nampak keadaan kau ni?" pertanyaan Asyraf Danisy berbaur ugutan. Dia pasti pendekatan yang digunapakainya sekarang bakal berkesan memujuk Farritz Aidil.
Setelah berfikir sejenak, Farritz Aidil bangkit dari kerusi menunggu lantas berjalan seiringan dengan Asraf Danisy turun ke tingkat bawah. Asyraf Danisy gembira kerana akhirnya dia berjaya memujuk Farritz Aidil.
No comments:
Post a Comment